Tuesday, March 5, 2013

Kiram talibarut Amerika – Tausung @sulu kutuk Kiram sampai kiamat -


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sumber: MUFTI SULU DARUL ISLAM dari Indonesia.[SSDI]

Pencerobohan di Lahad Datu begitu jelas keluarga Kiram sedang bermain di hadapan.

Siapa di belakangnya itu masih menjadi tandatanya.???

Kalau pun sudah ramai yang meneka bahawa ia digerak oleh KUASA BESAR DUNIA itu namun masih berteka teki untuk tujuan apa?



[SSDI-Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II di Jolo Sulu]

 Adakah sindrom ARAB SPRING itu bakal dihidapi oleh Malaysia Timur ini sebelum ia menular keseluruh negara masih tidak dapat dipastikan.

Sebenarnya banyak pihak yang keliru berkenaan status SULTAN KIRAM ini.

Siapa KIRAM?



Keluarga Kiram dari jalur kesultanan Sulu ini bermula pada pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Kiram I (1832-1842) bin Sultan Muhammad Alimuddin III (1808).

Dari Jamalul Kiram I inilah bermulanya nama ”Kiram” yang kita kenal hari ini yang kemudian nama ini berakhir pada kewafatan Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) yang mangkat “tanpa zuriat” ketika zaman kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu.

Selepas itu tiada lagi Sultan Sulu yang diterima oleh rakyat “Tausug” disebabkan dominasi Amerika Syarikat itu.

[sini]

Hal ini dilihat oleh rakyat bahawa Sultan dari keluarga Kiram adalah tali barut Amerika Syarikat yang tergamak merestui pembunuhan para keluarga Datu dan Syarif Tausug di Bud Bagsak dan Bud Dahu.

Sultan Kiram terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada Amerika Syarikat membunuh muslimin rakyatnya sendiri berjumlah labih 4000 orang (yang syahid 1600 orang termasuk wanita dan kanak-kanak) yang memilih menentang USA dan arahan Sultan.

Tausug menentang Sultan Kiram kerana bersekongkol dengan USA yang terkeluar dari undang-undang Darul Islam yang mana Tausug enggan dikutip cukai kepala oleh USA.

Menurut Tausug, Allah swt tidak pernah berfirman kepada RasulNYA untuk mengutip cukai kepala kepada ummah.

Maka Tausug beramai-ramai naik ke gunung duduk di gua batu sebagai mana ASHABUL KAHFI.

Hal ini bagi mereka adalah fitnah besar yang mengancam akidah mereka maka wajib meninggalkan kemewahan kampung halaman menuju ke gunung untuk selamat dari fitnah itu.

Sebaliknya mereka dibunuh oleh Amerika atas restu Sultan KIRAM.

Kerana Mahukan Sabah [ North Borneo] untuk dimasukkan ke wilayah FILIPINA.

Telah membuat generasi muda dan nenek moyang Tausung/sulu kutuk Kiram sampai kiamat.

Sangat menghairankan mengapa Sultan Esmail Kiram II ini sangat mencintai negara Kafir Filipina.

Mengapa tidak keluar saja diri dari kewarganegaraan Filipina menjadi ENTITI SENDIRI sebagaimana nenek moyangnya?

Jadilah Kesultanan SULU yang MERDEKA bukan dibawah ketiak Filipina....

Hari ini, kita dikejutkan dengan kedatangan tentera KIRAM yang mengaku sebagai tentera Sultan Sulu.

Petikkan ucapan:
Mufti Sultaniyah Sulu Darul Islam (SSDI) di Indonesia Datu Paduka Shar'ie Habib Rizieq Syihab (Ketua umum FPI) semalam berkata 
"Kita sangat mengagumi kepahlawanan Tausug, kita mengagumi keberanian Tausug diseluruh Asia Tenggara yang walau pun bilangan mereka sedikit namun sanggup melawan kumpulan yang besar jauh lebih canggih... tetapi tindakan sebilangan Tausug yang masuk ceroboh ke Sabah itu sangat tidak patut dan tidak sesuai pada tempatnya. Kita harap Tausug dapat menahan diri dari lakukan perkara tidak patut sebegini. Sepatutnya Tausug secara keseluruhan bersatupadu mengangkat kemerdekaan mereka sebagai bukan Filipino. Ini menjadi tanggungjawab kita umat Islam Nusantara mengiktiraf mereka sebagai bangsa merdeka di negara Sulu merdeka"



Amaran Sultan Bantilan II kemudian mengeluarkan kenyataan kepada wakilnya di Tawi-Tawi agar tidak melibatkan diri dengan mana-mana pihak bersenjata.

Maka sekiranya ada ahli SSDI (Sultaniyah Sulu Darul Islam) yang terlibat maka SSDI berlepas diri dari sebarang tanggungjawab, yakni SSDI tiada kaitan dengan mereka.
 

Komentar :

ada 0 comments ke “Kiram talibarut Amerika – Tausung @sulu kutuk Kiram sampai kiamat -”

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.