Saturday, March 30, 2013
Calon Politik sorong makan tarik makan adik beradik- BN jgn memperlembukan rakyat Kulim Bandar Bahru..!!
Jika benar UMNO/BN ingin meletak calon adik beradik yang sedang berpolitik sorong makan tarik makan kepada Rakyat Kulim Bandar Bahru dalam PRU13 nanti..... harap batalkan hasrat itu dalam kadar segera!!
Jangan Rakyat Kulim bandar Bahru terus diperbodohkan dan terus diperkuda kayukan oleh calon BN tersebut dengan meletak calon adik beradik ini bertanding di kawasan ini.
Mampukah Calon ini menarik ribuan Rakyat Kulim Bandar Bahru menyokong UMNO/BN jika calon itu sendiri gagal menyakinkan adiknya sendiri terhadap perjuangan UMNO selama ini.
Harap UMNO/BN jangan terus memperbodohkan Rakyat Kulim Bandar Bagru.Cukuplah mamak Kadir Syeikh Fadzil yang memperlembukan Rakyat Kulim Bandar bahru selama ini dan kini sudah bersama2 PR.
</
Andainya UMNO/BN masih berhasrat untuk mengekalkan calon Politik tarik makan sorong makan adik beradik ini untuk merebut Kerusi Parlimen Bandar Bahru eloklah UMNO/BN berfikir 1000x jangan sampai Rakyat bangun menentang UMNO/BN dalam PRU13 seterusnya memberi laluan mudah untuk PR>
Siapa si Shahlan Nasution ini?
Jangan sampai pekong sebenarnya terdedah pada Rakyat Kulim Bandar Bahru dalam kampen PRU13 nanti.
Mengekal calon adik beradik ini di Parlimen Kulim Bandar Bahru dalam PRU13 bererti UMNO/BN cuba menempah maut dalam PRU13.
Pada Rakyat Kulim Bandar Bahru pastikan manusia ini bukan pilihan yang tepat UMNO/BN Kulim Bandar Bahru..
Daripada mengekal calon Politik sorong makan tari makan bersaudara ini mewakili Parlimen UMNO/BN Kulim Bandar Bahru 1000x UMNO kekalkan Spesis Syeik Fazil disini ia juga satu trafomasi spesis yg setaraf dengannya.
Pecayalah jika benar Si Shahlan Nasition ini menjadi calon pilihan UMNO/BN di Parlimen Kulim Bandar Bahru..bermakna tsunami Politik sekali lagi bakal meranabkan pengaruh UMNO/BN di Kulim Bandar Bahru buat selama2nya !!
Insyaallah tunggu dan lihat realitinya musang berbulu ayam beraksi bersama musang di Parlimen Kulim Bandar Bahru nanti.
Harap Dato' Sri Najib jangan memperbodohkan Rakyat Kulim Bandar Bahru dengan meletakan calon adik beradik Politik sorong makan tarik makan ini terus beraksi dalam PRU13 nanti i bumi Kulim Bandar Bahru ini!!
Inilah satu-satunya "KEBODOHAN" dan BAHLOLnya pemimpin UMNO dalam memilih calon.!!!
Pada GMC calon ini tidak layak untuk bertanding dimana2 Parlimen dan DUN atas tiket UMNO Kedah!!
fikir....fikirlah dimana logiknya....dia mampu meyakinkan rakyat sedangkan saudara sendiri masih terus menyalak mempertakankan peliwat dan petualang Negara !!
Muktamad !!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
apa maksud sorong makan tarik makan dua beradik ? apa kes depa dua orang ni? cerciter sikit, biaq org kulim tau.
YES. JANGAN MEMPERLEMBU DAN MENGKALDAIKAN PENGUNDI KULIM BANDAR BARU. DAH LAMA KAMI KENA PEBODO DENGAN MAMAK KADIR. TAKKAN NAK PEBOO LAGI KOT. BOH CALUN NI TENGOK BOLEH TAU APA NAK JADI
bukan zul nordin yg menang 2008? booo
Macam tu juga dengan Shahril Samad...adiknya pas tegar Khalid Samad.....pasai tulah dalam PRU 2008 lalu UMNO/BN dilanda tsunami kerana Pak Lah tak cekap ...ambil ejen musuh letak dalam kabinet selepas PRU ke-11.....
Dari sikap yg ditunjukkan oleh dua beradik ini sudah cukup membuktikan bahawa Politik pada mereka hanya pentas untuk bersandiwa dan untuk mencari makan bukan untuk memperjuangkan apa yg sedang rakyat perjuangkan! Pada mereka rakyat hanya kuda tunggangan yg boleh diperbodoh2kan oleh mereka.
Sepatutnya mereka perlu sedar Rakyat sudah cerdik dan bkn bahlol dan mudah untuk diperbodohkan begitu saja walaupun pemimpin UMNO itu sendiri cuba untuk memperboohkan rakyat tapi Rakyat sudah mulai sedar sapa Sahlan Nasition tersebut apa hubungannya dengan Khalid Ibrahim MB selangor dan apa pula hubungan Saiffuddin adik pemimpin UMNO itu dgn Anwar.
Secara logiknya UMNO tidak seharusnya memberi kepercayaan kepada spesis dua alam ini untuk mewakili UMNO/BN.
Pada UMNO Kedah dan Dato' sri Najib GMC harap berhati-hati dengan sikap spesis ahli politik tarik makan sorong makan ini....
Walaupun khabarnya Shahlan akan ditempatkan di Pokok sena ....dimana juga ia tetap mengudang bahaya kepada UMNO/BN..pecayalah !!
Sahlan ni Setpol PM di Putrajaya nuh... awat tak boleh pulak?