Wednesday, March 27, 2013

Usul2 PAS Kawasan meyingkap pembohongan dan hipokritnya pemimpin PAS Kedah !!


Isu- isu Panas yang cuba dibangkitkan oleh ahli-ahli PAS Kedah sewaktu PAS Kedah menngambil alih Kerajaan diantaranya isu…

AGAMA................?

PENTADBIRAN..........??

KEBAJIKAN...............???

POLITIK......................????

TENDER......................?????

PENERANGAN............??????

TANAH..........................???????

WANITA........................????????

EKONOMI....................?????????

SOSIAL…......................??????????............semuanya BOHONG dan Putaq belit !!
Hari ini apa hasil dan janji yang telah PAS tunaikan..melainkan pembohongan dan putaq belit semata-mata..diantaranya mereka menipu 12 buah masjid sudah terbina.................KUIN satu lagi projek  sakit tajaan PAS !!



Rakyat dapat menilai  sendiri satu persatu usul2 dari PAS kawasan ada yang cukup menyengat pemimpin2 PAS Kedah khususnya yang banyak menghantam MB Azizan Razak…semua isu-isu yang dibangklitkan oleh ahli-ahli PAS tidak ada yang dapat dibanggakan …tapi amat mengecewakan rakyat yang memilih mereka dalam PRU12 yang lepas…harap kita tidak di TIPU lagi oleh jalang Politik yg berdakikan agama dalam PRU13 nanti!! 

Insyaalah !!

Hari ini GMC ingin menyingkap kembali ketidakpuasan hati pengikut2 PAS bukan setakat penyokong   …tetapi ahli-ahli PAS sendiri tentang sikap !! janji dan kalakuan serta belang dan kerakusan pemimpin2 PAS yang dirahsiakan  dari pengetahuan  Rakyat  selama ini… 

Tidak semua isi usul Pas Kawasan ini yang dibukukan ini dapat dimiliki oleh ahli2 PAS ia  dianggap "SULIT"!!!

Diantara isu-isu yang dibangkitkan  melalui usul2  tersebut adalah seperti diatas….ia mendedahkan komen ahli-ahli PAS Kawasan terhadap pemimpin PAS Kedah. 

Usul PAS Kawasan ini juga salah satu agenda jahat [musuh Azizan Razak] untuk menjatuh dan memperlekehkan  MB Kedah [sini].

Agenda jahat ini ...berlarutan hingga ke hari ini..[sini]

Usul yang dibangkitkan....



AGAMA



1 : Ahli- ahli sangat mengharapkan aktiviti amar maaruf nahi mungkar disusun dari peringkat negeri ke kawasan2 segera mungkin dan perlu diperbanyak, diperhebatkan.Kita bimbang kemurkaan Allah bila diberi kuas tidak melaksanakan amar maaruf nahi mungkar,Allah akan turun bala pada kita.



Contoh :



Diwujudkan squad sukarelawan pencegah maksiat di tiap-tiap daerah.Skuad sukarelawan ini perlu diberi kursus dan latihan untuk kerja-kerja yang mantap dan berkesan.

Laporan-laporan di dapati di pekan-pekan besar,maksiat dari golongan muda bertambah buruk,bukannya berkurangan mungkin disebabkan tidak ada penguatkuasaan yang berkesan.



Kempen solat,kempen menutup aurat dengan cara dan jaya yang menarik dan penuh hikmah perlu dirancangkan.



( DMPKP / DMPNK )



2: Oleh kerana memerintah negeri merupakan satu masuliah yang berat yang akan di pertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT dan rakyat / ahli ingin melihat pembaharuan pemerintahan secara islam dan perubahan perubahan yang positif. Menteri Besar,Exco sebenarnya terdedah pada terlalu banyak kriticsim berpunca daripada kekurangan dan kelemahan yang berkemungkinan disebabkan tidak ada impart system yang berkesan dan kurang pengalaman dalam pentadbiran



Rata-rata Ahli menyebut kerajaan tidak pandai memerintah,slow sanagt.Ahli merasa resah tidak faham apa yang sedang dilakukan kerajaan. Exco, pemimpin pemimpin negeri perlu lebih berlapang dada menerima muhasabah muhasabah kerna ada pemimpin yang melenting menghertak ahli yang memberi cadangan positif dan teguran membina.

Exco yang dilantik dah mula mengenepikan rakan-rakan yang telah sama sama berjuang dulu dan memperlihatkan tindakan-tindakan tidak mahu syur ( berbincang dengan rkan-rakan ahli terus membuat tindakan ). Ini sangat membahayakan masa depan parti dan imej Islam.



Ingin kita mencadangkan supaya perkara seperti diatas tidak terus berlaku dan pemerintahan dilihat lebih telus dan diyakini-Diwujudkan Majlis Syura Negeri yang terdiri dari ulama dan golongan individu yang terpilih berdasarkan kepakaran di berbagai bidang dan ketaqwaannya



Majlis Syura Negeri akan berberanan memberi nasihat dan teguran dan juga mementau semua EXCO PAS yang ditugaskan.



Dengan wujudnya majlis syura negeri akan lahirlh :



A ) Negeri dibawah kepimpinan ulama



B ) Parti mengusai kerajan



C ) Konsep amal jmal dan syura dapat disuburkan yang ajan membawa keberkatan dalam kepimpinan.



Ahli teras dri Dewan Ulama Dewan Pemuda Muslimat merupakan asset yang sanagt penting bagi menentukan kelangsungan perjuangan Parti. Tapi hakikatnya setelah PAS menang di Kedah ramai ahli teras rasa terpinggir kecewa cadangan dan teguran mereka kurng diambil perhtian dan mereka kurang dan tak dilihat dlam banyak program.



Dicadangkan di jemput ahli teras dalam branstorming hala tuju PAS atau Negeri Kedah agar mereka berasa kebersaman idea-idea mereka. Barulah lahir kesungguhan dan merakalah yang akan mempertahankan dan menyelamatkan Parti.Tapi kalau dibiarkan ahli teras terus kecewa siapa lagi yang dihrapkan untuk membantu mempertahankn parti…..dan perjuangan ini.



( DMPKP / DMPNK )



3 ) Cadangan : Suasana Islamik di Wisma Darul Aman perlu dipertingkatkan dan dimantapkan.Semua warga Wisma perlu ditarbiyah dan diberi kursus agar dapat mencerminkan akhlak dan budaya kerja yang baik.



( DMPKP /DMPNK )



4) Wujudkan tempat solat berjemaah untuk pekerja disemua peringkat mulakan kerja di Wisma dengan tazkirah ( PA system ) dan tafsir Al-Quran atau bacaan Al-Quran atau doa.



( DMPKP / DMPNK )





5 ) Rata-rata rakyat tertunggu-tunggu nak melihat dasar kerajaan PAS,janji dalam manifesto pilihanraya dilaksanakan atau tidak. Rakyat belum nampak.kata mereka apa yang kita Nampak keadaan yang lebih teruk.



Mereka rasa kerajaan sekrang lemah membuat UMNO dalam zon selesa.UMNO gembira kerana tak ada tindakan drastic. Mereka masih mampu berkuasa mereka memuji-muji pimpinan lama itulah yang dilihat oleh rakyat.



Cadangan:



Diadaka blue print Kerajaan Negeri Kedah yang menjelaskan hala tuju kerajaan misi,visi dan pelan tindakan yang realistic dipantau,diperkasakan.

Tiap-tiap Exco dicadangkan ada satu team penasihat terdiri dari individu yang komited dalam jamaah untuk memastikan tanggungjawab dilaksanaka dengan optimum.

Kekurangan dapat diatasi dengan segera dan terbaik mengawasi Exco daripada penyelewengan dalam aspek akhlak dan perbelanjaan.Kata Saidina Umar yang bermaksud :

“ Hisablah dirimu sebelum kamu dihisabkan oleh Allah AWT”



Jangn terlalu leka dengan pujian pujian dari UMNO kerana ini akan melekakan . Cukuplah pujian memberi muhasabah pada kita. Jangan lah terlalu lambat nak buat AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR takut akan datang halangan demi halangan.



( DMPKP / DMPNK )



6 ) Apakah tindakan untuk membuktikan kesungguhan pihak kerajaan memperkenalkan dasar Islam memandangkan :



A) Gagal mengawal peniaga makanan muslim yang tidak menghormati bulan Ramadan dengan menjual makanan pada siang hari sebelum jam 3 petang



B) Gagal membuat perubahan untuk menangani masalah social seperti pelacuran,pondan,khalwat di tempat awam.



C) Gagal mengawal pusat hiburan yang beroperasi hingga lewat pagi.



D) Gagal mengawal pusat perjudian spt kedai ekor haram,permaianan berkomputer yang semakin banyk sekarang.



E) Gagal menangani isu karaoke kampong yang makin berleluasa.



( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )



7 ) Berapa kalikah mesyuarat Ahli Agama Islam Kedah diadakan selepas Pakatan Rakyat berkuasa memandangkan terdapat banyak perkar a tidak dapat diselesaikan.



( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )

8 ) Mencadangkan semua pasaraya besar seperti TESCO,PACIFIC & GIANT mengumumkan masuknya waktu sembahyang ?



( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )



9 ) Dicadangkan agar tumpuan diberikan kepada aspek pembangunan insan dan perkembangan Islam ?



( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )



10 ) Mengapakah masih terdapat program-program berunsur maksiat khususnya program rasmi kerajaan negeri seperti nyanyian dan sebagainya ?



( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )



11 ) Apakah tindakan kerajaan bercadang untuk mewajibkan seluruh kakitangan awam beragama Islam yang berkhidmat di negeri Kedah menutup aurat dengan sempurna ?



( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )



12 ) Adakah pihak-pihak kerajaan mempunyai “think thank” dalam memikir dan merealisasikan nilai-nilai Islam sebagai panduan hidup ?



( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )





13 ) Apakah relavan bagi pihak Menteri Besar menghadiri majlis keagamaan seperti sambutan Deepavali kerana ia menyentuh saol akidah ?



( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )



14 ) Bilakah Institusi Imam ( Maahad Imamah ) akan ditubuhkan ?



( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )



15 ) Bagaimanakah kerajaan menerapkan konsep Ubudiyah Masualiyah & Itqan kepada seluruh kakitangan kerajaan di negeri Kedah ?



( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )



16 ) Apakah pandangan kerajaan terhadap penajaan syarikat judi seperti Genting seperti yang tertara pada tiket bola ?



( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )



17 ) PAS memerintah Kedah dengan izin Allah.Sebelum memerintah kita selalu canang kita akan laksanakan Islam dalam segenap bidang. Kita bagi contoh Madinah yang rakyatnya majmuk berjaya melaksanakan Islam. Kita tegaskan kita mesti menegakkanmaaruf dan menghapuskan mungkar. Hari ini rakyat,khususnya ahli PAS hendak melihat benda ini berjalan. Setakat ini rata-rata ahli PAS belum Nampak dengan jelas akan hal ini. Dicadangkan kerajaan bentangkan atau kerangka masa ( time frame ) kea rah melaksanakan cita-cita tersebut dan disebarkan seluas mungkin.



( PAS KAWASAN JERLUN )



18 ) Dalam masa terdekat dicadangkan kerajaan naikkan papan-papan tanda adab berpakaian menutup aurat bagi orang islam dan berpakaian sopan bagi bukan islam di tempat-tempat yang strategic. Begitu juga mewajibkan dengan segera kakitangan kerajaan,kakitangan badan berkanun dan kakitangan GLC berpakaian menutup aurat dan sopan. Isteri-isteri pimpinan perlu menunjukkan contoh berpakaian menutup aurat yang sempurna.



( PAS KAWASAN JERLUN )



19 ) Apakah perancangan dan tindakan yang telah diambil untuk mengurang dan menghapuskan pusat-pusat perjudian,miniman keras dan pelacuran ?



( PAS KAWASAN JERLUN )



20 ) Apakah perubahan-perubahan mengenai Islam yang telah dilakukan oleh kerajaan sepanjang 7 bulan memerintah ?

( PAS KAWASAN JERLUN )

21 ) Seboleh mungkin kita kena kuasai Jabatan Agama dan Jabatan Zakat. Kita kena gunakan sepenuhnya kekuasaan dan keupayaan mereka untuk laksanakan Islam sepenuhnya. Kena atur pemimpin/pendakwah/NGO kita boleh menguasai masjid untuk mentebarkan Islam melalui khutbah,kuliah,kursus atau seumpamanya.



( PAS KAWASAN JERLUN )



22 ) Selepas 7 bulan PAS memerintah nampaknya perlaksanaan Islam,khususnya NAHI MUNGKAR masih gagal untuk dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Berikut adalah antara kepincangan yang dapat dilihat:



a ) Tidak Nampak apa-apa tindakan ( sekurang-kurangnya langkah awal dan berfasa ) untuk mengharamkan arak dan judi.



b ) Tiada enakmen yang jelas berhubung hiburan, atau garis panduan berhubung halal haram dalam persembahan.



c ) Tiada tindakan terhadap kelab hiburan yang beroperasi sehingga melebihi waktu ditentukan



d ) Tiada peraturan berhubung etika berpakaian,sekurang-kurangnya untuk umat Islam sahaja.



e ) Tiada peraturan berhubung pengiklanan.sehinggakan ilkan tidak menutup aurat bebas dipaparkan.



f ) Tidak ada usaha langsung untuk merobohkan pusat pelacuran dan kegiatan pondan di Tanjung Bendahara. Salah satu tempat yang jadi tapak kegiatan maksiat tersebut adalah tanah wakf Majlis Agama Islam.



g ) Tiada langkah berkesan untuk bertindak terhadap pihak yang tidak menghormati bulan Ramadhan dimana meraka bebas berniaga sejak awal pagi.

h ) Tiada langkah berkesan untuk menghapuskan aktiviti muqaddimah zina di tempat-tempat berleluasanya kegiatan tersebut



I ) Arak dijual dan diminum bebas di Langkawi Permata Kedah, sehingga kelihatan hilang identity Islamnya sedangkan Kedah diperintah oleh parti yang memperjuangkan Islam.



j ) Dalam manifesto pilihanraya PAS berjanji untuk wujudkan Pusat Latihan Imam di Masjid Zahir. Apabila KDYMM Tuanku Sultan dikatan tidak memperkenankan dibuat di masjid tersebut,pihak kerajaan membatalkan terus dan tidak pula bercadang untuk dubuat di tempat lain.



k ) Majlis Agama Islam,Jabatan Agama Islam dan Jabatan Mufti tidak dapat diselaraskan untuk memperkukuhkan perlaksanaan Islam di negeri ini.

l ) Kekurangan tenega kerja di jabatan Agama Islam terutama, terutama Bahagian Penguatkuasaan menyebabkan mereka tidak dpat menjalankan tugas dengan berkesan



m ) Jabatan Agama Islam tidak diketuai oleh orang yang tidak mempunyai fikrah Islam yng jelas,sebaliknya oleh seorang beks pegawai tadbir daerah yang dikaitkan dengan isu penyelewengan balak.



n) Tidak ada usaha yang jelas dan bersungguh-gungguh oleh Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam untuk memperkasakan pernan masjid selaras dengan dasar Islam yang dibawa oleh PAS sebagai kerajaan yang memerintah.



o ) Kakitangan Jabatan Agama Islam umumnya tidak menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh dan efisyen sehingga dianggap sebagai jabatan kerajaan negari yang paling lembab.



p ) Usaha dakwah tidak dilakukan dengan berkesan untuk seluruh anggota masyarakat,sebaliknya hanya bertumpu masjid atau di kalangan orang yang sudah sempurnanya Islamnya.



q ) Tiada satu program khusus untuBBBk pegawai tadbir dan kakitangan kerajaan berhubung penerapan pemahaman Islam yang sebenar.





r ) Rakyat umumnya melihat bahawa tidak ada perbezaan dari aspek PERLAKSANAAN ISLAM diantara sewaktu PASdiperintah loeh BN yang toughut dan PAS yang berjuang atas landasan Islam.



Maka Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Alor yang mengadakanprogram cambah fikiran pada 2 November 2008 DENGAN SEBULAT SUARA mencadangkan supaya :



a) Menteri Besar YAB Seri Azizan Abdul Razak yang memegang terlalu banyak potfolio ( 8 potfolio ) supaya melepaskan AGAMA dan menyerahkan potfolio tersebut kepada exco lain perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.



b) Exco yang menerima amanah terhadap potfolio AGAMA hendaklah menyusun,memperkemas dan memperkasakan Majlis Agama Islam,Jabatan Agama Islam dan Jabatan Mufti supaya perlaksanaan Islam yang sebenar dapat dibuat



c) Umat Islam di negeri ini tidak mahu melihat kerajaan negeri bertelagah menyalahkan pihak itu dan ini kerana kegagalan memperkasakan perlaksanaan Islam sebaliknya hendaklah menggerakkan semua entity secara bersepadu termasuk dengan jabatan-jabatan yang lain ( yang bukan berkaitan agama )



( PAS KAWASAN ALOR SETAR





PENTADBIRAN



1) Benarkah YAB Menteri Besar begitu mempercayai pegawai-pegawai tadbir kerajaan negeri sehingga semua pandangan mereka DITELAN BULAT-BULAT sementara pendapat dari orang PAS , sekalipun dari sebahagian exco kerajaan negeri DITOLAK MENTAH-MENTAH ?



( PAS KAWASAN ALOR SETAR )



2) Benarkah dakwaan bahawa terdapat KCS yang tidak menghormati keputusan kerajaan negeri, masih setia kepada UMNO dan berwalak kepada bekas menteri besar,sedangkan kepimpinan kerajaan PAS begitu mempercayai mereka dan tida perancangan langsung untuk membuat PERCATURAN POLITIK yang menguntungkan kerajaan PAS seperti penyusunan semula jawatan,dan sebagainya ?



( PAS KAWASAN ALOR SETAR )



3) Mengapa KFA tidak memecat Pengurus Bola sepak Kedah Dato Osman Aziz,sedangkan dia banyak lakukan penyelewengan ? waktu BN perintah dulu adakah mereka melantik orang PAS jadi pengurus bolasepak ?



( PAS KAWASAN ALOR SETAR )



4) Banyak keputusan kerajaan yang tidak dapat dibuat dengan bebas,terutamanya isu perjawatan,kerana kononnya Tuanku Sultan tidak berkenan ? Adakah ungkapan ‘ Tuanku tidak berkenan ‘ sengaja dicipta oleh pihak tertentu untuk menipu kepimpinan kerajaan negeri ? sampai bila alasan ‘ Tuanku tidak berkenan’ ini hendak digunakan ? Dimana kuasa kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat ?



( PAS KAWASAN ALOR SETAR ?



5) Mencadang diwujudkan pasukan ( team ) yang khusus untuk memastikan tidak ujud unsur-unsur yang nak sabotaj kerajaan negeri.



( DMPKP/DMPNK )



6) Apakah kaedah yang akan diambil supaya agihan zakat dapat dibuat dengan lebih adil dan berkesan,memandangkan ketika ini banyak rungutan mengenainya. Antara sebab perkara ini berlaku didapati pimpinan masyarakat dari kalangan UMNO masih memjadi saluran menentukan penerima zakat dan mereka terkenal bersikap kroni ?



( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )

7) Apakah bentuk tindakan susulan kerajaan selain menghebahkan untuk pengetahuan masyarakat dalam menangani gejala rasuah dan nepotisme ?



( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )



8) Bilakah kerajaan negeri akan mengadakan hari bertemu pelanggan ?

( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )



9) Apakah langkah-langkah untuk memperkasakan MKK dan penghulu ?

( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )



10) Bagaimanakah tindakan kerajaan khususnya PBT dalam menengani isu penjaja-penjaja kecil di kaki lima jalan kerana banyak kes dilaporkan tindakan penguatkuasa PBT menyita premis mereka terlalu keras dan tidak berhemah sehingga menutup pintu rezeki para peniaga terbabit ?



( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )



11) Seboleh mungkin perlantikkan untuk mengisi kekosongan jawatan ketua-ketua jabatan,pegawai-pegawai kanan atau orang-orang pentingkerajaan hendaklah diutamakan kepada yang cenderung kepada PAS. Anjing-anjing UMNO kena disempitkan peranan mereka agar tidak menjadi duri dalam daging kepada kerajaan. Memanglah sifat anjing- selain daripada najis berat,kalau tiak dimakan najis pun,diciumnya juga.



( PAS KAWASAN JERLUN )



12) Adakah kerajaan bercadang mewujudkan jawatan penyelia DUN bagi DUN yang tidak dimenangi oleh Pakatan Rakyat?



( PAS KAWASAN JERLUN)



13) Adakah kerajaan bercadang menyedia dan memberikan peruntukkan bulanan kepada pusat khidmat wakil rakyat/pusat khidmat DUN ( yang kalah ) khususnya untuk pembiayaan penyenggaraan pusat dan elaun kakitangan ?



( PAS KAWASAN JERLUN )



14) Dewan orang ramai yang dibawah penguasaan kerajaan negeri hendaklah ditadbir dan dimakmurkan dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.Penghulu atau ketua kampong perlu diberi kuasa dan peranan khusus untuk tujuan itu.



( PAS KAWASAN JERLUN )



15) Apakah tindakan yang diambil terhadap pegawai kerajaan yang bersikap double standard terhadap kerajaan PAS Kedah .



( PAS KAWASAN PADANG TERAP )



16) Sewaktu di bawah kerajaan BNdulu,setiap kali MB turun kawasan,semua ketua dan AJK UMNO bahagian dijemput secara rasmi.Bahkan pegawai kerajaan pun hormat mereka ( UMNO ). Tetapi sekarang,apabila PAS perintah,YDP PAS kawasan pun mereka tidak jemput untuk hadir program Majlis Daerah dan kerajaan negeri. Apakah tindakan yang harus diambil terhadap pegawai kerajaan yang tidak hormat kepada PAS sebagai parti yang memerintah ini ?



( PAS KAWASAN PADANG TERAP )



17) Menteri Besar dikatakan cengih/garang dengan pegawai-pegawai lantikkan politik tetapi tidak dengan jabatan atau pegawai-pegawai kanan kerajaan walaupun banyak kelemahan yang mereka buat.



( PAS KAWASAN JERLUN )



18) Menteri Besar dan EXCO-EXCO sering beri alasan yang kelihatan seperti hendak melepaskan diri. Sikit-sikit ‘hendak ambil hati’,itu kehendak/urusan sultan dan seumpamanya. Sampai bila nak jadi macam ni ?



( PAS KAWASAN JERLUN )



19) Telefon EXCO lima enam kali tak diangkat-angkat.Bila angkat pula jawapannya ‘saya sibok atau ‘saya tengah meeting’.Dari nada suara jawab macam tak berapa suka atau penelefon mengacau saja.



( PAS KAWASAN JERLUN )



20) Dengar kata MB dan EXCO makin rajin main golf dengan sultan. Sultan yang seorang sangat dilayan,raktat yang ramai nak jumpa pun susah !



( PAS KAWASAN JERLUN )



21) Ada pemimpin yang keluarkan kenyataan mengelirukan dan boleh memjejas imej kerajaan. Contohnya, pegawai khas MB kata kerajaan sudah berjaya kurangkan hutang lebih RM 1 Bilion dalam masa 7 bulan. Setiap kenyataan hendaklah dinyatakan dengan data dan fakta yang sahih.





( PAS KAWASAN JERLUN )



PENDIDIKAN



1 ) Benarkah Exco Pendidikan tidak memperdulikan rungutan kekurangan kemudahan asas dan kerosakkan peralatan yang berlaku di Maktab Mahmud,terutama Maktab Mahmud Daerah ?



( PAS KAWASAN ALOR SETAR )



2 ) Benarkah pentadbiran Maktab Mahmud DIGANGGU oleh setiausaha Maktab Mahmud, jawatan KCS yang diwujudkan,seolah-olah mengambil-alih tugasan pengetua ?



( PAS KAWASAN ALOR SETAR )



3 ) Kerajaan BN dulu wujudkan kuota kemasukkan ke Maktab Mahmud bagi beri peluang pelajar sekolah kebangsaan memasukinya,walaupun mereka tiada asas pendidikan agama berbanding pelajar dari Sekolah Rendah Islam. Adakah dasar jahat BN untuk sekat kejayaan pelajar dari SRI itu diteruskan lagi sekarang ?



( PAS KAWASAN ALOR SETAR )



KEBAJIKAN



1 ) Bilakah isu longgokkan sampah yang tidak dikutip dalam kawasan MBAS hendak diselesaikan ? Nota : Rakyat tidak mahu lagi mendengar alasan yang berbelit-belit menyalahkan pihak itu dan ini tetapi rakyat hanya mahu MELIHAT sampah dikutip dengan segera dan kerap ! )



( PAS KAWASAN ALOR SETAR )



2 ) Ucapan dan kenyataan media Menteri Besar dan EXCO-EXCO banyak dilaporkan oleh akhbar/ TV arus perdana berkisar kepada isu ekonomi. Rakyat di kampong sebenarnya menunggu berita yang berkaitan dengan kebajikan mereka. Mereka nak dengar dan Nampak pemberian bantuan kepada fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim, baiki jalan-jalan kampong,baiki surau dan seumpamanya.



( PAS KAWASAN JERLUN )



3 ) Bagaimanakah kerajaan khususnya PBT menangani masalah sampah yang yang tiada kesudahannya ?



( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )



4 ) Apakah tindakan kerajaan untuk membantu guru-guru KAFA yang tidak menerima elaun mengajar pada bulan November dan Disember memandangkan pada ketika itu sekolah sedang bercuti ?



( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )



5 ) Bilakah kerajaan akan melunaskan janji untuk mengurus dan menyelaras kebajikan guru-guru agama seperti guru SAR/KAFA/Guru Al-Quran Kampung & Fardu Ain persendirian ?



( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )



6 ) Bilakah perlaksanaan pinjaman tanpa riba untuk belia-belia yang ingin melangsungkan perkahwinan hendak diadakan seperti yang terdapat dalam manifesto pilihanraya ?



( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )



7 ) Bilakah skim Takaful Kifalah akan dilaksanakan di Kedah ?



( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )



8 ) Adakah Biro Pengaduan Awam Peringkat kerajaan negeri berfungsi dengan baik ? Dan apakah bentuk tindakan susulan yang diambil oleh kerajaan dalam memasikan setiap aduan rakyat diterima,diananlisis dan diambil tindakan ?



( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )



POLITIK



1 ) Adakah kerajaan telah menyediakan kerangka masa ( time frame ) 2008-2012 untuk melaksanakan 115 janji yang terdapat didalam manifesto PRU 12 ? Kalau sudah ada tolong hebahkan kepada rakyat. Kalau belum ada,bila hendak disediakan ? Kalau tidak perlu sedia,kenapa ?



( PAS KAWASAN JERLUN )



2 ) Adakah kerajaan sedar bahawa polisi kuota perumahan 50% telah menyebabkan tentangan dan kemarahan masyarakat Cina terhadap kerajaan PAS? Adakah kerajaan sedar bahawa polisi yang dibuat itu TERLALU GOPOH, sedangkan terdapat banyak mekanisme lain yang boleh dibuat untuk mempertahankan survival Melayu/Islam dalam isu perumahan ini tanpa menyentuh sensitiviti orang Cina secara direct ?



( PAS KAWASAN ALOR SETAR )



3 ) Apabila ada pihak mendesak supaya diharamkan judi,Menteri Besar memberi alasan

Perlu ambil kira kaum lain,maksudnya ‘ undi mereka adalah penentu dan penting ’ dalam memenangkan PAS. Tapi dalam isu kuota perumahan yang menimbulkan kemarahan seluruh kaum cina ( termasuk dari DAP ), mengapa sensitiviti kaum cina tidak diambil kira ? Adakah PAS bersedia untuk kalah dalam pilihanraya umum akan datang,demi mempertahankan kuota perumahan ? Jika PAS kalah akibat isu kuota perumahan,bagaimana pula agaknya sebagai pembangkang pada waktu itu , PAS akan terus pertahankan hak melayu ?



( PAS KAWASAN ALOR SETAR )



4 ) Apakah bentuk-bentuk bantuan yang telah disalurkan dan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam memperkasakan jentera parti kerana jentera parti agak lemah ketika ini manakala sumber kewangannya pula agak terhad memandangkan program-program yang dibuat tidak membantu dalam menambah dana parti ?



( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )



5) Sejauh manakah kejayaan melaksanakan manifesto pilihanraya Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua direalisasikan oleh kerajaan kerana yang jelas ketika ini rakyat mula menghidu kelemahan kerajaan negeri yang dilihat tidak dapat membuat sebarang perubahan sehingga kini. Rungutan ketara bahawa tiada perbezaan di antara kerajaan dahulu dan sekarang.



( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )



6) Adakah kerajaan negeri hanya berdiam diri dan tidak mahu mencetuskan kontrovesi terhaap siaran Kedah FM yang lebih cenderung menyiarkan propaganda BARISAN NASIONAL ?

( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )



7) Diharapkan agar setiap pemimpin yang terlibatkan dengan kerajaan dapat berperanan dengan lebih berkesan dalam mentadbir organisasi kerajaan tanpa mengabsikan tugasan dalam parti PAS.



( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )



TENDER



1) Dibawah kerajaan BN dulu semua tender kerajaan hanya diagihkan kepada kontraktor UMNO sahaja.Dari aspek kepentingan politik UMNO tindakan mereka adalah betul kerana :



a) Mengkayakan aktivis UMNO dan UMNO itu sendiri.



b) Para peniaga lebih senang berada bersama UMNO.



c) Kontraktor PAS tertekan sehingga ada yang keluar PAS masuk UMNO.



d) Peniaga yang ada kepentingan dengan projek,takut hampiri PAS.

Mengapa kerajaan PAS sekarang tidak mengambil langkah yang sama,demi untuk survival politik jangka panjang ?



( PAS KAWASAN ALOR SETAR )



PENERANGAN



1) Mewujudkan networking penerangan Negeri Kedah yang lebih mantap melalui :



a) Website,Blog yang lebih berfungsi,up to date,mempunyai target dan perancangan dan aktif.



b) Mewujudkan pejabat penerangan Negeri Kedah di peringkat daerah.



c) Mempelbagaikan keluaran-keluaran majalah-majalah selain warta ini perlu diwujudkan supaya mesej Islam yang merupakan matlamat utama parti dapat sampai ke semua peringkat. Begitu juga berita-berita dan maklumat-maklumat negeri mampu disebarkan dengan berkesan.



Warta ini perlu disebarkan di masjid-masjid dan disekolah-sekolah.



( DMPKP/DMPNK )



2) Mohon penjelasan mengenai kemajuan yang dibuat oleh kerajaan negeri sehingga kini. Rakyat ingin tahu sejauh manakah usaha yang telah dibuat.



( PAS KAWASAN PADANG TERAP )



3) Program penerangan hendaklah disusun dan dilaksanakan dengan banyak dan pelbagai. Aktiviti ceramah perlu diperbanyakkan. Masyarakat kampong khususnya,tidak mendapat maklumat perkembangan / perjalanan kerajaan negeri dengan tepat. Sebahagian besar masih bergantung pada TV. Membaca bukan menjadi budaya orang kampong,khususnya melayu.Mereka lebih mudah faham dengan dengar dan lihat. Warta Darul Aman tidak begitu berkesan untuk masyarakat kampong. Dicadangkan :



a) Adakan wayang pacak menggunakan teknologi terkini.



b) Anjurkan carnival penerangan ala jom heboh.



c) Gunakan institusi penghulu dan ketua kampong atur program penerangan dengan peruntukkan / bantuan tertentu.



d) Khutbah Jumaat lebih berorientasikan kerajaan negeri khususnya berkaitan dengan urusan agama/akhirat.



e) Risalah/brosur/pamplet bergambar/warna warni.



( PAS KAWASAN JERLUN )



4) Memperkasa penerangan kepada agar seluruh lapisan masyarakat mendapat maklumat berkenaan dasar-dasar dan kemajuan yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan.



( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )



TANAH



1 ) Selesaikan masalah “ lot lidi ” kerana ramai yang beli lot lidi dari golongan pendapatan rendah dicadangkan kerajaan buat bersempadanan semula lot lidi.



( DMPKP/DMPNK )



2 ) Adakah benar kelulusan telah diberi untuk penambakkan laut di Kuala Kedah bagi menyediakan padang golf ? kalau benar adakah diluluskan oleh kerajaan sekarang atau kerajaan dulu ?



( PAS KAWASAN JERLUN )





WANITA



1 ) Soalan : Kenapa setakat ini tidak ada seorang pun muslimat diserap kemana – mana organisasi di peringkat Kerajaan PAS berbanding dengan muslimin. Dicadangkan memberi salah satu jawatan kepada muslimat



WUJUDKAN URUSETIA PEMBANGUNAN WANITA



- Untuk membantu Exco pembangunan Wanita



( DMPKP/DMPNK )





EKONOMI



1 ) Apakah polisi dan strategi kerajaan untuk memajukan sosio ekonomi rakyat dengan slogan beri pancing dan bukan ikan bagi mengikis budaya meminta/subsidi ?



( PAS KAWASAN JERLUN )



2 ) Sejauh manakah perancangan dan kejayaan yang telah dibuat / dicapai dalam usaha menjadikan Kedah sebagai Belanda Malaysia ?



( PAS KAWASAN JERLUN )



3 ) Sejauh manakah perancangan / kejayaan kerajaan dalam usaha membuka tanah-tanah untuk kawasan tanaman padi ?



( PAS KAWASAN JERLUN )



4 ) Sejauh manakah hubungan 2 hala dengan kerajaan Pakatan Rakyat yang lain kuhsusnya dari aspek pembangunan ekonomi ?



( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )



5 ) Adakah kerajaan negeri memantau serta memastikan bantuan subsidi,baja, dan racun ( input pertanian ) sampai kepada para petani secara adil dan telus memandangkan bantuan tersebut diuruskan oleh MADA yang dikuasai pembangkang dari BN ?

( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )



SOSIAL



1 ) Apakah peranan dan tindakan kerajaan dalam menangani penyalahgunaan daun ketum yang menjadi ancaman kepada anak-anak muda sekarang ?



( PAS KAWASAN JERLUN )



2 ) Sejauh manakah keprihatinan kerajaan untuk membina litar sukan permotoran bagi menangani permasalahan gejala mat rempit ?



( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )



NGO



Adakah kerajaan berkejasama dengan NGO-NGO dan kumpulan pakar dalam merangka dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan di Kedah ?



( PAS KAWASAN KUALA KEDAH


Komentar :

ada 0 comments ke “Usul2 PAS Kawasan meyingkap pembohongan dan hipokritnya pemimpin PAS Kedah !!”

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.