Sunday, March 31, 2013
Calon boleh menang sebagai kriteria utama pilihan di Kedah -Mukhriz
Datuk Seri Najib Razak masih mahu melihat pandangan beberapa pihak lain walaupun memberi keutamaan pada senarai yang dikemukakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.
Bermakna pandangan rakyat tempatan wajib diambil kira dalam penentuan Calon dlm PRU13 kali ini,walaupun sebelum ini UMNO hanya lebih memberi keutamaan senarai yang disediakan oleh Pegurusi perhubungan Negeri yang sudah di canai terlebih dahulu..akhirnya calon2 yang dipertandingkan mematah selera rakyat setempat.
Apa pun situasi Rakyat dlm PRU13 kali amat berharap UMNO/BN tidak mengekalkan muka-muka lama atau yang sedia ada khususnya di Kedah Selatan lebih2 lagi pada mereka yang sudah mula menunjukkan iaksi -aksi geli kearah memeloyakan Rakyat sebelum PRU13..
Faktor calon mesra rakyat dan anak tempatan masih lagi menjadi kretiria harapan rakyat berbanding calon payong terjun atau calon impot yang hanya akan mengudang kekalahan.
Dalam PRU13 kali ini rakyat seolah-olah ingin melihat sejauhmana "JANJI" UMNO/BN tentang tranfomasi?
Sejauh mana Slogan Rakyat di dulukan Pencapaian di utamakan benar2 dapat direalisasi dalam PRU13 ini.
Andainya Tranfomasi itu masih berlegar pada pemimpin yang dipilih berdasarkan pada penilaian "Winnable" dikalangan kroni -kroni pemimpin UMNO sendiri tanpa memperdulikan kehendak rakyat setempat bermakna UMNO/BN cuba memberi ruang yang selesa pada PR dalam PRU13 nanti.
Daerah Sungai Petani,Baling, Sik ,Kulim Bandar Bahru , Padang Serai rakyat mahu melihat JANJI tranfomasi yang berkesan dari UMNO/BN ditunaikan dari segi calon!!
Harapan rakyat UMNO/BN tidak akan menempatkan muka-muka lama maupun yang sedia ada bagi menghadapi PRU13 nanti kerana calon-calon tersebut hanya akan menyumbang laluan mudah kepada PR.
Janganlah faktor kepincangan mereka yang lalu menjadi satu DANA atau modal baru untuk PR berkempin dalam PRU13 nanti.
Kemenangan mesti menjadi Fokas utama UMNO/BN terlebih dahulu untuk mengambil hati calon bukan lagi menjadi agenda utama. UMNO lagi sewaktu bahang Kebangkitan Rakyat kali ini dalam PRU13.
Faktor Qota dan seniority calon bagi menghadapi PRU13 harus diketepikan terlebih dahulu jika "kemenangan" mau dijadikan agenda utama.
Oleh itu dalam PRU13 kali ini rakyat benar2 memerlukan "Pemimpin" yang mampu berjuang bersama rakyat bukannya pemimpin yang hanya bijak bersandiwa atau sekadar menjadi "BARUA" dalam mengejar kuasa akhirnya timbul dimusim pilihan raya bermuka-muka dengan rakyat jelata !!!
Elak pemimpin"JALANG" Politik sedemikian dipilih oleh UMNO/BN untuk bertarung dalam PRu13 kali ini...Ingat..rakyat tidak sama sekali bersama dengan pemimpin spesis "DAJAL" ini dlm PRU13 kali ini.
Rakyat lebih mengenali siapa calon mereka !!!
read more
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
calon yg disenangi oleh pengundi di situ.....insyaallah
Kalau dh payah sgt cr calun...pilih saya lah ...non misai..kah..kah..kah