Tuesday, January 5, 2010

PAKAIAN TIDAK MELAMBANGKAN PERIBADI SEBENAR MEREKA.





Pandangan Mursyidul Am PAS…

“Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata sekalipun pengunaan kalimah Allah oleh agama ‘samawi’ seperti Kristian dan Yahudi dibenarkan namun beliau bimbang ia boleh disalahguna.

Nik Aziz berkata beliau bimbang kalimah ini disalah guna sehingga menyebabkan orang Melayu beragama Islam keliru.
“Dia kata sana Allah, sini pun Allah sehingga akhir-akhir ini dia minta gereja pun dipanggil masjid Kristian.,katanya. http://www.harakahdaily.

Pandangan Ust Asri…

“Peraturan ini mungkin atas alasan-alasan setempat seperti kenapa sekarang baru ditimbulkan isu ini? Kenapa hanya Bible dalam bahasa Melayu sahaja yang hendak menggunakan panggilan Allah, tidak pula edisi Inggerisnya?” Adakah di sana ada agenda tersembunyi? Beza Antara Rebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah-Ust Asri

Sebenarnya bukan sekadar kalimah Allah saja…Politik PAS itu sendiri hari ini sudah membuat orang melayu Islam cukup keliru dan celaru!!

Jika dulu Pas menentang kapiaq Harbi…hari ini pula PAS berkawan baik dan menjadi sekutu mereka pula..!!

Jika dulu … “PAS Mendakwa: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang redha dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983) .

"SHAH ALAM, 19 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mahu konvensyen yang berlangsung hari ini memberi natijah terbaik kearah keutuhan ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP untuk terus memperkasa Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13"

Dan hari ini PAS redha dengan kufur perjuangan kearah keutuhan ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP untuk terus memperkasa Pakatan Rakyat demi PRU13…

Jika dulu Dewan Ulama PAS berfatwa..

"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

Hari ini PAS yang bersekutu dengan DAP masih lagi kekal dalam Islam seperti dulu….

Jika dulu PAS berkokok diserata kampung dan lorong… perjuangan mereka untuk menegak hukum dan Negara Islam …tetapi hari ini PAS menyelak pekongdan cabuknya pada sekutu mereka sendiri…iaitu...

"Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

Hari ini PAS menafikan sekeras-kerasnya pada DAP bukan Hukum dan Negara Islam yang PAS perjuagkan selama ini tetapi perjuangan bersama DAP hari ini kearah keutuhan ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP bagi menghadapi PRU13 nanti.

Terbukti selama ini segala Fatwa dan Hukum ciptaan ulama mereka serta Amanat Dajal Hadi hanya sekadar retorik untuk menipu bangsa saja demi politik Dajjal mereka!

“Sementara itu PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat di ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur Isnin malam bagi merumuskan pendirian rasmi parti mengenai hal berkenaan.”(kalimah Allah)- Nik Aziz Nik Mat http://www.harakahdaily.

Adakah hari ini PAS tidak mahu mengambil kesempatan bagi merumuskan pendirian rasmi Parti itu mengenai Hukum dan fatwa PAS yang maha celaru melebihi isu penggunaan kalimah Allah yang banyak memberi implikasi yang baik seperti pandangan yang dikutib dari: http://peguamkita.blogspot.com/ http://www.harakahdaily.

“Ia merupakan suatu pengiktirafan terhadap kewujudan ALlah SWT. Bukankah Allah adalah Tuhan yang menurunkan Rahmat Seluruh Alam? Ia menambahkuatkan lagi bahawa bukan Islam telah memahami Islam dan Tuhan orang Islam” / http://www.harakahdaily

Jika penggunaan kalimah Allah membawa kekuatan untuk orang bukan Islam memahami Islam dan tuhan orang Islam..

Bagaimana dengan Hukum Dewan Ulama PAS yang dicabul oleh pemimpin PAS hari ini?

Dasar parti adalah Islam, masakan isu mencegah kemungkaran boleh dikendurkan demi toleransi dengan parti sepakatan?

Apakah pencabulan terhadap Hukum Allah ta’alla yang dikeluarkan oleh Dewan ulama PAS tersebut juga akan menambah kekuatan untuk orang bukan Islam memahami bertapa retoriknya pemimpin pemimpin Islam PAS tentang hukum Islam dan arahan tuhan orang Islam itu?

“Sekiranya nama Allah dalam artikel mingguan tersebut digunakan bagi tujuan menunjukkan bahawa ia merujuk kepada Tuhan sebenar manusia seluruh alam, maka kita perlu menerimanya” http://peguamkita.blogspot.com/ http://www.harakahdaily.

Adakah pencabulan Hukum yang dikeluarkan oleh Dewan Ulama PAS dan Amanat “Dajjal Hadi” mengeluarkan tafsiran mengenai betapa [HARAM]nya parti orang Islam bersekongkol dengan parti orang kafir.”

Adakah Hukum dan Amanat Dajal tersebut juga bertujuan untuk menunjukkan pada masyarakat orang bukan Islam bahawa Hukum Allah swt(hukum Islam)itu boleh berubah-ubah mengikut iklim politik semasa dan betapa putar belit pemimpin PAS dengan Hukum Allah ta’ala maka hari ini pemimpin PAS juga perlu menerima hakikatnya”?

Akhirnya orang bukan Islam memahami Islam dan Tuhan orang Islam itu putar belit seperti pemimpin PAS hari ini juga…dan pemimpin PAS perlulah menerima persepsi dari orang bukan islam tersebut merujuk kepada keadaan sebenar sikap pemimpin PAS hari ini dengan hukum Allah ta’ala yang boleh berubah mengikut musim..dan selera politik mereka!!

Inilah Virus yang dibawa oleh PAS yang boleh merosak kesucian Islam itu sendiri!

Pada GMC penggunaan kalimah Allah bukan bimbang disalahgunakan seperti yang Pok Nik cakap..tapi “bimbang”disalah tafsikan oleh orang bukan Islam betapa putar belitnya pemimpin Islam baik ulama PAS maupun UMNO 2 x 5 sama saja…

Cakapnya mula tak serupa bikin bila kuasa sudah ada lidah mula bercabang dua…inikah caranya Allah mengajar depa!! !!

Akhirnya tercemarlah kesucian Allah swt angkara sekutu puak-puak kapiaq harbi ini yang bijak memutar belit hukum Allah ta’alla bila sudah berkongsi kuasa!

Allahuakbar!

Komentar :

ada 0 comments ke “PAKAIAN TIDAK MELAMBANGKAN PERIBADI SEBENAR MEREKA.”

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.