Tuesday, January 12, 2010

BILA SABUNG DISAMBAR TAKDIR..JALAK TERUS BEKOKOK !!

APAKAH SELURUH RAKYAT DAN BANGSA MELAYU AMNYA HARI INI TIDAK PERLU MENGAMBIL IKTIBAR TRAGEDI YANG MENIMPA TOKOH KOPRAT MELAYU ULUNG BERTARAF DZAR ALMARHUM DATO’ TAN SRI YAHYA AHMAD Pengerusi Kumpulan DRB-Hicom?

Andainya sabung tidak disambar takdir...Jalak tidak segalak berkokok hari ini!!



ADAKAH IA SATU TAKDIR ILLAHI…??!!!!!!......!!!bukan angkara kianat?

Walau bagaimana pun sebagai manusia yang diberi akal dan fikiran yang waras perlulah juga kita merenung kembali….takdir illahi tersebut.

Untuk dijadikan pengajaran,renungan dan rujukkan dari tragedi tersebut selain ia satu takdir dan ketentuan dari illahi.

Sesekali sejarah itu perlu diselak dan dikaji serta patut direnungkan kembali untuk dijadikan ikbar dan pebandingan sebab musababnya disebalik tragedi!

SELAIN IKTIBAR DARI KEMALANGAN YANG MENIMPA NIZAR JAMALUDDIN DAN Almarhum Dato’ Prof Zulkifli Mohammad dan isteri juga mati disebabkan kecelakaan jalan raya.alfatihah.

“Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang,Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin terlibat dalam satu kemalangan jalanraya yang menyebabkan kenderaan dipandunya sendiri terbalik empat tayar keatas.

Kejadian berlaku di Jalan Raja Nazrin Shah ,Ipoh jam 9.30 pagi Khamis semasa beliau mengelak sebuah kenderaan yang keluar dari simpang.”



“Allahyarham Zulkifli merupakan Timbalan Yang diPertua PAS semasa era kepimpinan Dr. Burhanuddin Helmy. Beliau meninggal dunia pada usia 37 tahun akibat kemalangan jalanraya di Batu 4 ½ Jalan Kuantan, Pahang pada 6 Mei 1964. Turut terkorban dalam nahas itu ialah isterinya, Asiah Kamaruddin yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS ketika itu”


“Sehinggakan kecelakaan beliau itu dikaitkan dengan motif politik yang memaksa kerajaan ketika itu dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Almarhum Tunku Abdul Rahman terpaksa membuat ucapan dalam Dewan Parlimen menerangkan kematian Zulkifli Muhammad bukannya kerana angkara perbuatan khianat.

Ingatan ini bukan sama sekali menafikan takdir Illahi, kerana kita tahu jika takdir Illahi sudah sampai “Ia tidak akan dipercepat dan diperlambat walaupun sesaat”

Walaubagaimanapun sebagai manusia yang diberi akal dan fikiran yang waras, kita boleh berusaha menghindarinya” - Mantan Setiausaha PAS Jalan Yadi Sungai Udang.

“Tragedi TS Yahaya – bongkar!!
Sumber dari :http://bantahan.tripod.com

Telah berlalu 20 bulan tragedi yang telah mengemparkan negara dimana Pengerusi Kumpulan DRB-Hicom, Tan Sri Yahaya Ahmad (TSYA) terbunuh bersama isterinya dan juruterbang helikopter peribadi beliau.

Berita pilu yang diterima di awal pagi bulan Mac 1996 oleh rakyat Malaysia disambut dengan rasa tidak percaya.

Cerita bagaimana seorang usahawan yang terkenal dengan kegigihannya disingkatkan kecemerlangan kerjayanya masih dirasai terutama oleh syarikat-syarikat Kumpulan DRB-Hicom dan kakitangannya.

Ketangkasan dan wawasan beliau lebih-lebih lagi dirindukan di dalam suasana kumpulan yang diasas beliau lemas tersempit oleh kegawatan ekonomi.

Ramai yang masih ingat akan kesungguhan beliau untuk menyelesaikan rungutan penumpang bas Intrakota terhadap tahap perkhidmatannya.

Dengan menunggang sendiri motosikal "cub" beliau meredah di celah-celah kesibukan kenderaan KL tanpa mengira di awal pagi sebelum matahari terbit ataupun sewaktu panas yang terik. Tiada protokol yang dipentingkan beliau.

Yang lebih menyayatkan hati orang ramai ialah kerana beliau terbunuh ketika dalam menziarahi ibunya yang sedang sakit tenat (dan meninggal beberapa ketika selepas itu).

Betapa di dalam kesibukan beliau mengejarkan jadual yang ketat dengan pelbagai perkara yang riuh bermain di dalam kepala, beliau masih sanggup terbang pada waktu larut malam demi menunaikan kesetiaan sebagai anak yang ingin membalas jasa ibu.

Siasatan tragedi memakan masa lebih setahun untuk siap. Selepas siap, laporan tersebut mengambil masa yang lama pula untuk diumumkan.

Pesawat Agusta-109P yang mempunyai 6-tempat duduk itu menjunam 2,900 meter ke celah-celah pokok getah berdekatan dengan sebuah kampung dekat Kuala Lipis.

Pesawat yang dengan rasminya dimiliki oleh syarikat TSYA, Gadek Aviation Helicopter Sdn Bhd, adalah sebuah pesawat yang baru dibeli dan adalah model tercanggih yang dikeluarkan oleh pembuat pesawat Agusta dari Itali.

Syarikat pembuat telah menghantar jurutera mereka untuk menyiasat punca kemalangan tersebut”

Moga-moga Allah swt mencucuri rahmat keatas rohnya.amin.

Al-Fatihah!

Komentar :

ada 1
Jasni said...
pada hari 

Orang Islam kena reda tentang apa yang berlaku. Ia ketentuan dari Allah.

Cuma aku agak sedikit terusik mengenangkan yang Allahyarham yang merupakan seorang yang hebat dalam bidangnya, terlalu gigih untuk membantu bangsanya, terlalu cepat menonjol dan berkemungkinan menjadi pesaing kepada seseorang, terpaksa membayar dengan harga yang terlalu mahal.

Tak mungkinkah Allahyarham dalam kesungguhannya untuk mengubah nasib bangsa, dan entah berapa banyak lagi idenya yang kalau mampu dilaksanakan, sudah pasti akan membuat "musuh"nya terancam hingga mampu membuat tindakan di luar kota pemiiran manusia yang normal.

Semoga Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang yang salih. AMIN.

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.