Umno tidak layak tangani Majlis Perundingan Agama
Muhammad Yusri Amin.
KOTA BHARU, 20 Jan:
Umno tidak layak untuk menangani isu Majlis Perundingan Antara Agama sekiranya ia ditubuhkan, sebaliknya hendaklah diserahkan kepada pihak yang berkelayakan dan mampu menangani berkaitan agama Islam dengan sebenarnya di negara ini.
Ini kerana Umno itu sendiri dalam segi pengamalan Islamnya, boleh dipertikaikan, kata Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ahmad Baihaki Atiqullah.
Beliau berkata, ini kerana lebih 50 tahun Umno mendominasi pemerintahan negara, namun parti itu dilihat tidak serius dalam menangani permasalahan yang berkait dengan agama Islam dan isu yang berbangkit.
Katanya, setelah lebih 50 tahun mendominasikan pemerintahan negara, Umno enggan melaksanakan Islam, bahkan agama suci itu dilihat terkebelakang di bawah pemerintahan yang ada sekarang.
"Kalau mereka serius mahu menangani isu agama (Islam), sudah lama mereka berbuat demikian, bahkan boleh mereka berbuat demikian, justeru sudah lama imej Islam di negara dilihat lebih baik.
"Oleh itu, Umno bukan orangnya yang layak untuk menguruskan (penubuhan) Majlis Perundingan Antara Agama itu. Ini kerana Umno sendiri pun dalam bab pengamalan Islamnya boleh dipertikaikan," katanya.
Oleh itu, katanya, pengurusan majlis itu wajar diserahkan kepada pihak lain yang memang mahir dan berkelayakan serta mampu menerangkan mengenai Islam dengan sebenarnya.
"Bagi kita, Umno ini selamanya pun kalau menggunakan isu agama, hanya untuk (kepentingan) politiknya saja, dan apabila tersepit mengenai agama, barulah mereka kata boleh menggunakan agama.
"Sebelum ini ketika PAS membincarakan isu agama Islam, Umno menuduh PAS berpolitik. Ketika membicarakan mengenai agama Islam, Umno sebenarnya hendak memancing sokongan Melayu," katanya
CERMIN-CERMINLAH DIRI...TUNGGU PENJELASAN DARI GMC!!
Thursday, January 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
APDS,
Aku amat setuju dengan pendapat Ustaz ini. Hanya PAS yang layak tangani Majlis Perundingan Agama.
Hanya PAS yang mampu laksanakan perkara-perkara mengenai Agama.
Hanya PAS yang terdiri banyak sarjana-sarjana Islam terhebat di Malaysia, dikira sanggup dan mampu menjalankan tugas itu.
Cuma satu sahaja persoalan apa kuasa yang ada pada PAS?
Walaupun UMNO tak layak, bukankah kuasa berada pada parti itu ?
Renung-renungkanlah.
salam.
Cik gu Hamdan..kerana masih sudi menjenguk Blog GMC dan meniggal sedikit komen.
Itulah hakikatnya pemimpin PAS yang bijak bermuka-muka bukan sekadar dengan umat melayu Islam saja malah dengan Hukum Allah ta'ala mereka tidak merasa bertapa tebainya kulit muka..bila hukum agama sendiri sangup di ketepikan demi kemaruknya berkongsi kuasa bersama DAP hari ini.
Hari ini diatas kelayakkan mereka hingga ketahap sanggup berkompromi dengan kapiaq harbi.Pas hari ini bukan saja sanggup dan bijak berkompromi dengan kapiaq harbi tetapi jika PAS berada di dalam kelompok yahudi laknatullah sekali pun PAS mampu berkompromi dan bersatu hati memerangi umat islam hari ini.
Allahuakbar bijaknya puak-puak PAS hari ini mengalakkan kebijaksanaan puak-puak yahudi !!
Tetapi sayangnya bijak mereka untuk menjadi barua pada musuh agama sendiri dan menafikan hak bangsa sendiri.
Hari ini PAS bukan sekadar hilang identiti diri tetapi PAS sudah hilang bangsanya sendiri.Apakah taraf keturunan atau bangsa puak-puak kapiaq harbi hari ini..??
Inilah jika terlalu bijak melebihi kebijaksanaan yahudi !!