Saturday, January 16, 2010

NIK AZIZ MENGAMOK LAGI PADA PENULIS BLOG!!

Sejak bila Nik Aziz sedar penulis blog banyak mengumpat daripada memberi ilmu kepada pembaca.

Adakah sejak Rakyat Kelantan Kehilangan RM50 Juta Angkara Almenantunya Nik Aziz Bernama Ariffahmi....!!

“Akibat langsung daripada kepandaian terlampau Almenantunya Nik Abdul Aziz, mesyuarat exco Kerajaan Negeri dalam mesyuaratnya yang lalu telah memutuskan untuk membayar sejumlah RM23 juta ringgit dari wang hasil pendapatan Kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat swasta”

Atau sejak ratunya mencaburi dan menambah keroh suasana politik Negeri gara-gara ingin membela kepala lutut bapak dan suami sendiri.Akhirnya senjata menikam keluarga dan parti sendiri!!


Hari ini tanpa UMNO cabuk dan pekong PAS terbuka dan terlondeh dengan sendiri….oleh sekutu-sekutu mereka sendiri tanpa dipaksa dan dinoda oleh UMNO.
Mungkin inilah kebenarannya jika “Bangkai gajah tidak mampu ditutup dan dililit dengan sehelai serban lagi!

Kini penulis Blog di serang lagi…..!!!


Penulis blog banyak mengumpat: Nik Aziz

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi kritikannya terhadap sesetengah penulis blog yang disifatkan lebih banyak mengumpat daripada memberi ilmu kepada pembaca.

Katanya, rakyat perlu menapis sebarang maklumat tidak mendatangkan ilmu yang disalurkan penulis blog individu tertentu, sekali gus menimbulkan suasana yang tidak baik kepada masyarakat.

“Kita baca blog kerana nak ilmu. Tetapi kalau apa yang dituliskan itu banyak perkara berunsurkan provokasi dan fitnah, jadi apa ilmu yang kita dapat itu maknanya lebih kepada perbuatan mengumpat.

"Jika tulisannya itu dengan niat melaga-lagakan orang. Kalau molek (baik) tak apa,” katanya pada kuliah Jumaatnya di Dataran Ilmu di sini, semalam”

Komentar :

ada 0 comments ke “NIK AZIZ MENGAMOK LAGI PADA PENULIS BLOG!!”

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.