Monday, January 11, 2010

KALIMAH ALLAH - LETAK SAJA JAWATAN GANTI YANG LEBIH WIBAWA..


Tuduh UMNO pelampau nafi sejarah Negara:

Hishamudin dan Jamil Khir harus letak jawatan gagal tangani isu kalimah Allah demi kebaikan agama dan bangsa melayu.

Hari ini bukan setakat penyokong UMNO malah pemimpin UMNO sendiri masih lena dengan hembusan bayu 1 Malaysia!!

Arus kebangkitan Islam libral sudah sampai ketahab yang sepatutnya mereka bangun dan bersuara… bukan sekadar tunggu dan lihat kebangkitan rakyat bersuara?
Apakah cukup dengan nada 1 malaysia dan Juara Rakyat yang dilhamkan oleh Dato’Najib… Lalu mereka tunggu dan lihat keresahan rakyat?

Eloklah Jamil Khir dan Hishamudin lepas saja jawatan berilah tugas pada pemimpin yang lebih berwibawa dan mampu bersuara bersama bangsa sebelum 1 Malaysia bersuara menolak gaya mereka!!

Ingat!! PRU13 bukan lagi medan untuk UMNO bersandiwara didepan bangsa dengan sekilo gula dan hitamkan jalan raya!! yang menyambut kita yang datang dengan penuh gaya!!

Ingat anda hanya pengemis undi mereka! jangan sesekali menunjuk kehebatan gaya anda!!
Hari ini segala tindak tanduk anda bermuka-muka hanya daki di tumit kaki mereka saja!!

Turunlah betemu mereka bila-bila masa…mereka bukan ada agenda seperti kita yang perlu disetkan jadual dan masa untuk bertemu mereka.

Mereka tidak memiliki 4/5 buah telefon seperti kita yang ditutup sepanjang masa untuk berhubung dengan bangsa.Tetapi terbuka sepanjang masa untuk talian agenda peribadi anda!!

Mereka tidak mempunyai berpuluh-puluh pegawai peribadi…yang menjadi perisai sebelum dapat rakyat betemu muka dan bercakap dengan kita!!

Siapa mereka [perisai-perisai peribadi] Cuma sekadar orang suruhan yang akan melingkupkan anda!!

HULU SELANGOR 9 Jan. – http://www.utusan.com.my/utusan
Mana-mana pihak yang menuduh UMNO sebuah parti perkauman dan pelampau adalah golongan yang menafikan catatan sejarah negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak



"UMNO tidak rampas kuasa sebaliknya mentadbir keadaan dan bila keadaan sudah tenteram, kita kembali dan kita kembangkan Perikatan dengan menubuhkan Barisan Nasional (BN)”

Perdana Menteri berkata, UMNO juga tidak pernah berniat untuk merampas kuasa daripada kaum lain sebaliknya telah menunjangi dasar perkongsian kuasa sejak kemerdekaan negara.

"Tetapi kalau di negara lain, mungkin kaum majoriti akan cuba lakukan perkara sedemikian rupa jika ada peluang," katanya.

SIAPA SEBENARNYA KEMARUK UNTUK MERAMPAS KUASA PAS atau UMNO?

Apakah agenda sebenar PAS bersama Kapiaq harbi hari ini?
Untuk menegak hukum?
Untuk mendaulat Islam?
Untuk menegak dan menubuh Negara Islam??
Untuk menyatupadukan umat islam?
Untuk menyatu padukan Islam dengan kapiaq harbi?

Untuk mencegah rasuah?nepotisme, kronisme, salahguna kuasa? menegak kadilan?Keadilan apa yang PAS cari…bertemukah keadilan seperti yang ditutut oleh Allah jika PAS bersama Kapiaq Harbi?

Apakah tanpa DAP disisi hari ini PAS tidak mampu berdiri sendiri…apakah PAS rasa mampu memperbodohkan DAP kail sejengkal lautan jangan diduga?

Untuk berdepan dengan Anwar kewibawaan pemimpin PAS tidak terdaya dan mampu…inikan pula untuk memutar belit DAP yang lebih teguh prinsip perjuangannya yang tidak mudah dibeli!!??

Jerat dan perangkap PAS hanya dicelah gigi DAP…dan taraf politik pemimpin PAS hari ini hanya setaraf daki Anwar dikaki!!!


Anwar dan DAP bukan calang regu Politik PAS yang mudah tunduk pada Amanat Dajal dan hukum buatan sendiri!!

Sudah 5/6 puluh tahun Pas berjuang dengan kalimah Allah apakah PAS pernah mengalami kecelaruan politiknya hingga ke tahab bersama kapiaq harbi seperti hari ini!!!!!?????

Apakah masih tidak celaru lagi..?? bilamana terdapat perbezaan pendapat dan pandangan sesama ulama tentang hukum agama sendiri??!! Semua kecelaruan ini menjadi dana untuk DAP menilai tahap kejahilan politik PAS sesama sendiri!

Anwar hanya mampu senyum melihat kecelaruan puak-puak yang mudah dibeli…sedarkah pemimpin PAS hari ini??

Jerat tidak pernah melupai pelanduk!! Insyaalah PAS akan menagis buat kali yang kedua bila najis DAP terpalit dalam perjuangan mereka hari ini….
Anwar mampu ketawa gila dalam sel penjara!! InsyaallahHari ini UMNO tidak perlu membuang masa mengikut rentak dan tari yang dimainkan oleh beberapa ekor badut sekutu kapiaq harbi dalam berbagai Isu yang cukup memualkan bangsa!

Tetapi Pemimpin UMNO harus memperlengkapkan diri dalam menghadapi PRU13 bersama rakyat jelata !!kerana suara mereka lebih hebat dari suara rentak dan gaya sekutu pemimpin kapiaq harbi yang ada!!

PRU13 bukan lagi pentas UMNO bersandiwara didepan bangsa!!

Ingat!! Gendang dan kompang yang sedang dimainkan oleh sekutu kapiaq harbi dalam usha untuk mencari DANA untuk PRU13…kerana 115 janji cabuk dalam manisfesto PRU12 mereka tidak mampu menjadi penawar untuk menipu bangsa!!

Angin sudah mula bertiup…api sudah mula dinyalakan Program juara rakyat dan 1 Malaysia adalah kayu api yang akan dinyalakan untuk membakar minda bangsa yang masih mabuk dengan nyanyian mereka dalam PRU13. Seandainya program untuk menyedarkan rakyat masih berkubu ala acara mega!

“HULU SELANGOR 9 Jan. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program Juara Rakyat anjuran UMNO dengan sokongan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang bermula semalam bukan merupakan satu bentuk umpan untuk memancing pengundi pada pilihan raya umum nanti.” http://www.utusan.com.my/utusan

UMNO perlu mengejutkan rakyat terlebih dahulu ! masa terlalu singkat untuk pemimpin UMNO yang masih lena bertemu rakyat yang sudah terjaga menanti mereka ….jangan tersilap berbica perjuangan dengan mereka jika anda masih belum mencuci muka untuk bertemu dengan mereka!!

Ingat!! PRU13… Beras,kain pelikat,sekilo gula bukan lagi umpan untuk menutup mata mereka akan siapa kita sebenarnya…hari ini rakyat sudah ada harga diri lebih dari kita yang menjadi pengemis undi mereka!!

Dan tidak mustahil sekilo gula,sekampit beras dan sebungkus kopi hanya akan kembali menjadi bunga rampai yang akan ditabur kemuka kita yang bergaya ! bermuka-muka mengemis undi mereka yang muncul dimusim pilihan Raya!!

Jangan salahkan kebiadapan rakyat dalam PRU13 nanti… jika pemimpin UMNO hari ini masih leka dengan gaya lama mereka !

Kerana Pembangkang sudah banyak menyedarkan mereka..tentang nilai setiap undi dan suara anak pinak mereka dapat menyumbangkan seekor naga yang mampu menelan seluruh bangsa!

Komentar :

ada 3 comments ke “KALIMAH ALLAH - LETAK SAJA JAWATAN GANTI YANG LEBIH WIBAWA..”
Anonymous said...
pada hari 

masa PAS solo dulu dok berjuang Islam dan hukum hudud hang ada sokong tak?

saidin kamal said...
pada hari 

Nak sokong apa dalam pelembagaan PAS satu aboh perketaan islam pon tidak ada.hangpa dok kena pembohong macam tu.pejuang benda yang tak ada.

Anonymous said...
pada hari 

hello bro,
kalau hang buta mata aku tak kisah tapi jgn lah buta hati...hang nak bohong budak2 tadika pun blm tentu depa nak percaya...perlembagaan PAS mana yg hang tengok tak sebut pasai Islam...AL-Quran dan Sunnah tu mai dari agama mana??? Tapi la ni aku tengok UMNO dah mula nak berjuang Islam..Baguih, syabas aku ucapkan....apakata org UMNO pakat2 tuntut supaya kerajaan Malaysia laksanakan hukum hudud dlm negara ni jgn setakat nak pejuang nama ALLAH saja tp perintah dan hukum-NYA kita kena tegakkan klu kita mengaku kita sayang kat ALLAH.Jgn la pulak kita bagi alasan yg bukan2. ALLAH dah janji klu sesebuah pemerintahan tu ikut hukum dan syariat DIA negara tu akan dijanjikan kemakmuran dan dipelihara oleh ALLAH dari pelbagai ancaman....ni bukan aku kata, AL-Quran yg bagitau...takkan hangpa tak percaya AL-Quran kottt...
Memandangkan negara kita ni dilanda dgn mcm2 masalah dgn jenyahnya, sosialnya, org kafir pun dah berani mencabar agama kita, inilah waktu yg sesuai org UMNO, Pekida,NGO2 ISlam yg lain(klu hangpa tak percaya kat PAS la)tuntut kat NAJIB supaya laksanakan hukum dan syariat ALLAH. BArulah hangpa ni pejuang ISLAM yg tulen....jgn setakat berjuang kalimah ALLAH ja pengisian ISLAM tu takdak...tiada makna.
Satu lg dulu waktu k'jaan PAS Kelantan & Terengganu luluskan undang2 hudud pemimpin UMNO la menentang keras perlaksanaannya dgn mengarahkan pihak polis jgn memberi kerjasama dlm bidang penguatkuasaan. ini dinamakan penentangan dgn tindakan fizikal. apabila PAS berkawan dgn DAP, mereka juga menentang hukum ISLAM, tp penentangan melalui kata2 bkn dgn fizikal. Disini kita boleh lihat dgn siapakah PAS lebih afdhal berkawan? Dgn UMNOkah yg mana mereka ini seagama yg tahu tentang ISLAM dan hukum2 ISLAM tp menentang dgn sekerasnya perlaksanaan hukum hudud melalui dgn tindakan fizikal(polis). Atau DAP yg mana mereka ini menentang atas dasar tidak faham ISLAM itu sendiri dan masih ada ruang utk berdakwah kpd mereka...fikirlah dgn mata hati bkn dgn nafsu. Renungilah sejarah cucu Baginda Rasulallah S.A.W iaitu Saidina Hussin r.a yg mana beliau mati dibunuh oleh bukan org2 kafir tetapi oleh pemerintah yg beragama ISLAM dimana mereka ini tidak menghayati ISLAM itu sendiri dgn banyak melakukan maksiat dan rasuah pada waktu itu. Wallahua'lam.

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.