Wednesday, December 23, 2009

SI KITUL MUSUH BARU UMNO PADANG SERAI....




Timbalan Ketua Bahagian, Ketua Pemuda rebut Ketua Bahagian Padang Serai -http://mstar.com.my/berita/cerita.asp
Ahad Julai 27, 2008

KULIM: Timbalan Ketua Umno Bahagian Padang Serai, Abdul Halim Mohamad akan dicabar Ketua Pemuda bahagian, Abdul Rahman Mahamud dalam perebutan jawatan ketua bahagian itu berikutan keputusan penyandang Datuk Mohd. Hadzir Ismail untuk tidak mempertahankan jawatan berkenaan.

Bagaimanapun, Mohd Hadzir [Cikgu Det]dalam satu kenyataan semalam, berkata beliau merestui kehadiran Abdul Halim sebagai calon yang paling layak dalam hiraki jawatankuasa bahagian itu untuk menggantinya. BERNAMA

Dari pertandingan tersebut Abdul Rahman Mahamud kononnya telah menang seraga mengatasi Abdul Halim Mohamad.Manakala Timbalan ketua bahagiannya disandang oleh Halim Hassan yang kononnya tidak sebulu dengan ketuanya hari ini….

Waktu kecemasan inilah diguna sebaik mungkin oleh si kitul tersebut untuk menyangak kesempatan bersama kehadiran YB Mohd. Razhi Salleh (Ahli Dewan Undangan Negeri N.34 Lunas) yang mengumumkan keluar daripada PKR dan menjadi ADUN Bebas dan menyokong BN.

Setelah tomahan demi tomahan yang dilemparkan diantaranya….

madyani said...

ini barulah pengkhianat....pengkianat parti....pengkhianat kprcayaan rakyat...kalu ada teloq....tunggu by election 4thn lg....dan hang masuk tanding...bawak gerombolan katak2 yg hang kenai my cramah di lunaih....muka hng pn kalu peghembang betui2..mmg muka macm pukianat...[dR bLOG dun lUNAS]

Selama empat bulan Radzi meyendiri ….untuk meredakan keadaan serangan peribadi dari cukong-cukong PAS serta PKR akhirnya..


Pusat Khidmat ADUN Lunas dibuka semula-Sinar Harian.

“KULIM - Hampir empat bulan pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd Radzhi Salleh yang dulunya terletak di Taman Limau tidak beroperasi, namun kini ia dibuka semula dan akan terus memberikan perkhidmatan kepada seluruh rakyat Lunas”

Disinilah bermulanya peranan dan agenda yang sedang dimainkan oleh sikitul dalam usha untuk melingkupkan pengaruh ketua bahagian yang ada demi politik peribadinya…
“Perbincangan telah dibuat bersama Timbalan Ketua Bahagian UMNO, Padang Serai dan pelbagai program untuk rakyat Lunas akan disusun untuk memastikan agenda rakyat yang dulunya tergendala bergerak semula"

“ Timbalan Ketua Bahagian UMNO Padang Serai, Halim Hassan berkata, dengan terbinanya pejabat pusat khidmat di Taman Senangin, ia akan membantu semua penduduk Lunas yang telah memberikan kepercayaan mereka terhadap ADUN Lunas dalam pilihan raya umum (PRU) ke-12 lalu”

“Menurutnya, beliau akan cuba menyelesaikan masalah yang ada dan tidak hanya membuat janji kosong kepada rakyat Lunas”

Disinilah bermulanya peranan utama Si Kitul dalam usha kearah menghacurkan UMNO padang serai yang retaknya menanti belah!!

Sukar untuk kita membuat ramalan rambang perananan Si Kitul ini untuk menghancur pengaruh UMNO Padang serai demi agenda peribadi yang cukup dan teramat sembunyi disebalik jiwa rakyat yang ditunjukkan.

Persoalannya sedarkah YB Radzi ,Ketua Bahagian dan Timbalan serta DALANG-DALANG yang masih berdendam dengan kemenangan seraga oleh Ketua Bahagian sekarang dengan permainan licik Si Kitul ini…

Siapa Si Kitul ini….????

Awas UMNO padang serai dengan kemunculan SI KITUL ...

Komentar :

ada 15 comments ke “SI KITUL MUSUH BARU UMNO PADANG SERAI....”
sepatbenua said...
pada hari 

salam bro..

terima kasih bro kerana mendedahkan perkara ini tapi ada betui ke atau GMC saja nak buat lawak... tak ada kut.

Kalau ada...
Nak tau juga sapa si kitul yang GMC maksudkan, habaq mai la , kami nak tau juga sapa dia..

masih ada lagi kah insan yang macam si kitul ni.

Kalau ada... pancung je.

Semanggigunung said...
pada hari 

Jadi, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Serai, sahlah "berpatah arang"dengan Ketua Bahagian.
Apa tidaknya; beliau sepatutnya bersama Ketua dan AJK Bahagian, menjalankan gerakerja kerana UMNO, dan bukan mengasingkan diri dari Bahagian.

Si-Kitol ? Masih wujudkah saki baki manusia zaman kesultanan Melaka ini ?

Memang benar kut!! Itulah sebabnya UMNO sentiasa nampaknya dalam keadaan sedikit "serabut"

Aku sesungguhnya amat berharap APDS segera mendedahkan identiti"sikitul" yang ada di Padang Serai ini. Dan semoga cepatlah UMNO Bahagian dapat bekerja kuat bagi menghadapi PRU 13.

Selamat Berjuang demi Agama, Bangsa dan Tanahair.
Hidup Melayu.

Anonymous said...
pada hari 

Selepas Raja Pakau..kini Si Kitul pula ujud dicelah-celah bangsa merosak perjuangan Bangsa.Jika Raja Pakau merosakkan Insitusi pendidikkan....

Kini Si Kitul pula merosak perpaduan UMNO Padang Serai.Sukar untuk mengenali wajah Si Kitul ini yang mahir dalam ilmu penyamaran.Tapi terkilas ikan diair... UMNO Pdg Serai mungkin lebih arif mengenali Siapa Si Kitul ini.

Pada Ketua Bahagian UMNO Pdg Serai awas penyamaran Si Kitul ini.Waktu ini Si Kitul sibuk untuk merencanakan Agenda demi Agenda untuk melumpuhkan pengaruhnya....!!

Persoalannya adakah Ketua Bahagian Pdg Serai masih merasa keselesaan dengan kemenangan Seraga? Awas!! dengan seraga yang di menangi kerana Si Kitul akan memastikan ketua bahagian UMNO Pdg Serai sekarang akan mengalami berkarung=karung kerugian yang tidak dirasainya.

Demi Bangsa GMC dedah jua keujudan Si Kitul yang celaka merosak perpaduan yang ada !!

Beringat sebelum kena...berjimat sebelum habis !!

wassallam.

Unknown said...
pada hari 

SALAM

Ni politik kedai Aji Seman ka?hehehehe
Aku nak KEMPEN agar CIKGU DET naik balik...
Ketua Bahagian mana mau BN perintah Kedah...lani PROJEK pusat direct masuk kat depa....so TEMOLOK dah besaq...dok makan sorang..mau tak TIMBALAN tak lompat....

KIM SALAM aku kat Aji Seman,Leh aji seman,Pak cik Wari dan Bakti Nasi Ayam...
Ah SOON dah lama mati hehehehehe

Anonymous said...
pada hari 

salam.

Syabas !Abg Halim oi..sapa naik tak penting asal jangan Parti Kapiaq Harbi sudah!! Kim Salam juga GMC pada rakan dan taulan yang mengenali GMC,Tak lupa untuk Ayah moga2 dia sihat!

Macam mana Paya Selak Jem lagi ka? harap2 cuti-cuti mcm nei tak Jem lah no..!!

Anonymous said...
pada hari 

Harap Ketua Bahagian Padang Serai dapat melihat gelombang kebangkitan yang dibawa oleh Si Kitul apakah ia satu metos dan rekaan GMC....ooo tidak ia adalah hakikat dan kebenaran!!

Ambillah iktibar dari apa yang diluahkan oleh komentar disini !! masih mau menyembunyi kebenaran lagi.Gelombang dan arus Agenda Si Kitul sudah mula meresapi dan membawa bahang yang panas untuk kerusi ketua bahagian.

Mimpi dan teruslah berangan lagi !!!

Awang Pokke said...
pada hari 

Salam Abghalim.
Sebagai seorang sahabat Cikgu Det, aku kagum dengan keikhlasan hangpa secara terbuka mau menaikkan kembali Cikgu Det (Dato)

Aku walau bagaimanapun tak faham apa tujuan hangpa sebenarnya. Cikgu Det bukan dikalahkan dalam pertandingan baru-baru ini. Cikgu Det tarik diri. Yang kalah orang lain....

Isu yang kedua yang hangpa bangkitkan kononnya Ketua Bahagian sekarang dapat
'habuan' direct, menyebabkan temoloknya besaq, makan sorang.

Inilah sebab mengapa TKB marah dan lari dari Bahagian.

Jadi, isunya bukan berebut nak bekerja demi UMNO, tetapi jelas kerana prasangka gara-gara "habuan"

Beberapa ketika dulu isu begini tak pernah ditonjolkan oleh mana-mana kumpulan termasuk kumpulan KB sekarang.

Sudahlah, Abghalim.Sebagai seorang berfikiran rasional Abghalim seharusnya tidak biarkan "perpecahan" ini. Yang rugi UMNO.

Dua tiga tahun lagi susunlah strategi untuk merampas pucuk pimpinan Bahagian.

Biar kita tengok temolok siapa pula yang besaq.

Din Musang said...
pada hari 

Abang Halim! Rupanya si Tim Ketua Bahgian ni perjuangannya untuk tembolok dan perutnya saja la kot.Cukup lah dengan berpuluh2 biji BAS kilang dan pelancungan,tak penuh lagi temolok dia.Nak berebut apa lagi.Cik Halim Mohamad,yeh Awang dan beberapa lagi kuncu-kuncunya zaman cikgu Det dah cukup mewah,dari berkerja sebagai barua tarik kereta hari ni dah pakai Mesides!!!!

Itu belum masuk duit juai kertas dan beras lagi!!!

jiran din musang said...
pada hari 

Oi Din musang hang lupa ada lagi geng depa..awat hang saja tak mau sebut kot atau hang pun salah sorang dari geng depa yang dapat saham tak seberapa.
ni Din musang aku nak bagi tau depa ni pun kawan-kawan aku razak,yeh awang,din boya awang nyet boleh kata geng2 yang kalah macam aku.cuma aku saja yang tak dapat.Kalau dapat aku tak hingaq macam ne..heee..he...h

Unknown said...
pada hari 

Salam.....
Wei orang kampung...awang boya,awang nyet HAHAHHAHA .....tak boleh pakai.....Aku lani kat KL Bandar Tun Razak...hujung bulan balik kampung....

Yang aku tau RAHMAN dan Halim Bas dua-dua ekoq tak boleh PAKAI....
Cikgu Halim lani dok melayan barang baru....

Tapi aku nak Bahagian Kita kuat kembali...

Nak Tanya PASAL duit RM500 habuan pencalonan...BETOI ka cerita ni....?

Akhirkata....Rahman pi jual IKAN
HALIM BAS tumpu pada BAS sahaja....TEMOLOK dua ekoq ni dah BESAQ.......
Pencalonan kali ni KITA CARI YANG BERKHIDMAT....
kalau tak layak jadi IMAM jadilah makmun yg berilmu....

Anonymous said...
pada hari 

salam bro...

cerita asai nak cari sapa si kitul, tut-tut ramai nama-nama yang yang keluar, Awang monyet, Awang boya, Awang pokke, din musang dan lain-lain..

Agak-agak orang-orang ni mai dari spesis mana ya..

Apapun aku harap , toksah la dok pikiaq pasai temolok sendiri, pikiaq sama masa depan orang melayu tak kira dok tangmana, sungai seluang ke, sungai ular ke atau didarat ke.

Kalau dah ada ketua, pakat-pakat ikut sajala. tak payah dok cari kesalahan orang lain.

Awang Pokke said...
pada hari 

Salam Abghalim.
Aku cukup setuju dengan pendapat dan pandangan hangpa.

Kita sayangkan UMNO dan mau Bahagian kita menjadi kuat dan disegani.

Kita tak mau tengok pemimpin yang pentingkan diri.

Dan kita juga berharap pengikut tak mudah melabelkan pemimpin dengan berbagai tuduhan tohmahan.

Sepatutnya orang nombor dua dan orang-orang yang dipilih bersama pemimpin pakat-pakat bantu supaya Bahagian menjadi maju. Kalau ada yang tak betul bawalah berbincang secara elok; bukan pula mengambil peluang untuk memburukkan lagi keadaan dengan berbagai tuduhan yang tidak dapat dibuktikan. Perbuatan begitu namanya fitnah.

Kita dok bergaduh sesama sendiri, orang lain dok tepuk tangan .....

Akhirnya kita akan hilang segala-galanya.

Jiran Din Musang said...
pada hari 

.Abg Halim ni geng mana? geng cikgu Det ka? Raman ka ? Halim Bas ka? atau Geng yang tak dapat faedah apa2

Anonymous said...
pada hari 

SALAM.

Terima kasih diatas komen rakan!

Dan mungkin inilah gambaran sebenar perjalanan dan pimpinan UMNO terdahulu dan yang terkini dan mungkin inilah virus-virus yang sedang menyerang UMNO Padang Serai dari dalam oleh pemimpin UMNO itu sendiri.

Segala ketidakpuasan ini adalah berpunca dari berebut sisa-sisa bangkai yang masih ada.Projek dan kedudukkan adalah menjadi Agenda utama mereka!

Dari faktor dalaman inilah "SI KITUL" menyangak kesempatan untuk Agenda peribadinya.

Sayangnya pemimpin UMNO diperingkat bahagian yang sedang berebut "BANGKAI" yang ada tidak merasa dari perbalahan mereka akan merosak seluruh perjuangan bangsa.

Benarkah mereka ini dipilih atas dasar mampu memimpin bangsa ATAU dipilih atas dasar mereka bijak melapah Projek yang ada?

Andainya perpaduan UMNO Padang Serai diperingkat Bahagian ini masih berpanjangan.

Insyaallah "SI_KITUL" yang mengkafankan UMNO Padang Serai!

Hari ini "SI_KITUL" sedang berusaha untuk melingkup dan meranapkan UMNO Padang Serai.

Andainya perbalahan diantara ketua bahagian dan Timbalan masih belarutan. Insyaalah hancurlah UMNO padang serai!!

Siapa Si-Kitul yang licik itu? Tunggu saatnya Si Kitul bergelar juara Rakyat dengan alasan UMNO Padang Serai sudah tidak relevan lagi untuk dipimpin oleh mereka yang lebih berkepentingan pribadi!

sheaul said...
pada hari 

s9h72e9k98 m1w98v5h70 c4x13m0k26 z7e30u8j92 j0k85m9m40 x3i37s7i31

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.