Friday, December 11, 2009

20 TAHUN PENANDATANGANAN HADYAI.






TEKS UCAPAN CHIN PENG SEMPENA MEMPERINGATI 20 TAHUN PENANDATANGANAN HADYAI
"Kami, sebagai sosialis, tetap berdiri tegak membela rakyat yang tertindas. Kami menentang penguasaan orang-asing dan manghapuskan ekploitasi ekonomik; menentang kezaliman dan ketidak-adilan di bawah apa bentuk pun. Kami telah melawan penjajahan Orang Inggeris dan pencerobohan Orang Jepun."-CHIN PENG.

Selamat Sejahtera,
Dif-dif kehormat, baik dari Thailand atau dari Malaysia,
tuan-tuan dan puan-puan,
kawan-kawan seperjuangan saya,
para pemberita, dan
semua para hadhirin yang dihormati sekalian.

Terutama sekali, izinkan saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terimakasih kepada Jawatankuasa Kerja kerana berjaya meraikan hari yang mulia ini.

Saya juga mengalu-alukan kehadiran para hadirin dari Malaysia yang sudi datang dari jauh untuk meraikan bersama-sama kita Ulang-tahun Perjanjian Perdamaian yang kedua-puluh.

Tidak ada masa yang lebih sesuai sekarang bagi merakamkan ribuan terimakasih kami yang ikhlas kepada Keluarga Diraja Thai, terutama sekali Duli yang Maha Mulia Permaisuri Sirikit, Puteri Sirindhom dan Puteri Chulabhorn, yang senantiasa menjaga kebajikan kawan-kawan seperjuangan kami.

Saya berbesar hati melihat ramai pegawai-pegawai Kerajaan dan Militari Thai sudi menghadiri majlis pengingatan ini. Saya ingin mengucapkan terimakasih kepada Jeneral Chavalit atas peranannya dalam menyelesaikan Perjanjian Perdamaian itu serta pertolongan yang berharga sejak itu.

Akhirnya, kami tidak akan lupa jasa baik Militari Thai dan Kerajaan Thai atas sokongan dan kesefahaman selama ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Sebagaimana yang dikatakan dalam buku saya.

“Nafsu tamak dan desakan materialistik sebagai dorongan menjadi mewah adalah matlamat yang singkat dan ia tidak boleh menjadi asas untuk membina satu masyarakat yang kukuh.

Kita mesti menunjukkan jalan kepada pemuda-pemudi kita dengan satu prinsip sosial yang berasaskan nilai kasih-sayang dan murah-hati. Ini adalah nilai-nilai yang lebih berharga bagi semua tamadun manusia.

Kami, sebagai sosialis, tetap berdiri tegak membela rakyat yang tertindas. Kami menentang penguasaan orang-asing dan manghapuskan ekploitasi ekonomik; menentang kezaliman dan ketidak-adilan di bawah apa bentuk pun.

Kami telah melawan penjajahan Orang Inggeris dan pencerobohan Orang Jepun. Usaha kami dalam proses mendirikan satu negara demokratik ini telah diperkecewakan oleh pihak berkuasa dengan segala cara yang kejam termasuk buang negeri, tahanan penjara dan seksaan badaniah dan rohaniah.

Dalam keadaan demikian, kami terpaksa memilih:
“SAMADA" berdiam-diri tanpa mengambil peduli jeritan derita rakyat kita ATAU mengangkat senjata melanjutkan perjuangan kami”

Kami mencita-citakan satu masyarakat di mana setiap manusia menikmati sama rata dan kehormatan diri.[note:Ruj/Pindaan]

Saya ingin menyampaikan penghargaan yang ikhlas dan hormat yang tertinggi kepada semua orang lelaki dan wanita yang bercita-cita sedemikian dan telah menyumbangkan seumur hidup mereka untuk mencapai impian ini.

Pengorbanan kalian telah membuktikan bertapa mendalam cinta kalian kepada tanah air dan rakyat kita.

Hidup kita ini akan menjadi amat bermakna dan apabila kita meninggalkan dunia ini, kita tahu bahawa kita telah memainkan peranan kita, walaupun hanya sedikit sahaja, dalam usaha menjadikan tanah-air kita ini satu dunia yang lebih baik bagi semua.

Mungkin kami tidak berjaya, tetapi kami pasti, kami telah meninggalkan untuk generasi-generasi berikut satu semangat:

Semangat “berani berjuang” dan semangat berani berkorban, termasuk nyawa kami.

Untuk cita-cita yang mulia. Saya sukacita apabila melihat pada masa ini ramai pemuda-pemudi kita daripada semua golongan dan bangsa, berjuang untuk satu masyarakat impian sedemikian. Salut kepada para pemuda-pemudi.

Dalam peperangan: Korban jiwa tidak boleh dikecualikan.
Saya amat berdukacita atas kehilangan jiwa rakyat awam, dan juga ke atas semua kematian dan kecederaan yang dialami oleh anggota-anggota bersenjata dari ketiga-tiga pihak.

Ini adalah satu kerugian besar yang mengesalkan. Bagi mereka yang terkorban,
saya ingin merenung selama satu minit mengingati mereka semua. (Bertafakur seminit.)

Kerajaan Malaysia tahu akan sumbangan kami untuk membebaskan Malaya daripada penjajahan Jepun dan Inggeris.

Pada tahun 1974, Allahyarham Tunku Abdul Rahman telah mengakui bahawa “...Perundingan Baling telah membawa terus ke Merdeka...”.

Perjanjian Perdamaian pada 1989 telah berjaya kerana semua pihak ketika itu bersungguh-sungguh mahu satu penyelesaian pada konflik bersenjata tersebut.

Konsesi yang besar telah dibuat oleh pihak Kerajaan Malaysia, pihak Kerajaan Thai dan pihak PKM.
Semangat saling memaham dan saling mengampun terwujud pada masa itu.
Sekarang, Kerajaan Malaysia, dengan menghalang saya pulang ke tanah-air saya sendiri, akan mencemar perjanjian perdamaian yang suci ini.

Saya menyeru sekali lagi, “lupakan” apa yang telah terjadi dan bersama-sama melangkah ke hadapan.

Saya berniat kuat untuk menziarahi kubur-kubur datuk dan ibu-bapa saya yang telah meninggal dunia selepas saya meninggalkan mereka.

Niat ini seimbang dengan keyakinan dan pendirian saya dari segi perikemanusiaan. Pendek kata, pada hakikatnya, saya juga seorang manusia biasa yang sudah menjangkau hujung hayatnya. Hajat saya yang terakhir cuma melakukan satu lawatan jangka pendik ke makam mereka.

Ucapan ini besar kemungkinan merupakan ucapan umum saya Tidak ada sebab untuk kita “berdukacita” kerana saya yakin bahawa generasi berikutnya akan menyambungi perjuangan kita – apa yang kita impikan, apa yang kita wujudkan dan apa yang kita usahakan di masa hidup kita.

Di antara mereka yang mencita-citakan satu masyarakat yang lebih berkemanusiaan, di antara mereka yang mencita-citakan satu dunia yang lebih indah dan baik, pasti muncul:

“Lapisan pemimpin yang mampu mengubah sejarah”

[ Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Melayu]

Komentar :

ada 2 comments ke “20 TAHUN PENANDATANGANAN HADYAI.”
ikan emas said...
pada hari 

Mintak sangat lah orang kita memahami betoi-betoi ...

http://aksarapower.blogspot.com/2009/12/chin-peng-dosa-yang-tak-terampun.html

Anonymous said...
pada hari 

salam.

Terima kasih diatas komen Sdr.Hari ini melayu terlalu baik dek kerana gila pangkat dan kuasa lebih2 lagi sekutu2 kapiaq harbi hari ini bagai kaduk dijunjung !!

Lupa bangsa !! lupa segala-galanya ! lupa hukum kerana kuasa !!

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.