Sunday, December 6, 2009
MALAPETAKA-PULAU PINANG !
KENYATAAN BEKAS NAIB PRESIDEN PAS !! MAT Al- Sa BU!!!
"Orang Melayu perlu berterima kasih kepada Chin Peng" (Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya), dan mengakui bahawa "agama sebagai candu masyarakat (pada kurun ke-19)".- Mat Sabu bekas Naib Presiden PAS.
“Pandangan Karl Marx dengan keadaan pada waktu itu, kalau saya hidup, saya pun bersetuju dengan beliau!" Penjelasannya menggelakkan satu dewan.”- Lim Hong Siang - Merdeka Review.
PULAU PINANG DALAM BAHAYA , IA AKAN TERLEPAS MACAM SINGAPURA :Sumber dari http://yazidothman.com/content/view/171/12/
Para pemimpin utama negara ini terutama yang terdiri dari bangsa Melayu hendaklah menumpukan perhatian serta merta kepada negeri kita Pulau Pinang ,salah sebuah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu asalnya dan kini dalam Persekutuan Malaysia.
USHA DAP,KEADILAN DAN PAS HAPUS KUASA MELAYU.
Mari kita segera melupakan kegilaan para pemimpin DAP, Keadilan dan PAS, kerana mereka kini sedang membuat lakonan untuk menarik perhatian Kerajaan Barisan Nasional terutamanya para pemimpin UMNO untuk mengaburi mata semua orang ; sedangkan pada masa yang sama mereka kini bertungkus lumus untuk menghapuskan kuasa Melayu di negeri Pulau Pinang buat selama-lamanya.
DAP Pulau Pinang kini memulakan usaha ‘rezoning’ atau mengezon semula atau membuat garis persempadanan semula semua penempatan penduduk Pulau Pinang. Rancangan di sebalik itu ialah menjadikan semua kawasan majoriti pengundi Melayu berpecah menjadi secil-kecil dan tidak ada suara majoriti di semua tempat.
TAKTIK DAN STRATEGI JAHAT
Untuk ini orang Melayu akan dipindahkan dalam bentuk kumpulan –kumpulan kecil dan diletakkan ketengah-tengah kawasan pengundi Cina . Manakala para pengundi Cina pula dalam bentuk kumpulan yang besar dipindahkan kekawasan penduduk Orang Melayu untuk menjadikan bilangan mereka melebihi bilangan penduduk Melayu.
Cara ini bila pilihanraya nanti semua calon DAP dan pakatan mereka akan menang mudah.
Cara inilah yang telah dibuat oleh Lee Kuan Yew di Singapura sebaik saja dia keluarkan dirinya dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965 lalu.
KERJA-KERJA REZONING PENDUDUK MELAYU OLEH LEE KUAN YEW
Semasa saya mula keluar dari Universiti Malaya dan melapur diri bertugas dengan Kumpulan Akhbar Utusan Melayu pada awal tahun 1981, saya dihantar ke Biro Selatan Utusan di Johor Bharu, dengan tugas khusus masuk ke Singapura setiap hari membuat sebarang laporan berita di sana.
Kebetulan masa itu Lee Kuan Yew Perdana Menteri Singapura sedang melakukan kerja-kerja ‘Rezoning’ penduduk Melayu ditahap kemuncak sekali iaitu memecahkan kawasan-kawasan penduduk Melayu di Gaylang Serai , Kaki Bukit, Tanjung Katong , Kalang, Kampung Ubi , Kampung Kandang Kerbau, Bedok, Arab Street dan lain-lain.
KEJAYAAN RANCANGAN SULIT LEE KUAN YEW
Rancangan Lee Kuan Yew ini amat berjaya, kerana selepas itu tidak seorang pun orang Melayu yang boleh bertanding mewakili penduduk Melayu, kerana mereka sudah dipisahkan dalam kelompok yang amat kecil ketempat-tempat berjauhan .
Dalam isu ini semua orang Melayu di Singapura membantah dan saya membuat laporan dan disiarkan secara meluas setiap hari segala bantahan itu ke dalam akhbar Kumpulan Utusan Melayu, tentang bantahan ketua-ketua Masyarakat Melayu, termasuk ketua –ketua persatuan penduduk, pertubuhan-pertubuhan belia, pelajar, Pertubuhan Kebajikan di setiap kampong dan persatuan-persatuan khairat kematian di setiap masjid di Singapura.
Kerja dan tugas saya yang diarahkan dari Kuala Lumpur menjadi mudah dengan pertolongan dan kerjasama dari rakan-rakan saya para wartawan di Singapura sendiri terutamanya wartawan dari Kumpulan Straits Times Singapore yang membawa jalan untuk menemui pihak-pihak berkenaan di Republik itu.
LEE KUAN YEW PASANG SPY
Bagaimanapun saya terkejut besar, bila satu pagi, sebaik saja saya tiba di tempat wartawan Singapura selalu minum-minum , seorang wartawan Berita Harian Singapura Noryati Duriat berkata kepada saya ;
“Zid, Che gu talifon saya malam tadi katanya, Noryatri, tolong tanyakan pada Yazid ,dia suka tak Orang Melayu jadi Menteri di Singapura ini, kalau dia suka, tolong jangan datang jumpa saya dan tolong jangan menalifon saya lagi..kalau tidak saya akan diberhentikan dari jawatan ini..”
Che Gu yang yang dimaksudkan oleh Noryati itu ialah Menteri Hal Ehwal Masyarakat Singapura, Dr.Ahmad Mattar, di mana sebelum menjadi wakil rakyat dan menteri, beliau adalah seorang guru. wartawan Singapura bahasakannya Che Gu bila bercakap mengenainya atau bila bercakap dengannya.
Ertinya Lee Kuan Yew sudah pasang pengintip atau spy mengenai apa yang saya lakukan di Singapura beliau tidak suka , dan menteri kanan Singapura Dr. Ahmad Matar telah diberi amaran oleh Lee Kuan Yew agar tidak menemui atau bercakap melalui talifon kerana takut terlepas kepada saya sebarang maklumat tentang rancangannya untuk menghilangkan kuasa politik orang-orang Melayu di Singapura.
INTIP
Seorang kenalan saya (bukan Melayu) dalam pentadbiran Lee Kuan Yew member isyarat jelas bahawa setiap kali saya melepasi Woodlands (sempadan utama selepas masuk ke Singapura melalui pintu Tambak Johor) ada sebuah kereta sentiasa mengekori ke mana saja saya berada .
Pada akhirnya, yang menjelaskan betapa saya tidak digalakkan masuk ke Singapura ialah, bila saya dikenakan peperiksaan 100% oleh anggota Polis Singapura satu hari sebaik saja saya tiba di laluan Imigresen Singapura di Woodlands itu, tanpa sebarang sebab yang munasabah.
Alhamdulillah , berikutan kepayahan itu saya diarahkan oleh Ibu Pejabat di Kuala Lumpur untuk berrtukar Ke Pulau Pinang. Selepas itu segala kerja-kerja Lee Kuan Yew tidak kedengaran lagi dibantah oleh Orang-orang Melayu di Singapura.
LIM GUAN ENG MENGIKUT JEJAK LEE KUAN YEW
Kembali ke Pulau Pinang, rancangan Lim Guan Eng adalah 100% mengikut jejak Lee Kuan Yew. Saya mempunyai bukti , bahawa Lim Guan Eng hampir setiap minggu terbang ke Singapura mengadap Sifu atau guru besarnya bagaimana hendak menghapuskan kuasa politik Melayu di Pulau Pinang.
JANJI LEE KUAN YEW ” You don’t worry I’ll teach you step by step”
Lim Guan Eng pernah terkeluar cakap kepada orang-orangnya di Pulau Pinang mengenai apa yang dituturkan oleh Lee Kuan Yew kepadanya semasa mengadap Sifu Agungnya di Singapura itu.Katanya Lee Kuan Yew berkata kepadanya..” You don’t worry I’ll teach you step by step”…ertinya ,jangan bimbang saya akan ajar kamu selangkah demi selangkah (bagaimana hendak menghancurkan pengaruh dan politik kaum Melayu di Pulau Pinang).-http://yazidothman.com
Moga-moga dengan pendedahan terebut dapat membuka minda dan mata bangsa Melayu terutama yang masih bersekutu bersama kapiaq Harbi.
MISI DAN KEJAYAAN ANWAR KOPRATKAN INSTITUSI PENDIDIKKAN DAN UMNO
Apakah Misi Anwar akan berjaya memadam sejarah Politik Bangsa…Manakala Chin Peng pula akan menganti tempat Bapa Kemerdekaan Negara !!seandainya Anwar berjaya menjijak kaki ke Putra Jaya?
Jika dulu GMC lah orang yang menentang keras kenyataan dari sahabat baik Hisyamuddin Raiz yang merupakan musuh rasmi Anwar semasa di Universiti Malaya hingga ke hari ini.
Kenyataannya seperti berikut :
“ Seandainya Anwar menjadi Menteri Pendidikkan atau berada didalam Kerajaan Anwar akan menamatkan operasi sekolah-sekolah Swasta”
Terbukti hari ini benar kenyataan dan persepsi beliau bilamana sekolah-sekolah swasta dan Politik UMNO dikopratkan Oleh Anwar setelah berada dalam kerajaan dulu… rosaklah taraf pendidikkan anak-anak melayu yang tercicir dan Politik bangsa dengan gejala serta budaya politik Wang dan amalan kronisme.
HANCURNYA TARAF PENDIDIKAN DAN POLITIK ANAK BANGSA.
Hari ini politik dan pendidikkan anak bangsa hancur dan bertabur gara-gara Anak kelahiran To’Kun ini yang telah digahkan oleh penyokong-penyokong PAS ….yang mampu mengimamkan sembahyang dan berkhutbah diPUTRAJAYA berbanding dengan ilmu agama pemimpin UMNO yang ada !!!
Tetapi sayang !! pekertinya tidak mencerminkan watak yang sebenar…
Andainya tuduhan Anwar dulu….” bahawa pemimpin PAS tidak mencerminkan cara berpakaian dan tawaduk mereka”
Kini Anwar bin Ibrahim pula sebaliknya.
Inilah padah yang menimpa riwayat hidupnya hari ini….Moga-moga Allah swt dapat membantu menginsafkannya yang lemas dalam mengejar kuasa berselimut dengan noda dan dosa.Insyaallah!
RENUNGAN:
“Katakanlah:Ya Allah Engkaulah yang memiliki kerajaan,Engkau memberikan kerajaan kepada sesiapa yang engkau kehendaki dan engkau tarik kerajaan itu dari sesiapa yang engkau kehendaki.Engkau muliakan sesiapa yang engkau kehendaki dan enkau hinakan sesiapa yang engkau kehendaki.Didalam tangan MU semua kebaikkan dan engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu itu” Surah Al-“imran.
CELIKLAH MATA BUKALAH MINDA
Anwar hari ini bukan lagi Pak Syeikh/Anwar yang kita kenal sebelum menjadi penghuni Sungai Buluh atau Pak Syeikh 2/3 puluh tahun yang lampau!!
Hari ini panggilan Pak Syeikh bukan lagi panggilan yang sinonim untuk Anwar seperti 2/3 puluh tahun yang lampau. …
Anwar kini benar-benar telah burubah 360 darjah !inilah kuasa Allah swt terhadap kita yang bersifat baharu!
APAKAH KEMBALINYA CHIN PENG AKAN MEMPERCEPATKAN LAGI RANCAGAN MEREKA, LEBIH-LEBIH LAGI PAS DAN PKR MENDALANGI USHA KEARAH INI MENGABURI MATA SEKELIAN BANGSA MELAYU…..???!!!
Wa’allahualam.
Wassallam apbs
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
APDS,
Orang Melayu/Islam diasuh dan dididik supaya tidak buruksangka terhadap kaum-kaum yang mendatang, walaupun kita sama-sama tahu dan sedar merekalah yang selalu memandang serong terhadap kita, setelah mereka kita layan dengan baik.
Tidak keterlaluan kalau aku katakan bahawa sebenarnya mereka inilah yang membuat kita bersengketa sesama sendiri.
Ada di antara kita yang lebih "celik" sikit bersyukur LKY dan Singapura ditendang keluar dari Malaysia. Kalau tidak mungkin keadaan Melayu di Malaysia lebih parah.
Dan seperti biasa orang Melayu cepat lupa dan memaafkan orang lain, yang pernah mengancam kita.Kita lupa dan terus berbaik sangka....
Jenis depa ni tak pernah lupa sebaliknya tidak akan lupa untuk bertindak kalau ada peluang. Dan sekarang ini "peluang" keemasan mula depa hidu semula.
Percayalah kalau kita masih leka bercakaran sesama sendiri, bangsa Melayu akan menjadi pengemis di negeri sendiri.
Aku betul-betul berharap pemimpin-pemimpin Melayu supaya ketepikan sekejap "politiking" dan sebaliknya memberi tumpuan yang lebih bermakna terhadap "survival" orang Melayu, khususnya di Pulau Pinang. Tak kanlah kita nak biar orang lain bertapak dan menghalau kita dari tanahair kita yang hanya satu ini.
Bersatulah, demi Bangsa dan Agama.
SALAM.
Apakah hari ini "Dengki dan Kianat" masih menjadi warna kulit sawa matang bangsa Melayu?
Adakah ketidakseragaman ekonomi orang melayulah yang membawa dengki kianat sesama sendiri.
Adakah PAS sebagai Parti yang mencerminkan identiti melayu yang mundur serta miskin,manakala UMNO sebagai parti alit Melayu,PKR sebagai parti serpihan kepada UMNO mempunyai wadah perjuangan yang berbeda masing-masing mengkianati diantara satu sama lain.
Masing-masing mengambil pendekatan yang berbeza untuk meraih simpati bangsa.
Pas dengan adah perjuangan Islamnya,Pkr dengan wadah keadilan bersama, manakala UMNO wadah perjuangan bangsa masing-masing membuka ruang dan lobang kepada pengaruh luar untuk merosak sekelian bangsa.
Apakah kita sudah lupa pada "BUNGA EMAS" ia bukan metos dan lagenda..tetapi ia satu sejarah yang tidak patut dilupai oleh sekelian bangsa....
Adakah kita lupa pada puak-puak Gee Hin dan Hai San?
Renung dan tenung! Siapa Long Jaafar?
Sedarkah sewaktu bangsa rakus bercakar sesama sendiri melalui agenda politik masing-masing ada pihak lain yang sedang mengintai peluang dan ruang untuk menangguk diair keroh?
Tapi kita masih rakus merebut kuasa yang tidak kesudahannya sesama kita...apa lagi yang yang akan tinggal pada anak cucu kita sebagai bukti perjuangan bangsa!!
Pada UMNO berdekurlah anda sepuas-puasnya selagi bangkai masih ada !!
wassallam...
MARILAH KITA BANGSA MELAYU SAMA2 DOAKAN AGAR ANWAR IBRAHIM YANG MENJADI KEPADA SEGALA PUNCA MASALAH PADA HARI INI MUDAH MUDAHAN ALLAH MEMBUKA PINTU HATINYA UNTUK MENYATUPADUKAN BANGSA MELAYU, BUKAN UNTUK MENJADI HERO PD BANGSA LAIN DENGAN MENGGADAI AGAMA DAN BANGSANYA DEMI MENUTUP AIBNYA DAN MEMBALAS DENDAM PD ORANG MELAYU YG TDAK BERSAMA NYA.
MUDAH2AN ANWAR AKAN BERTAUBAT.SEPERTI KATA KARPAL SINGH.'ANWAR WAJIB BERTAUBAT'.LIHAT DAN FIKIR KENAPA KARPAL DAN DAP TAHU ANWAR SEORANG YG TAK BERMORAL DAN LEMAH TAPI MEREKA MASIH MAHU MENGANGKATNYA MENJADI PM.MIRIP SEJARAH SINGAPURA MULA MULA KELUAR DARI MALAYSIA DULU.. UMNO DAN MELAYU JANGAN DENGKUR LAGI,BANGUN DAN BERJUANGLAH DEMI AGAMA BANGSA DAN TANAH AIR.
salam bro..
Benar kata Hang Tuah.. Melayu tak hilang didunia, tapi tak tau nak dok tang mana..
Balik Pulau Bayan Lepas,
Sini tepelahau, sana terlepas..
Limau perut tiga serangkai
Buta perut, tak ada akai....
knapa pas dipersalahkan?
sedangakan sudah terbukti pemimpin umno..
solat 5 waktu pun tak jaga.
tengok pula bagaimana mereka ketika di depan mikrofon.
nik aziz azan.mengalunkan ayat2 suci alquraan,
sedangkan najib dan isterinya..
bercakap entah apa2????????????
fikir2 kanlah.....
dunia dah akhir zaman...