Thursday, September 24, 2009

PAS CABAR DAP.






Bismillah hirRohman niRohim.

“Tanda orang munafik itu tiga walupun ia puasa dan salat serta mengaku dirinya muslim. Bila ia berbicara ia berbohong jika berjanji ia engkar dan jika dipercaya ia khianat.”

Hari ini PAS mengkianati Amanat Hadi…

Dari hadis di atas dapat ditafsirkan bahwa orang munafik ialah orang yg bertolak belakang antara lahir dgn batinnya.

Iaitu lahirnya Islam sedangkan batinnya ingkar.

“Dalam surah Al Baqarah membahagikn kategori manusia kepada 3 golongan.”

“Pertama golongan beriman, yang menjadikan Al Quran sebagai petunjuk jalan kehidupan.”

Golongan kedua adalah golongan kafir-mereka yang secara terang menolak ketuhanan ALLAH.

Golongan ketiga adalah golongan munafik,yang nampak lahirnya seperti Muslim.

Mereka berjanggut serban, mereka melabel diri mereka Islam, tetapi merekalah golongan gunting dalam lipatan, golongan yang sebenarnya menghancurkan Islam.

Mereka musuh dalam selimut, dan mereka ini lebih merbahaya daripada kafir kerana mereka berselindung dibalik serban dan janggut,

Mereka berhujjah menggunakan Al Quran…

Mereka ini di la'nat ALLAH, dan tempat mereka didalam neraka wail, neraka yang paling bawah”

-Zulkifli nordin.

"Mereka ini tidak pernah bersetuju dengan Islam apatah lagi agenda untuk menegakkan negara Islam dan hukum Islam.

Penolakan mereka selama ini amat jelas.

Tidakkah kita pernah mendengar kata-kata “Langkah mayat aku dulu jika mahu menegakkan negara Islam”, " Malaysia mesti kekal menjadi negara sekular”,
“Negara Malaysia bukan kepunyaan orang Melayu”, “Melayu adalah juga pendatang” dan berbagai-bagai kenyataan yang menyakitkan"
Kata Dr. Ridzuan lagi bagi membuktikan sikap prejudis golongan yang suka mengunakan ayat Al-Quran untuk meraih sokongan.”
-Dr Riduan Teh Abdullah

"Akidah merupakan asas utama perjuangan kita dan yakinlah ia merupakan satu rahsia kekuatan Islam sepanjang zaman," Hadi Awang

"Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat

"Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu."- Mursyidul Am Pas Nik Aziz Nik Mat

“Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.- Hadi Awang

“PAS tidak pernah berjanji nak hapuskan kilang arak dan judi. Beliau juga mencabar sesiapa dapat buktikan pemimpin PAS pernah membuat janji sedemikian.”- Dato' Dr.Hasan Ali.

Kesimpulan dari petik-petikan diatas dapat dirumuskan seperti berikut:

Hanya yang membezakan manusia dan makhluk ALLAH yang lain adalah akal.

ALLAH menjadikan manusia dengan akal, lebih hebat dari makhluk ALLAH yang lain munafaatlah dengan sebaik mungkin.

Persoalannya setelah kita mendengar,membaca,melihat dan memahami isi kandungan segala petikkan diatas yang datangnya dikalangan orang-orang yang boleh dikategorikan sebagai orang-orang yang berilmu dan diantara yang dipilih menjadi pemimpin oleh bangsa.

Gunakan lah sebaik-baiknya akal yang dikurniakan ALLAH pada kita untuk menilai dimana kebenaran disebalik penjelasan dan pegangan prinsip asas perjuangan mereka yang sebenar.

Siapakah yang bedusta dan berbohong pada Allah swt dan bangsa.

Masih kebalkah mereka terhindar dari segala ciri –ciri dan sifat-sifat munfik yang Allah gariskan pada kita yang ada pada mereka.

Salah satunya berbohong dan berdusta pada sekelian bangsa dan Allah ta’ala?
Bukan kah mereka melabel diri mereka pemimpin Islam hari ini?

Masih percayakah kita pada segelintir golongan yang memiliki ciri-ciri munafik ini…..???
Kita tidak bijak untuk menghukum mereka…tetapi ciri-ciri munafik sudah jelas ada pada diri mereka mengikut garis panduan yang Allah sedia.

Cuma yang lebih maha mengetahui untuk menghukum mereka hanyah Allah yang Maha Kuasa diatas tipu daya mereka pada kita.

Apakah mereka bukan dikalangan orang-orang yang memutar belit ayat-ayat Alah serta hukumnya?

Apakah hari mereka [PAS] bukan dikalangan orang-orang atau segelintir pemimpin yang mendusta dengan Ayat-ayat Allah Ta’ala bila bersahat dengan kafir harbi[DAP]?

“Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.- Hadi Awang

Terbukti bilama PAS sanggup berdusta dengan ayat –ayat Allah Ta’ala hari ini dengan rasa angkuh sombong sombong….

“Pas tetap setia dan berjuang dengan DAP dan pakatan pembangkang meskipun parti itu tidak menghormati prinsip tertentu perjuangannya.”-
Salahuddin Ayub Naib Presiden PAS.

Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia, tetapi hendaklah kamu takut kepada-Ku; dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir." (Surah al-Maidah, ayat 44)

Menulis sekadar untuk membongkar kemungkaran segelintir mereka melabel diri mereka Islam yang memperalat dan mempergunakan Agama menipu bangsa disebalik Prinsip perjuangan politik kotor mereka demi kuasa.

Inilah segelintir golongan gunting dalam lipatan, golongan yang sebenarnya menghancurkan Islam dan perpaduan bangsa hari ini.

Kesimpulannya:

Benarkah akidah asas utama perjuangan Pas ?

Benarkah PAS mengkafirkan UMNO semata-mata kerana hukum? Atau ia hanya tipu daya PAS sahaja.

Benarkah Nik Abdul Aziz menolak UMNO kerana UMNO menolak Islam dan mengambil kebangsaan[Assobiyyah] atau nasionalisme (unsuriyyah)?

Wednesday, September 23, 2009

BILA "DAJAL" MENINGGAL AMANAT PADA BANGSA





"Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

Tunjukkan pada bangsa hari ini dimana letakkan atau terselitnya perkataan PAS dalam al-quran atau hadith…

Sedarkahkah, PAS adalah satu pertubuhan yang putaq belit akhir-akhir ini…apakah mungkin yang terselit didalam al-quran tersebut perkataan Yahudi atau nasrani itu adalah pertubuhan PAS yang dimaksudkan itu?.

Tetapi dimana pula ayat al-Quran yang menjelaskan menentang Yahudi atau PAS itu Haram mengikut al-Quran atau hadith?

"Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

"Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir"
- Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram"
Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

Hari ini dalam PAS bukan SAJA terdapat unsur dan ciri-ciri kafir lagi mengikut fatwa Ulama mereka .

Tetapi pemimpin-pemimpin PAS telah sah menjadi kapiaq terutama mereka yang mencipta Amanat “Dajal” pada bangsa sebelum ini.

Apakah PAS serta segelintir pemimpin mereka masih belum menyedari bahawa pemimpin-pemimpin mereka sudah bertaraf kapiaq harbi .Apabila termetrinya pakatan bersama DAP…

Sudah lupakah pemimpin dan penyokong PAS pada Amanat Hadi?

Mereka hari ini sudah setaraf kapiaq harbi?

Syahid lagikah pemimpin-pemimpin mereka hari ini bersekutu bersama kapiaq harbi menentang bangsa dan Islam hari ini?

"Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu."
- Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

Sah dan terbukti benar bukan sekadar fitnah lagi perjuangan dan hala tuju politik PAS selama ini yang menipu bangsa dan Agama semata-mata.
Sudah sasau atau gilakah segelintir pemimpin-pemimpin PAS hari ini memperjuangkan apa yang tidak ada dalam pelembagaan politik mereka selama ini?

Yang ada hanya retorik dan pembohongan semata-mata pemimpin mereka pada bangsa.

Inilah tipu daya dan putar belit pemimpin mereka.Sedarkah sekelian bangsa melayu hari ini.

"Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam"
- Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

Bersyukur mereka bila kehadiran kapiaq harbi membatu mereka.

Ingat kita pada T.E Lawrence yang hazir dalam kelompok perjuang Islam melingkup dan meranapkan Empayar Khalifah Uthmaniyah?

Bagainya taraf Ilmu Islam T.E Lawrence jika mau dibandingkan dengan Lim Guan Eng,Gobala dan Nga Ko Meng maupun Nik Aziz atau Hadi Awang Sendiri…

Mungkin jika mau juga dibandingkan ilmu agama mereka[ T.E Lawrence] mungkin bezanya langit ke tujuh dengan bumi hari ini…berbanding ijazah ilmu Agama yang Nik Aziz dan Hadi Awang ada hari ini.

Lebih-lebih lagi Nik aziz yang hanya tahun 1967 menjadi Ahli Pertubuhan Islam iaitu PAS..itu pun nasib menyebelahinya bila memenangi beberapa kali pilihan raya…dan mengekal kuasa yang ada padanya hingga hari ini.

Tapi Walaupun ilmu agama Islam yang dipelajarinya melampaui ilmu Nik Aziz miliki hari ini apa sudah jadi dengan Keagongan pemerintahan khalifah Uthmaniyah hari ini?

Natijahnya Arab Saudi juga sudah terbutang body dengan yahudi hari ini lupakah Nik Aziz atau Hadi Awang kehebatan ilmu Agama IslamT.E Lawrence dari mereka yang menepuk dada hari bertaraf Mursyidul am dan Presiden PAS yang arif ilmu Agama bijak berfatwa serta beramanat “Dajal” pada bangsa selama ini.

Inikah hasil dasar perjuangan Islam mereka selama ini meninggal dan mencipta segala Amanat “Dajal” akhirnya mengkianatinya semula oleh mereka.

Lalu berdakap dan bepeluk mersa bersama kafir harbi lalu menepok dada merekalah pengamal Islam yang lebih tulin dari Agama bangsa hari ini.

Begitu dengan segelintir pemimpin PAS hari ini demi kuasa dengan siapa saja merek sanggup berkongsi kuasa maupun dengan syaitan asalkan dapat membantu dan menyokong perjuangan politik mereka.

Astaqfirullalha’azim ! masih buta kah bangsa kita hari ini…kemungkaran didepan mata kita.

Apakah segelintir pemimpin PAS hari ini sanggup berkerjasama dengan Syaitan ciptaan Yahudi setaraf [T.E Lawrence] semata-mata mahu merosak bangsa dan kesucian Agama hak Allah ta’ala kerana kuasa?

Inilah kenyataan Ulama PAS pada bangsa kita….untuk menguatkan hujah kebenaran politik jijik mereka…
“kalau syaitan hendak bekerjasama dengan kita pun kita terima�-,Nik Aziz

Sejarah sudah banyak menceritakan bertapa hebatnya ilmu yahudi…seandainya Hadi Awang maupun Nik Aziz masih mau menepok dada merekalah yang bijak diantara sekelian yang ada…

Selaraskah ilmu pemerintahan Negara dengan nafsu yang ada.

Inilah putar belit ilmu agama yang mereka ada untuk mencabar sekelian bangsa…tapi mampukah mereka mengatasi ilmu putaq belit yang DAP ada setandingkah ilmu mereka dengan al-Khahfinya yang tersorok lebih besar agenda peribadinya?

"Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam."
Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

Siapakah yang dimaksudkan oleh PAS pada bangsa?

Bukankah mereka yang bijak bermuka-muka..dimana pula rasa rendah dirinya mereka pada ilmu Allah ta’ala yang hanya secebis saja mereka ada.

Apakah Nik Aziz serta kuncu-kuncunya merasai ilmu memerintah mereka lebih hebat dari Khalifah Umar Al-Khattab . ...tidak melakukan sebarang kesilapan…atau mereka adalah dikalangan pemimpin-pemimpin yang terpilih…..

Poooorah !!! cermin-cermin lah diri…wahai Nik aziz dan Hadi Awang.

Fahamilah ayat-ayat serta surah al-quran yang yang kerap kamu baca dengan fasih pada bangsa serta bijak bermuka-muka didepan bangsa selama ini…jangan sekadar untuk beretorik dan bermuka muka dengan ilmu yang tidak seberapa..

“Aku dipilih menjadi ketua bukan bererti aku kalangan orang yang terbaik diantara kamu”…jika aku betul berilah pertolongan pada,jika aku melaku kesilapan perbetulkan lah aku”- Khaifah Umar Al-Khattab.

Bila asas perjuangan tidak ada dalam perlembagaan maupun manifesto politik PAS apa juga arah dan asas perjuangan kapiaq harbi PAS ikut saja..

Hari ini terbukti pemimpin-pemimpin PAS terutama Hadi Awang dan Nik Aziz serta kuncu-kuncu mereka bagai lembu pedati.

Hanya diperalat oleh Anwar dan Dap kerana perjuangan mereka tidak mempunyai landasan perjuangan sendiri.

Lebih-lebih lagi ilmu pemerintahan yang mereka miliki sekadar sedepa berbanding dengan al-khahfi mereka.

Nafsu mereka …semata-mata ingin memiliki kuasa walaupun ilmu pemerintahan tidak ada.

Mereka Cuma berteraskan pada hawa nafsu semata-mata ,serta dengki kianat pada bangsa untuk berkuasa .

Selain memperalatkan Agama dan mencipta reka segala fatwa serta amnat ‘Dajal” mereka untuk bangsa supaya selaras dan seiring dengan agenda gila mereka untuk memperdaya bangsa.

Hari ini terbukti 52 tahun mereka memperjuangkan dasar Islam akhirnya mereka tersembam dikaki kafir harbi menjadi gembala kepada politik mereka untuk memerangi bangsa.

Islam lagikah perjuagan mereka bila sudah berpelok dan berakap serta berkerjasama dengan kafir harbi hari ini?

"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram"
- Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963

Bagaimana pemimpin pemimpin PAS hari ini mahu mengubah dan memutar belit Hukum ini? Andainya hukum ini hak Allah swt bukan ciptaan atau rekaan mereka?

Renunglah sekelian bangsa melayu….apakah kita sanggup menafikan ayat-ayat Allah swt seperti mereka mengkianati amanat DAJAL sendiri?

Tepuk dada tanyalah ilmu agama walau tidak sebanyak ilmu agama pemimpin mereka yang mengkianati Amanat dajal ini.

Islam lagikah mereka…jika berkongsi kuasa melantik kapiaq harbi memimpin kita?

Hari ini siapa Gembala dalam Politik Bangsa berbanding Politik mereka?
Siapa meminpin siapa ? berbanding retorik Negara Kebajikan menganti Negara Islam mereka

AMANAT “DAJAL” SUDAH BANYAK MEROSAK BANGSA…KERANA PENCIPTANYA BIJAK BERMUKA-MUKA DENGAN HUKUM ALLAH TA’ALA.

HARI INI AMANAT DAJAL SUDAH TIDAK BERGUNAKAN LAGI UNTUK MENJERAT BANGSA.

Tuesday, September 22, 2009

AMANAT " DAJAL" WASIAT BANGSA.






Hadis Abu Hurairah r.a :

”Nabi s.a.w bersabda: Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah dibangkitkan para Dajal pendusta yang hampir bilangan mereka tiga puluh orang. Setiap mereka mendakwa dirinya adalah Rasul (utusan) Allah.”

Hadis Al-Mughirah bin Syubah r.a. katanya

“Tiada seorang pun yang bertanya kepada Nabi s.a.w tentang Dajal lebih banyak daripada apa yang aku tanya. Rasulullah s.a.w bersabda: Apakah yang menyusahkan kamu. Dia tidak boleh memberi sebarang kemudaratan kepada kamu. Aku berkata: Wahai Rasulullah! Mereka berkata, dia (Dajal) mempunyai makanan dan sungai. Nabi bersabda lagi: Dia merupakan makhluk yang paling hina kerana boleh menipu para mukmin dengan nikmat yang diberikan oleh Allah kepadanya”


"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

Bagaimana PAS hari ini bila bersama bersama DAP atau kapiaq harbi?

"Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

Apakah hari ini di Kedah,dan Selangor PAS sudah mencukupkan politik suku,agama suku? Atau PAS sudah berada tahap politik tiga suku?

"Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

Bagaimana status Islam PAShari ini, bila dah berkongsi kuasa bersama kafir harbi….Islam lagikah pemimpin-pemimpin pas hari ini atau sudah boleh menanggung kawadi dan sudah boleh meredah bara api ?


"DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.

Bila pula Agama islam membenar orang bukan islam menghina islam.

Dan bila pula orang islam menolak agamanya.sedarkah kah Nik Aziz lebih hina lagi bila pemimpin PAS sendiri menolak hukum Allah swt?

Sedarkah Nik Aziz apa yang belaku di Kedah hari ini Hukum untuk mengharam Arak ditolak oleh MB Pas Sendiri,Di Perak pula bekas MB PAS Nizar lilin juga mencabar tidak pernah ada dalam pelembagaan PAS untuk menubuh Negara Islam dan menegak hukum?

Adakah dalam perlembagaan PAS hari ini atau sebelum ini,yang PAS ingin memperjuangkan Islam…lebih-lebih lagi hari ini PAS bersama kafir Harbi?

Bukankah PAS hari ini lebih hina dari DAP yang lebih mengenali Islam tapi menghina serta mengkafirkan bangsa sendiri.

Apakah hari ini PAS tidak menghina Agama Kristian,hindu,budha kerana PAS telah arif dengan agama-agama tersebut berbanding agama Islam sendiri…

Tidak masakan Nik Aziz sanggup menghina bangsa yang seagama dengannya..dengan berbagai bagai Istilah Islam yang dilabelkannya. Allahuakbar!

“Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999.

Adakah PAS hari ini merasai pemimpin-pemimpin mereka setaraf pintar pemimpin Islam dalam peristiwa pembelian telaga Yahudi?

Yang membawa keuntungan orang-orang Islam…Dan akhirnya terserlah kebodohan yahudi ?
Atau taraf ilmu dan kecerdikan pemimpin-pemimpin Pas yang ada di hari ini berada setaraf kebangangngan yahudi tersebut berbanding ilmu pemimpin Islam ketika itu…..??????

Kail sejengkal lautan dalam …. jangan segelintir pemimpin PAS ingin menduganya…

Apa yang belaku dihari ini sudah terbukti DAP memperlembukan pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PAS sahaja…

Bukankah di Perak terbukti DAP memperlebumbukan penyokong-penyokong dan pemimpin-pemimpin PAS?

Apakah pemimpin PAS hari ini atau Nik Aziz sendiri merasai dia,sudah setaraf kebijaksanaan ilmu yang dimiliki oleh Nabi Muhammad saw atau setaraf Khalifah Omar dan setanding dengan Salahudin Al-Ayubi.

Atau setidak-tidaknya berada taraf kaki kiri cara pemerintahan khalifah Omar Abd Aziz yang di labelkan pada Guan Eng hari ini?

Sedarkah Nik Aziz atau Hadi Awang nafsu serta semangat dikalangan pemimpin mereka[PAS] yang ingin memerintah negara atau negeri hari ini, tidak selaraskah dengan keupayaan ilmu yang mereka dimiliki ?

Pemimpin-pemimpin PAS hari ini seharusnya menyedari dan menerima hakikat sebenarnya mereka hanya memiliki Nafsu yang lebih sahaja berbanding keupayaan ilmu memerintah itu sendiri dalam diri mereka?.

Bila Nafsu melebihi dari keupayaan diri, pemimpin-pemimpin PAS terpaksa mencari ruang dan lubang untuk menampung keupayaan yang terkurang.

Natijahnya PAS hari ini terpaksa berpaut dan bertaut pada DAP walupun kafir harbi untuk memenuhi ruang keupayaan yang masih kurang,supaya selaras dengan Nafsu iblis mereka.

Hari ini sudah jelas PAS terpaksa berkapit dan berselit bersama kafir harbi untuk memenuhi nafsu gila kuasa mereka.

Tetapi tercapaikah matlamat PAS tersebut dengan cara bekerjasama dengan puak-puak kafir harbi yang jelas menentang Islam hari ini berbanding MCA dan MIC .

Sedarkah politik PAS hari ini mereka lebih hina dari UMNO ..dan lebih jijik dari DAP. Dan setaraf bangangnya Yahudi dalam Peristiwa penjualan telaga.

Hari ini dimana cerdiknya pemimpin PAS yang berada dicelah-celah kapiaq harbi bila berkongsi kuasa?

Mereka terpaksa tunduk dan akur pada syarat DAP berbanding cerdiknya pemimpin Islam dalam pertiwa telaga Yahudi tersebut?

Tertegak kah Negara Islam dan hukumnya bila PAS bersama kafir harbi .

Atau apakah pakatan DAP dan PAS akan memberi keuntngan pada seluruh umat islam. Atau sekadar menang sorak kampung dan agama tercela?

Poooooooooorah…itulah tipu daya yang termapu dengan ilmu yang mereka ada…menipu bangsa sendiri.

Sedarkah Pakatan PAS,DAP hanya terserlah kebahlolan serta kemaruknya kuasa hingga sanggup bersekutu dengan DAP yang menjadi musuh mereka selama ini.

"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

Kemana nak dihumban Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan hari ini?….

Ke kandang babi DAP atau kelubang tandas kapiaq harbi?

“Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.”Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

Benarkah PAS menjalankan pemerintahan Islam selama ini? NIK AZIZ jangan cuba untuk memutar belit fakta..hari ini mereka hanya meninggalkan sejarah hitam pada mangsa-mangsa Memali selain Amanat “Dajal” merosak bangsa selama ini.

Itu pun hari ini pemimpin mereka juga yang mengkianati amnat “Dajal” tersebut kerana kamaruk pada Kuasa.

Hari ini GMC menentang pemimpin-pemimpin PAS yang lidahnya bercabang dua seperti biawak dan mereka yang bijak memutar belit hukum Allah swt.

Dan yang mengkianati segala amanat,hukum dan fatwa.

Tidak kurang pula yang menolak hukum Allah ta’ala.

Begitu juga dengan segelintir pemimpin PAS yang bijak menipu berbohong pada rakyat jelata,berserban dan berketayap diatas kepala menipu bangsa.

Kita menentang mereka yang membuat fatwa gila…dan yang mengkianat amanat sendiri bila sudah halalnya fatwa mereka bersekutu bersama kafir harbi.

Menentang segelintir pemimpin PAS yang lidah bercabang dua itu sudah kewajipan kita sebagai orang Islam.

Bukan sebagai barua untuk bersekongkol dengan putar belit mereka untuk mengakui itu lah pemimpin ulamak kita yang gila kuasa.

Sedarkah Nik Aziz yang sanggup menentang hukum Allah swt hanya yahudi laknatullah dan mereka yang gila kuasa atau sanggup diperlembu oleh kafir harbi saja…

Rakyat yang jahil lebih patuh dari pemimpin yang ada.Cuma pemimpin pas saja lidahnya cepat bercabang dua bila sudah diberi kuasa oleh Allah swt.

Peristiwa Memali melalui Amanat “DAJAL” dilupai begitu saja.

"Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

Jangan membohongi bangsa…..Dalam manifesto PAS atau dimana-mana juga tidak pernah tercatit dan terselit pelaksanaan Negara Islam.

Sekadar tafsiran Negara Islam dalam kamus dewan Bahasa juga bersebah-sepah tafsirannya…PAS jangan cuba memutar belit kata….ini soal hukum Allah ta’ala.

"PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

Inilah putar belit mereka untuk memperlembukan kita dan bangsa…sekaligus membongi Hukum allah ta’ala.


Hebat atau tidak putar belit pemimpin mereka dengan hukum Allah ta’ala?

Kemana hendak dihumban Amanat Dajal Hadi Awang bila DAP sudah dipilih menjadi ketua?

Apa guna Ulama dan pemimpin PAS yang ada sekadar untuk menjadi barua pada seluruh bangsa mencipta segala fatwa dan amanat gila….

Kemaruk secebis kuasa dari kapiaq harbi yang membantu mereka …Akhirnyanya Agama Allah di persenda oleh sekutu mereka?

Lalu memberi alasan pada bangsa DAP belum memahami Agama kita?

اللّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُواْ يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّوُرِ وَالَّذِينَ كَفَرُواْ أَوْلِيَآؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُم مِّنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ أُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

“Allah pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; Mereka kekal di dalamnya.” (al – baqarah : 257)

Sedarlah sekelian bangsa Melayu Amanat “Dajal” selama ini sudah banyak menipu kita dan hukum Allah swt melalui putar belit mereka yang bijak bermuka-muka dengan ayat-ayat Allah ta’ala.

Monday, September 21, 2009

BERSUMPAH LA NON.....






Isu liwat Anwar tidak lebih dari isu yang bersepak-sepak sedang belaku dilorong-lorong chow kit road saja hari ini.

Sedarkah kita apa agenda perjuangan Anwar hari ini berbanding sebelum ini.Hari ini Anwar jarang sekali malah tidak terdengar Anwar berbincang tentang kedaulatan Islam seperti dulu lagi.

Akhir-akhir ini Anwar lebih memperjuangkan dasar Demokrasi
Apakah Islam selama ini tidak demokrasi lagi dalam agenda baru anwar bersama Amerika?.

Sejak bila Anwar menyedari Islam selama ini tidak demokrasi?

Jika عبد الرحمن الكواكبي‎,Al Kawakibi berjaya tumbangkan Khalifah Uthmaniyah, Sedarkah kita Anwar sekarang sedang berusaha' kearah untuk menumbangkan ketuanan Melayu/Islam di Malaysia.

Apakah perjuangan Anwar hari masih seperti dulu? Apa sebenarnya agenda perjuangan Anwar hari ini berbanding dulu dalam mempertahankan ketuanan Melayu ?

Setelah Anwar tersingkir dari UMNO mengapa segala-galanya berubah dari titik tolak perjuangan asal nya?

Mengapa hak keistimewaan orang melayu nak di hapuskan.Sedangkan sebelum ini Anwarlah orang yang cukup lantang mempertahankan hak orang Melayu.

Ingatkah kita satu masa dulu di satu majlis yang diadakan didataran Merdeka? Siapa yang menabik dada bersuara Angkuh ,bongkak serta sombong bersama-sama kuncu-kuncunya yang berjaya dicucuk hidung didalam umno bertempik gegak gempita untuk membela politik bangsa?

Siapa yang menabik dada terlebih sudu dari bubur berbanding penyokong UMNO sendiri.

Mengapa hari ini Anwar sudah berubah laku dan tiba-tiba mencabar kembali bangsanya sendiri dan berdamping pula dengan musuh yang paling dibencinya dulu termasuk PAS.

Sedarkah Anwar dan sekelian bangsa Melayu,hari ini Allah swt sedang menguji keangkuhan Anwar satu masa dulu?

Mengapa bangsa sanggup pula bersama Anwar mencabar ujian Allah swt padanya hari ini?

Apakah bangsa merasa suara rakyat berjaya menutup segala kemungkaran yang dilakukannya selama ini? Atau suara rakyat mampu melawan kuasa Allah swt yang sedang menguji keangkuhan Anwar hari ini.

Hari ini mengapa Anwar mempertahan “SUMPAH LAKNATNYA” jika itulah satu-satunya jalan terakhir untuk kembalikan keyakinan bangsa terhadapnya yang dianggap ia satu konspirasi jahat pihak tertentu untuk merosakkan masa depan politik dan nama baiknya?

Mengapa Anwar terpaksa bedolak dalik sudah sekian lama…Mengapa sanggup mempertahankan “SUMPAH LAKNATnya” hingga sanggup menerima segala cacian dan cemuhan dari bangsa.

Mengapa Anwar menolak segala saranan para Ulama samada yang memihak padanya maupun bukan menyebelahi mana mana politik?

Mengapa Anwar lebih yakin dengan perundangan yang dikatakan tidak adil dan telus terus membica kesnya.

Bukankah lebih mudah mengembalikan keyakinan bangsa terutama orang melayu dengan bersumpah sahaja.Dari terus mencipta onak yang boleh merosak perpaduan bangsa.

Hari ini seluruh Bangsa, rakyat termasuk sahabat handai serta kawan dan taulan serta bekas pelajar-pelajarnya sedang menunggu.

Dimana kebenarannya dan keluhuran Anwar selama ini…yang pernah ditabalkan oleh PAS sebagai al khahfi yang licik membica hal-hal Agama!

Supaya tampil menafikan tuduhan keatasnya dengan cara bersumpah seperti yang disarankan oleh Nik Aziz dan disokong oleh bekas mufti Perlis?

Ayuh bersumph sajalah..

BILA IBLIS DAN SYAITAN DILEPASKAN SEMULA.





SYAWAL…KEHADIRAN MU BEGITU CEPAT , SEPANTAS AMANAT HADI AWANG YANG DIBUANG KELONGKANG HARI INI…MENINGGALKAN SEJARAH MEMALI MENGKIANATI AMANAT SENDIRI

MENINGGALKAN RAMADHAN YANG MEMBERI SERIBU NIKMAT DAN RAHMAT PADA KITA.
MENGUNCI ,MENGURUNG IBLIS DAN SYAITAN YANG ADA…

KINI SYAWAL MENJELANG TIBA..

SEMUA IBLIS DAN SYAITAN DILEPASKAN SEMULA.
KEMBALILAH MEREKA MEMBOHONGI BANGSA….

MENYAMBUNG AGENDA GILA UNTUK BERKUASA.

YA ALLAH LINDUNGI KAMI DARI TIPU DAYA MEREKA YANG BIJAK BERMUKA-MUKA DENGAN HUKUM ALLAH TA’ALA. AMIN.

ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR !

Menyelak lembaran di awal Syawal……..PAS menipu lagi Bangsa!

“Satu lagi alasan Datuk Nik Aziz ialah politik sama seperti sebuah peperangan yang penuh dengan tipu muslihat. Jadi, Pas terpaksa menipu untuk memenangi ‘peperangan’ dalam pilihanraya. “-Nik Aziz Nik Mat.

“Tetapi meskipun demikian harus dipahami bahwa apabila suatu tujuan yg baik dan benar itu sudah bisa dicapai tanpa juga bohong atau dusta itu tetap haram hukumnya”-Huraian dari sifat-sifat munafik.

Maknanya berbohong dan berdusta itu tetap “HARAM” Hukumnya walaupun tujuannya baik.

Tetapi kini PAS membolehkan atau menghalalkan pula pembohongan dan berdusta ini pada bangsa bukan kah ini buktinya PAS memutar belit ayat-ayat Allah swt.

“Tapi kita boleh menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.” Tidak perlu masuk Budha,hindu atau Kristian- Hadi Awang

Hari ini di Kedah, sudahkah PAS “penuhkan” amalan Islam dan politik nya…tidak lagi politik suku,agama suku…???

Atau amalan politik PAS di kedah hari ini sudah mencapai “tiga suku”?
Kerana PAS kini, sudah memiliki kelab yang menghimpun segala bangsa dan agama,Budha,Hindu dan Kristian didalamnya bersama ulama mereka.

Apakah hari ini pemimpin-pemimpin PAS belum lagi bertaraf kapiaq tetapi hanya baru mencapai taraf “tiga suku”…[ertinya dalam kamus dewan: agak gila atau gila-gilaan]ms 1443.

Ya..Pas kini merupakan sebuah parti Politik “Tiga Suku” orang melayu Islam Atau merupakan Politik separuh masak…atau politik gila pada orang melayu.

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a. (al-Bukhari, kitab al-Hudud):
"Seorang lelaki datang mengadap Rasulullah s.a.w. di dalam masjid. Lelaki itu berkata: "Wahai Rasulullah! Saya telah melakukan zina.”
" Rasulullah s.a.w. berpaling ke arah lain (yakni seperti tidak melayannya), lelaki itu mengulangi pengakuannya sebanyak [empat kali]- Thu | Jul 17, 08 | 2:59:40 pm MYT
Dari riwayat Abu Hurairah r.a diatas jelas pada kita Rasulullah s.a.w. sendiri berpaling ke arah lain (yakni tidak melayannya sebanyak [empat kali].

Maknanya cakap-cakap orang gila tidak perlu diambil perhatian begitu juga dengan apa yang PAS berjanji dan bercakap pada rakyat hari ini…

Bangsa sepatutnya berpaling ke arah lain yakni tidak perlu melayan cakap-cakap serta janji-janji kosong mereka.

Kerana Politik PAS berada ditahap politik orang gila atau politik tidak siuman yang perlu bangsa berpaling kearah lain bila mereka mula berbicara….atau berjanji.

Kerana cakap-cakap orang gila tidak harusnya dilayan. Rasullullah saw sendiri empat kali memaling kearah lain bila berhadapan dengan cakap-cakap yang tidak dapat diterima akal…

Lebih-lebih lagi Politik PAS hari ini yang hanya mencapai tahap “tiga suku” pelaksanaan Islam dan politik mereka setakat ini.

“Dalam satu sidang akhbar, MB Azizan Abdul Razak berkata yang Kedah tidak akan mengharamkan penjualan arak dan judi jika orang-orang Cina ( DAP ) dan orang bukan Islam yang lain tidak setuju dengan pengharamannya.”-My KMU.Net Azizan Razak.

Petikkan dari usul Masyuarat Agong PAS Kawasan Negeri Kedah pula begini…

“PAS memerintah kedah dengan izin Allah.Sebelum memerintah kita selalu canang kita akan laksana Islam dalam segenap bidang.
Kita bagi contoh Madinah yang rakyatnya majmuk berjaya melaksanakan Islam.Kita tegaskan kita mesti menegak maaruf dan menghapus mungkar.
Hari ini rakyat,khususnya ahli PAS hendak melihat benda ini berjalan.Setakat ini rata-rata ahli PAS belum nampak jelas akan hal ini.”
Komen PAS Kawasan Jerlun pula…

“ Selepas 7 bulan PAS memerintah nampaknya pelaksanaan Islam,khususnya NAHI MUNGKAR masih gagal untuk dilaksanakan oleh kerajaan negeri.
Komen PAS Kawasan Alor Setar.

Penyokong-penyokong PAS sendiri telah menyenaraikan 18 kepincangan sekadar retorik PAS dalam usaha mencegah NAHI MUNGKAR yang PAS masih gagal dan tidak melaksanakannya lagi Cuma cakap-cakap kosong….

Hari ini pemerintahan PAS di Kedah sudah mencapai dua tahun iaitu 730 hari bersamaan 2 tahun.

Dulu “Kita tegaskan kita mesti menegak maaruf dan menghapus mungkar” kini………...
“Kedah tidak akan mengharamkan penjualan arak dan judi jika….

“orang-orang bukan Islam tidak setuju dengan pengharamannya”Azizan Razak

Hari ini PAS melalui Presiden nya masih mahu mengulang lagi pembohongan mereka di PRK Bagan Pinang pula…

Masih tidak cukup lagikah pembohongan di Kedah hari ini oleh segelintir pemimpin mereka…

“Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam memberi jaminan bahawa PAS berdiri atas prinsip keadilan Islam akan terus memelihara hak semua rakyat, tanpa mengira bangsa, kepercayaan dan status sosial.”

Pada Pengundi-pengundi Bagan Pinang terutama orang melayu Islam sedarlah pembohongan dan tipu daya PAS lebih nyata dan terbukti dihadapan kita hari ini.

Bertanya khabarlah pada saudara-saudara Islam kita di kedah.Bagaimana pembohongan PAS pada rakyat hari ini.

Bukan sekadar rakyat saja PAS memperdayakan kita….tetapi pada penyokong mereka sendiri….

Apa yang GMC dedahkan diatas bukanlah komen dari mana-mana pihak yang bermusuh atau tidak memihak pada PAS tetapi komen dari pihak yang paling hampir dan merupakan penyokong PAS sendiri…

“Jaminan President PAS bahawa PAS berdiri atas prinsip keadilan Islam akan terus memelihara hak semua rakyat, tanpa mengira bangsa, kepercayaan dan status sosial.”- Hadi Awang.

Tetapi… bila mereka sudah diberi kuasa dan mandat oleh rakyat jelata.
Inilah pula… balasan mereka pada rakyat jelata termasuk penyokong sendiri….

“ Telefon EXCO lima enam kali tak diangkat-angkat.Bila angkat pula jawapannya”Saya sibuk” saya tengah meeting”.Dari nada suara jawab macam tak berapa suka atau macam penelefon mengacau saja”- Komen PAS Kawasan Jerlun.

“Rakyat di kampung sebenarnya menunggu berita yang berkaitan dengan kebajikan mereka.
Mereka nak dengar dan tidak nampak pemberian bantuan kepada fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim, baiki jalan-jalan kampung, baiki surau dan seumpamanya.”Komen PAS Kawasan Jerlun.

Allahuakbar ! inikah “ Jaminan” Hadi Awang bila PAS memerintah.Dan yang lebih dahsyat lagi bila segelintir pemimpi mereka lebih angkuh serta sombong dan tidak pula merasa malu berbohong dan menipu bangsa atau penyokong sendiri…

Bertanyalah pada Timbalan Pesuruhjaya PAS wilayah apa yang dialami oleh beliau sendiri.
Jika beliau benar-benar iklas ingin mencari kebenaran memerangi kemungkaran yang dilakukan oleh segelintir EXCO PAS di Kedah hari ini.
Atau bertayalah dengan rakan-rakan dan sahabat kita yag benar-benar ingin mencari kebenarannya.

Bukan sekadar tunduk melindungi kebiadapan segelintir pemimpin mereka.

Carilah nereka yang sanggup berkata benar walaupun pahit pada MEREKA..mudah-mudahan kebenaran akan terserlah didepan bangsa.

Jangan kita bertanya pada mereka yang bijak menghalalkan dusta kononya untuk kita berpolitik dalam peperangan…

Kerana berdusta dan berbohong dalam apa juga tujuan “HARAM” pada agama kita….bukannya pada mereka yang bijak memutar hukum Allah swt pada bangsa.

Allhuakbar ! inilah yang dikatakan manusia…yang Allah swt mengujinya melalui kuasa…lalu mereka lupa siapa diri mereka hari ini.

Mereka adalah segelintir pemimpin PAS yang akan membawa kehancuran dan kemusnahan pada PAS di Kedah bila sampai masanya.

Kerana Janji Allah tidak pernah “DUSTA” pada umatnya. Cuma kita yang bijak memutar lidah bila berkata untuk mengekal kuasa.

Samada kita sedar atau tidak peranan yang sedang mereka mainkan tidak lebih dan kurangnya sama saja tarafnya dengan segelintir pemimpin UMNO yang ada hari ini.

Berbohong dan menipu bangsa dan memutar belit hukum Allah swt melebihi dari segelintir pemimpin UMNO yang ada….

Cuma yang membezakan mereka hanya serban dan songkok diatas kepala…dan bijak pula mengupas Hukum Allah ta’ala pada kita yang jahil dari mereka….itu saja.

Maaf Zahir dan Batin.

wassallam.apbs.

Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN-GMC SEKELUARGA.


HARAPAN JANGAN HADI AWANG TERUS MENIPU BANGSA LAGI…




SALAM AIDILFITRI PENUTUP RAMADHAN MENGAMID SYAWAL….HARAPAN JANGAN HADI AWANG TERUS MENIPU BANGSA LAGI…


Aku bersaksi tiada Tuhan yg wajib disembah kecuali Allah. Tiada sekutu bagi-Nya. Dialah yg memiliki kerajaan langit dan bumi. Aku bersaksi bahwa Nabi Muhammad saw adalah utusan Allah. Semoga selawat dan salam selalu tercurahkan kepada Rasulullah saw keluarganya sahabatnya dan orang-orang yg mengikuti jalan hidupnya-apbs


Fri | Sep 18, 09 | 11:32:50 am MYT
TELOK KEMANG, 18 Sept:

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam memberi jaminan bahawa PAS berdiri atas prinsip keadilan Islam akan terus memelihara hak semua rakyat, tanpa mengira bangsa, kepercayaan dan status sosial.

"Islam memberi hak kepada orang Islam dan bukan Islam. Sesuatu yang tidak dilarang oleh agama lain, jika PAS memerintah, maka PAS tidak akan haramkan," katanya.

Apakah sejak PAS bersekutu dengan DAP tiba-tiba saja "Islam memberi hak kepada orang Islam dan bukan Islam berbanding sebelum ini islam tidak memberi hak dan ruang pada yang bukan Islam bila mana MCA dan MIC bersekutu dengan UMNO…terus bangsa di Hukum kafir oleh pemimpin PAS termasuk Hadi Awang melalui fatwa bangsatnya?

Hari ini terbukti bila Pas memerintah Kedah PAS tidak lagi mengharamkan arak dan judi seperti yang dilaung-laungkan sebelum ini.

Bukankah ini putar belit dan tipu muslihat PAS dengan hukum Allah swt?-apbs

“Tetapi, seperti babi, arak, rasuah, maksiat yang ditegah ke atas orang-orang Islam, maka tidak boleh dijual kepada orang Islam." Hadi Awang.

PAS mahu mendidik umat Islam supaya menjauhinya," katanya lagi.”-Hadi Awang
Mengapa hari ini PAS gagal untuk mencegah nahi mungkar?

Bukankah sebelum ini PAS bagai hyena menyalak disetiap lorong dan denai. Mereka ingin melaksanakan Islam menegak amal maaruf sepenuhnya jika diberi peluang untuk memerintah?

Apakah selama ini UMNO mendidik umat Islam supaya mendekati arak atau mengalakkan umat Islam untuk minum arak?


Pemimpin UMNO mana yang dimaksudkan oleh Hadi Awang? Kalau macam tu ,sudah berapa tong anak buah Azizan Razak, YB Suraya meneguk arak selama beliau berada bersama UMNO?

Dan berapa kole arak yang telah diminum oleh Nik Aziz selama dia berkhidmat dengan KEMAS dulu?

Hadi Awang boleh pastikan dengan Nik Aziz….sudah berapa gelas,cawan, atau tong yang Nik Aziz sudah terminum semasa berkhidmat dengan UMNO dulu, sebelum dia mendaftar menjadi ahli PAS pada tahun 1967?

Bila pula UMNO membuat arahan arak boleh dijual pada orang Islam?

Bukankah ini putar belit dan tipu daya Hadi Awang semata-mata?

Hari ini bagaimana dengan amanat laknatnya pula ?

Hari ini apabila PAS sudahpun bersekutu dengan orang kafir,sudah menjadi kapiaqkah Hadi Awang dan lain-lainnya hari ini?-apbs

Mati kita adalah syahid.
Mati kita adalah Islam.
Kita tidak perlu masuk Buddha,
Kita tidak perlu masuk Hindu,
Kita tidak perlu masuk Kristian,
Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.”- Hadi Awang

”Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu menetapkannya secara adil. “-Hadi Awang

Hari ini benarkah PAS telah tunai segala amanah kepada yang berhak menerimanya?Sedarkah seluruh pemimpin PAS terutama di Kedah apa yang telah dilakukan oleh EXCO pertaniannya kini sudah bertukar ke port folio yang baru telah mengkianati amanah dan sanggup pula menipu rakyat.

Inikah dimaksudkan adil oleh Hadi Awang. Inilah tipu daya dan putar belitnya lidah mereka yang cukup nyata pada rakyat jelata.- apbs

"Di Selangor, Umno nak tunjuk merekalah yang mempertahankan Islam walhal kerajaan Umno dulu menipu orang Islam sendiri lalu menipu orang Islam sendiri membina taman perumahan tanpa ditunjukkan wujudnya kuil berusia 150 tahun dalam plan kepada pembeli-pembeli rumah (di Seksyen 19).”- Hadi Awang

Sedarkah Hadi Awang PAS lebih dulu bijak menipu dan memutar belit hukum…sedangkan dalam perlembagaan PAS atau mana-mana Transkrip tidak pernah tercatit perjuangan PAS ingin melaksana hukum atau untuk menubuh Negara Islam selama ini yang dicanang-canangkan.-apbs

Bukankah ini satu tipu daya yang cukup nyata oleh PAS selama ini…memperjuangkan apa yang tidak tercatit dalam pelembagaannya…ia cuma sekadar perjuangan kosong untuk menipu bangsa dengan memperalatkan Agama.

Sedar atau butakah mata Hadi Awang atau sengaja untuk menunjuk merekalah pengamal Islam yang sebenar berbanding orang lain lalu mereka sanggup menipu orang Islam dan penyokong sendiri dengan menolak “HUKUM” haram judi dan arak dengan alasan yang cukup biadap dan kurang hajar oleh MB Pas Azizan Razak.” Ia itu dengan alasan Undi cina dan India adalah penentu kemenangan PAS” dimasa akan datang.

Apakah alasan tersebut tidak biadap dan cukup kurang hajar sebagai orang yang memiliki ilmu Agama bertaraf ustaz selaku pemimpin agama memberi alasan setaraf paria dikaki lima yang tidak ada ilmu agama?

Siapa yang menentu kemenangan PAS dalam PRU12 ? cina,india,atau melayu? Mengapa PAS terlalu kurang hajar dan biadap menolak kuasa Allah swt yang memberi kemenangan yang tidak terduga pada mereka?

Apakah PAS masih mahu menepuk dada mereka dikalangan orang-orang yang bertakwa….Pooooorah pergi jahanam dengan putar belit dan tipu daya segelintir pemimpin PAS terutama Hadi Awang yang bijak membuat fatwa gila.-apbs

“Satu lagi alasan Datuk Nik Aziz ialah politik sama seperti sebuah peperangan yang penuh dengan tipu muslihat. Jadi, Pas terpaksa menipu untuk memenangi ‘peperangan’ dalam pilihanraya. “-Nik Aziz

Apakah Hadi Awang mahu menafikannya lagi..bukankah PAS bapak segala “PENIPU”? -apbs

Hari ini siapa ahli-ahli kelab penyokong PAS orang-orang Islam yang akilkah atau ahli-ahli dari puak-puak kapiaq?

Bila pula syarat ini berubah...atas alasan apa pula hari ini PAS dapat menerima ahli-ahli dari bukan orang Islam...atas restu siapa?-apbs

“Alasannya, kerana ahli-ahlinya (PAS)terbuka kepada umum, yakni orang-orang Islam yang akil baligh (tidak semestinya ulama) dan beberapa alasan lain.”-sumber dari sejarah Penubuhan PAS

Atau masih mampu lagikah Hadi Awang berdalih melalui kenyataan dari al-Quran ini yang bermaksud demikian….-apbs

“Tetapi meskipun demikian harus dipahami bahwa apabila suatu tujuan yg baik dan benar itu sudah bisa dicapai tanpa juga bohong atau dusta itu tetap haram hukumnya”-Huraian dari sifat-sifat munafik.

Haram tetap “HARAM” wahai Hadi Awang…..ini bukan kenyataan dari manusia seperti Hadi Awang… ini dari al-Quran…hak Allah swt.-apbs

Hari ini siapa yang lebih menipu dan sanggup memutar belit hukum Allah swt. Siapa pula melanggar segala fatwa dan membuat alasan sesuka hati mereka ?

Bukan kah pemimpin PAS iaitu Hadi Awang sendiri RAJA FATWA ulama gila dalam PAS!
Butakah Hadi Awang atau dia merasa dirinya masih mampu menipu bangsa lagi berselindung disebalik serbannya.-apbs

"Mengarak kepala lembu, bukan sahaja menjadikan mereka menghina kepercayaan penganut Hindu, tetapi menunjukkan mereka tidak memahami ajaran Islam yang sebenar.-Hadi Awang

Bagaimana pula halnya dengan mengikut serta berarak bangkai Teo Beng Hock dan bersama-sama pula menjadi peserta di majlis keraian kematiannya oleh segelintir pemimpin dan al-khahfi PAS sendiri.-apbs

Apakah perbuatan tersebut menunjukkan pemimpin-pemimpin PAS lebih memahami Islam dari UMNO hari ini?

Apakah masih …belum sedar lagikah Hadi Awang apa yang sedang berlaku didepan matanya….atau dia sudah buta dengan kuasa yang ada?

Astaqfirullahalazim…. Aku bersaksi tiada Tuhan yg wajib disembah kecuali Allah. Tiada sekutu bagi-Nya. Dialah yg memiliki kerajaan langit dan bumi.

Ya Allah ya tuhan ku bukalah hati mereka yang telah kau butakan sekian lama dan sedang mereka menyesat bangsa hari ini melalui fatwa gila mereka agar tercelik kembali hati yang telah kau buta agar dapat melihat kemungkaran didepan mata mereka….amin.-apbs

GMC ingin mencabar Hadi Awang tunjukkan pada bangsa melayu hari ini siapa dikalangan pemimpin PAS dizaman Ust Fadzil atau sebelumnya yang pernah melakukan perbuatan tersengguk didepan bangkai tersebut? Siapa? Ulama dari negeri mana,dari parti islam mana?-apbs

Sedangkan sejak awal-awal lagi PAS telah menekankan hal-hal yang berkaitan dengan aqidah. Selain dari itu melarang orang Islam memilih pemimpin-pemimpin yang bukan Islam untuk memimpin? Lupakah Hadi Awang atau telah mabuk dengan kuasa bila sudah berpeluk dengan DAP? Jangan terus menipu bangsa lagi wahai Hadi Awang…-apbs

Terimalah hakikat bahawa masih ada segelintir walaupun tidak semua Pemimpin-pemimpin PAS hari ini lebih kurang saja tahap keimanan mereka yang mudah tumbang dan tersungkur dengan kuasa.

Mereka bukan dikalangan makhluk Allah yang dibedah,dicuci hatinya lalu diisraq kelangit setaraf Muhammad saw kekasih Allah swt tersebut.

Pemimpin PAS dan UMNO hanya manusia biasa saja.. lebih-lebih lagi satu bangsa serta sama brand dan copnya.

Kualiti hati budinya tidak jauh berbeza begitu juga dengan taraf dengki kianatnya sama saja.

Baik Hadi Awang maupun segelintir pemimpin UMNO yang ada,semuanya kemaruk dan gila kuasa.
Agenda politik sekadar wayang pada bangsa.

Agenda agama sekadar mahu menipu bangsa.-apbs

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.