Saturday, September 19, 2009

HARAPAN JANGAN HADI AWANG TERUS MENIPU BANGSA LAGI…




SALAM AIDILFITRI PENUTUP RAMADHAN MENGAMID SYAWAL….HARAPAN JANGAN HADI AWANG TERUS MENIPU BANGSA LAGI…


Aku bersaksi tiada Tuhan yg wajib disembah kecuali Allah. Tiada sekutu bagi-Nya. Dialah yg memiliki kerajaan langit dan bumi. Aku bersaksi bahwa Nabi Muhammad saw adalah utusan Allah. Semoga selawat dan salam selalu tercurahkan kepada Rasulullah saw keluarganya sahabatnya dan orang-orang yg mengikuti jalan hidupnya-apbs


Fri | Sep 18, 09 | 11:32:50 am MYT
TELOK KEMANG, 18 Sept:

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam memberi jaminan bahawa PAS berdiri atas prinsip keadilan Islam akan terus memelihara hak semua rakyat, tanpa mengira bangsa, kepercayaan dan status sosial.

"Islam memberi hak kepada orang Islam dan bukan Islam. Sesuatu yang tidak dilarang oleh agama lain, jika PAS memerintah, maka PAS tidak akan haramkan," katanya.

Apakah sejak PAS bersekutu dengan DAP tiba-tiba saja "Islam memberi hak kepada orang Islam dan bukan Islam berbanding sebelum ini islam tidak memberi hak dan ruang pada yang bukan Islam bila mana MCA dan MIC bersekutu dengan UMNO…terus bangsa di Hukum kafir oleh pemimpin PAS termasuk Hadi Awang melalui fatwa bangsatnya?

Hari ini terbukti bila Pas memerintah Kedah PAS tidak lagi mengharamkan arak dan judi seperti yang dilaung-laungkan sebelum ini.

Bukankah ini putar belit dan tipu muslihat PAS dengan hukum Allah swt?-apbs

“Tetapi, seperti babi, arak, rasuah, maksiat yang ditegah ke atas orang-orang Islam, maka tidak boleh dijual kepada orang Islam." Hadi Awang.

PAS mahu mendidik umat Islam supaya menjauhinya," katanya lagi.”-Hadi Awang
Mengapa hari ini PAS gagal untuk mencegah nahi mungkar?

Bukankah sebelum ini PAS bagai hyena menyalak disetiap lorong dan denai. Mereka ingin melaksanakan Islam menegak amal maaruf sepenuhnya jika diberi peluang untuk memerintah?

Apakah selama ini UMNO mendidik umat Islam supaya mendekati arak atau mengalakkan umat Islam untuk minum arak?


Pemimpin UMNO mana yang dimaksudkan oleh Hadi Awang? Kalau macam tu ,sudah berapa tong anak buah Azizan Razak, YB Suraya meneguk arak selama beliau berada bersama UMNO?

Dan berapa kole arak yang telah diminum oleh Nik Aziz selama dia berkhidmat dengan KEMAS dulu?

Hadi Awang boleh pastikan dengan Nik Aziz….sudah berapa gelas,cawan, atau tong yang Nik Aziz sudah terminum semasa berkhidmat dengan UMNO dulu, sebelum dia mendaftar menjadi ahli PAS pada tahun 1967?

Bila pula UMNO membuat arahan arak boleh dijual pada orang Islam?

Bukankah ini putar belit dan tipu daya Hadi Awang semata-mata?

Hari ini bagaimana dengan amanat laknatnya pula ?

Hari ini apabila PAS sudahpun bersekutu dengan orang kafir,sudah menjadi kapiaqkah Hadi Awang dan lain-lainnya hari ini?-apbs

Mati kita adalah syahid.
Mati kita adalah Islam.
Kita tidak perlu masuk Buddha,
Kita tidak perlu masuk Hindu,
Kita tidak perlu masuk Kristian,
Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.”- Hadi Awang

”Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu menetapkannya secara adil. “-Hadi Awang

Hari ini benarkah PAS telah tunai segala amanah kepada yang berhak menerimanya?Sedarkah seluruh pemimpin PAS terutama di Kedah apa yang telah dilakukan oleh EXCO pertaniannya kini sudah bertukar ke port folio yang baru telah mengkianati amanah dan sanggup pula menipu rakyat.

Inikah dimaksudkan adil oleh Hadi Awang. Inilah tipu daya dan putar belitnya lidah mereka yang cukup nyata pada rakyat jelata.- apbs

"Di Selangor, Umno nak tunjuk merekalah yang mempertahankan Islam walhal kerajaan Umno dulu menipu orang Islam sendiri lalu menipu orang Islam sendiri membina taman perumahan tanpa ditunjukkan wujudnya kuil berusia 150 tahun dalam plan kepada pembeli-pembeli rumah (di Seksyen 19).”- Hadi Awang

Sedarkah Hadi Awang PAS lebih dulu bijak menipu dan memutar belit hukum…sedangkan dalam perlembagaan PAS atau mana-mana Transkrip tidak pernah tercatit perjuangan PAS ingin melaksana hukum atau untuk menubuh Negara Islam selama ini yang dicanang-canangkan.-apbs

Bukankah ini satu tipu daya yang cukup nyata oleh PAS selama ini…memperjuangkan apa yang tidak tercatit dalam pelembagaannya…ia cuma sekadar perjuangan kosong untuk menipu bangsa dengan memperalatkan Agama.

Sedar atau butakah mata Hadi Awang atau sengaja untuk menunjuk merekalah pengamal Islam yang sebenar berbanding orang lain lalu mereka sanggup menipu orang Islam dan penyokong sendiri dengan menolak “HUKUM” haram judi dan arak dengan alasan yang cukup biadap dan kurang hajar oleh MB Pas Azizan Razak.” Ia itu dengan alasan Undi cina dan India adalah penentu kemenangan PAS” dimasa akan datang.

Apakah alasan tersebut tidak biadap dan cukup kurang hajar sebagai orang yang memiliki ilmu Agama bertaraf ustaz selaku pemimpin agama memberi alasan setaraf paria dikaki lima yang tidak ada ilmu agama?

Siapa yang menentu kemenangan PAS dalam PRU12 ? cina,india,atau melayu? Mengapa PAS terlalu kurang hajar dan biadap menolak kuasa Allah swt yang memberi kemenangan yang tidak terduga pada mereka?

Apakah PAS masih mahu menepuk dada mereka dikalangan orang-orang yang bertakwa….Pooooorah pergi jahanam dengan putar belit dan tipu daya segelintir pemimpin PAS terutama Hadi Awang yang bijak membuat fatwa gila.-apbs

“Satu lagi alasan Datuk Nik Aziz ialah politik sama seperti sebuah peperangan yang penuh dengan tipu muslihat. Jadi, Pas terpaksa menipu untuk memenangi ‘peperangan’ dalam pilihanraya. “-Nik Aziz

Apakah Hadi Awang mahu menafikannya lagi..bukankah PAS bapak segala “PENIPU”? -apbs

Hari ini siapa ahli-ahli kelab penyokong PAS orang-orang Islam yang akilkah atau ahli-ahli dari puak-puak kapiaq?

Bila pula syarat ini berubah...atas alasan apa pula hari ini PAS dapat menerima ahli-ahli dari bukan orang Islam...atas restu siapa?-apbs

“Alasannya, kerana ahli-ahlinya (PAS)terbuka kepada umum, yakni orang-orang Islam yang akil baligh (tidak semestinya ulama) dan beberapa alasan lain.”-sumber dari sejarah Penubuhan PAS

Atau masih mampu lagikah Hadi Awang berdalih melalui kenyataan dari al-Quran ini yang bermaksud demikian….-apbs

“Tetapi meskipun demikian harus dipahami bahwa apabila suatu tujuan yg baik dan benar itu sudah bisa dicapai tanpa juga bohong atau dusta itu tetap haram hukumnya”-Huraian dari sifat-sifat munafik.

Haram tetap “HARAM” wahai Hadi Awang…..ini bukan kenyataan dari manusia seperti Hadi Awang… ini dari al-Quran…hak Allah swt.-apbs

Hari ini siapa yang lebih menipu dan sanggup memutar belit hukum Allah swt. Siapa pula melanggar segala fatwa dan membuat alasan sesuka hati mereka ?

Bukan kah pemimpin PAS iaitu Hadi Awang sendiri RAJA FATWA ulama gila dalam PAS!
Butakah Hadi Awang atau dia merasa dirinya masih mampu menipu bangsa lagi berselindung disebalik serbannya.-apbs

"Mengarak kepala lembu, bukan sahaja menjadikan mereka menghina kepercayaan penganut Hindu, tetapi menunjukkan mereka tidak memahami ajaran Islam yang sebenar.-Hadi Awang

Bagaimana pula halnya dengan mengikut serta berarak bangkai Teo Beng Hock dan bersama-sama pula menjadi peserta di majlis keraian kematiannya oleh segelintir pemimpin dan al-khahfi PAS sendiri.-apbs

Apakah perbuatan tersebut menunjukkan pemimpin-pemimpin PAS lebih memahami Islam dari UMNO hari ini?

Apakah masih …belum sedar lagikah Hadi Awang apa yang sedang berlaku didepan matanya….atau dia sudah buta dengan kuasa yang ada?

Astaqfirullahalazim…. Aku bersaksi tiada Tuhan yg wajib disembah kecuali Allah. Tiada sekutu bagi-Nya. Dialah yg memiliki kerajaan langit dan bumi.

Ya Allah ya tuhan ku bukalah hati mereka yang telah kau butakan sekian lama dan sedang mereka menyesat bangsa hari ini melalui fatwa gila mereka agar tercelik kembali hati yang telah kau buta agar dapat melihat kemungkaran didepan mata mereka….amin.-apbs

GMC ingin mencabar Hadi Awang tunjukkan pada bangsa melayu hari ini siapa dikalangan pemimpin PAS dizaman Ust Fadzil atau sebelumnya yang pernah melakukan perbuatan tersengguk didepan bangkai tersebut? Siapa? Ulama dari negeri mana,dari parti islam mana?-apbs

Sedangkan sejak awal-awal lagi PAS telah menekankan hal-hal yang berkaitan dengan aqidah. Selain dari itu melarang orang Islam memilih pemimpin-pemimpin yang bukan Islam untuk memimpin? Lupakah Hadi Awang atau telah mabuk dengan kuasa bila sudah berpeluk dengan DAP? Jangan terus menipu bangsa lagi wahai Hadi Awang…-apbs

Terimalah hakikat bahawa masih ada segelintir walaupun tidak semua Pemimpin-pemimpin PAS hari ini lebih kurang saja tahap keimanan mereka yang mudah tumbang dan tersungkur dengan kuasa.

Mereka bukan dikalangan makhluk Allah yang dibedah,dicuci hatinya lalu diisraq kelangit setaraf Muhammad saw kekasih Allah swt tersebut.

Pemimpin PAS dan UMNO hanya manusia biasa saja.. lebih-lebih lagi satu bangsa serta sama brand dan copnya.

Kualiti hati budinya tidak jauh berbeza begitu juga dengan taraf dengki kianatnya sama saja.

Baik Hadi Awang maupun segelintir pemimpin UMNO yang ada,semuanya kemaruk dan gila kuasa.
Agenda politik sekadar wayang pada bangsa.

Agenda agama sekadar mahu menipu bangsa.-apbs

Komentar :

ada 2 comments ke “HARAPAN JANGAN HADI AWANG TERUS MENIPU BANGSA LAGI…”
hilbert said...
pada hari 

Salam GMC, ...selamat menyambut 1 Syawal.

pendedahan yang sangat bagus...harapan agar apabila pengikut PASstout yang terbaca artikel ini, hati mereka akan mulai berubah.

Kepada GMC, Selamat Hari Raya AidilFitri...Maaf Zahir & Batin.

Anonymous said...
pada hari 

salam Bro hilbert.
Terima Kasih dan mudah2an.

Pada hilbert GMC mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin.

Semoga hilbert dan keluarga berbahagia dihari lembaran ini.Mudah-mudahan kita bertemu lagi dihari yang berbahagia ini ditahun hadapan.

Insyaallah

wassallam.

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.