Tuesday, May 7, 2013

Rakyat Kedah tolak calon Politik Sorong makan tarik makan satu yang rasional>..



Rakyat menolak calon2 Spesis sorong makan ..tarik makan.. dalam PRU13 yang lepas bukan satu yang mengejutkan ...baik pada PR maupun pada pihak UMNO.

Kekalahan mereka satu yang perlu dilakukan oleh Rakyat !! dan satu keputusan yang tepat paling tepat.

Budaya politik sorong makan tarik makan ini bukan budaya baru tapi sudah menjadii satu tren kepada mereka yang mempunyai kedudukkan dan pengaruh dalam Politik hari ini.

Spesis-spesis ini menggunakan kedudukkan  dan keistimewaan mereka untuk mencari pentas politik yang cukup selesa untuk membohongi Rakyat.

Spesis-spesis  yang berpolitik  sorong makan tarik makan ini lebih bahaya dari musuh Politik yang nyata atau yang sebenar.

Hari ini Rakyat sukar dibohongi lagi dengan sandiwa spesis-spesis Politik sorong makan taril makan ini yang  aktif menjadi kedudukkan mereka sebagai pentas untuk membohongi Rakyat untuk memburu kuasa dan kedudukkan.

Kebenaran bukan lagi menjadi teras perjuangan mereka hari ini.

Tetapi kedudukkan dan pengaruh menjadi kayu ukur menentu arah perjuangan mereka.Spesis ini terang-terang lebih bahaya dari musuh yang sebenar.


 

Jadi tidak hairan jika mereka hari ini di tolak oleh rakyat secara terang-terangan samada mereka berkelayakkan dalam akademik maupun berkelayakkan dalam bidang Agama hakikatnya mereka  adalah Spesis pemimpin Politik sorong makan tarik makan yang bijak bersandiwa menipu rakyat jelata.

Mereka bukan layak memimpin Rakyat kerana mereka bukan lah  berjuang atas kebenaran tetapi perjuangan mereka berlandaskan pada sejauh mana pengaruh mereka dalam masyarakat hari ini mampu memperkayakan  saudara mara mereka.

Andainya mereka lebih berpengaruh  dipihak yang lebih banyak menyokong dan mampu memberi kemenangan kepada mereka ...maka disitulah asas perjuangan mereka pahatkan ...walaupun perjuangan itu bertentangan dengan nilai-nilai kemanusiaan sebenar....dan andainya mereka lebih berpengaruh  dan diyakini oleh pihak yang berjuang atas kebenaran...maka disitulah asas perjuangan ...begitulah senario pentas politik mereka.

Dan Spesis2 ini  akan berhijrah dari satu pentas  ke satu pentas politik berdasarkan pengaruh  semasa yang mereka miliki bukan berjuang diatas dasar kebenaran!!

Jadi tidak hairanlah Spesis-spesis ini  tidak kenal erti perjuangan dan kekalahan.

Pada mereka kalah atau menang.... mereka tetap menang dan senang kerana Spesis-spesis ini bergantung harap diantara satu sama lain dalam satu-satu  masa dan situasi...samada dalam situasi kalah maupun  menang.

Mereka mengguna kedudukkan dan pengaruh masing-masing untuk membohongi dan memperdaya rakyat.Kejayaan mereka memperdaya dan membohongi rayat penentu landasan perjuangan mereka.

Tetapi dalam PRU13 mungkin ramai Rakyat sudah mulai sedar kelahiran Spesis-spesis ini dalam kelompok masyarakat hanya sekadar untuk mencari keselesaan untuk kehidupan mereka semata-mata bukan berjuang berlandaskan pada  "KEBENARAN"!!!

Spesis-spesis ini sebenarnya lebih selesa kehidupan mereka berbanding Rakyat yang terlalu taksup dengan pembohongan -pembohongan  dari kalangan mereka.

Sewaktu rakyat  hidup dalam keadaan  melarat dan merempat kehidupan  kaum keluarga  Spesis Politik sorong makan tarik makan tersebut  tetap  selesa.

Kedudukkan  Spesis  ini  sebagai  pemimpin  Negara atau Negeri dijadikan   lubuk untuk  kaum kerabat  mereka yang berbeza pentas Politik mengaut kekayaan .

Pada Spesis Politik sorong makan tarik makan ini tiada "KAMUS" kalah maupun tewas dalam perjuangan  mereka.

Tewas maupun menang...... kaum kerabat mereka tetap selesa dan ceria....

Perjuangan mereka berdasarkan  pada  sejauh mana  "Pengaruh dan Kedudukkan yang mereka miliki dan sejauh mana mereka mampu membohongi rakyat agar menyokong perjuangan mereka.

Hakikat dan realitynya inilah   sebenar-benarnya Spesis "Petualang" dalam bangsa Melayu hari ini....mereka lebih petualang dari  pertualang  yang sebenar  yang  sedang beraksi pemimpin  pada Rakyat hari ini.

Hari ini sudah sampai masanya "Rakyat" perlu dan "WAJIB" menolak ke- longkang spesis-spesis pejuang Politik sorong makan tarik makan ini kerana mereka adalah Spesis  "PEJUANG"  yang hidup "BUKAN" berlandaskan kepada kebenaran TETAPI Perjuangan  mereka berlandaskan kepada "PENGARUH"  Rakyat yang dapat memberi kemenangan dan kedudukkan selesa kepada mereka.!!

Mereka adalah diantara spesis-spesis talibarut yang tidak kenal erti perjuangan...dan mereka tidak kenal erti kekalahan dan kemenangan.....pada mereka kalah dan menang dalam Pilihan Raya sama saja...kerana mereka adalah "TALIBARUT" Politik yang hidup dalam apa jua situasi kalah maupun menang!!

Pada spesis talibarut Politik ini tidak ada "KAMUS" kalah maupun menang dalam hidup mereka!!!

Disini GMC ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Rakyat Kedah khususnya Kulim Bandar Bahru dan Pokok Sena  serta   Baling...kerana menolak pemimpin Spesis talibaut politik ini.


Kekalahan mereka satu yang "WAJIB" demi kebenaran !!

Komentar :

ada 0 comments ke “Rakyat Kedah tolak calon Politik Sorong makan tarik makan satu yang rasional>..”

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.