Tuesday, September 22, 2009
AMANAT " DAJAL" WASIAT BANGSA.
Hadis Abu Hurairah r.a :
”Nabi s.a.w bersabda: Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah dibangkitkan para Dajal pendusta yang hampir bilangan mereka tiga puluh orang. Setiap mereka mendakwa dirinya adalah Rasul (utusan) Allah.”
Hadis Al-Mughirah bin Syubah r.a. katanya
“Tiada seorang pun yang bertanya kepada Nabi s.a.w tentang Dajal lebih banyak daripada apa yang aku tanya. Rasulullah s.a.w bersabda: Apakah yang menyusahkan kamu. Dia tidak boleh memberi sebarang kemudaratan kepada kamu. Aku berkata: Wahai Rasulullah! Mereka berkata, dia (Dajal) mempunyai makanan dan sungai. Nabi bersabda lagi: Dia merupakan makhluk yang paling hina kerana boleh menipu para mukmin dengan nikmat yang diberikan oleh Allah kepadanya”
"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.
Bagaimana PAS hari ini bila bersama bersama DAP atau kapiaq harbi?
"Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.
Apakah hari ini di Kedah,dan Selangor PAS sudah mencukupkan politik suku,agama suku? Atau PAS sudah berada tahap politik tiga suku?
"Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.
Bagaimana status Islam PAShari ini, bila dah berkongsi kuasa bersama kafir harbi….Islam lagikah pemimpin-pemimpin pas hari ini atau sudah boleh menanggung kawadi dan sudah boleh meredah bara api ?
"DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.
Bila pula Agama islam membenar orang bukan islam menghina islam.
Dan bila pula orang islam menolak agamanya.sedarkah kah Nik Aziz lebih hina lagi bila pemimpin PAS sendiri menolak hukum Allah swt?
Sedarkah Nik Aziz apa yang belaku di Kedah hari ini Hukum untuk mengharam Arak ditolak oleh MB Pas Sendiri,Di Perak pula bekas MB PAS Nizar lilin juga mencabar tidak pernah ada dalam pelembagaan PAS untuk menubuh Negara Islam dan menegak hukum?
Adakah dalam perlembagaan PAS hari ini atau sebelum ini,yang PAS ingin memperjuangkan Islam…lebih-lebih lagi hari ini PAS bersama kafir Harbi?
Bukankah PAS hari ini lebih hina dari DAP yang lebih mengenali Islam tapi menghina serta mengkafirkan bangsa sendiri.
Apakah hari ini PAS tidak menghina Agama Kristian,hindu,budha kerana PAS telah arif dengan agama-agama tersebut berbanding agama Islam sendiri…
Tidak masakan Nik Aziz sanggup menghina bangsa yang seagama dengannya..dengan berbagai bagai Istilah Islam yang dilabelkannya. Allahuakbar!
“Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999.
Adakah PAS hari ini merasai pemimpin-pemimpin mereka setaraf pintar pemimpin Islam dalam peristiwa pembelian telaga Yahudi?
Yang membawa keuntungan orang-orang Islam…Dan akhirnya terserlah kebodohan yahudi ?
Atau taraf ilmu dan kecerdikan pemimpin-pemimpin Pas yang ada di hari ini berada setaraf kebangangngan yahudi tersebut berbanding ilmu pemimpin Islam ketika itu…..??????
Kail sejengkal lautan dalam …. jangan segelintir pemimpin PAS ingin menduganya…
Apa yang belaku dihari ini sudah terbukti DAP memperlembukan pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PAS sahaja…
Bukankah di Perak terbukti DAP memperlebumbukan penyokong-penyokong dan pemimpin-pemimpin PAS?
Apakah pemimpin PAS hari ini atau Nik Aziz sendiri merasai dia,sudah setaraf kebijaksanaan ilmu yang dimiliki oleh Nabi Muhammad saw atau setaraf Khalifah Omar dan setanding dengan Salahudin Al-Ayubi.
Atau setidak-tidaknya berada taraf kaki kiri cara pemerintahan khalifah Omar Abd Aziz yang di labelkan pada Guan Eng hari ini?
Sedarkah Nik Aziz atau Hadi Awang nafsu serta semangat dikalangan pemimpin mereka[PAS] yang ingin memerintah negara atau negeri hari ini, tidak selaraskah dengan keupayaan ilmu yang mereka dimiliki ?
Pemimpin-pemimpin PAS hari ini seharusnya menyedari dan menerima hakikat sebenarnya mereka hanya memiliki Nafsu yang lebih sahaja berbanding keupayaan ilmu memerintah itu sendiri dalam diri mereka?.
Bila Nafsu melebihi dari keupayaan diri, pemimpin-pemimpin PAS terpaksa mencari ruang dan lubang untuk menampung keupayaan yang terkurang.
Natijahnya PAS hari ini terpaksa berpaut dan bertaut pada DAP walupun kafir harbi untuk memenuhi ruang keupayaan yang masih kurang,supaya selaras dengan Nafsu iblis mereka.
Hari ini sudah jelas PAS terpaksa berkapit dan berselit bersama kafir harbi untuk memenuhi nafsu gila kuasa mereka.
Tetapi tercapaikah matlamat PAS tersebut dengan cara bekerjasama dengan puak-puak kafir harbi yang jelas menentang Islam hari ini berbanding MCA dan MIC .
Sedarkah politik PAS hari ini mereka lebih hina dari UMNO ..dan lebih jijik dari DAP. Dan setaraf bangangnya Yahudi dalam Peristiwa penjualan telaga.
Hari ini dimana cerdiknya pemimpin PAS yang berada dicelah-celah kapiaq harbi bila berkongsi kuasa?
Mereka terpaksa tunduk dan akur pada syarat DAP berbanding cerdiknya pemimpin Islam dalam pertiwa telaga Yahudi tersebut?
Tertegak kah Negara Islam dan hukumnya bila PAS bersama kafir harbi .
Atau apakah pakatan DAP dan PAS akan memberi keuntngan pada seluruh umat islam. Atau sekadar menang sorak kampung dan agama tercela?
Poooooooooorah…itulah tipu daya yang termapu dengan ilmu yang mereka ada…menipu bangsa sendiri.
Sedarkah Pakatan PAS,DAP hanya terserlah kebahlolan serta kemaruknya kuasa hingga sanggup bersekutu dengan DAP yang menjadi musuh mereka selama ini.
"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.
Kemana nak dihumban Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan hari ini?….
Ke kandang babi DAP atau kelubang tandas kapiaq harbi?
“Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.
Benarkah PAS menjalankan pemerintahan Islam selama ini? NIK AZIZ jangan cuba untuk memutar belit fakta..hari ini mereka hanya meninggalkan sejarah hitam pada mangsa-mangsa Memali selain Amanat “Dajal” merosak bangsa selama ini.
Itu pun hari ini pemimpin mereka juga yang mengkianati amnat “Dajal” tersebut kerana kamaruk pada Kuasa.
Hari ini GMC menentang pemimpin-pemimpin PAS yang lidahnya bercabang dua seperti biawak dan mereka yang bijak memutar belit hukum Allah swt.
Dan yang mengkianati segala amanat,hukum dan fatwa.
Tidak kurang pula yang menolak hukum Allah ta’ala.
Begitu juga dengan segelintir pemimpin PAS yang bijak menipu berbohong pada rakyat jelata,berserban dan berketayap diatas kepala menipu bangsa.
Kita menentang mereka yang membuat fatwa gila…dan yang mengkianat amanat sendiri bila sudah halalnya fatwa mereka bersekutu bersama kafir harbi.
Menentang segelintir pemimpin PAS yang lidah bercabang dua itu sudah kewajipan kita sebagai orang Islam.
Bukan sebagai barua untuk bersekongkol dengan putar belit mereka untuk mengakui itu lah pemimpin ulamak kita yang gila kuasa.
Sedarkah Nik Aziz yang sanggup menentang hukum Allah swt hanya yahudi laknatullah dan mereka yang gila kuasa atau sanggup diperlembu oleh kafir harbi saja…
Rakyat yang jahil lebih patuh dari pemimpin yang ada.Cuma pemimpin pas saja lidahnya cepat bercabang dua bila sudah diberi kuasa oleh Allah swt.
Peristiwa Memali melalui Amanat “DAJAL” dilupai begitu saja.
"Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.
Jangan membohongi bangsa…..Dalam manifesto PAS atau dimana-mana juga tidak pernah tercatit dan terselit pelaksanaan Negara Islam.
Sekadar tafsiran Negara Islam dalam kamus dewan Bahasa juga bersebah-sepah tafsirannya…PAS jangan cuba memutar belit kata….ini soal hukum Allah ta’ala.
"PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.
Inilah putar belit mereka untuk memperlembukan kita dan bangsa…sekaligus membongi Hukum allah ta’ala.
Hebat atau tidak putar belit pemimpin mereka dengan hukum Allah ta’ala?
Kemana hendak dihumban Amanat Dajal Hadi Awang bila DAP sudah dipilih menjadi ketua?
Apa guna Ulama dan pemimpin PAS yang ada sekadar untuk menjadi barua pada seluruh bangsa mencipta segala fatwa dan amanat gila….
Kemaruk secebis kuasa dari kapiaq harbi yang membantu mereka …Akhirnyanya Agama Allah di persenda oleh sekutu mereka?
Lalu memberi alasan pada bangsa DAP belum memahami Agama kita?
اللّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُواْ يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّوُرِ وَالَّذِينَ كَفَرُواْ أَوْلِيَآؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُم مِّنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ أُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
“Allah pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; Mereka kekal di dalamnya.” (al – baqarah : 257)
Sedarlah sekelian bangsa Melayu Amanat “Dajal” selama ini sudah banyak menipu kita dan hukum Allah swt melalui putar belit mereka yang bijak bermuka-muka dengan ayat-ayat Allah ta’ala.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
APDS,
Saya dengan rendah diri memohon kepada YB Presiden PAS (TGHA)agar mengisytiharkan AMANAT HADI AWANG yang diwar-warkan beberapa ketika dulu yang pada fikiran saya menjadi punca keretakan perpaduan umat Melayu-Islam selama ini,samaada hendak dikekalkan atau dimansuhkan terus. Ini permintaan ikhlas dari seorang rakyat Malaysia, demi keharmonian dan keselamatan negara.
Selagi AMANAT berkenaan tidak dihapuskan atau dibatalkan selama itu kontravasi akan terus menghantui bangsa dan aagama. Dan kalau nak terus dikekalkan sudah bercanggah terus dengan apa yang berlaku ketika ini - PAS akan terus mengamalkan "cakap tak serupa bikin. Dalam bahasa kasarnya, dapatlah kita rumuskan bahawa PAS sedang "menipu bangsa".
politik bodoh....fikir2 lah