Saturday, February 12, 2011

MENGAPA DIBIARKAN IA BERLARUTAN..!!! Kah..kah..kahhhh


Selepas kemelut UMNO sungai Petani antara Group Gerak Anti Ali atau singkatannya group [ GAA] dapat diredakan buat seketika WAKTU ...kini UMNO Merbok pula bersengketa,kali ini mungkin akan timbul pula Group Dato' zubir dan Group Dato'Tajul pula…!!

Kah..kah..kahhhh

Betoi ke UMNO Sungai Petani Sudah reda dan sudah CUKUP selesa manakala UMNO Merbok pula dah mula angkat senjata…???

Apa yang GMC dengar UMNO Sungai Petani juga masih belum begitu selesa lagi...sepertimana UMNO merbok juga..!!

Kah..kah..kahhh

Jika Sungai Petani Ali Yahya dan Group GAAnya…Merbok pula, Raja Ubat dengan bekas YBnya..!!

Kah..kah..kahhhh…

[sini]

PAS pula mula meramal colon UMNO yang mampu menyumbang DANA dalam memberi kemenangan pada PR dalam PRU13 nanti.

Sedangkan UMNO Kedah masih lena dalam selesa...kononnya UMNO mampu milik Kedah semula...!!

Berkokoklah UMNO Kedah bahawa anda masih Pahlawan bangsa...!!

Sedangkan PR sudah bersersiap sedia memasang ranjau disegenap ruang dan penjuru untuk menanti Pahlawan UMNO yang masih mengigau untuk bertarung !!

Andainya tiada perbalahan yang tercetus didalam Pakatan Haram di Kedah hari ini..bagaimanakah kedudukkan UMNO di Kedah hari ini??

UMNO Kedah patut berterima kasih pada Kerajaan PR kerana perbalahan dalaman diantara sekutu mereka dan penganiayaan yang dilakukan pada Rakyat telah banyak menyumbang kekuatan Ihsan pada UMNO Kedah.

Pada pandangan GMC seandai PAS tidak dicemari oleh aklaq pemimpin yang bijak menipu dan memutaq belit temasuk alklaq al-juburi sendiri ditambah dengan pakatan PAS/DAP, hari ini PAS sudah berada dalam Zon Paling selesa..!!

Tetapi kuasa Allah Swt itu mengatasi nawaitu jahat pemimpin PAS hari ini setelah berjaya dirasuk pula oleh kerakusan Al-juburi yang tersepit dicelah aklaq diri ditambah lagi dengan sikap kemaruk serta rakusnya pemimpin yang ber DAKI kan Islam PAS menyangak kesempatan ini, untuk memburu kuasa disamping sanggup pula melindungi dan membela penjenayah Parti…. maka dalam PRU13 nanti PAS akan menjadi mangsa kerakusan diantara PKR dan DAP!!

Akhirkata sikap PAS hari ini hanya mengundang ibarat kata tolak tangga…hayun kaki !!!

Kesudahannya hari ini ,PAS sudah tiada bezanya lagi dengan UMNO maupun lain2 Parti…perjuangan mereka sudah selari untuk mengisi tembolok anak bini…dan kroni !!

Islam sekadar lambang Parti , ibarat DAKI yang perlu ada dibadan sendiri….berlainan dengan DAP, perjuangan mereka demi survival bangsa dan jenerasi mereka untuk hidup lebih selesa dari dari kita yang memburu lambang semata-mata,lalu menepok dada ini bumi tumpah darah kita !!!

Islam kita hanya sekadar untuk melalak dan melolong dijalan raya…

Islam kita hanya untuk menunjuk-nunjuk sesame kita..

Islam kita hanya kukuh dan kemas pada serban dan kopiahnya saja..

Islam kita hanya bijak mengumpul bangsa bertakbir dijalan raya..

Islam kita hanya bijak menunding jari mencari musuh..

Islam kita tidak mudah mengaku kesilapan diri..

Islam kita..untuk orang memuji diri kita…

Islam kita untuk menipu diri kita dan bangsa kita…

Islam kita hanya bertopeng hadith dan sabda…

Islam kita hanya untuk di peralatkan saja..

Tahniah Pakatan Rakyat !! Tahniah UMNO !! dan Tahniah Orang Melayu !!

Komentar :

ada 0 comments ke “MENGAPA DIBIARKAN IA BERLARUTAN..!!! Kah..kah..kahhhh”

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.