Thursday, February 10, 2011

Isu KUIN , AZIZAN RAZAK Jangan Cuci Tangan


KUALA LUMPUR 3 Jan – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar serta pengurusan Kedah Sato perlu memberi penjelasan kepada rakyat berhubung perletakkan jawatan Mahfuz sebagai Pengerusi Syarikat Kedah Sato Sdn Bhd, anak syarikat milik kerajaan Kedah, baru-baru ini.

Adun Bayu, Azmi Che Hussein berkata, isu perletakkan jawatan itu perlu ada penjelasan dari mana-mana pihak yang terbabit bagi menjelasakan masalah sebenar yang berlaku tidak ia tidak harus dibiarkan begitu sahaja?.

Mesti ada masalah yang berlaku, kalau tidak takkan Mahfuz meletak jawatan serta merta, walaupun ada masalah perkara ini perlu diperjelaskan kepada rakyat dann jangan biarkan rakyat tertanya-tanya mengenai perkara itu.?

Ini bukan syarikat milik persendirian, kalau milik persendirian bolehlah letak jawatan sesuka hati, syarikat ini milik kerajaan negeri, milik rakyat Kedah, dan rakyat perlu tahu mengapa perkara ini berlaku, perletakkan jawatan ini dilakukan secara mengejut, pasti ada yang tak kena,? katanya kepada UMNO-online.

Minggu lalu, Mahfuz mengesahkan bahawa beliau sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada pihak pengurusan Kedah Sato yang merupakan anak syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB).

Desas desus peletakan jawatan sebagai Pengerusi Kedah Sato dikatakan berpunca daripada Mahfuz yang tidak bersetuju dengan penganugerahan projek kepada pihak yang tidak mengambil bahagian dalam tender dan tidak mengikut peraturan.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai perkara itu Mahfuz menyatakan bahawa dia tidak ingin memberi sebarang komen mengenai perkara itu dan meminta pihak pengurusan Kedah Sato memberi penjelasan mengenai perkara itu.

Azmi menyifatkan apa yang dinyatakan oleh Mahfuz itu membuktikan adanya kepincangan yang berlaku dalam syarikat berkenaan dan perkara itu perlu diperjelaskan untuk pengetahuan rakyat.

Tidak kira siapa, sama ada Menteri Besar, Mahfuz mahupun pihak pengurusan, rakyat perlu mengetahui apa yang berlaku sebenarnya kerana syarikat itu milik kerajaan negeri, milik rakyat Kedah, sebagai rakyat Kedah saya juga ingin mengetahuinya.

Kerajaan negeri mengatakan mereka menjalankan pentadbiran secara telus, tetapi perkara sebegini didiamkan sahaja kerana membabitkan mereka, mana janji-janji mereka ketika mula mentadbir negeri ini bahawa kepimpinan pakatan pembangkang diketuai Pas akan mengamalkan kepimpinan yang telus dan bersih,

Apa yang berlaku ini menunjukkan bahawa kepimpinan kerajaan negeri tidak telus dan hanya pandai bercakap sahaja bagi mengaburi mata rakyat kononnya mereka itu lebih baik dari orang lain,? katanya.

Beliau berkata, apa yang berlaku ini membuktikan bahawa kepimpinan kerajaan negeri cuba menyembunyikan sesuatu kerana khuatir perkara itu boleh mencemarkan nama baik kepimpinan mereka.
MediaUMNO.

Komentar :

ada 1
Anonymous said...
pada hari 

Azizan Razak nih memang jadi liabiliti kepada pas kedah la nih. Memang barua sungguh.

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.