Saturday, November 20, 2010

SADA PULANG BALIK CEK … !!…..KAH..KAH..KAHHHHH


Pasai apa pulak Ostat !!

“..orang letak harga lagu lain..hangpa bayar lagu lain…” kah..kah..KahhHHHH

“…..Prestasi Kedah dalam menerima kemasukan pelaburan di sektor perkilangan adalah amat menggalakkan….” Azizan Razak

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my

KULIM 27 Sept. - Syarikat teknologi dan semikonduktor, LFoundry GMbh (LFoundry) dari Jerman akan melabur sebanyak RM214.5 juta untuk membina kilang di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) di sini.


Kilang yang mengeluarkan produk wafer itu dijangka beroperasi pada pertengahan tahun depan.

Buat permulaan, ia dijangka menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 2,000 pekerja mahir dan separuh mahir dengan kemampuan pengeluaran kira-kira 5,000 wafer sebulan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, pelaburan terbaru itu melibatkan usahasama antara anak syarikat LFoundry iaitu LFoundry Malaysia Sdn. Bhd. (LFM) dan syarikat tempatan.Read more.[KISAH BENAR]

Ini pula kisah SADA pulangkan Cek Bayaran Fuji Eletrik dan Infeneon…kerana bayar mengikut kadar lama seperti perjanjian awal..yang Ostat Zizan dan cucunya tak tau pa..paaa ada bokti bawa mai.

Dan ini dia “BOKTI”. SADA tolak Cek kilang…Ostat oi !!

Kah..kah..kah…

Pengilang di KHTP mula rimas dengan kenaikan kadar air kepada industri2 di Kulim Hitech Park lanjutan dari keputusan Kerajaan Negeri baru2 ini.

Mengikut SADA kenaikan adalah bagi semua ketegori pengguna di seluruh Kedah termasuk KHTP.

Dibawah pentadbiran terdahulu,kadar air RM1 bagi satu miterpadu adalah merupakan insentif kepada pelabur dari kerajaan negeri.

Dengan Insentif ini Khtp telah berjaya membawa masuk banyak pelaburan teknologi tinggi yang umum tahu banyak menggunakan air dalam operasi mereka.

Baru2 ini SADA telah menolak bayaran bulanan air dua syarikat iaitu Fuji Eletrik dan Infeneon kerana menggunakan kadar lama Cek bayaran mereka dipulangkan kenana anggaran jumlah bayaran adalah menggunakan kadar lama.

Ini menyedihkan dan tidak patut terjadi…….

Isu ini hangat dan cukup panas di KHTP …bilamana Kulim Indistrial Tenats Association sedang menekan pihak kerajaan Negeri dan KTPC behubung kenaukkan tariff air tersebut.

Sidang Dewan Negeri baru ini dimaklumkan bahawa isu ini adalah isu federal dibawah SPAN dan kerajaan negeri mengikut sahaja keputusan SPAN……

Disini GMC sertakan Surat Hj Sobri [cucu menantu Ostat Azizan] kepada[SADA] dan salinan kertas kerja yang disediakan oleh Hj Sobri untuk di bentangkan dalam masyuarat EXCO baru-baru ini;

Isu kenaikan tarif air ini akan menjadi lebih besar sekiranya ia tidak ditanggani sewajarnya dan sudah tentu akan menjejaskan imej Kerajaan Negeri di mata pelabur.

“ …..Prestasi Kedah dalam menerima kemasukan pelaburan di sektor perkilangan adalah amat menggalakkan…..”

…..Kah..kah…kah…

Ini pula salinan kertas kerja yang dibuat oleh cucu Ostat, Hj sobri untuk dibentang dalam Masyuarat EXCO baru-baru ni…

Kah..kah..kah……

Cho..baca tengok Ostat betoi ka.??

GMC tipu atau Ostat yang Menipu…Ostat dengan Wartawan lebih korang ja Ostat…

Kah..kah..kah…

PERMOHONAN UNTUK MENGEKALKAN INSENTIF TARIF AIR
DI KULIM HI-TECH PARK (KHTP)


1.0 OBJEKTIF

Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk memohon pertimbangan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi menilai dan seterusnya meluluskan agar insentif tarif air yang dikenakan kepada para pelabur di KHTP sekarang dikekalkan pada kadar RM 1.00/m³ sehingga penghujung tahun 2012.


2.0 PENGENALAN

Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 8 Jun 1994 untuk menjadikan tarif air sebagai salah satu insentif utama adalah merupakan langkah proaktif yang menunjukkan komitmen Kerajaan negeri untuk menarik pelaburan asing ke negeri Kedah.

Insentif ini merupakan sebahagian pakej pelaburan yang ditawarkan kepada pelabur selain daripada insentif keatas taksiran cukai pintu sebanyak 8% setahun.

Impak dari keputusan ini boleh dilihat melalui pelaburan yang bernilai berbillion ringgit oleh syarikat-syarikat multinasional di KHTP.

Sehingga kini sudah terdapat 24 buah syarikat multinasional dan tempatan yang melabur di Zon Perindustrian Fasa I, II, dan III dengan jumlah pelaburan mencecah hampir RM 24 billion.

Ini jelas menunjukkan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) terus kekal sebagai sebuah lokasi pelaburan pilihan yang strategik kepada syarikat-syarikat multinasional seperti Intel, Silterra, Fuji Electric, Infineon dan yang terkini First Solar.

Bagi syarikat-syarikat multinasional ini terutamanya yang terlibat dengan aktiviti fabrikasi wafer dan pembuatan cakera keras, air adalah merupakan komoditi utama dalam aktiviti pembuatan dan ia digunakan dalam kuantiti yang amat banyak.

Air akan diproses bagi menghasilkan “Ultra Pure De-lonized Water” dan seterusnya akan digunakan dalam proses menghasilkan wafer dan cakera keras tersebut.

Apabila berlakunya kenaikan tarif air ia secara langsung memberi kesan kepada kos pengeluaran produk pelabur terbabit. Situasi yang membebankan akibat kenaikan tarif air ini telah mendorong pelabur-pelabur tersebut mengemukakan rayuan bagi mengelakkan mereka dari terus menanggung beban peningkatan dalam kos pengeluaran produk mereka dengan mengekalkan tarif sedia ada sebanyak RM 1.00/m³

3.0 HURAIAN

Isu kenaikan tarif ini telah beberapa kali ditimbulkan oleh para pelabur di KHTP apabila insentif ini telah tamat tempohnya. Terdapat dua rayuan yang telah dikemukakan oleh para pelabur sebelum rayuan kali ketiga dibuat melalui Kulim Industrial Tenant Association (KITA) pada 21 September 2007.

Bagi menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri yang berterusan terhadap pelabur, rayuan kali ketiga tersebut telah pun diluluskan sebelum ini melalui kertas No. 6(F) 387/2007 iaitu Permohonan Untuk Mengekalkan Insentif Tarif Air di KHTP dengan keputusan “Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah bersetuju menetapkan tarif air pada RM 1.00/m³ bagi tempoh 5 tahun lagi” iaitu sehingga tahun 2012.

Daripada keputusan yang telah dibuat sebelum ini, adalah wajar bagi Kerajaan Negeri untuk memastikan tarif air di KHTP terus kekal sehingga penghujung tahun 2012 bagi mengelakkan timbulnya rungutan dan rasa tidak puas hati dikalangan pelabur sedia ada.

Ini kerana tarif air yang rendah menjadi satu daripada insentif penting dalam usaha menarik pelaburan dan industri berteknologi tinggi ke negeri Kedah dan perubahan terhadap tarif ini akan memberikan kesan negatif jangka panjang terhadap kemasukan pelabur-pelabur berpontensi yang baru di KHTP.


Sebagai makluman, Pulau Pinang masih lagi merupakan di antara negeri yang menawarkan kadar air yang terendah di Malaysia walaupun bekalan air mereka diperolehi dari Kedah. Faktor wujudnya persaingan yang kompetatif di antara Pulau Pinang dan KHTP dalam usaha untuk menarik pelaburan industri berteknologi tinggi perlu diberi perhatian serius.

Sekiranya tarif air di Pulau Pinang adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan KHTP maka terdapat kemungkinan besar pelabur di masa hadapan akan memilih Pulau Pinang sebagai lokasi pelaburan untuk mengurangkan kos operasi mereka.

Oleh itu langkah positif dari Kerajaan Negeri untuk mengekalkan KHTP sebagai lokasi pelaburan strategik yang lebih berdaya saing adalah amat perlu.

Tarif air pada RM 1.00/m³ patut terus dikekalkan sehingga penghujung tahun 2012 agar ianya menjadi lebih signifikan kepada komitmen Kerajaan Negeri terhadap para pelabur.

3.1 Kesan pengekalan tarif insentif kepada pendapatan Syarikat Air Darul Aman (SADA).

KESELURUHAN PENGGUNAAN AIR DI KULIM HI-TECH PARK
TAHUN 2009
BULAN METER PADU
Mar-09 788,862
Apr-09 925,367
May-09 1,088,921
Jun-09 1,012,496
Jul-09 1,210,893
Aug-09 1,195,367
Sep-09 1,199,258
Oct-09 1,135,609

JUMLAH 8,556,773


PURATA (BULANAN) 1,069,596.63


PURATA (HARIAN) 35,653.22



ANGGARAN PENGGUNAAN AIR DARI BULAN OKTOBER 2010- DISEMBER 2012
TAHUN HARIAN BULANAN TAHUNAN
OKTOBER – DISEMBER

2010 40,000 1,200,000 3,600,000


2011 44,000 1,320,000 15,840,000


2012 48,400 1,452,000 17,424,000


ANGGARAN JUMLAH PENGGUNAAN AIR (M³) 36,864,000

Nota:
Anggaran pertambahan penggunaan air sebanyak 10% setahun

TARIF BARU BERKUATKUASA TARIF INSENTIF
OKTOBER 2010

M³ RM RM
0 - 10000 1.05 1.00
10001 - 50000 1.15 1.00
>50001 1.20 1.00

A. ANGGARAN JUMLAH PENDAPATAN SADA DARI BULAN OKT 2010 – DIS 2012 BERDASARKAN TARIF BARU

JUMLAH M³ M³ RM RM
36,864,000
0 - 10000 1.05 10,500.00
10001 - 50000 1.15 46,000.00
>50001 1.20 44,176,800.00

ANGGARAN PENDAPATAN (RM) 44,233,300.00


B.) ANGGARAN JUMLAH PENDAPATAN SADA DARI BULAN OKT 2010 - DIS 2012
BERDASARKAN TARIFF INSENTIF RM 1.00 / M³

ANGGARAN PENDAPATAN (RM) 36,864,000.00



C.) PERBEZAAN PENDAPATAN DARI BULAN OKT 2010 - DIS 2012


JUMLAH PERBEZAAN (RM) (A.) – (B.) 7,369,300.00



4.0 KESIMPULAN

Isu kenaikan tarif air ini akan menjadi lebih besar sekiranya ia tidak ditanggani sewajarnya dan sudah tentu akan menjejaskan imej Kerajaan Negeri di mata pelabur. Langkah positif perlu diambil oleh Kerajaan Negeri untuk terus mengekalkan insentif tarif air bagi keperluan industri di KHTP untuk menarik minat pelabur sedia ada menambahkan pelaburan mereka disamping menarik pelabur baru ke negeri ini.

Ini akan menguntungkan kedua-dua belah pihak yang terlibat dan akan dapat menarik lebih banyak syarikat-syarikat berteknologi tinggi ke Kulim Hi-Tech Park dan seterusnya menjadikan ianya lebih kompetitif.

Kesan limpahan pelaburan syarikat-syarikat ini sudah tentunya akan mengimbangi (off-set) kerugian Kerajaan Negeri melalui kutipan hasil air yang tidak begitu tinggi, memandangkan manfaat dan impak yang akan dibawa oleh pelaburan ini jauh lebih signifikan dalam meningkatkan ekonomi negeri Kedah secara keseluruhannya.

Dengan pembentangan isu di atas, adalah dengan ini di pohon supaya Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan dan meluluskan perkara berikut:

i) Mengekalkan insentif tarif air pada kadar RM 1.00/m³ sehingga penghujung tahun 2012 sepertimana kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah sebelum ini, iaitu Kertas No. 6(F) 387/2007.


wassallam..[58 lagi hard core pas..akan keluar parti pulak dah !!]

Komentar :

ada 1
joecharlie said...
pada hari 

Bila SADA nak dapat balik R.O.I.dia Ohstat mai kira sat.

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.