Wednesday, November 17, 2010

EMPAT KELUARGA TERKORBAN- AL FATIHAH.


IPOH, 17 Nov — Empat orang daripada satu keluarga terbunuh manakala dua lagi cedera parah apabila kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan dua buah lori dan sebuah teksi di Km 377.6 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Slim River, 130km dari sini awal hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tanjung Malim DSP Anuar Osman berkata mereka yang terbunuh dalam kejadian pada 2 pagi ialah pemandu kereta Shaiful Fadzilah Shahar, 36, isterinya Siti Suzana Mohd Nor, 33, dan dua anak kembar lelaki mereka, Fitri dan Fikri berusia enam tahun.[SINI]


Komentar :

ada 3 comments ke “EMPAT KELUARGA TERKORBAN- AL FATIHAH.”
YANG GAMBI said...
pada hari 

Al Fatihah buat keluarga Allahyarham....

Anonymous said...
pada hari 

salam
al Fatihah untuk keluarga mangsa
GMC
gua salute sama lu, kerana tidak hanya meng"highlight"kan situasi politik sahaja
TAHNIAH
dontchinchai

Anonymous said...
pada hari 

Salam.

Bagi aku, pemandu di Malaysia tidak mementingkan keselamatan tetapi mementingkan diri sendiri.

Aku ambil contoh, apabila suasana remang-remang seperti waktu senja, awal pagi, kabus, hujan dan jerebu, sebahagian besar pemandu tidak menyalakan lampu utama.

Memang betul, mereka berpendapat mereka nampak jalan dengan baik tetapi adakah mereka fikir orang lain nampak mereka dengan jelas. Sebab itulah sering berlaku pertembungan pada awal pagi dan senja kerana ketika sedang memotong baru perasan kenderaan di hadapan.

Satu lagi situasi, pemandu di Malaysia akan memandu laju di jalan yang lurus. Wal hal mereka sering melihat papan tanda menunjukkan ada simpang tau susur bertol di hadapan. Tidakkah pemandu-pemandu ini terfikir situasi luar jangka.

Sebagai contoh, ketika memandu laju di simpang mungkin tiba-tiba ada kenderaan keluar dari simpang atau secara tiba-tiba kenderaan di hadapan memperlahankan kenderaan untuk masuk simpang.

Betul, pada situasi itu kita tidak bersalah sebab kita di jalan yang lurus tetapi alangkah baiknya kita mengalah untuk kebaikan kita juga.

Agaknya, pemandu-pemandu di Malaysia lebih rela perjalanannya terhenti untuk bertekak, membuat laporan polis, kereta tersadai di bengkel, tuntutan insuran, kecederaan dan macam-macam urusan daripada mengalah tetapi perjalanan lancar.

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.