Tuesday, January 1, 2013
Cikgu Melayu sekolah rendah .. low Class !!pada Hadi Awang!! Kah..kah..kah..
Begitu rendahnya nilai seorang guru sekolah rendah Melayu pada Hadi Awang,jika UMNO dianggap tidak layak bercakap tentang Islam,begitu juga dengan Cikgu melayu sekolah Rendah tak ada Class nak jelaskan kepada masyarakat,tentang Amanat dajalnya ..biar saya jelaskan pada masyarakat kata Hadi Awang setelah memperlekehkan ilmu yang dimiliki oleh seorang Guru Sekolah Rendah Melayu.
Istilah “Melayu” pada Hadi Awang tidak selayak dirinya,lebih2 lagi yang Melayu itu sekadar Cikgu sekolah rendah…begitulah rendahnya ilmu agama Cikgu Melayu Sekolah Rendah.. di Mata seorang yang bergelar Tok Guru!
Mengapa terlalu rendah taraf Guru Melayu Sekolah rendah dimata Hadi Awang?
Lupakah Hadi Awang pada “Jasa Guru Melayu Sekolah Rendah? Lupkah dengan jasa mereka yang bukan kepalang mampu mencelikkan jutaan ummat Melayu .
Lupakah Hadi Awang atau “Buta Sejarah” kah Hadi Awang.. Peranan yang dimainkan oleh guru sekolah melayu sebelum dan selepas perang?
Sedarkah pula Hadi Awang bahawa guru adalah diantara orang yang memainkan peranan yang penting dalam perjuangan menuntut kemerdekaan tanahair?
Apakah Hadi juga lupa bahawa Peranan guru melayu sebelum merdeka dalam mengukir corak pendidikan kebangsaan hari ini?
Mereka rata2nya bukan guru sekolah inggeris tapi guru sekolah Melayu..
Harap Hadi Awang jangan dianggap oleh rakyat ilmunya…hanya setaraf ilmu Mat Sabu yang turut “buta Sejarah” bilamana mengangap Komunis itu perjuang kemerdekaan?
Sepatutnya sebagai seorang yang di beri gelaran Tok Guru,ia lebih berhemah….tetapi apa yang belaku adalah sebaliknya…
Hadi Awang yang bergelar Tok Guru…hari ini sepatutnya berfikir sebelum berkata-kata.
RASULULLAH SAW pernah mengumpamakan lidah itu sebagai kunci segala perkara, yakni perkara baik dan Imam al-Ghazali pula berkata: “Ketahuilah bahawa bahaya lidah itu amat besar dan manusia tidak selamat daripada bahaya ini, melainkan mengucapkan tutur kata baik saja.”
Hadi Awang mungkin lebih arif tentang pekara-pekara tersebut…kerana beliau bergelar Tok Guru dan seorang pemimpin Islam yang berjenama bukan setaraf Guru Melayu Sekolah Rendah….jangan kerana kesilapan dan ketelanjuranya maka Rakyat dapat menilai sejauhmana Ilmu yang ada pada Hadi Awang hari ini..dan jangan pula dianggap oleh rakyat Hadi Awang hanya sekadar Tok guru yang mendidik pengikut2nya hanya sekadar menjadi hamba pada agama semata-mata tetapi bukan mendidik pengikut kearah menjadi Hamba yang taat dan takut kepada Allah S.W.T.!!
Akhir sekali…
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Jagalah lidahmu kecuali bila berkata baik. Dengan berlaku demikian, engkau mengalahkan syaitan.”
Lebih-lebih lagi jika kata-kata itu keluar dari lidah seorang yang di bergelar Tok Guru !!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hj Hadi tak pernah di ajar di sekolah rendah.dengan itu dia jadi orang yg bongkak.