Friday, January 11, 2013

Akhirnya Jo Mafia dan Boy tewas di tangan Polis !!


 "Bukit Mertajam: Selepas empat hari diburu, perancang kejadian tujuh penjenayah yang meloloskan diri daripada kawalan polis pada Isnin lalu, Mohd Fairuz Adam, 31, atau Joe Mafia dan rakannya, Mohd Noor Mohd Mustafa, 28, atau Boy, maut ditembak polis di Padang Ibu, dekat sini, selepas diekori lebih tiga kilometer, semalam.

Walaupun berjaya melepasi sempadan Daerah Seberang Prai Utara (SPU) yang menjadi tumpuan operasi dan memasuki Daerah Seberang Prai Tengah (SPT), sekatan polis menyebabkan suspek tidak dapat keluar dari Pulau Pinang.

Kira-kira jam 12.30 tengah hari, kelibat suspek dan rakannya dikesan menaiki Proton Perdana dipercayai dicuri dekat Kubang Semang sebelum diekori sebuah kereta dinaiki anggota polis dari pasukan khas yang ditubuhkan bagi memburu suspek dan rakannya.

Menyedari diekori polis, suspek menghimpit kenderaan pasukan keselamatan berkenaan sebelum memecut ke arah Padang Ibu.Sumber Metro.











Mungkin ini mayat Mohd Fairuz Adam, 31, atau Joe Mafia yang dimaksudkan.

Komentar :

ada 0 comments ke “Akhirnya Jo Mafia dan Boy tewas di tangan Polis !!”

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.