Monday, January 14, 2013

Kalimah Allah tidak dibenarkan- Majlis Syura ! kah..kah..kah..kah..


Jika Isu Negara Islam dan Hudud dulunya membawa kepada perbalahan kerjasama PAS dan DAP, yang berakhir dengan tersungkur terok PAS dalam pilihan raya ketika itu,lalu PAS mengambil keputusan dengan tidak memasukkan Isu Negara Islam dan Hudud dalam agenda Politiknya yang akan datang bersama DAP,PAS menegaskan HUDUD lah yg menjadi punca perbalahan kerjasama PAS dan DAP oleh itu dimasa akan datang PAS terpaksa korban agenda Hudud dan Negara Islam dalam agenda politiknya demi perpaduan PAS/DAP.



……”justeru itu, Isu negara Islam dan perlaksanaan hudud dan syariah menjadi “punca “perpecahan BA dahulu, maka PAS perlu membuat satu “pengorbanan besar” dan “ijtihad besar” untuk [TIDAK]memasukkan persoalan “negara Islam” dan “perlaksanaan hudud”


[Hadi Awang]




PRU13 dijangka sekali lagi PAS akan berdepan dengan masalah yang sama bilamana Isu kalimah Allah yang dibangkitkan oleh DAP mendapat tentangan dari berbagai pihak termasuk majlis syura PAS sendiri yang berakhir dengan keputusan "Tindakan menterjemahkan kalimah 'God' atau 'Lord' dari mana-man kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna dan tidak menepati kehedak sebenar,"

Bermakna dalam PRU13 PAS sekali lagi akan berdepan dengan tsunami politik yang lebih terok berbanding sebelum ini,andainya PAS menerima tuntutan DAP dengan menepikan  keputusan ulama!!

>>>>>&sini..

Komentar :

ada 3 comments ke “Kalimah Allah tidak dibenarkan- Majlis Syura ! kah..kah..kah..kah..”
Anonymous said...
pada hari 

hah...kan aku dah kata....PAS tu sesat..!!!

Anonymous said...
pada hari 

Saudara Pembaca,

Alhamdulillah, setinggi tinggi kesyukuran kepada Allah swt sekiranya betul, Majlis Syura Pas tidak membenarkan kalimah Allah digunakan oleh agama lain.
Saya percayai ramai ahli PAS yang begitu memahami ajaran Islam yang suci ini.

Anonymous said...
pada hari 

Wahai ahli2 Pas seluruh negara, lapangkanlah dada, tenangkan fikiran sejenak, bertafakkur sebentar lihat jauh kedalam diri dan tanyakan apakah halatuju tuan2 bersabit akidah dan keyakinan yang ada didalam diri dan pemikiran tuan2. Adakah ini satu kebenaran yang mutlak dan hakiki hasil keputusan dan tindakan pemimpin tertinggi parti yang bergelar ulama dan tok guru yang semakin hari semakin bercelaru - kalimah Allah. ingat ini soal akidah,dan akidah adalah soal hidup mati.Umno tidak mendabik dada untuk berkata juara, islam dijunjung tinggi dan dipupuk rapi.contoh mudah utk dilihat- terlalu banyak masjid dan surau diseluruh tanah air termasuk di kelantan.22 tahun memerintah hanya satu sahaja masjid diRantau Panjang yang kerajaan tuan bina dibandingkan dengan 19 masjid dikelantan.Berterima kasih lah sedikit asal jangan doakan dengan doa yang kurang cantik, tak baik Allah tak suka.Semoga tafakkut tuan bawa perubahan.

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.