Wednesday, August 26, 2009

KALAH LAGI... - POLITIK KUBANG PASU!



“Kita Kalah Lagi...”

“Sedarkah kita tiap kali PRK kita tewas..

Adakah Kita kaji apakah sebab nya kekalahan demi kekalahan yang kita alami..
Sudah sampai masanya kesemua jentera Bahagian yang bijaksana melakukan kerja..”

-Politik Kubang Pasu.

Kita Kalah Lagi…kerana kita tidak pernah bangun..

Kita kalah Lagi..kerana kita masih lena..

Kita Kalah lagi..itu sudah misti..

Kita kalah lagi…ia bukan mimpi..

Kita kalah lagi..itulah reality yang harus UMNO terima tanpa sebarang spekulasi busuk lagi.

Siapa yang berjuang Untuk UMNO di Permatang Pasir..?
Pemimpin UMNO..?

Bangsa..atau Rakyat?

Kemana 15 muka-muka ketua Bahagian dengan puluhan ribu ketua-ketua cawangan.

Terutama Padang Serai jiran rapat medan pertempuran?

Mana ketua bahagian…mana ketua-ketua cawangan…?

Adakah kedatangan mereka hanya ibarat lalat menhurung bangkai sahaja.
Jangan di keloh “Kita Kalah Lagi”

Sembilan hari UMNO berkubu di Permatang Pasir berapa kerat dan “saat” ketua-ketua bahagian dan ketua cawangan bermandi peluh meredah bertemu rakyat untuk menjelas kita diambang bahaya pengaruh talibarut bangsa?

Siapa diantara ketua-ketua Bahagian yang rela mendekati bangsa disana dengan rela?
Berapa saat mereka disana? Tepok dada tanyalah jawatan dan tanggung jawab anda…pemimpin bangsa?

Melainkan bila pemimpin utama datang turun padang berjumpa bangsa.
Mereka bagai langau menghurung bangkai menunjuk muka kononnya mereka ketua-ketua bahagian dan cawangan mewakili bangsa.

Mengapa di medan pertempuran yang perlu pada khidmat mereka…langsung tidak menampakkan muka.

Yang kelihatan “suku kerat” ketua-ketua cawangan yang tidak mempunyai apa-apa agenda…mereka datang hanya sekadar suka-suka melihat medan bangsa berpesta mencela pemimpin mereka.

Sibuk kah 15 Ketua-ketua bahagian UMNO Kedah…wah ! Hebat bermasyuarat untuk agenda UMNO.
Tidak sempat untuk bertempur bersama rakyat dan bangsa.

Apakah 15 ketua bahagian dan seluruh ketua-ketua cawangan yang ada hanya sekadar pemimpin untuk bersorak dan memekik “Hidup UMNO” atau “Hidup Melayu” diikuti oleh berpuluh cawangan mereka menyalak bagai hyena?

Akhirnya kita menanti saat untuk berjaya.

UMNO hari ini bukan lagi UMNO kelmarin dulu.

UMNO hari ini perlu berusaha bukan lena seperti dulu kala.

Hari ini umno.. perlu berjuang untuk menang bukan sekadar menabur umpan untuk di telan oleh bangsa seperti dulu.

Kekalahan UMNO di Permatang Pasir bukan kerana kuatnya pengaruh Pakatan rakyat yang kian reput…mempengaruhi bangsa…

Tapi..kerana rata-rata pemimpin umno lebih penting agenda diri…mereka tidak punya masa untuk berjuang bersama penyokong-penyong dan rakyat jelata yang menerima cacidan cela dari musuh mereka.

Mereka hanya pemimpin-pemimpin yang mampu mempamirkan muka dimajlis-majlis terkemuka..untuk memburu jawatan dan kuasa.

Inilah sebahagian keluhan dari penyokong umno sendiri di Permatang Pasir yang berjaya GMC mendengar keluhan mereka…..

Jadi jangan dikesal kekalahan UMNO..kerana segelintir pemimpin UMNO sendiri yang mengundang kekalahan ini…jangan kita menunding jari…pada musuh kita.

Kerana kitalah musuh yang nyata…dalam diri kita.

Andainya “Umpan” adalah resepi utama UMNO untuk menang maka tunggu….padahnya!

“Kita kalah dan kalah lagi”

Insyaallah.


wassallam.

BANGKAI BIAWAK PUN.. WANGI JIKA BERSAMA PAS...





“Pada 9 Februari 2009, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, mengisytiharkan Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah (ADUN) kawasan Bukit Selambau, V. Arumugam melepaskan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India dan ADUN kawasan tersebut.”

“ALOR SETAR 1 Julai –

DAP Kedah hari ini keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di negeri ini antara lain termasuk tindakan merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di sini.”

“Mohammad Radzhi Salleh mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.

Radzhi yang merupakan ADUN daripada PKR dan memegang portfolio Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia dalam kerajaan negeri Kedah mengumumkan pendiriannya itu pada sidang media di Kuala Lumpur.”


“Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak telah menyerahkan surat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah bagi memohon baginda menggugurkan Mohd Radzhi Salleh dari Exco kerajaan negeri Kedah.

Surat itu telah diserahkannya kepada pejabat Sultan Kedah petang ini.”

Persoalannya mengapa Azizan Razak terlalu sibuk untuk persembahkan pada Sultan kes YB Radzi.

Dan tidak pula sibuk persembahkan pada sultan dalam kes Dun DAP dan Arumugam untuk digugurkan dari EXCO satu masa dulu.

Masakan Azizan Razak terlalu cepat melupai sejarah?

Apakah Azizan Razak merasai seluruh rakyat kedah ini buta atau terlalu “bangang”tentang tindak tanduknya yang bahlol itu?

“Apa khabar YB Arumugam dimana anda? Pengundi bertanya dimana YB Arumugam Dun PKR yang pernah mereka undi di Pilihanraya Umum yang lalu.

Rakyat kecewa Arumugam hilang tanpa berita.” Siapa talibarutnya?

Azizan Razak tentu tahu..tapi dengan sikap pandirnya “saya..tak..tau apa..apa” seolah-olah dapat menutup segala kelemahan dan tidak tanduknya..seperti yang didedahkan oleh Blogger “Sungguhka”.

PR adalah parti politik yang penuh dengan skandal peribadi. Pemimpinnya serta suku sakat mereka yang banyak terlibat dalam salah laku seks.

Skandal Bukit Selambau, skandal Bukit Lanjan, skandal Pelabuhan Klang. Yang terhebat adalah skandal liwat.

Mengapa pula Azizan Razak tidak menunjuk jaguh kampong dalam dua kes tersebut.
Mengapa menepikan Sultan?

Bijak pula dia persembahkan pada Lim Kit Siang.Apakah PAS bersultankan kepada DAP dalam hal-hal yang boleh menguntungkan politiknya?

Bila PAS merasa dirinya tersepit dan terkapit serta boleh merugi Politiknya pada Sultan pula nak di pesembahkan..?

Mengapa tidak dipersembahkan kes YB Radzi pada al-khahfi PAS (Anwar) atau Maharaja Lim Kit Siang SAJA?

Bukankah lebih mudah diselesaikan..kerana ia hanya setakat “rebut dalam cawan kopi” saja..

Dan itu pula soal rumah tangga PAS dan pakatan sendiri.

Mengapa perlu melibatkan sultan?

Mengapa kes YB Radzi tidak dapat diselesai didalam kelambu PAS sendiri yang lebih mukrim dari DAP..?

Mengapa perlu di persembahkan pada Sultan..Adakah rebut kali ini “rebut di dalam Kandang Babi”? yang tidak mampu lagi PAS selesai secara laki bini?

Apakah Azizan Razak MB PAS merasai tindak tanduknya itu sudah bijak?

walaupun terpaksa akur dengan tekanan dari DAP semata-mata “TAKUT” kehilangan kuasa walaupun terpaksa tunduk dan akur .

Lalu menurunkan qota perumahan dari 50% ke 30% untuk bumi Putra? Sedarkah Azizan Razak apa yang sedang belaku.

Kita tunggu seandainya Sultan tidak perkenankan apa yang Azizan Persembahkan.

Sultan Kedah juga akan menerima padah sepertimana yang diterima oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak.

Azizan Razak jangan cuba bermain api dalam soal ini.Di Perak sudah banyak membangkit kesedaran pada sekelian bangsa.

Apa yang belaku di Perak jangan PAS bermimpi untuk mengulangi sejarah hitam di Bumi Kedah ini.

Di Kedah masih terlalu ramai lagi yang masih berdiri teguh di belakang Duli Yang Maha Mulia Sultan.

Rakyat Kedah tidak akan terikut-ikut jejak kebiadapan dan kurang hajarnya PAS dan sekutunya seperti yang belaku di Perak.

Di Kedah PAS perlu lebih berwaspada dalam hal-hal yang sedemikian.

Kita tunggu apa reaksi PR terutama PAS di Kedah sekiranya apa yang Azizan Razak persembahkan pada Duli Yang Teramat Mulia Sultan di “TOLAK” mentah-mentah !!!

Dapatkah PAS menerima hakikat ini atau sebaliknya jika permohonan mereka tidak di Perkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan.

Ampun Tuanku!

Wassallam apbs.

Tuesday, August 25, 2009

TERIMA KASIH-DIATAS KEHADIRAN BLOGGER2 ANTI PKR KE PERMATANG PASIR.

APBS-MENGUCAPKAN SELAMAT JALAN.

TERIMA KASIH DIATAS BANTUAN RAKAN-RAKAN BOLGGER UNTUK MENGEMBALIKAN KESEDARAN BANGSA DARI PENGARUH ANWARISME.

KITA SUDAH BERUSAHA CUMA ALLAH SWT MENENTU SEGALA-GALANYA.

TIDAK LUPA PADA GAP-YANG BERTUNGKUS LUMUS DATANG DARI JAUH MEMBANTU.

SELAMAT BERBUKA-JUMPA LAGI.

HATI-HATI DIJALAN RAYA..SELAMAT JALAN GAP!


WASSALLAM.

SEJARAH HITAM MELAYU SAMA MELAYU BERPERANG...



SAAT AKHIR DIPEMATANG PASIR..

ANGOTA KESELAMATAN TERPAKSA BERKAWAL........DEMI KETENTERAMAN AWAM.

INILAH ADEGAN EJEK MENGEJEK....BUDAYA PAS DI PERMATANG PASIR.

AKHIRNYA DISUDAHI DENGAN DOA SELAMAT.

SELAMAT TINGGAL PERMATANG PASIR.

BUATLAH PENILAIAN BENARKAH PAS MEMBAWA BUDAYA ISLAM PADA PENYOKONG-PENYOKONGNYA.

APAKAH IKTIBAR YANG DAPAT KITA AMBIL DARI BUDAYA PAS INI..


WASSALLAM.

Monday, August 24, 2009

BANGSA PULA NAK TANYA PADA YB ZUL. FATWA PASBUIH HARI INI....


Saya nak tanya Prof. Abdul Syukor, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Hadorion ini, apakah mengubah ayat ALLAH saperti yang dibuat UMNo/Be End tidak sesat?

ALLAH perintahkan sebat/ rejam penzina, UMNo/ Be End tukar kepada denda;
ALLAH perintahkan qisas dalam kes bunuh, UMNo/ Be End pakai undang-undang Lord Reid;
ALLAH kata curi potong tangan, UMNo/ Be End tukar kepada penjara;
ALLAH perintahkan jangan sembah berhala, UMNo/ Be End terus menerus menyembah Tugu Negara walaupun difatwakan syirik oleh Majlis fatwa;

ALLAH perintahkan wanita Islam menutup aurat, namun UMNo/Be End biarkan pramugari muslim di syarikat Air Asia dan MAS dipaksa memakai mendedah aurat dan pakaian yang mengaibkan;

-ZULKIFLI NORDIN

Dalam banyak soalan yang disenaikan oleh YB Zulkifli Nordin untuk Prof.Abdul Syukur saya pula nak tanya Yb zulkifli Nordin seperti yang dilakukan oleh Pemimpin pemimpin PAS Buih termasuk YB sendiri ….jika tak sesat apa pula istilahnya…buta hati atau buta perut?

Hanya satu soalan saja yang saya nak tanya pada dia…sebagai YB Kedah..hari ini.
Allah perintah supaya Haram Judi dan Arak MB PAS sendiri menolak Hukum dengan alasan UNDI cina dan Hindu penentu penting kemenangan PAS.

Hari ini PAS sudah berkuasa dan YB Zulkifli sendiri salah seorang MP yang bertanggung Jawab dalam hal ini.

Apakah pula Hukum bilamana Allah Perintah supaya Haramkan Judi dan Arak tiba-tiba PAS bukan saja menukarganti dengan Denda tetapi lansung tidak mengambil sebarang tindakkan baik undang-undang dunia mahupun Hukum allah swt? Apa pula hukumnya orang yang menolak hukum...jika tidak sesat..???

Sedarkah YB Zulkifli Nordin didalam kawasan Parlimen jagaannya sendiri satu premis judi haram pun tidak mampu di tanganinya? Belum lagi gejala maksiat yang lain.

Janganlah pula ingin menunjuk jaguh menunding kearah orang lain…YB Zulkifli sudah cermin-cermin kah dirinya yang juga beselekeh dengan najis sendiri.

Pada saya eloklah YB perbetulkan diri dan tangung jawab YB terlebih di kawasan Parlimennya sebelum melihat lebih jauh keburukkan orang lain.

Se-pekara lagi yang saya ingin tanya... pada YB zulkifli Nordin…bagaimana isu murtad?

Sejauh mana tindakkan YB yang kini sudah memiliki kuasa berbanding dulu untuk menangani isu tersebut.

Pada saya dibulan yang mulia ini eloklah YB muhasabah diri YB sendiri terlebih dahulu.
Banyak lagi isu masyarakat dibawah jagaan YB yang belum dilunaskan.

Asyik menunding ke kerajaan pusat dan Selangor.Bagaimana kawasan jagaan YB sudah selesaikah Isu masyarakat setempat? Belum ke Isu arak,judi,karaoke yang masih bersepah-sepah?

Dan bukankah sudah berpuluh tahun senarai murtad ada pada YB.Apa tindakkan dan usaha-usaha YB sejauh ini untuk menanganinya?

Apa yang saya lihat YB lebih melihat keburukkan lawan dari keburukkan sendiri.

Jangan asyik mencari publisiti murahan…..rakyat memilih YB bukan untuk mencanang kelatangan YB mengkritik pihak lawan tetapi membela nasib bangsa yang terpinggir itu pun bukan keseluruhan Negeri Cuma Parlimen Kulim Bandar Bahru saja..…sedarkah apa tangung jawab YB.

Hentikanlah untuk mencari pulisiti murahan YB itu.

Moga Ramadhan ini membawa satu sinar baru keimanan dan ketaqwaan yang hakiki kepada YB yang bernasib baik dipilih oleh rakyat yang tertipu seperti saya.

Janganlah dipersia-siakan amanah dan kepercayaan yang rakyat berikan.Kerana Allah swt mampu menarik kembali bila bila masa yang dikehendakinya.

TIDAK TERASA AIBKAH YB..JIKA DIKAWASAN JAGAAN SENDIRI MENGALAHKAN HADYAI?

SEDANGKAN TERLALU BANYAK MENENTANG KEMUNGKARAN KAWASAN LAWAN DAN KAWAN.

MACAM MANA KAWASAN SENDIRI? KERAP-KERAP TURUN KAWASAN PANTAU PREMIS-PREMIS MAKSIAT DAN

JUDI HARAM DI KAWASAN KULIM BANDAR BAHRU INI...

sepatutnya YB Zul kena pastikan dalam rumah tangganya sendiri terlebih dahulu...kerana masih bersepah masalah sosial yang belum pun tersentuh olehnya untuk di tangani...

Jangan asyik meludah kelangit YB...

UMNO PERLU... "N.A.J.I.B" ?



Tidak ramai yang mengetahui mengenai nama dan peranan permatang di sawah.

Namun hari ini, semua orang menyebut-nyebut mengenainya, bukan permatang di bendang tetapi Permatang Pasir di Pulau Pinang.

Ini kerana, pada 25 Ogos ini akan diadakan pilihanraya kecil bagi memilih Ahli Dewan Undangan Negeri yang baru ekoran kematian wakilnya, Datuk Mohd.
Hamdan Abdul Rahman, 63, pada 31 Julai lepas.

Begitu juga tidak ramai anak bangsa yang mengenali wira pilihan raya UMNO ini..yang tidak pernah kenal erti kekalahan.

Disetiap pilihanraya pasti kita bertemu dengan insan ini yang tidak pernah merasa jemu bertarung untuk berkempin menemui pengundi-pengundi dari rumah kerumah.

Berbagai-bagai kerenah dan ragam pengundi yang ditemuinya… tetapi kudrat untuk menemui pengundi tidak pernah padam dan jemu dalam jiwanya…apakah masih ramai generasi muda memiliki semangat seperti beliau dalam UMNO?

Assallamualaikum Dato’..belum pun tangan disambut.. senyuman yang iklas terlebih dahulu dilemparkan..penat dan kelitihan jelas terbayang diraut wajahnya..tapi kami disambut mersa..Manik urai berbeza dengan disini..rupanya beliau baru saja selesai mengunjungi bebarapa rumah pengundi…

Keazaman untuk memenangkan UMNO tidak pernah padam dalam jiwanya..sedih juga bila mendegar kelohan segelintir bangsa yang sanggup melihat bangsanya sendiri jatuh dan tersungkur…

"UMNO perlu NAJIB"....Najib?..ya ! Najib.Tegas Beliau.

Rupanya teori yang diguna pakai oleh beliau iaitu...Niat,Amanah..Jujur..Iklas..dan seterusnya Berdoa dan berusaha kearah kesejahteraan bangsa!....

UMNO pasti kembali pulih seperti asal dan dapat mengambil hati bangsa yang terluka!

Insyaallah apbs akan cuba menyingkap apakah sebenarnya yang merosak perjuangan UMNO….melalui pengalaman yang dilalui di permatang Pasir.

Pertamanya ialah jawapan kepada persoalan adakah benar, sudah berlaku perubahan suasana dan selera pengundi seperti yang dipertonton di Manek Urai baru-baru ini.

Dengan tewas hanya 65 undi di Manek Urai, Barisan Nasional (BN) menganggap mereka telah berjaya besar iaitu mengurangkan majoriti undi yang diraih oleh calon lawan di situ.

wassallam.apbs

Sunday, August 23, 2009

1,2....3.4.TUMBANG DAN KARAM.TUNGGU!



" Ahli-ahli sangat mengharapkan aktibiti amar maaruf nahi mungkar disusun dari peringkat negeri ke kawasan-kawasan segera mungkin dan perlu di perbanyak,di perhebatkan.

Kita bimbang kemurkaan Allah bila di beri kuasa tidak melaksanakan amar maaruf dan Nahi mungkar,Allah akan turun BALA pada kita"

- DMPKP/DMPNK.

"Mengapakah masih terdapat program-program berunsur maksiat khususnya program rasmi kerajaan negeri seperti nyanyian dan sebagainya?"

- (PAS KAWASAN KUALA KEDAH)


"Apakah relevannya bagi pihak Menteri Besar menghadiri majlis keugamaan seperti sambutan Deepavali kerana ia menyentuh soal akidah?"

- (PAS KAWASAN KUALA KEDAH)

"PAS memerintah Kedah dengan izin Allah.Sebelum memerintah kita selalu canang kita akan laksanakan Islam dalam segenap bidang,Kita bagi contoh Madinah yang rakyatnya majmuk berjaya melaksanan Islam.Kita tegaskan kita misti menegakkan maaruf dan menghapus mungkar.Hari ini rakyat khususnya ahli-ahli PAS hendak melihat benda ini berjalan.Setakat ini rata-rata ahli-ahli PAS BELUM Nampak dengan jelas akan hal ini.Dicadangkan kerajaan bentangkan perancangan atau kerangka masa(time frame) ke arah melaksanakan cita-cita tersebut dan disebarkan seluas mungkin."

- (PAS KAWASAN JERLUN"

Inilah sebahagian keluhan dan rintihan ahli-ahli PAS sendiri dibawah naugan MB Azizan Razak yang sedang mentadbir Kedah.

Seandainya ahli-ahli PAS sendiri merasai sedemikian rupa pentadbiran Azizan Razak pada waktu ini.Apa tah lagi rakyat...bawahan?

Ini jelas PAS sebuah parti yang tidak lebih dari iklan "Along" ceti haram yang akan memerangkap mangsa.

Berfikirlah kita sewaras-warasnya benarkah perjuangan PAS ini untuk menegak hukum Allah swt ATAU untuk memburu kuasa untuk anak pinak mereka?


wassallam.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.