Wednesday, August 26, 2009

BANGKAI BIAWAK PUN.. WANGI JIKA BERSAMA PAS...





“Pada 9 Februari 2009, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, mengisytiharkan Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah (ADUN) kawasan Bukit Selambau, V. Arumugam melepaskan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India dan ADUN kawasan tersebut.”

“ALOR SETAR 1 Julai –

DAP Kedah hari ini keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di negeri ini antara lain termasuk tindakan merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di sini.”

“Mohammad Radzhi Salleh mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.

Radzhi yang merupakan ADUN daripada PKR dan memegang portfolio Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia dalam kerajaan negeri Kedah mengumumkan pendiriannya itu pada sidang media di Kuala Lumpur.”


“Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak telah menyerahkan surat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah bagi memohon baginda menggugurkan Mohd Radzhi Salleh dari Exco kerajaan negeri Kedah.

Surat itu telah diserahkannya kepada pejabat Sultan Kedah petang ini.”

Persoalannya mengapa Azizan Razak terlalu sibuk untuk persembahkan pada Sultan kes YB Radzi.

Dan tidak pula sibuk persembahkan pada sultan dalam kes Dun DAP dan Arumugam untuk digugurkan dari EXCO satu masa dulu.

Masakan Azizan Razak terlalu cepat melupai sejarah?

Apakah Azizan Razak merasai seluruh rakyat kedah ini buta atau terlalu “bangang”tentang tindak tanduknya yang bahlol itu?

“Apa khabar YB Arumugam dimana anda? Pengundi bertanya dimana YB Arumugam Dun PKR yang pernah mereka undi di Pilihanraya Umum yang lalu.

Rakyat kecewa Arumugam hilang tanpa berita.” Siapa talibarutnya?

Azizan Razak tentu tahu..tapi dengan sikap pandirnya “saya..tak..tau apa..apa” seolah-olah dapat menutup segala kelemahan dan tidak tanduknya..seperti yang didedahkan oleh Blogger “Sungguhka”.

PR adalah parti politik yang penuh dengan skandal peribadi. Pemimpinnya serta suku sakat mereka yang banyak terlibat dalam salah laku seks.

Skandal Bukit Selambau, skandal Bukit Lanjan, skandal Pelabuhan Klang. Yang terhebat adalah skandal liwat.

Mengapa pula Azizan Razak tidak menunjuk jaguh kampong dalam dua kes tersebut.
Mengapa menepikan Sultan?

Bijak pula dia persembahkan pada Lim Kit Siang.Apakah PAS bersultankan kepada DAP dalam hal-hal yang boleh menguntungkan politiknya?

Bila PAS merasa dirinya tersepit dan terkapit serta boleh merugi Politiknya pada Sultan pula nak di pesembahkan..?

Mengapa tidak dipersembahkan kes YB Radzi pada al-khahfi PAS (Anwar) atau Maharaja Lim Kit Siang SAJA?

Bukankah lebih mudah diselesaikan..kerana ia hanya setakat “rebut dalam cawan kopi” saja..

Dan itu pula soal rumah tangga PAS dan pakatan sendiri.

Mengapa perlu melibatkan sultan?

Mengapa kes YB Radzi tidak dapat diselesai didalam kelambu PAS sendiri yang lebih mukrim dari DAP..?

Mengapa perlu di persembahkan pada Sultan..Adakah rebut kali ini “rebut di dalam Kandang Babi”? yang tidak mampu lagi PAS selesai secara laki bini?

Apakah Azizan Razak MB PAS merasai tindak tanduknya itu sudah bijak?

walaupun terpaksa akur dengan tekanan dari DAP semata-mata “TAKUT” kehilangan kuasa walaupun terpaksa tunduk dan akur .

Lalu menurunkan qota perumahan dari 50% ke 30% untuk bumi Putra? Sedarkah Azizan Razak apa yang sedang belaku.

Kita tunggu seandainya Sultan tidak perkenankan apa yang Azizan Persembahkan.

Sultan Kedah juga akan menerima padah sepertimana yang diterima oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak.

Azizan Razak jangan cuba bermain api dalam soal ini.Di Perak sudah banyak membangkit kesedaran pada sekelian bangsa.

Apa yang belaku di Perak jangan PAS bermimpi untuk mengulangi sejarah hitam di Bumi Kedah ini.

Di Kedah masih terlalu ramai lagi yang masih berdiri teguh di belakang Duli Yang Maha Mulia Sultan.

Rakyat Kedah tidak akan terikut-ikut jejak kebiadapan dan kurang hajarnya PAS dan sekutunya seperti yang belaku di Perak.

Di Kedah PAS perlu lebih berwaspada dalam hal-hal yang sedemikian.

Kita tunggu apa reaksi PR terutama PAS di Kedah sekiranya apa yang Azizan Razak persembahkan pada Duli Yang Teramat Mulia Sultan di “TOLAK” mentah-mentah !!!

Dapatkah PAS menerima hakikat ini atau sebaliknya jika permohonan mereka tidak di Perkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan.

Ampun Tuanku!

Wassallam apbs.

Komentar :

ada 0 comments ke “BANGKAI BIAWAK PUN.. WANGI JIKA BERSAMA PAS...”

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.