Wednesday, August 26, 2009

KALAH LAGI... - POLITIK KUBANG PASU!



“Kita Kalah Lagi...”

“Sedarkah kita tiap kali PRK kita tewas..

Adakah Kita kaji apakah sebab nya kekalahan demi kekalahan yang kita alami..
Sudah sampai masanya kesemua jentera Bahagian yang bijaksana melakukan kerja..”

-Politik Kubang Pasu.

Kita Kalah Lagi…kerana kita tidak pernah bangun..

Kita kalah Lagi..kerana kita masih lena..

Kita Kalah lagi..itu sudah misti..

Kita kalah lagi…ia bukan mimpi..

Kita kalah lagi..itulah reality yang harus UMNO terima tanpa sebarang spekulasi busuk lagi.

Siapa yang berjuang Untuk UMNO di Permatang Pasir..?
Pemimpin UMNO..?

Bangsa..atau Rakyat?

Kemana 15 muka-muka ketua Bahagian dengan puluhan ribu ketua-ketua cawangan.

Terutama Padang Serai jiran rapat medan pertempuran?

Mana ketua bahagian…mana ketua-ketua cawangan…?

Adakah kedatangan mereka hanya ibarat lalat menhurung bangkai sahaja.
Jangan di keloh “Kita Kalah Lagi”

Sembilan hari UMNO berkubu di Permatang Pasir berapa kerat dan “saat” ketua-ketua bahagian dan ketua cawangan bermandi peluh meredah bertemu rakyat untuk menjelas kita diambang bahaya pengaruh talibarut bangsa?

Siapa diantara ketua-ketua Bahagian yang rela mendekati bangsa disana dengan rela?
Berapa saat mereka disana? Tepok dada tanyalah jawatan dan tanggung jawab anda…pemimpin bangsa?

Melainkan bila pemimpin utama datang turun padang berjumpa bangsa.
Mereka bagai langau menghurung bangkai menunjuk muka kononnya mereka ketua-ketua bahagian dan cawangan mewakili bangsa.

Mengapa di medan pertempuran yang perlu pada khidmat mereka…langsung tidak menampakkan muka.

Yang kelihatan “suku kerat” ketua-ketua cawangan yang tidak mempunyai apa-apa agenda…mereka datang hanya sekadar suka-suka melihat medan bangsa berpesta mencela pemimpin mereka.

Sibuk kah 15 Ketua-ketua bahagian UMNO Kedah…wah ! Hebat bermasyuarat untuk agenda UMNO.
Tidak sempat untuk bertempur bersama rakyat dan bangsa.

Apakah 15 ketua bahagian dan seluruh ketua-ketua cawangan yang ada hanya sekadar pemimpin untuk bersorak dan memekik “Hidup UMNO” atau “Hidup Melayu” diikuti oleh berpuluh cawangan mereka menyalak bagai hyena?

Akhirnya kita menanti saat untuk berjaya.

UMNO hari ini bukan lagi UMNO kelmarin dulu.

UMNO hari ini perlu berusaha bukan lena seperti dulu kala.

Hari ini umno.. perlu berjuang untuk menang bukan sekadar menabur umpan untuk di telan oleh bangsa seperti dulu.

Kekalahan UMNO di Permatang Pasir bukan kerana kuatnya pengaruh Pakatan rakyat yang kian reput…mempengaruhi bangsa…

Tapi..kerana rata-rata pemimpin umno lebih penting agenda diri…mereka tidak punya masa untuk berjuang bersama penyokong-penyong dan rakyat jelata yang menerima cacidan cela dari musuh mereka.

Mereka hanya pemimpin-pemimpin yang mampu mempamirkan muka dimajlis-majlis terkemuka..untuk memburu jawatan dan kuasa.

Inilah sebahagian keluhan dari penyokong umno sendiri di Permatang Pasir yang berjaya GMC mendengar keluhan mereka…..

Jadi jangan dikesal kekalahan UMNO..kerana segelintir pemimpin UMNO sendiri yang mengundang kekalahan ini…jangan kita menunding jari…pada musuh kita.

Kerana kitalah musuh yang nyata…dalam diri kita.

Andainya “Umpan” adalah resepi utama UMNO untuk menang maka tunggu….padahnya!

“Kita kalah dan kalah lagi”

Insyaallah.


wassallam.

Komentar :

ada 4 comments ke “KALAH LAGI... - POLITIK KUBANG PASU!”
Anonymous said...
pada hari 

kedah amik orang sabah jadi ketua..semua pakat main sumpit laa...hehehe

YANG GAMBI said...
pada hari 

Salam, kawan setuju dengan komen awak, itu yang berlaku sekarang, amat sukar puak-puak ni nak bertemu masyarakat, mereka akan berkerumun bila ada pembesar datang je, ngalahkan langau sanpai rakyat pun kadang-kadang tak dapat jumpa....

Aku,Pasbuih Dan Siamang said...
pada hari 

salam:

Kita hanya mampu kejutkan mereka...bukan daya kita mengarah mereka.Kerana mereka pemimpin yang memimpin bangsa.Tapi jika setakat ini saja yang ada...kita jgn bermimpi untuk berjaya.

wassallam

Ekeng A/L Etong said...
pada hari 

Kalau orang bawah saja dok pulun, tapi orang atas dok releks, memang tak leh pi lama. Kalau nak tahan lama, dua-dua kena pulun!

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.