Dalam kegairahan orang Melayu berpolitik diakhir-akhir ini kita lupa siapa pembunuh senyap yang mampu menang dalam pertarungan PRU13 kali ini?
Mood rakyat dalam pertarungan PRU13 agak jauh berbeza dengan mood rakyat dalam pertarungan PRU12.
Kegairahan pengundi serta penyokong juga amat jauh berbeza jika dibandingkan dalam PRU12.
Jika kegairahan Rakyat serta penyokong dan pengundi dalam PRU12 sebelum ini bukan lah satu kegairahan yang sengaja dibuat-buat berbanding kegairahan penyokong dan pengundi dalam PRU13 kali ini yang banyak menampakkkan kearah "PROVOKASI" murahan untuk menaikkan mood setaraf mood PRU12.
Dalam PRU12 momantum kegairahan pengundi dan penyokong khususnya rakyat bukan hanya satu Provokasi yang direka dan dirancang tetapi ia satu tsunami kebangkitan rakyat yang nyata dan asli.
Kebangkitan rakyat ketika itu benar-benar emosi menguasai rasionalnya kerana motif rakyat hanya satu iaitu ingin melihat BN/UMNO tumbang dan kecundang dalam pertarungan dengan rasa dendam dan penuh kebenci yang mendalam.
Tetapi mood rakyat dalam PRU13 kali ini agak berbeza..... momantum kebangkitan rakyat tidak lagi dikuasai oleh emosi yang berada diluar perasaan rasional seperti tsunami kebangkitan rakyat sebelum ini yang benar-benar TELAH meranapkan UMNO/BN yang sedang leka berpesta merebut wakyu -wahyu yang diturunkan dalam pilihan Raya tanpa mereka merasa sedikit cemas dan lemas tentang nasib mereka di hari esok.
Keyakinan menang dan kekal berkuasa seolah-olah sudah menjajikan satu kepastian "besok tetap ada mentari pagi"!!.
Akhirnya PRU12 mereka tersungkur dan tersembam sewaktu ramai dari mereka yang masih lagi belum hilang penat dan bengah merebut wahyu sesama mereka dihari pilihan Raya..
.
Tetapi mood Rakyat dalam PRU13 kali ini sudah kembali berada dalam zon yang lebih selesa tanpa dibakar oleh bahang Refomasi lagi.
Kebangkitan rakyat hari ini dalam PRU13 bukan lagi satu kebangkitan yang dijajah oleh emosi diluar rasionalnya lagi.Tetapi Faktor Kejutan budaya [ Culture shock] yang melanda politik PAS dan PKR yg diperjuangkan mmereka dalam PRU12 telah melahirkan kegairahan terlampu pemimpin-pemimpin sehingga tanpa di sedari ketepatan janji-janji yang ditabur sebelum ini tidak banyak yang di tetapi.
Tumpuan Kerajaan pilihan mereka terbukti lebih banyak kepada menyelesai pesengketaan sesama mereka sehingga mereka lupa janji yang dijunjung dan dijaja selama ini.
PRU12 menjadi satu pengajaran yang amat besar kepada Rakyat lebih-lebih lagi UMNO/BN jika pemimpin2 UMNO/BN mahu mengambil iktibar dari kedajalan mereka selama ini.
Jika Rakyat hari ini mulai sedar betapa retoriknya pemimpin PAS yang beraksi "nabi" bersabda dan berfatwa lebih ganas dan buas dari serigala di Afrika.
Maka UMNO/BN pula perlulah menyedari bahawa diatas kedajalan pemimpin-pemimpin mereka yang beraksi hyena disahara selama ini telah meninggalkan bangkai yang amat buruk kepada rakyat jelata!
Harapan rakyat dalam PRU13 kali ini UMNO/BN mampu kembali berkuasa...
Insyaalah!!!
Oleh itu bunuhlah Hyena-hyena yang beraksi pemimpin yang merosak maruah agama!! bangsa dan Negara.!
PRU 13 "SIAPA PEMBUNUH SENYAP" ????
BESOK PENENTU SEGALA MIMPI !!
....moga2 bangsa ku kekal diberi kuasa oleh Allah S.W.T ....amin !!
Mat mau tahu siapa menjadi pembunuh senyap dalam PRU 13 ialah wang..Menang besar pada hari ini .akan bertambah pada tahun hadapan peruntukan.maka undilah BN sebagai p;l;han bijak.
Mat... syabas atas susunan kata-kata dan ayat-ayat indah dan mengesankan. Anda berbakat dalam menganalisis dan menyampaikannya dalam bentuk artijal begini. Teruskan... Hidupan peranan kita dalam memelihara martabat agama bangsa dan tanahair tercinta.