Tuesday, January 8, 2013

Ulama Politik "pinggiran" beraksi di luar gelangang...........!1 kah..kah..kah..



Ulama’ ialah ahli agama atau ilmuan yang menguasai beberapa cabang
ilmu akidah, syariah dan akhlak. Ilmu ini adalah ilmu yang bermartabat tinggi kerana ia berkaitan dengan Allah, Rasulullah, Al-Quran.

Hari ini…ulama “pinggiran”….beraksi dan beremosi  diluar gelangang pencetus perbalahan !



Mereka bukan pemain, bukan pengurus dan mereka juga bukan Referee  yang  membuat keputusan kalah atau menang .. !



Tapi...mereka cuma "pakar" provokasi pembuat dan pereka …kenyataan! 

Mereka  sebahagian dari jutaan penonton yang emosi !mereka juga penagih sanjungan dan perhatian dari penonton... juga penyeri pentas perbalahan!!


        Mereka hanya dianggap dalang yang aktif dan agresif diluar gelangang sahaja!mereka juga bukan pakar perdamaian kehadiran mereka Cuma dianggap “badut” pencetus emosi perbalahan penonton !

Setiap kenyataan mereka sekadar untuk menjaga kedudukan semata-mata!...tidak lebih dari itu !! selebihnya pembohong !!


                                     [Foto:.....sekadar hiasan...]
Kehadiran dan kemunculan mereka diluar gelangang sekadar menganggu sesuatu perlawanan /memprovok permain dan sesekali memprovok dan mengganggu keputusan pengadil/referee seterusnya untuk mengalih perhatian penonton dalam isu mencari kebenaran !!



Mereka hadzir dalam berbagai gaya bentuk dan rupa penampilan untuk memprovok permainan dan pemain sekali gus untuk menarik perhatian penonton kepada aksi mereka kearah lebih sudu dari kuah !



Mereka bukan jahil !! mereka ada ilmu untuk bertarung !!mereka ada dalil dan hujah-hujah bernas dan padat dari aksi !! ...mereka cukup kuat/pekasa ! jaguh ! .... 

Tapi sayang mereka bukan “pemain” atau wrestler mereka hanya “badut” yang beraksi diluar gelangang .......mereka cuma dianggap pencetus perbalahan !!.... pakar provokasi murahan pada pemain dan penonton! perosak  dan pengacau !



Mereka tidak lain dan tidak bukan sekadar ulama pinggiran “politik longkang” yang bergelar atau mengelar diri mereka “ulama” mereka bijak!!!.... dan tidak jahil!!…tapi di "peralat" sebagai rujukan muktakir... pada mereka yang berkepentingan dan  pada yang sedang tersepit ..

Mereka ini sebenarnya “badut” atau pelawak yang dijadikan tirai menghiasi pentas politik kotor dan comot! pencetus perbalahan dan kontrovesi penonton.



Mereka beraksi sebagai jaguh dan pakar sekali gus menjadi referee dalam setiap perlawanan dan menjadi tempat rujukan mutakhir pada yang berkepentingan. ”badut” Politik yang rela diri mereka dijaja sebagai ulama jadian membuat keputusan dan kenyataan yang tidak memihak pada kebenaran ! sebenarnya mereka adalah pemburu “bisu” yang menanti “pujian” dan sanjungan yang bijak berhujah dan berdalil tetapi "dayus" untuk beraksi  cuma sekadar menjadi penonton dan pakar provokasi murahan  pencetus perbalahan diluar pentas !!

Dan akhir sekali mereka beraksi sebagai pengadil atau “ulama” tersohor mencabar keputusan dan kebenaran !!



Dimana maruah mereka sebagai orang yang bergelar atau menggelar diri mereka “ulama” atau cerdik pandai agama…jika kehadiran dan kemunculan mereka sekadar memprovok kearah perbalahan?

Dan akhir sekali mereka mempertontonkan kehajilan sesama sendiri melalui perbalahan dalam mencari kebenaran?

Sebenarnya mereka "dayus" dan lebih jahil dari rakyat...sebenarnya mereka  sedang diperalatkan oleh "cerdik pandai" yang berkepentingan "politik" sebagai accesories politik "longkang" untuk menghalal cara !!

wallahuallam !! 

Komentar :

ada 0 comments ke “Ulama Politik "pinggiran" beraksi di luar gelangang...........!1 kah..kah..kah..”

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.