Wednesday, May 8, 2013
Berhimpun lagi??? PR terus memburu isu dan Provokasi ..biarkan!!! kah..kah..kahh
Kegagalan PR mencipta provokasi dalam PRU13 kali ini amat mengecewakan pemimpin2 mereka.Pilihan Raya aman kali ini adalah satu kegagalan PR untuk mendapat simpati rakyat.
Apa pun PR tetap akan menjadi pemburu setia Provokasi murahan agar mereka mendapat perhatian Rakyat yang kian menolak mereka dalam PRu13 kali ini.Kekalahan PR di Kedah sudah cukup untuk membuktikan bahawa PR sudah mula di ketepikan oleh Rakyat.
Walaupun PR masih menguasai beberapa DUN dan Parlimen di Kedah .Tetapi hakikatnya PR gagal mengekalkan Negeri yang di tawan dengan cemerlang sebelum ini.
Kekalan di Perak juga memberi tamparan hebat pada PR walaupun mereka Yakin PRU13 kali ini..Perak berjaya di rampas kembali. dari BN.
Untuk menutup kelemahan PR yang tewas dibeberapa kawasan dan Negeri berikutan di tolak oleh majori Rakyat khusnya pengundi Melayu .PR terpaksa mencari fomula baru untuk mengalih perhatian Rakyat dengan melancarkan perhimpunan Suara Rakyat kononnya ini amalan biasa mereka walaupun perhimpunan ini mendapat bantahan pihak berkuasa.
Menghalang mereka dari berhimpun bererti "Berjayalah" agenda mereka untuk mempromosi dan menimbulkan Provokasi murahan pada Rakyat.
Jadi sebaik-baiknya pihak tertentu jangan menghalang agenda mereka yang hanya ingin mencari publisiti murahan melalui Provokasi tersebut.
Menghalang bererti kita menjayakan agenda mereka !!
Biarkan mereka berpesta asalkan tidak mengganggu gugat ketenteraman awam.
Biar rakyat menilai dan berfikir apa yang sedang pemimpin mereka lakukan selepas diberi mandat PRU13.
Mengalah dan membiarkan Si- luncai terjun dengan labu-labunya lebih baik dari kita menghalang...kerana ianya hanya akan memberi kemenagan dalam usaha mereka untuk mengujudkan Provokasi murahan untuk mengambil perhatian Rakyat.
Pecayalah tanpa halangan dan tegahan dari pihak berkuasa agenda mereka tidak mendapat sambutan yang diharapkan.Sebenarnya inilah senjata mereka melalui Provokasi agar ia akan menjadi perhatian Rakyat dan media mempromosi Politik mereka yang kian tenat dan penat !!
Sebenarnya inilah strategi ciptaan Anwar untuk mendapat liputan media dan simpati dari rakyat jika ada pihak cuba menghalang agenda yang akan menjana 1001 macam isu.
Biarkan Si luncai...terjun dengan labu-labunya..biarkan !! biarkan !! biarkann!!
Sebenarnya rakyat juga sudah letih dengan mainan politik jijik ini ....!!!
[clik]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Biarkan ....Manusia cuma merancang ALLAH SWT yang menentukan segalaNya... Ya Allah Ya Fatah , Ya Fatah Ya Alim
salam.Bro Anon 4.11PM. Ya jangan kita lupa ...mereka merangcang !! Allah juga merancang !!!Perancangan Allah lebih tepat dan pepat !!Insyaalah !!