Thursday, February 21, 2013
Adakah ini manusia yang dimaksudkan oleh Allahyarham Ust Fadzil Nor?
Daripada Abu Musa r.a. katanya:
Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi s.a.w..
Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah!. Yang seorang lagi juga berkata demikian.
Lalu baginda bersabda:“Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya”
Hadith tersebut menjelaskan satu kaedah yamg penting dalam perlantikan jawatan kepimpinan atau kuasa iaitu tidak boleh diberikan kuasa atau jawatan kepada yang memintanya atau tamakkannya.
Ini kerana jawatan di dalam Islam adalah amanah dan ianya diterima dengan tanggungjawab dan perasan takutkan Allah sedang mereka yang memintanya atau tamkkannya adalah tanda golongan yang merasai besarnya tanggungjawab di hadapan Allah.
Maka menjadi tanggungjawab ke atas sesiapa yang mempunyai kuasa menentu dan memilih untuk tidak memilih mereka yang tamakkan kuasa.
Umat Islam dilarang meminta-minta sebarang jawatan samada jawatan kerajaan, qadi dan sebagainya kecuali dalam keadaan terdesak.
Pengajaran dari Hadith.
Orang yang meminta jawatan atau bercita untuk mendapat jawatan tidak akan mendapat pertolongan daripada Allah serta tidak akan mendapat keberkatan daripada pekerjaan tersebut.
Orang yang meminta-minta jawatan besar biasanya ingin memenuhi kehendak nafsu dan berkemungkinan tidak dapat melaksanakan amanah tersebut dengan baik.
"...saya tidak akan meminta tetapi saya sentiasa bersedia"...!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Seorang penceramah Pas beri ceramah berapi kat Padang Serai katanya wakil rakyat UMNO duduk rumah besar/banglo.
Silap banyak tu.Dia tak tengok lagi rumah ADUN Pas kat Kg Ptg Durian yang jadi banglo tak sampai 4 tahun jadi YB.
Itulah cakap tak serupa bikin.
ceramah pas kat kilang lama pun dah tak ada modal lagi.
yang hebatnya pnuyalah puji dan bodek lim guang eng.
kembang lah jubok dia.....