Tuesday, October 6, 2009

TIPU DAYA SERTA PUTAR BELIT PAS- RENUNGAN UNTUK PENGUNDI-PENGUNDI BAGAN PINANG.






SETELAH MAT SABU MEMBUAT PENGUMUMAN “MENGGUGURKAN NEGARA ISLAM” DAN MENGANTIKAN DENGAN “NEGARA KEBAJIKAN” DALAM DASAR PERJUANGAN PAS HARI INI TELAH DISAMBUT BAIK OLEH SELURUH WARGA DAP TERUTAMA MP ,DAP DARI BUKIT MERAJAM YB CHONG ENG YANG SEJAK AWAL LAGI MENJELASKAN BUKAN “DASAR PARTI KAMI” MEMPERJUANGKAN NEGARA ISLAM.

LEBIH-LEBIH LAGI BILA KARPAL SINGH SECARA TEGAS TELAH MEMBERI AMARAN KERAS PADA PAS TENTANG DASAR DAP SEBELUM INI.

AKHIRNYA PAS TERPAKSA AKUR DENGAN PRINSIP PERJUANGAN DAP YANG TIDAK PERNAH BERGANJAK SELAMA INI UNTUK MEMBOLEH PAS KEKAL SEBARIS DALAM PERJUANGAN PAKATAN.

“ Salahuddin Ayub berkata, Pas tetap setia dan berjuang dengan DAP dan pakatan pembangkang meskipun parti itu tidak menghormati prinsip tertentu perjuangannya.”

Akhirnya dalam PRU12 yang lepas terbukti secara rasmi PAS mengantikan dasar perjuangan mereka dari “Negara Islam” kepada “Dasar Negara Kebajikan”, yang sebelum ini “Amal maaruf Nahi Mungkar” menjadi moto pada perjuagan politik PAS.

Benarkah seluruh ahli-ahli PAS termasuk penyokong menyedari hakikat bahawa PAS kini telah berubah dasar perjuagannya?

Andainya seluruh ahli-ahli PAS menyedari dan memahami mulai PRU12 dasar perjuagan PAS telah berubah samasekali setelah berkongsi kuasa bersama DAP.

Apakah mungkin ahli-ahli PAS masih mengharap sesuatu yang sudah hilang dari perjuagan mereka hari ini…

Rata-rata ahli belum menyedari hakikat dasar perjuangan serta prinsip PAS sebelum ini telah ditolak oleh DAP sebelum berkongsi kuasa dalam PRU12 yang lepas.

Kini rata-rata ahli belum terasa tertipu dengan situasi hari ini….

Tidak masakan ahli-ahli PAS masih bersuara,dan masih mengharap sesuatu dari PAS seperti dulu..

“PAS memerintah kedah dengan izin Allah.Sebelum memerintah kita selalu canangkan kita akan laksana Islam dalam segenap bidang.Kita bagi contoh Madinah yang rakyat majmuk berjaya melaksanakan Islam.Kita tegas kita mesti menegak maaruf dan menghapus mungkar.Hari ini rakyat khususnya ahli-ahli PAS hendak melihat benda ini berjalan.Setakat ini rata-rata ahli belum nampak dengan jelas akan hal ini.Dicadangkan kerajaan bentangkan perancangan atau kerangka(time Frame) kearah melaksanakan cita-cita tersebut dan disebarkan seluas mungkin".

(PAS KAWASAN JERLUN)


Apabila dasar perjuagan PAS telah ditukar dari “Negara Islam” ke Dasar perjuagan “Negara Kebajikan” atas prinsip dan syarat yang dipersetujui oleh DAP.

Maka tidak hairanlah “ahli-ahli belum nampak dengan jelas akan hal-hal dasar Negara Islam yang diperjuangkan PAS sebelum ini, sudah tiada lagi setelah mereka memenangi pilihan raya”.

Kerana dalam PRU 12 PAS melalui Sdr Mat Sabu sudah “Mengantikan” dasar perjuangan PAS sebelum ini.

Tanpa disedari seluruh ahli-ahli serta penyokong mereka sendiri,semata-mata patuh pada prinsip perjuangan DAP.

Namun seluruh ahli-ahli serta serta penyokong-penyokong PAS masih mengharap PAS hari ini dapat melaksana dasar perjuagan seperti yang diperjuangkan sebelum ini.

“Dulu sebelum memerintah kita selalu canangkan kita akan laksana Islam” (PAS KAWASAN JERLUN)

Itu dulu…!!

Hari ini jelas PAS tidak akan laksanakan dasar Islam lagi….terbukti bilamana Ir Nizar lilin telah menjelaskan;

“Dimanakah dalam mana-mana transkrip PAS yang menyatakan bahawa PAS nak laksanakan Negara Islam”?”Saya minta pandangan dan minta Jawapan?” “Dimanakah Transkrip PAS dalam memorandum ka? Dalam perlembagaan PAS sendiri ada menyatakan PAS nak Laksana Negara Islam?”
- Ir Nizar Jamaluddin Mantan MB PAS Perak.

Selain daripada itu Ulama Politik PAS sendiri Nik Aziz Nik Mat senada dengan penjelasan Ir Nizar lilin menafikan malah mencabar pihak DAP melihat dan meneliti dasar Perjuagan PAS itu sendiri.

"Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

“Sebelum memerintah kita selalu canangkan kita akan laksana Islam dalam segenap bidang.”

“Setakat ini rata-rata ahli belum nampak dengan jelas akan hal ini.”

“Kita tegas kita mesti menegak maaruf dan menghapus mungkar”

“Dicadangkan kerajaan bentangkan perancangan atau kerangka(time Frame) kearah melaksanakan cita-cita tersebut dan disebarkan seluas mungkin.”


“Ahli teras dari Dewan Ulama Pemuda Dewan Muslimat merupakan esset yang sangat penting bagi menentukan kelangsungan Parti.Tapi hakikatnya setelah PAS menang di Kedah ramai Ahli Teras rasa terpinggir kecewa dan teguran mereka kurang diambil perhatian dan mereka kurang dan tidak dilihat banyak program.Tapi kalau dibiarkan ahli teras kecewa siapa lagi yang diharapkan untuk membantu mempertahankan parti…dan perjuagan ini” [ DMPK/DMPNK]

Inilah hakikat dan padah yang diterima oleh ahli-ahli PAS sendiri setelah Pakatan PAS,DAP dan PKR memenangi pilihan raya.


Akhirnya segala kelohan,rintihan dan harapan untuk melihat PAS menegak amaal ma'ruf dan mencegak nahi mungkar tidak mendatangkan hasil yang diharapkan.

Hari ini sudah 2 tahun PAS mentadbir Kedah..mungkar masih berada ditahab sebelumnya.Dan Akhir sekali MB PAS Azizan Razak berdalih dan berhelah..untuk mencegah mungkar perlu mengambil kira kepentingan kaum-kaum lain,yang membantu kemenangan PAS dalam PRU12.

Dari penjelaan serta dalih Pemimpin PAS ini terbukti...dasar perjuangan PAS bukan lagi seperti sebelum mereka berpelok dan berdakap dengan kapiaq harbi.

Kerana segala Dasar Negara Islam sudah berubah ke dasar "Negara Kebajikan"

Tetapi malangnya seluruh penyokong serta pengampu-pengampu PAS hari belum menyedari tipu daya PAS dan DAP hari ini pada bangsa dan mengkianati perjuangan mereka.

Akhirnya rajuan demi rajuan,kelohan demi kelohan,harapan demi harapan hanya tinggal mimpi-mimpi kosong buat penyokong-penyokongnya saja...terutama di Kedah hari ini.


wassallam.apbs.

Monday, October 5, 2009

NEGARA "ISLE" APA LAGI YANG PAS ADA...???





ISLAM ATAU” ISLE” APA LAGI YANG PAS ADA DALAM PERJUANGAN MEREKA…SEDARKAH PAS HARI INI NEGARA “ISLE” ATAU ISLAM PERJUANGAN MEREKA TELAH GUGUR DI KAKI YB CHONG ENG MP DAP BUKIT MERTAYAM.

MAT SABU SUDAH MASUKKAN KEDALAM “LONG” (keranda) DAP…yang ada bersama politik PAS hari ini hanya sekutu mereka kapiaq harbi yang memperjuangkan “Negara Kebajikan” .

Islam apa lagi yang ada dalam perjuangan mereka.Kerana mereka juga sudah bertaraf kapiaq harbi seperti DAP.

Mungkin yang ada hanya kulitnya saja Islam setaraf Gobala yang kononnya bijak mencanang hukum allah ta’ala tetapi kekal menjunjung gaharu diatas kepala.

Hari ini selagi PAS berada dalam dakapan DAP berbincanglah dalam berapa segi mejanya pun ….bulat atau bujur…

”Hukum allah swt tetap sama”

“al-Quran tidak boleh diubah atau dipinda, maka manusia kufur cuba mencari jalan untuk mengubahnya dengan pelbagai cara dan menukar-nukarkan ayatnya jika memungkinkan mereka berbuat demikian”-Harun Din

Hari ini sudah jelas PAS bukan lagi sebuah Parti Islam.Berdasarkan ayat-ayat yang pernah dilafas oleh pemimpin mereka diataranya Hadi Awang pencipta amanat “DAJAL”.

PAS adalah sekelompok parti “Kapiaq Harbi” yang baru muncul bersama-sama DAP.

Ayat-ayat Allah swt tidak sama sekali boleh berubah… Haram tetap haram…Kapiaq tetap kapiaq dalam apa situasi sekali pun mengikut apa yang telah digaris dan ditetapkan oleh Allah swt kepada kita.

Jangan ada diatara kita cuba menidak hukum Allah Ta’ala…

“Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi pemimpin dengan meninggalkan orang-orang mukmin yang lain. Barangsiapa yang berbuat demikian, nescaya lepaslah ia dari pertolongan Allah…” surah Ali-Imran:ayat 28

Nah apakah kita masih ragu-ragu lagi status Pemimpin PAS hari ini.

Dan apakah layak pemimpin PAS hari ini menabik dada mereka masih bertaraf Islam seperti dulu.

Layakkah hari ini mereka memperkatakan tentang Islam pada kita…sedangkan diri mereka sudah berada setaraf kapiaq harbi….

Merekalah sebenarnya diantara golongan yang mendustakan ayat-ayat Allah swt pada bangsa hari ini.

“PAS dan DAP Selangor jumpa di meja bulat 7 Oktober
Harakahdaily
Mon | Oct 05, 09 | 2:47:16 pm MYT
SHAH ALAM, 5 Okt: PAS dan DAP Selangor akan mengadakan pertemuan meja bulat pada Rabu 7 Oktober ini, kata Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir dalam blognya.
Bagi beliau, pertemuan ini bakal menyaksikan suatu sejarah baru dalam politik PAS dan DAP Selangor pasca PRU12.
"Dalam sibuk media memainkan darihal keretakkan dalam PR hasil dari kononnya perbalahan antara PAS dan DAP, usaha jujur dibuat bagi meneguhkan ikatan kedua-dua parti ini sekaligus mengukuhkan kerajaan PR Selangor," tulis beliau."
Hubungan PAS dan DAP Selangor penuh warna warni sejak kebekangan ini dan sering mendapat sorotan utama media” hARAKah Daily.

Pemimpin-pemimpin PAS merasa penuh bangga dengan mengangap pertemuan serta berkongsi bersama kapiaq harbi menyaksikan kepada sekelian umat Islam sebagai satu sejarah mereka mencabar hukum Allah swt…..dan menyaksikan sejarah bertapa beraninya dajal-dajal ini menjadi kufur…

“Maka menjadi kafirlah mereka, kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir “Sesiapa yang redha dengan kufur maka dia menjadi kufur..” “PAS Mendakwa”.

"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

"Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

Jangalah menjadi orang yang munafik..

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian kafir, kemudian beriman pula, kemudian kafir lagi, kemudian bertambah kekafirannya, maka sekali-kali Allah tidak akan memberi ampunan kepada mereka, dan tidak pula menunjukkan kepada jalan yang lurus: surah An-Nisaa, ayat 137

Apakah kita juga masih berani seperti sekutu-sekutu kapiaq harbi ini menidakkan hukum Allah ta'ala yang digariskan pada kita....

Bahawa merekalah diantara musuh Allah yang paling nyata dalam bangsa kita.

"Mereka ini lebih merbahaya daripada kafir kerana mereka berselindung dibalik serban dan janggut, Mereka berhujjah menggunakan Al Quran
- Zulkifli Nordin.

MASIH ISLAM DAN BERSIH LAGI KAH PAS HARI INI?





“Soalnya ialah, adakah Umno masih memiliki calon yang bersih dikalangan barisan kepimpinan mereka kecuali saki baki ahli-ahli di peringkat akar umbi yang dijadikan kuda tunggangan mereka semata-mata.”hARAKah Daily.

Persoalan KITA sekarang pula.. yang harus pengundi-pengundi Melayu Islam teliti dan pasti hari ini, ialah masih bersihkah dasar perjuangan PAS itu sendiri hari ini.Apabila mereka berada sebaris dengan kapiaq harbi?

Hari ini PAS sudah setaraf kapiaq Harbi apakah PAS ingin menafikan dengan hukum ini!!

"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

“Persoalnya Umno masih memiliki calon yang bersih dikalangan barisan kepimpinan mereka tidak timbul lagi kerana sejak dulu lagi PAS telah labelkan pemimpin umno tidak pernah bersih.

Hari ini yang penting status Islam seluruh pemimpin PAS temasuk Nik Aziz dan Hadi Awang serta seluruh warga ust-ust serta alim ulama PAS sendiri berdasarkan hukum ulama diatas masih Islam lagikah mereka hari ini?

Yang sah selain berpeluk cium bersama DAP pemimpin mereka pula rela menjadi kuda tunggangan DAP atau kapiaq harbi hari ini.”

Masih Islam lagikah pemimpin Pas hari ini..atau sudah bertaraf munafik rakan karip DAP?

“Jika Isa Samad menjadi calon, ia bermakna Umno redha kepada calon korup”….hARAKah Daily.

Bagaimana pula jika orang Melayu terus memilih pimpinan Nik Aziz serta kuncu-kuncunya bermakna orang melayu Islam pula redha dibawah kepimpinan gulongan munafik yang bersekongkol pula dengan kapiaq harbi.

Hari ini sudah kah Hadi Awang membatalkan Amanat Dajalnya dan mengantikan dengan Amanat yang baru untuk mengekalkan status Islam mereka seperti dulu.

Atau Hadi Awang serta Nik Aziz reda berada dalam kelompok gulongan Munafik bersama-sama kapiaq Harbi asalkan mereka kekal berkuasa hari ini?

Hari ini parti tersebut cuba membesihkan Amanat Dajal Hadi Awang disebalik Negara Kebajikan ciptaan DAP untuk mengantikan Negara Islam yang PAS sendiri menolaknya.

Hari ini parti kapiaq harbi ini[PAS] juga tidak pernah sunyi menghadapi perbalahan sesame sendiri yang pasti diatas kebodohan ilmu yang tidak diamalkan membawa keuntungan pada DAP.

Butakah pemimpin PAS hari ini termasuk Nik Aziz dan Hadi Awang pencipta Amanat Dajal pada orang Melayu sebelum ini.

Di Dun Bagan Pinang hari ini Hadi Awang perlu menjelaskan pada pengundi-pengundi Melayu Islam bagaimana Status Islam pemimpin PAS hari ini termasuk dia sendiri?

Masih Islam atau sudah berstatus Kapiaq Harbi?

Hadi Awang juga harus mencipta Amanat Dajalnya satu lagi di PRK N31 agar penyokong-penyokong PAS kekal berada bersama perjuangan Kapiaq Harbi.

Agar Amanat DAJALnya kali ini tidak bertentangan dengan Hukum yang dikeluarkan oleh Dewan Ulama PAS Kelantan tempoh hari.

"Golongan ini dikenali sebagai golongan munafik, golongan yang nampak lahirnya macam Muslim.

Mereka berjanggut serban, mereka melabel diri mereka Islam, tetapi merekalah golongan gunting dalam lipatan, golongan yang sebenarnya menghancurkan Islam."

Mereka musuh dalam selimut, dan mereka ini lebih merbahaya daripada DAP kerana mereka berselindung dibalik serban dan janggut, Mereka berhujjah menggunakan Al Quran.

Mereka ini dila'nat ALLAH, dan tempat mereka didalam neraka wail, neraka yang paling bawah!

DARI N31-BAGAN PINANG.SELAMAT PENGANTIN BARU SIVAJI THE BOSS!





BAGAN PINANG MENYELAK ANTARA RIALITI DAN HAKIKAT YANG BELAKU DIKEDAH.

APA PUN KHABARNYA SUDAH BERLALU TAPI GMC RASA MASIH TIDAK TERLAMBAT UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT PENGANTIN BARU DAN TAHNIAH SERTA SYABAS PADA SIVAJI.

SEANDAINYA ANGIN SERTA BAYU YANG BERTIUB DI BAGAN PINANG BENAR-BENAR MENGGOYANGNYA DAUN NYOK TANPA DIUSIK OLEH FAKTOR SIAMANG DAN BEROK.

TAHNIAH SEKALI LAGI PADA SIVAJI…THE BOSS !

KERANA DALAM KESIBUKKAN KEMELUT POLITIK MELANDA KEDAH DENGAN BERBAGAI-BAGAI ISU PAKATAN REPUT .

SIVAJI MAMPU MENELAN AYAQ SAMBIL MENYELAM SEWAKTU RAKYAT LEMAS DAN RIMAS DENGAN PUTAQ BELIT SERTA TIPU DAYA SEGELINTIR PEMIMPIN SERTA EXCO PAS PADA RAKYAT.

SYABAS KEDAH MAJU BERSAMA PEMIMPIN PAS LA…SYABAS DAN TAHNIAH SIVAJI! CUMA HARAPAN RIBUT DAN PUTING BELIONG TIDAK BERKECAMUK PERIOK NASI….

RUPA-RUPANYA DISEBALIK RIBUT DALAM CAWAN KOPI .

DI BELAKANG OMBAK DAN GELOMBANG TSUNAMI TERSERGAM INDAH ISTANA BUNIAN YANG MUNCUL DAN TERBINA DICELAH-CELAH KEMELUT POLITIK DALIH DAN BERHELAH MENUTUP KEMUNGKARAN YANG BELAKU DISEBALIK LAUNGAN NEGARA KEBAJIKAN BERSAMA KAPIAQ HARBI.

HARI INI SIVAJI DAMAI BERSAMA BUNIAN DIDALAM ISTANA DIBELAKANG OMBAK DAN BADAI TSUNAMI PAKATAN KAPIAQ HARBI.

SEKARANG NI KERANA MATERIALISASI DAN LIBERALISASI DALAM HIDUP SEHARIAN KITA SEMAKIN SEBATI.

MAKA PERPADUAN UTUH YANG PERTAMA KALI BERLAKU MELAYU MENOLAK MALAYU DEMI KUASA DAN 3 TA MEMPERALATKAN AGAMA.

“HARTA,TAKTA DAN WANITA KATA ALAAHYARHAM PEGAWAI KHAS MB TERENGGANU 1990AN SATU KETIKA DULU.

ITULAH SEJARAH KESUDAHANNYA PERJUANGAN 3 TA.YANG KONONNYA DIBAWAH KEPIMPINAN ULAMA,PARTI MENGUASAI KERAJAAN BUNIAN DAN KONSEP AMAL JAMAI DAN SYURA DAPAT DISUBURKAN YANG AKAN MEMBAWA KEBERKATAN DALAM PEMERINTAHAN PAS DIKEDAH HARI INI.

APA PUN SYABAS DAN TAHNIAH PADA SIVAJI BERSAMA PERJUANGAN 3 TA.MOGA-MOGA BERKEKALAN HINGGA KE CUCU DAN PIOT ANDA…AMIN.

INIPULA SEJARAH HITAM BILA MASJID RUNTUH..BOTNYA KARAM DITENGAH LAUTAN..TAKDIR PULA MENJADI ALASAN..

BEGITULAH BIJAKNYA MEREKA MEMBERI ALASAN….DISAMPING BERLINDUNG DISEBALIK KENYATAAN.

“Sebahagian pemimpin-pemimpin PAS (tak lah semua, ada yang betul…….) yang melalak siang malam berceramah menipu orang-orang kampong, kononnya PAS memperjuangkan Islam, mempertahankan serta megangkat darjat agama Islam di Malaysia. Mereka ini adalah syaitan dan iblis yang menyerupai ulama untuk memperdaya umat Islam dalam Negara, ini dia satu lagi contoh manusia yang mempergunakan agama untuk kepentingan diri…..”

“Abdul Rashid Rahman, 59 tahun (tua dah rupanya) KETUA DEWAN ULAMA PAS PERLIS, yang telah bertindak zalim kepada isterinya Ustazah Siti Rosmala Mohamed, 37 tahun (gambar), seorang Ustazah di Sekolah Menengah Tunku Bendahara, Kodiang. Dakwaan Siti Rosmala dalam tuntutan fasakh di Mahkamah Rendah Syariah, Kangar, Perlis.” -YANGAMBI

SELAMAT PENGANTIN BARU…SIVAJI.

Sunday, October 4, 2009

HELAH PAS DISEBALIK EXPO KENALI KELANTAN. DI DUN N31,BAGAN PINANG.





“BAGAN PINANG, 4 Okt - Upacara perasmian Ekspo Kenali Kelantan yang berlangsung semalam di perkarangan rumah Pak Din, Bagan Pinang dirasmikan oleh YB Dato' Haji Ahmad bin Yaakob, Timbalan Menteri Besar Kelantan.”

“Ekspo bertemakan 'Kelantan Dinamik, Kelantan Progresif, Kelantan Harmoni' itu bermula dengan persembahan dikir barat dan disusuli persembahan multimedia Wanita Kelantan.”


“Tujuan ekspo ini adalah untuk memberi penjelasan bahawa kerajaan Kelantan bukanlah pembangkang sebaliknya adalah sebuah kerajaan untuk mentadbir negeri tersebut.”

“Memberitahu ekspo tersebut secara langsung dapat memberi penjelasan tentang kerajaan Kelantan yang memerintah negeri berlandaskan syariat Islam.”

"Ianya diharap dapat menghilangkan kekeliruan atau fitnah daripada kerajaan persekutuan terhadap pemerintahan PAS,"

Dapat memberi gambaran yang jelas tentang negeri Kelantan. Secara tidak langsung, masyarakat setempat khususnya penduduk di Bagan Pinang dapat mengenali negeri kelantan dengan lebih dekat lagi.

PERSOALANNYA APA YANG DINAMIK, APA YANG PRORESIF DAN APA YANG HARMONI?

PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS ATAU RAKYATNYA.


DIMANA KEJAYAAN SYARIAT ISLAM YANG DIMAKSUDKAN OLEH PAS?

DISEBALIK DIKIR BARAT YANG HANYA POPULAR DI KALANGAN RAKYATNYA SAJA?

ATAU DISEBALIK KEGIATAN EKONOMI KAUM HAWANYA…

ATAU HARMONI NYA DISEBALIK KUIL-KUIL YANG MENGHIASI BUMI SERAMBI MEKAH TERSEBUT.

RENUNG-RENUNGLAH DISEBALIK EXPO KENALI KELANTAN YANG TIDAK MENGAMBARKAN KEMAMPUAN PAS MENTADBIR NEGERI.

TETAPI MEMPUNYAI MOTIF DAN AGENDA DISEBALIKNYA.

Adakah EXPO tersebut untuk memberi gambaran itulah kejayaan PAS selama ini yang hanya mampu pengundi-pengundi Bagan Pinang N31 menilai tahap pencapaiannya.

Sistem dan budaya ekonomi serta social mereka masih berada didalam selimut budaya kedaerahan kono mereka.

Seandainya Kelantan benar-benar berada di tahap Dinamik,Proressif dan Harmoni dibawah kepimpinan ulama tersohor mereka.

BAGAN PINANG bukan tempatnya PAS mengadakan EXPO kenali Kelantan yang perasmiannya sekadar diperkarangan rumah penduduk atau penyokong mereka. Lebih-lebih lagi sewaktu kempin pilihan raya berlansung.

Tapi bila EXPO Kenali Kelantan berlansung di Bagan Pinang yang perasmiannyasekadar dibuat diperkarangan kediaman penduduk maka terselah motif dan agenda di sebalik EXPO tersebut semata-mata untuk memperdayakan pengundi-pengundi Bagan Pinang.

EXPO kenali Kelantan adalah taktik kotor PAS untuk mencari jalan mengubah taktik berkempin dengan pelbagai cara untuk memerangkap pengundi-pengundi agar tindakkan mereka menghalal cara yang telah digariskan dalam pra syarat berkempin.

Persoalannya mengapa tarikh pelancaran yang dibuat sekadar diperkarangan rumah penduduk bermula 3hb hari penamaan calun dan berakhir 10hb? sepanjang masa berkempin?

Jika EXPO Kenali Kelantan bukan bermotifkan Politik mengapa ia perlu ditamatkan 10 hari bulan mengapa tidak dilanjutkan sekurang-kurangnya sebulan atau 2 minggu.

Setidak-tidaknya dapat memberi keselesaan pada rakyat tempatan Bagan Pinang mengunjungi EXPO tersebut yang julung-julung kali dibuat seperti yang ditegaskan.

Lebih-lebih lagi kononnya ia mendapat sambutan yang amat memberangsangkan oleh penduduk tempatan dan pengunjung luar yang datang semata-mata untuk mengenali Kelantan melalui EXPO tersebut.

Atau apakah EXPO Kenali Kelantan yang berlangsung sempena Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang ini adalah semata-mata adalah satu taktik jahat PAS yang berciri-cirikan larangan Allah pada orang-orang yahudi dalam satu peristiwa seperti dibawah ini untuk mengaburi undang?


“Oleh kerana al-Quran tidak boleh diubah atau dipinda, maka manusia kufur cuba mencari jalan untuk mengubahnya dengan pelbagai cara dan menukar-nukarkan ayatnya jika memungkinkan mereka berbuat demikian”

“Sepertimana orang-orang Yahudi dahulu, apabila Allah SWT menurunkan at-Taurah kepada mereka, yang di dalamnya Allah melarang mereka menangkap ikan pada hari Sabtu.

Mereka mengikut perintah Allah dengan tidak menangkap ikan pada hari Sabtu, sebaliknya mereka menyelewengkan hukumnya dengan memasang jaring pada hari Sabtu dan mengumpulkan ikan ke dalam jaring.”

Keesokan harinya (hari Ahad), barulah mereka menangkap dan membawa ke darat, ikan-ikan yang sudah terperangkap di dalam jaring sejak hari Sabtu.

Itulah suatu helah jahat atau suatu penyelewengan disebalik EXPO Kenali Kelantan tajaan PAS yang berlansung 3hb dan berakhir 10hb di DUN Bagan Pinang.

Dimana tamatnya EXPO tersebut pada 11hb iaitu bersamaan hari pengundiannya.

RENUNG-RENUNGLAH APA YANG TERSIRAT DISEBALIK EXPO KENALI KELATAN YANG BERBAU POLITIK TERSEBUT PADA PENGUNDI BAGAN PINANG.

BAGAN PINANG BUKAN MILIK PEMBANGKANG.




Allah s.w.t mencipta lelaki dan wanita dengan fitrah kejadian berbeza sama ada daripada segi fizikal mahupun mental.

Hikmah kejadian ini adalah bersesuaian dengan tugas yang akan digalas oleh mereka di muka bumi ini.

Allah s.w.t mencipta lelaki sebagai makhluk yang melakukan tugas-tugas berat dan mencipta wanita sebagai pendamping dan pendidik.

Kedua-dua makhluk Allah ini saling memerlukan maka Allah s.w.t mensyariatkan nikah dan Allah meletakkan tugas dan tanggungjawab khas kepada suami dan tugas serta tanggungjawab khas kepada isteri.

Kedua-dua mereka perlu menjalankan peranan masing-masing supaya zuriat manusia yang seterusnya mendapat perhatian dan didikan yang cukup.

Kegagalan memahami hakikat ini telah membawa malapetaka yang besar kepada manusia. Lihat sahaja penggerak-penggerak Liberalisme dan Femanisme, mereka gagal memahami hakikat ini atau sengaja menjahiliahkan diri mereka berkenaan perkara ini.

Allah s.w.t berfirman:
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ

Maksudnya: kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. [al-Nisaa:34].

Dalam ayat ini, Allah s.w.t menjelaskan bahawa Dia menjadikan wanita dan lelaki dengan kelebihan tersendiri dan masing-masing ada kelebihan atas lainnya.

Sehebat mana seorang lelaki, tetapi dia tetap kalah kepada wanita yang bergelar ibu di mana dia diwajibkan untuk berbakti kepada wanita yang melahirkannya itu.

Melalui iklan promosi Expo kenali Kelantan yang diadakan di Bagan Pinang apa sebenarnya masage yang ingin PAS sampai pada pengundi-pengundi ?

Apa hasil pembanggunan yang ingin PAS canangkan dan tonjolkan pada pengundi-pengundi di N31?

Adakah melalui expo ini Pas ingin memperkenalkan sumber ekonominya dibawah pemerintahan PAS selama 20 tahun masih bergantung pada teknologi kuno?

Dan kegiatan ekonominya masih dikuasai dan dimonopoli oleh kaum-kaum hawa? Dan kelantan adalah negeri yang berada dibawah kepimpinan ulama dengan masjid sebagai mercu tandanya?

Dimana pembanggunan yang dapat melambangkan kejayaan PAS selama ini yang boleh dibanggakan oleh pengundi-pengundi telok kemang?

Dan apa pula sumbangan kerajaan PAS pada Rakyat dari segi ekonomi yang dapat membantu pencapaian rakyatnya selama ini?

Apakah EXPO kenali kelantan tersebut sekadar ingin menjelaskan PAS tidak perlu pada pembanggunan Fizikal? Dan sumber ekonomi rakyat masih bertaraf sara diri?

Maka tidak hairanlah dalam tinjauan rambang GMC di PRK di Bagan Pinang setakat hari ini ceramah-ceramah Pakatan pembangkang terutama PAS tidak begitu mendapat sambutan seperti di Negeri-negeri lain...ia lesu dan hambar...kemeriahannya mungkin dirasai oleh penyokong-penyokong luar saja yang bertaraf pelancung yang datang sekali sekala.

Kerana rata-rata yang GMC bertemu mereka bukan dikalangan penduduk tempatan...ini terbukti bila diajukan persoalan untuk mengetahui sesuatu distinasi...rata-rata yang ditemui mendakwa mereka bukan penduduk tempatan...walaupun gaya dan mirip mereka seolah-olah mereka rakyat tempatan kebanyakkan dari wilayah kelantan.

Dan apakah PRK Bagan Pinang tidak lebih dari pesta untuk seluruh warga pembangkang terutama PAS beriadah dan melancung bersama keluarga, selain menjadikan N31 sebagai medan pertunjukkan fesyen serta gaya penyokong-penyokong PAS beraksi dalam pilihan raya.

Bagan Pinang jauh bezanya dengan permatang Pasir dan manik urai...pengundinya lebih banyak yang terjaga dari terlena dibuai pembohongan dan tipu daya PAS hari ini.

wassallam.apbs.Kejayaan milik bangsa...insyaallah.

Thursday, October 1, 2009

PERISTIWA PERIGI YAHUDI -NIK AZIZ HARUS BERUNDUR






Kelebihan ilmu kepimpinan itu bukanlah bererti kita boleh mengambil kesempatan kepada masyarakat,rakyat atau penyokong yang taksup dengan kehebatan yang kita rasai,apabila kita mendapat sokongan padu dari sejumlah besar dari mereka hari ini.

Tetapi apa yang jelas seperti digambarkan, dalam sebuah peristiwa selepas Hijratul Rasul ke Madinah.

Masyarakat Islam ketika itu tidak mempunyai keperluan air untuk digunakan.

Pada ketika itu seorang Yahudi ada memilki sebuah perigi yang digunakan kesempatan tersebut dengan menjual air dari perigi yang dimilikinya.

Seorang sahabat iaitu Uthman, telah membeli perigi dengan hartanya dengan harga 12,000 dirham dengan syarat mereka bergilir menggunakannya.

Satu hari perigi itu hak Yahudi, dan satu hari lagi Hak Uthman.

Selepas itu pada hari giliran Uthman, semua orang akan mengambil air untuk keperluan dua hari.

Keadaan ini telah mengakibatkan Yahudi itu, merasa rugi kerana tidak ada orang lagi yang membeli air pada hari gilirannya.

Selepas itu Yahudi itu, menjual terus perigi itu kepada Uthman dengan tambahan 8,000 dirham.

Ini lah yang dimaksudkan ilmu dan kepimpinan, yang dapat memberi munafaat kepada Agama dan umatnya.

Kerana ilmu itu juga dapat mengatasi kebodohan diri dan dapat menigkatkan martabat Agama bukan merendahkan martabat agama dan umatnya.

Seperti yang dilaku oleh segelintir pemimpin PAS hari ini.

Hari ini jelas bila PAS merasa rugi diatas tindak tanduk Ibrahim ali yang memenangi pilihan raya diatas lambang PAS yang dipersetujui sebelum ini.

Mengapa pas harus mencabuli perjanjian yang telah dipersetujui sebelum ini dan mengarahkan supaya Ibrahim Ali berundur dari jawatan yang dimenangi?

Adakah diperingkat awal PAS merasai mereka mungkin dapat mengaut untung berlipat ganda melalui persetujuan membenarkan Ibrahim Ali bertanding diatas lambang mereka. Semata-mata untuk menang pilihan raya lalu mereka dapat mengekal berkuasa.

Tanpa memikirkan terlebih dahulu natijahnya dibelakang hari seperti permaufakatan PAS dan DAP hari ini?

Akhirnya bila PAS merasa tertipu atau kerugian memihak pada politik mereka dengan tindakkan Ibrahim Ali.

Lalu PAS mencabuli perjanjian tersebut dan meminta Ibrahim Ali agar menyerah Jawatan tersebut dan membatalkan segala perjanjian yang mereka setuju sebelum ini.

Serta mengungkit segala kebaikan yang telah diberi.

Disini terbukti menunjukkan ilmu yang dimiliki oleh PAS tidak selaras dengan nafsu untuk mentadbir.

Hingga membawa kepada kerugian di atas kebodohan serta sikap tamak haloba mereka sendiri.

Persoalannya mengapa diperingkat awal PAS bersetuju bekerjasama dengan Ibrahim Ali?…

Siapa Ibrahim Ali dan siapa PAS ?,

"Siapa tidak kenal Ibrahim Ali”.

Masing-masing sudah mengenali satu sama lain lebih-lebih lagi PAS yang kononnya pakar mengenali musuh Allah swt.

Begitu juga dengan DAP "Siapa tidak kenal Lim Kit Siang atau Karpal Singh?” yang pernah mencabar Islam.

Tetapi mengapa PAS masih sanggup lagi berkongsi kuasa dan sanggup pula bermusuh dengan bangsa sendiri.

Hari ini apa yang berlaku pada PAS melalui tindak tanduk Ibrahim Ali sebenarnya satu isyarat awal dari Allah swt yang paling berguna seharusnya ia menjadi iktibar serta pengajaran pada PAS.

Kerana sanggup berkongsi kuasa bersama kapiaq harbi yang lebih hebat tipu daya dan putaq belitnya berbanding Ibrahim Ali yang masih berpegang pada tali Allah.

Berbanding dengan Kalpal Singh dan Lim Kit Siang yang menjadi rakan kongsi PAS hari ini.
Sehingga PAS sanggup bermusuh dan mengkapiaq bangsa sendiri.

Bukankah Ujian dari Allah swt itu didatangi dalam berbagai cara samada melalui kemenangan maupun melalui kegagalan?

Mengapa PAS tidak dapat mengambilnya sebagai satu iktibar dari apa yang belaku itu adalah datangnya dari Allah swt yang digerakkan melalui tingkah Ibrahim Ali.

Mengapa Nik Aziz serta penyokong serta pengampunya begitu jahil untuk mentafsir sesuatu yang datang dari Allah swt tersebut adalah satu ujian .

Disebaliknya terdapat hikmah dan isi pengajaran yang ternilai dan cukup berguna untuk dijadikan pengajaran dan panduan serta pedoman pada PAS.

Tetapi sebaliknya para penyokong dan para pengampu yang bangang yang jahil setaraf kaldai terus melatah dan menyerang tindakan Ibrahim Ali tersebut.

Sebenarnya puakpuak pengampu bahlol tersebut mengambil kesempatan menangguk diair keroh dari isu Ibrahim Ali menyokong kebodohan dari tindakkan Mursyidul mereka.

Kononnya taksup pada ilmu yang ada pada Nik Aziz…
Lalu berbagai tuduhan dan lemparan kesat terhadap tindakannya ibrahim Ali pada Nik Aziz.

Adakah ini menunjukkan ilmu yang mereka miliki dapat membimbing mereka?

Atau Nafsu membimbing ilmu yang tidak seberapa yang ada pada mereka lalu membela membabi buta?

Sedarkah Nik Aziz yang bertaraf Ulama Politik pengampu-pengampu tersebut hanya bertaraf sokong yang akan membawa rebah?.

Apa yang berlaku itu adalah isyarat awal dari Allah terhadap tindak tanduk PAS selama ini dalam memutar belit hukum serta keangkuhan Nik Aziz sendiri.

"Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

Akhirnya dari kenyataan Nik Aziz diatas melalui tindakan Ibrahim Ali .

Terbukti dan terserlah lah nafsu memerintah yang ada pada Nik Aziz tidak selaras dengan ilmu agama yang dimilikinya selama ini.

Lalu PAS mencabuli perjanjian yang telah dipersetujui sebelum ini dengan mengarah Ibrahim Ali menyerahkan kembali ‘perigi’ yang sudah dibeli dengan syarat yang telah dipersetujui sebelum ini.

Sepatutnya Nik Aziz lah yang perlu mengundur diri…ATAU melepas jawatan hari ini.

Jualkan saja..PAS pada Ibrahim Ali !!!


Kerana Nik Aziz telah gagal memunafaatkan kemenangan PAS yang Allah berikan selama 20 tahun pada Agama dan seluruh umat Islam HARI INI.

Khususnya rakyat Islam dibumi Kelantan amnya .

Hari ini Nik Aziz hanya membawa kebaikan pada segelintir umat yang cenderung memihak pada politik dan pengaruhnya saja.

Tetapi dengan ilmu agama yang di miliki Nik Aziz terbukti sudah gagal mendatangkan munafaat pada sekelian Umat dan Agama Islam itu sendiri.

Hari ini terbukti umat Islam telah berpecah belah gara-gara Amanat “Dajal” dan kegagalan ilmu Agama Nik Aziz untuk memunafaatkannya pada umat seluruhnya.

Sepatutnya Nik Aziz lebih arif untuk memunafaatkan ilmu Agamanya untuk kepentingan seluruh umat Islam bukan setakat segelintir pengikutnya dibumi Kelantan saja.

Atau setakat untuk menyatukan penyokong-penyokong PAS yang taksup padanya melalui kelab mereka.

Sebagai ulama politik Nik Aziz perlu bertanggung jawab sepenuh menjaga kebajikan seluruh umat Islam.Bukan memecah belah perpaduan yang sedia ada.

Bukan pula membezakan fahaman politik yang jumud dan jijik itu.

Dan ukan pula setakat untuk mengklasifikasikan umat…kapiaq atau sebaliknya.

Itu bukan tugas atau portfolio yang Allah swt tugaskan pada Nik Aziz untuk menghukum.

Hari ini Nik Aziz seoah-olah hilang pertimbangan dan celaru tugasnya sebagai ulama Politik yang kononya “ulama pewaris Nabi-Nabi a.s” apabila gagal membezakan diantara tugasannya dan kuasa Allah swt.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.