Sunday, October 4, 2009

HELAH PAS DISEBALIK EXPO KENALI KELANTAN. DI DUN N31,BAGAN PINANG.





“BAGAN PINANG, 4 Okt - Upacara perasmian Ekspo Kenali Kelantan yang berlangsung semalam di perkarangan rumah Pak Din, Bagan Pinang dirasmikan oleh YB Dato' Haji Ahmad bin Yaakob, Timbalan Menteri Besar Kelantan.”

“Ekspo bertemakan 'Kelantan Dinamik, Kelantan Progresif, Kelantan Harmoni' itu bermula dengan persembahan dikir barat dan disusuli persembahan multimedia Wanita Kelantan.”


“Tujuan ekspo ini adalah untuk memberi penjelasan bahawa kerajaan Kelantan bukanlah pembangkang sebaliknya adalah sebuah kerajaan untuk mentadbir negeri tersebut.”

“Memberitahu ekspo tersebut secara langsung dapat memberi penjelasan tentang kerajaan Kelantan yang memerintah negeri berlandaskan syariat Islam.”

"Ianya diharap dapat menghilangkan kekeliruan atau fitnah daripada kerajaan persekutuan terhadap pemerintahan PAS,"

Dapat memberi gambaran yang jelas tentang negeri Kelantan. Secara tidak langsung, masyarakat setempat khususnya penduduk di Bagan Pinang dapat mengenali negeri kelantan dengan lebih dekat lagi.

PERSOALANNYA APA YANG DINAMIK, APA YANG PRORESIF DAN APA YANG HARMONI?

PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS ATAU RAKYATNYA.


DIMANA KEJAYAAN SYARIAT ISLAM YANG DIMAKSUDKAN OLEH PAS?

DISEBALIK DIKIR BARAT YANG HANYA POPULAR DI KALANGAN RAKYATNYA SAJA?

ATAU DISEBALIK KEGIATAN EKONOMI KAUM HAWANYA…

ATAU HARMONI NYA DISEBALIK KUIL-KUIL YANG MENGHIASI BUMI SERAMBI MEKAH TERSEBUT.

RENUNG-RENUNGLAH DISEBALIK EXPO KENALI KELANTAN YANG TIDAK MENGAMBARKAN KEMAMPUAN PAS MENTADBIR NEGERI.

TETAPI MEMPUNYAI MOTIF DAN AGENDA DISEBALIKNYA.

Adakah EXPO tersebut untuk memberi gambaran itulah kejayaan PAS selama ini yang hanya mampu pengundi-pengundi Bagan Pinang N31 menilai tahap pencapaiannya.

Sistem dan budaya ekonomi serta social mereka masih berada didalam selimut budaya kedaerahan kono mereka.

Seandainya Kelantan benar-benar berada di tahap Dinamik,Proressif dan Harmoni dibawah kepimpinan ulama tersohor mereka.

BAGAN PINANG bukan tempatnya PAS mengadakan EXPO kenali Kelantan yang perasmiannya sekadar diperkarangan rumah penduduk atau penyokong mereka. Lebih-lebih lagi sewaktu kempin pilihan raya berlansung.

Tapi bila EXPO Kenali Kelantan berlansung di Bagan Pinang yang perasmiannyasekadar dibuat diperkarangan kediaman penduduk maka terselah motif dan agenda di sebalik EXPO tersebut semata-mata untuk memperdayakan pengundi-pengundi Bagan Pinang.

EXPO kenali Kelantan adalah taktik kotor PAS untuk mencari jalan mengubah taktik berkempin dengan pelbagai cara untuk memerangkap pengundi-pengundi agar tindakkan mereka menghalal cara yang telah digariskan dalam pra syarat berkempin.

Persoalannya mengapa tarikh pelancaran yang dibuat sekadar diperkarangan rumah penduduk bermula 3hb hari penamaan calun dan berakhir 10hb? sepanjang masa berkempin?

Jika EXPO Kenali Kelantan bukan bermotifkan Politik mengapa ia perlu ditamatkan 10 hari bulan mengapa tidak dilanjutkan sekurang-kurangnya sebulan atau 2 minggu.

Setidak-tidaknya dapat memberi keselesaan pada rakyat tempatan Bagan Pinang mengunjungi EXPO tersebut yang julung-julung kali dibuat seperti yang ditegaskan.

Lebih-lebih lagi kononnya ia mendapat sambutan yang amat memberangsangkan oleh penduduk tempatan dan pengunjung luar yang datang semata-mata untuk mengenali Kelantan melalui EXPO tersebut.

Atau apakah EXPO Kenali Kelantan yang berlangsung sempena Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang ini adalah semata-mata adalah satu taktik jahat PAS yang berciri-cirikan larangan Allah pada orang-orang yahudi dalam satu peristiwa seperti dibawah ini untuk mengaburi undang?


“Oleh kerana al-Quran tidak boleh diubah atau dipinda, maka manusia kufur cuba mencari jalan untuk mengubahnya dengan pelbagai cara dan menukar-nukarkan ayatnya jika memungkinkan mereka berbuat demikian”

“Sepertimana orang-orang Yahudi dahulu, apabila Allah SWT menurunkan at-Taurah kepada mereka, yang di dalamnya Allah melarang mereka menangkap ikan pada hari Sabtu.

Mereka mengikut perintah Allah dengan tidak menangkap ikan pada hari Sabtu, sebaliknya mereka menyelewengkan hukumnya dengan memasang jaring pada hari Sabtu dan mengumpulkan ikan ke dalam jaring.”

Keesokan harinya (hari Ahad), barulah mereka menangkap dan membawa ke darat, ikan-ikan yang sudah terperangkap di dalam jaring sejak hari Sabtu.

Itulah suatu helah jahat atau suatu penyelewengan disebalik EXPO Kenali Kelantan tajaan PAS yang berlansung 3hb dan berakhir 10hb di DUN Bagan Pinang.

Dimana tamatnya EXPO tersebut pada 11hb iaitu bersamaan hari pengundiannya.

RENUNG-RENUNGLAH APA YANG TERSIRAT DISEBALIK EXPO KENALI KELATAN YANG BERBAU POLITIK TERSEBUT PADA PENGUNDI BAGAN PINANG.

BAGAN PINANG BUKAN MILIK PEMBANGKANG.




Allah s.w.t mencipta lelaki dan wanita dengan fitrah kejadian berbeza sama ada daripada segi fizikal mahupun mental.

Hikmah kejadian ini adalah bersesuaian dengan tugas yang akan digalas oleh mereka di muka bumi ini.

Allah s.w.t mencipta lelaki sebagai makhluk yang melakukan tugas-tugas berat dan mencipta wanita sebagai pendamping dan pendidik.

Kedua-dua makhluk Allah ini saling memerlukan maka Allah s.w.t mensyariatkan nikah dan Allah meletakkan tugas dan tanggungjawab khas kepada suami dan tugas serta tanggungjawab khas kepada isteri.

Kedua-dua mereka perlu menjalankan peranan masing-masing supaya zuriat manusia yang seterusnya mendapat perhatian dan didikan yang cukup.

Kegagalan memahami hakikat ini telah membawa malapetaka yang besar kepada manusia. Lihat sahaja penggerak-penggerak Liberalisme dan Femanisme, mereka gagal memahami hakikat ini atau sengaja menjahiliahkan diri mereka berkenaan perkara ini.

Allah s.w.t berfirman:
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ

Maksudnya: kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. [al-Nisaa:34].

Dalam ayat ini, Allah s.w.t menjelaskan bahawa Dia menjadikan wanita dan lelaki dengan kelebihan tersendiri dan masing-masing ada kelebihan atas lainnya.

Sehebat mana seorang lelaki, tetapi dia tetap kalah kepada wanita yang bergelar ibu di mana dia diwajibkan untuk berbakti kepada wanita yang melahirkannya itu.

Melalui iklan promosi Expo kenali Kelantan yang diadakan di Bagan Pinang apa sebenarnya masage yang ingin PAS sampai pada pengundi-pengundi ?

Apa hasil pembanggunan yang ingin PAS canangkan dan tonjolkan pada pengundi-pengundi di N31?

Adakah melalui expo ini Pas ingin memperkenalkan sumber ekonominya dibawah pemerintahan PAS selama 20 tahun masih bergantung pada teknologi kuno?

Dan kegiatan ekonominya masih dikuasai dan dimonopoli oleh kaum-kaum hawa? Dan kelantan adalah negeri yang berada dibawah kepimpinan ulama dengan masjid sebagai mercu tandanya?

Dimana pembanggunan yang dapat melambangkan kejayaan PAS selama ini yang boleh dibanggakan oleh pengundi-pengundi telok kemang?

Dan apa pula sumbangan kerajaan PAS pada Rakyat dari segi ekonomi yang dapat membantu pencapaian rakyatnya selama ini?

Apakah EXPO kenali kelantan tersebut sekadar ingin menjelaskan PAS tidak perlu pada pembanggunan Fizikal? Dan sumber ekonomi rakyat masih bertaraf sara diri?

Maka tidak hairanlah dalam tinjauan rambang GMC di PRK di Bagan Pinang setakat hari ini ceramah-ceramah Pakatan pembangkang terutama PAS tidak begitu mendapat sambutan seperti di Negeri-negeri lain...ia lesu dan hambar...kemeriahannya mungkin dirasai oleh penyokong-penyokong luar saja yang bertaraf pelancung yang datang sekali sekala.

Kerana rata-rata yang GMC bertemu mereka bukan dikalangan penduduk tempatan...ini terbukti bila diajukan persoalan untuk mengetahui sesuatu distinasi...rata-rata yang ditemui mendakwa mereka bukan penduduk tempatan...walaupun gaya dan mirip mereka seolah-olah mereka rakyat tempatan kebanyakkan dari wilayah kelantan.

Dan apakah PRK Bagan Pinang tidak lebih dari pesta untuk seluruh warga pembangkang terutama PAS beriadah dan melancung bersama keluarga, selain menjadikan N31 sebagai medan pertunjukkan fesyen serta gaya penyokong-penyokong PAS beraksi dalam pilihan raya.

Bagan Pinang jauh bezanya dengan permatang Pasir dan manik urai...pengundinya lebih banyak yang terjaga dari terlena dibuai pembohongan dan tipu daya PAS hari ini.

wassallam.apbs.Kejayaan milik bangsa...insyaallah.

Thursday, October 1, 2009

PERISTIWA PERIGI YAHUDI -NIK AZIZ HARUS BERUNDUR






Kelebihan ilmu kepimpinan itu bukanlah bererti kita boleh mengambil kesempatan kepada masyarakat,rakyat atau penyokong yang taksup dengan kehebatan yang kita rasai,apabila kita mendapat sokongan padu dari sejumlah besar dari mereka hari ini.

Tetapi apa yang jelas seperti digambarkan, dalam sebuah peristiwa selepas Hijratul Rasul ke Madinah.

Masyarakat Islam ketika itu tidak mempunyai keperluan air untuk digunakan.

Pada ketika itu seorang Yahudi ada memilki sebuah perigi yang digunakan kesempatan tersebut dengan menjual air dari perigi yang dimilikinya.

Seorang sahabat iaitu Uthman, telah membeli perigi dengan hartanya dengan harga 12,000 dirham dengan syarat mereka bergilir menggunakannya.

Satu hari perigi itu hak Yahudi, dan satu hari lagi Hak Uthman.

Selepas itu pada hari giliran Uthman, semua orang akan mengambil air untuk keperluan dua hari.

Keadaan ini telah mengakibatkan Yahudi itu, merasa rugi kerana tidak ada orang lagi yang membeli air pada hari gilirannya.

Selepas itu Yahudi itu, menjual terus perigi itu kepada Uthman dengan tambahan 8,000 dirham.

Ini lah yang dimaksudkan ilmu dan kepimpinan, yang dapat memberi munafaat kepada Agama dan umatnya.

Kerana ilmu itu juga dapat mengatasi kebodohan diri dan dapat menigkatkan martabat Agama bukan merendahkan martabat agama dan umatnya.

Seperti yang dilaku oleh segelintir pemimpin PAS hari ini.

Hari ini jelas bila PAS merasa rugi diatas tindak tanduk Ibrahim ali yang memenangi pilihan raya diatas lambang PAS yang dipersetujui sebelum ini.

Mengapa pas harus mencabuli perjanjian yang telah dipersetujui sebelum ini dan mengarahkan supaya Ibrahim Ali berundur dari jawatan yang dimenangi?

Adakah diperingkat awal PAS merasai mereka mungkin dapat mengaut untung berlipat ganda melalui persetujuan membenarkan Ibrahim Ali bertanding diatas lambang mereka. Semata-mata untuk menang pilihan raya lalu mereka dapat mengekal berkuasa.

Tanpa memikirkan terlebih dahulu natijahnya dibelakang hari seperti permaufakatan PAS dan DAP hari ini?

Akhirnya bila PAS merasa tertipu atau kerugian memihak pada politik mereka dengan tindakkan Ibrahim Ali.

Lalu PAS mencabuli perjanjian tersebut dan meminta Ibrahim Ali agar menyerah Jawatan tersebut dan membatalkan segala perjanjian yang mereka setuju sebelum ini.

Serta mengungkit segala kebaikan yang telah diberi.

Disini terbukti menunjukkan ilmu yang dimiliki oleh PAS tidak selaras dengan nafsu untuk mentadbir.

Hingga membawa kepada kerugian di atas kebodohan serta sikap tamak haloba mereka sendiri.

Persoalannya mengapa diperingkat awal PAS bersetuju bekerjasama dengan Ibrahim Ali?…

Siapa Ibrahim Ali dan siapa PAS ?,

"Siapa tidak kenal Ibrahim Ali”.

Masing-masing sudah mengenali satu sama lain lebih-lebih lagi PAS yang kononnya pakar mengenali musuh Allah swt.

Begitu juga dengan DAP "Siapa tidak kenal Lim Kit Siang atau Karpal Singh?” yang pernah mencabar Islam.

Tetapi mengapa PAS masih sanggup lagi berkongsi kuasa dan sanggup pula bermusuh dengan bangsa sendiri.

Hari ini apa yang berlaku pada PAS melalui tindak tanduk Ibrahim Ali sebenarnya satu isyarat awal dari Allah swt yang paling berguna seharusnya ia menjadi iktibar serta pengajaran pada PAS.

Kerana sanggup berkongsi kuasa bersama kapiaq harbi yang lebih hebat tipu daya dan putaq belitnya berbanding Ibrahim Ali yang masih berpegang pada tali Allah.

Berbanding dengan Kalpal Singh dan Lim Kit Siang yang menjadi rakan kongsi PAS hari ini.
Sehingga PAS sanggup bermusuh dan mengkapiaq bangsa sendiri.

Bukankah Ujian dari Allah swt itu didatangi dalam berbagai cara samada melalui kemenangan maupun melalui kegagalan?

Mengapa PAS tidak dapat mengambilnya sebagai satu iktibar dari apa yang belaku itu adalah datangnya dari Allah swt yang digerakkan melalui tingkah Ibrahim Ali.

Mengapa Nik Aziz serta penyokong serta pengampunya begitu jahil untuk mentafsir sesuatu yang datang dari Allah swt tersebut adalah satu ujian .

Disebaliknya terdapat hikmah dan isi pengajaran yang ternilai dan cukup berguna untuk dijadikan pengajaran dan panduan serta pedoman pada PAS.

Tetapi sebaliknya para penyokong dan para pengampu yang bangang yang jahil setaraf kaldai terus melatah dan menyerang tindakan Ibrahim Ali tersebut.

Sebenarnya puakpuak pengampu bahlol tersebut mengambil kesempatan menangguk diair keroh dari isu Ibrahim Ali menyokong kebodohan dari tindakkan Mursyidul mereka.

Kononnya taksup pada ilmu yang ada pada Nik Aziz…
Lalu berbagai tuduhan dan lemparan kesat terhadap tindakannya ibrahim Ali pada Nik Aziz.

Adakah ini menunjukkan ilmu yang mereka miliki dapat membimbing mereka?

Atau Nafsu membimbing ilmu yang tidak seberapa yang ada pada mereka lalu membela membabi buta?

Sedarkah Nik Aziz yang bertaraf Ulama Politik pengampu-pengampu tersebut hanya bertaraf sokong yang akan membawa rebah?.

Apa yang berlaku itu adalah isyarat awal dari Allah terhadap tindak tanduk PAS selama ini dalam memutar belit hukum serta keangkuhan Nik Aziz sendiri.

"Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

Akhirnya dari kenyataan Nik Aziz diatas melalui tindakan Ibrahim Ali .

Terbukti dan terserlah lah nafsu memerintah yang ada pada Nik Aziz tidak selaras dengan ilmu agama yang dimilikinya selama ini.

Lalu PAS mencabuli perjanjian yang telah dipersetujui sebelum ini dengan mengarah Ibrahim Ali menyerahkan kembali ‘perigi’ yang sudah dibeli dengan syarat yang telah dipersetujui sebelum ini.

Sepatutnya Nik Aziz lah yang perlu mengundur diri…ATAU melepas jawatan hari ini.

Jualkan saja..PAS pada Ibrahim Ali !!!


Kerana Nik Aziz telah gagal memunafaatkan kemenangan PAS yang Allah berikan selama 20 tahun pada Agama dan seluruh umat Islam HARI INI.

Khususnya rakyat Islam dibumi Kelantan amnya .

Hari ini Nik Aziz hanya membawa kebaikan pada segelintir umat yang cenderung memihak pada politik dan pengaruhnya saja.

Tetapi dengan ilmu agama yang di miliki Nik Aziz terbukti sudah gagal mendatangkan munafaat pada sekelian Umat dan Agama Islam itu sendiri.

Hari ini terbukti umat Islam telah berpecah belah gara-gara Amanat “Dajal” dan kegagalan ilmu Agama Nik Aziz untuk memunafaatkannya pada umat seluruhnya.

Sepatutnya Nik Aziz lebih arif untuk memunafaatkan ilmu Agamanya untuk kepentingan seluruh umat Islam bukan setakat segelintir pengikutnya dibumi Kelantan saja.

Atau setakat untuk menyatukan penyokong-penyokong PAS yang taksup padanya melalui kelab mereka.

Sebagai ulama politik Nik Aziz perlu bertanggung jawab sepenuh menjaga kebajikan seluruh umat Islam.Bukan memecah belah perpaduan yang sedia ada.

Bukan pula membezakan fahaman politik yang jumud dan jijik itu.

Dan ukan pula setakat untuk mengklasifikasikan umat…kapiaq atau sebaliknya.

Itu bukan tugas atau portfolio yang Allah swt tugaskan pada Nik Aziz untuk menghukum.

Hari ini Nik Aziz seoah-olah hilang pertimbangan dan celaru tugasnya sebagai ulama Politik yang kononya “ulama pewaris Nabi-Nabi a.s” apabila gagal membezakan diantara tugasannya dan kuasa Allah swt.

Tuesday, September 29, 2009

BILA GOLONGAN MUNAFIK BERJAJI PADA BANGSA SYAITAN DAN IBLIS PUN KETAWA.






Persoalannya apa sebenarnya prinsip perjuangan PAS selama ini..?

Jika berkaitan dengan akidah, apa pula yang segelintir pemimpin PAS lakukan dalam upaca pengkebumian Teoh Beng Hock tersebut?

Apa sebenarnya yang telah PAS janjikan dan tepati janjinya selama ini pada orang melayu khususnya orang Islam di Bumi Malaysia ini sejak 52 tahun berjuang.

Dan hari ini mereka berjuang bersama kapiaq harbi setelah menipu bangsa dan permainkan hukum Allah ta’ala sekian lama.?

Perjuangan menegak Negara Islam? Terbukti Pas sendiri yang mengugurkanya kerana kapiaq harbi iaitu DAP.

Untuk menegak hukum Allah swt ?- Pas sendiri yang menolak hukum kerana pengundi cina dan india menyokong politik mereka,dari kenyataan Azizan Razak MB Kedah sendiri.

Patuh amanat “DAJAL” Hadi ?- Pas yang mengkianatinya sendiri bila berpelok dengan kapiaq harbi?

Perjuangan menegak akidah ? Pas juga sama-sama bersekongkol mengikut upaca pegkebumian bangkai sekutu mereka?

Patuh dan beramal dengan ayat-ayat Allah ? Terbukti pengajaran dalam surah al-baqarah hari ini PAS sendiri menolak dari terus beramal dengan larangannya dan hari ini berdakap dan bercium dengan kapiaq harbi.

Menjalin hubungan sesame Islam ? Terbukti retorik dan tipu daya PAS semata-mata selama ini mengalah yahudi laknatullah yang bijak bermuka-muka dengan hukum allah ta’ala.

Menghukum mengikut hukum Allah swt ?…ini sudah jelas pembohongan PAS semata-mata.Terbukti mereka menghukum sekutu-sekutu politik mereka, semata bila jika segala tindakkan bertentangan dengan amanat politik mereka saja.

“Gesa agar Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali melepaskan jawatan ekoran tindak-tanduknya yang semakin bertentangan dengan parti itu”- Nik Aziz Nik Mat.

“Saranan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Ibrahim meletak jawatan kerana telah mengkhianati amanah rakyat”- Nik Aziz Nik Mat.

Lepaskan jawatan Adunnya selepas keluar dari PKR menjadi Adun bebas.”
“Ini kerana, mereka mengundi Radzhi kerana dia bertanding atas tiket PKR bukannya bebas apatah lagi menjadi alat kepada Barisan Nasional (BN) pula.”

Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan mendesak Radzhi supaya melepaskan jawatan…” – Azizan Razak HARAKAH DAILY.

Apakah manusia-manusia “dajal” ini lebih mendaulatkan hukum dan peraturan yang Allah swt yang telah tetapkan atau mereka lebih cenderung menghukum berdasarkan pada tindakkan yang bertentangan dengan kepentingan amanat politik mereka?
Apakah sepsis pemimpin-pemimpin PAS ini bukan terdiri dari..
“golongan munafik, golongan yang nampak lahirnya macam Muslim. Mereka berjanggut serban, mereka melabel diri mereka Islam, tetapi merekalah golongan gunting dalam lipatan, golongan yang sebenarnya menghancurkan Islam. Mereka musuh dalam selimut, dan mereka ini lebih merbahaya daripada kafir kerana mereka berselindung dibalik serban dan janggut, Mereka berhujjah menggunakan Al Quran. Mereka ini dila'nat ALLAH, dan tempat mereka didalam neraka wail, neraka yang paling bawah”

- Zulkifli Nordin.


Dengan siapa mereka berjanji? Adakah mereka tepati segala janji mereka pada Allah swt ataupun pada bangsa hari ini..

“Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.
- Hadi Awang

Bagaimana dengan amalan segelintir mereka meraikan majlis pengkebumian Teoh Beng Hock berdasarkan sabda nabi dibawah ini?

Perbuatan menyertai perayaan mereka membawa kepada menyerupai mereka. Menyerupa orang kafir adalah dicela berdasarkan hadis yang dirawayatkan oleh Abu Daud bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
من تشبه بقوم فهو منهم

Ertinya: Sesiapa yang menyerupai satu kaum, maka dia adalah daripada kaum tersebut.

Adakah Mursyidul Amnya ada mengeluar sebarang kenyataan berhubung tindakkan pemimpin-pemimpin PAS yang bertentangan dengan akidah islam?

"Tetapi sebalinya “manusia kufur cuba mencari jalan untuk mengubahnya dengan pelbagai cara dan menukar-nukarkan ayatnya jika memungkinkan mereka berbuat demikian”
- Ust Harun Din.

CAWANGAN PKR PADANG SERAI SUDAH TUTUP KEDAI.








Sudah terang lagi bersuluh…sah ROC terima pembubaran Cawangan PKR Padang Serai yang menjadi kubu selut PKR di kedah selama ini.

Setakat ini maklumat yang diterima dari sumber yang boleh diakui kebenarannya .

Sudah Sah Cawangan PKR Padang Serai telah menerima surat Pembubaran cawangan dari ROC.

Ini bermakna PKR Padang Serai telah berkubur dan hancur allhamdulillah ..selain daripada itu terdengar desas derus ahli-ahli PKR juga sudah mula meninggalkan perjuangan yang kian reput dan karam itu secara diam-diam.

Selain daripada MP Pdg Serai juga sudah dinasihatkan oleh penasihat 25% supaya kosongkan kerusi ekoran babak lakunannya di Permatang pasir menampar pihak berkuasa mungkin menerima padah dan natijahnya.

Persoalannya mampukah Pakatan reput ini mengekal kuasanya bersama-sama sekutu mereka dibumi Lunas.

Kerana luka dan calar pada rakyat bumi Lunas khususnya Parlimen Pdg Serai yang dilakukan oleh DUN dan MP PKR sendiri termasuk sekutu-sekutu mereka yang bijak memutar belit fakta dan bijak bermuka masih segar di minda rakyat Parlimen Pdg Serai.

Setakat tinjauan hari ini peluang pakatan reput ini untuk berkuasa di MP Padang serai ini amat nipis .

Walaupun UMNO telah membuat pendekatan tidak akan bertading bila ada kekosongan kerusi akibat perletakan jawatan atau menarik diri kecuali kekosongan akibat kematian.

Ini tidak bererti ia memberi laluan mudah pada pakatan reput untuk mengkal kuasa mereka jika belakunya PRK nanti.

Mungkin pertarungan PRK dibumi Padang serai kali ini menampakkan pertarungan yang lebih segit dan lebih hebat daripada sebelum nya dari calun bebas.

Pakatan reput mungkin akan meletakkan calun dari kelab penyokong mereka sendiri .

Memandangkan Palimen kawasan tersebut adalah kawasan UMNO.

Pada rakyat bumi Padang Serai bersedialah untuk menghadapi PRK yang tidak mustahil akan belaku dalam sedikit masa lagi.

Kerana angin yang bertiup semakin kencang menandakan tsunami PKR akan melada bumi Padang serai kian hampir.

Dan bersedialah rakyat Pdg Serai untuk menolak segala dakyak jahat pakatan reput yang menipu bangsa selama dua tahun ini.

wassallam.apbs.

IBRAHIM ALI MAMPU BERTELOR !






“KOTA BHARU, 27 Sept: Tanpa lambang bulan sudah pasti Datuk Ibrahim Ali tidak akan merasai kedudukan seperti sekarang,”

“Kalau orang Pasir Mas kata dia kena berundur, berundurlah. Duit yang dia makan tu tak betul, dia sembahyang Tuhan tak terima, dia buat apa pun Tuhan tidak terima”- Nik Aziz Nik Mat.

Apakah Nik Aziz atau seluruh pemimpin PAS termasuk Kedah tidak merasa kata-kata Nik Aziz tersebut seolah-olah meludah kahak kelangit..?

Siapa pula PAS hari ini tanpa terselit lambang DAP dan PKR?

Sedarkah Nik Aziz tanpa lambang DAP dan PKR..jauh panggang dari api pemimpin-pemimpin PAS akan merasai kedudukan seperti sekarang,”

Apa pula bezanya PAS dan Ibrahim Ali jika mau dibandingkan dengan penggunaan lambang.

Sebenarnya Kedudukkan PAS dan Ibrahim Ali tidak ada bezanya dalam merasai situasi seperti sekarang.


“Jika tidak meletakkan jawatan Ibrahim ali akan terus dilabelkan sebagai Katak Pencabul Yang Bacul”
- Nik Aziz Nik Mat.

Andainya Ibrahim Ali dituduh kacang melupai kulit,bukankah PAS hari ini pula ibarat melukut ditepi gantang oleh PKR dan DAP.

Jika dibandingkan hari ini. PAS lebih hina dari Katak Pencabul Yang Bacul yang dituju pada Ibrahim Ali.

Kerana PAS hari ini terutama di Kedah,Perak dan Selagor memperolihi pendapatan hasil kerjasama dengan kapiaq harbi.

“Langkah itu perlu jika mahu amal solehnya diterima Tuhan kerana rezeki yang diperoleh melalui hasil jawatan tersebut adalah ‘tidak betul.’
- Nik Aziz Nik Mat.

Duit yang PAS terima dan PAS belanja pada anak pinak mereka untuk makan minum tu tak betul, PAS sembahyang Tuhan tak terima, PAS buat apa pun Tuhan tidak terima.

Alasannya…
“Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" -Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

Dari hukum yang dikeluarkan oleh Dewan Ulama PAS Kelantan tersebut jelas membuktikan segala amalan Nik Aziz serta pemimpin-pemimpin PAS sendiri tuhan tidak terima kerana Nik aziz dan kuncu-kuncunya sudah kafir atau haram kerana berkongsi kuasa.

Dan segala rezeki yang diterima dari perkongsian kuasa bersama kapiaq harbi tersebut tidak halal dan haram pada mereka hari ini.
.
Lebih-lebih lagi PAS sanggup menepikan hukum dan menggugurkan Negara Islam semata-mata ingin bersama kapiaq harbi.

Lebih jelas membuktikan merekalah dikalangan orang-orang yang menolak hukum Allah ta’ala.

Hakikatnya Siapa diantara Ibrahim Ali dan Nik Aziz yang mampu bertelor dan siapa pula yang hanya mampu bergantung telor pada DAP?

Bermaruah lagi kah pemimpin-pemimpin PAS termasuk Nik Aziz jika dibandingkan dengan Ibrahim Ali hari ini?

“DAP mengancam untuk menarik diri daripada Pakatan Rakyat sekiranya PAS masih mahu melaksanakan undang-undang hudud dan qisas jika pembangkang menerajui negara ini”-
Karpal Singh Malaysia kini 14 Jan 09.

“Pas tetap setia dan berjuang dengan DAP dan pakatan pembangkang meskipun parti itu tidakmenghormati prinsip tertentu perjuangannya”- Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.

“ Kalau benar ibrahim Ali kuat tanpa sokongan orang-orang Pas, letak je..lah jawatan tu, barulah katak tu ada telur sikit”
- Nik Aziz Nik Mat.


“Kalau benar pula PAS kuat tanpa PERLU sokongan kapiaq harbi atau DAP,Terima saja cabaran DAP barulah PAS dianggap sepsis katak yang ada telurnya sikit”-GMC.

Tetapi hari ini..terbukti PAS bukan sekadar ada sedikit telor….tetapi tidak ada telor..bila Pas mengeluarkan kenyataan berikut…

“Pas tetap setia dan berjuang dengan DAP dan pakatan pembangkang meskipun parti itu tidakmenghormati prinsip tertentu perjuangannya”-
Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.

Dari kenyataan diatas JELAS PAS bukan saja tidak mampu bertelor. Tetapi terpaksa bergantung telor pada kapiaq harbi untuk membuktikan PAS tu TIDAK mampu bertelur sikit pun dan terpaksa bergantung telor DAP- GMC

Apakah Nik Aziz masih tidak sedar PAS hari ini lebih bacul dari katak pencabul tersebut?


Dan PAS kini bertaraf politik katak Peliwat yang lebih dayus bergantung telor kejantanan pada kapiaq harbi(DAP)?

Sedarkah Nik Aziz,Ibrahim Ali mampu bertelor sendiri tanpa bergantung belas ihsan pada telor DAP seperti PAS sepsis katak mandul yang tidak ada telor sendiri.

Penggunaan Lambang PAS oleh Ibrahim Ali itu membuktikan PAS sememangnya bahlol, bacul,dayus kerana PAS tidak mampu bertelor dan sanggup diliwat oleh Ibrahim Ali, DAP dan PKR semata ingin membukti kejantanannya menang dalam pilihan raya.

Hari ini PAS baru sedar ayam yang terlepas ..hidung mereka terhidu najis.

Lupakah Nik Aziz ,Politik ibarat peperangan yang perlu ada tipu muslihat untuk menang?

Seperti tipu muslihat PAS mengkianati amanat “DAJAL” Hadi Awang dan berpelok dengan kapiaq harbi hari ini.

Lupakah tipu muslihat PAS yang sanggup mengkianati amanat “DAJAL” yang membawa pada tercetusnya peristiwa Memali dan mengorbankan orang-orang Islam yang taksup pada amanat "DAJAL” itu?

Hari ini terbukti Ibrahim Ali bukan sebarangan katak berbanding PAS yang sanggup mengadai maruah Agama semata ingin bergantung telor pada DAP..

Ibrahim Ali mampu bertelor sendiri tidak seperti PAS hari ini yang kejantanannya bergantung telor pada DAP?

Monday, September 28, 2009





“Di Selangor, kerajaan negeri berusaha untuk mengawal penjualan arak secara terbuka dan bebas.

Dalam masa yang sama, kerajaan negeri cukup prihatin dengan hak dan keperluan masyarakat bukan Islam di Selangor.

Nampaknya kesepakatan telah diterima oleh semua pihak di Selangor.”

Sun/Sep 28,09/ 3.05pm.APBS-[Aku,Pasbuih dan Siamang.]

Di Kedah pula,dulu PAS mencanang serata kali lima termasuk di kawasan bendang dan segenap paya...mereka ingin menegak maaruf..dan nak tumbangkan segenap kemungkaran kalau diberi kuasa atau rakyat percaya janji PAS pada mereka.

Akhirnya bertinggunglah bagai kera segala rakyat jelata mendengar auta dan temberang pemimpi PAS yang bijak bermuka-muka dengan Hukum Allah Ta'alla di segenap padang dan paya..janji ada tempat kosong walaupun atas jalan raya..

Lalu berceramahlah dikalangan pemimpin mereka sampai jauh malam.Kononya Jika PAS memerintah,PAS akan menegak maaruf dan menentang nahi mungkar disegenap bidang…

“Dalam masa yang sama bila dah berkuasa kerajaan negeri dibawah naungan al-Ust Azizan Razak merasa cukup prihatin pula pada arak dan judi termasuk babi, semata-mata untuk menjaga hati kapiq harbi yang memberi undi pada mereka.

Lalu ditolak Hukum Allah ta’ala seperti tingkah laku manusia yang cukup jahil tentang hukum Allah ta'ala..”

Nampaknya PAS kedah melalui Azizan Razak cukup sepakat dengan puak-puak kapiaq harbi ni [DAP] untuk mengekal nahi mungkar.”

Inilah hakikat perjuangan PAS hari ini yang cukup-cukup putaq belit.” menipu bangsa dan memutar belit hukum Allah ta’ala.”

“Dalam pergolakan ini ,Umno pula cuba menanggguk di air keruh. Kerajaan negeri dihentam kerana dikatakan tidak membanteras arak.

Mereka lupa, isu arak ini, telah berlarutan sejak Umno mula berkuasa di Selangor.

Apa Umno buat tentang arak di Selangor ? Kerajaan PR pula mengambil tindakan sebaik sahaja berjaya menguasai Selangor.” Hamba Allah, Terengganu.

Dalam pergolakkan isu babi dan arak,PAS pula cuba menangguk di air acar yang cukup jijik dan kotor.

Pas menunding jari pula pada Mukriz Tun Mahathir kononnya pelik,..
“di saat para ulama dan ahli-ahli agama gigih mengajak umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya, ada pula orang Islam sendiri membenarkan dirinya dilantik dalam

syarikat arak.” Hamba Allah, Terengganu.

Tapi Hamba Allah,Terengganu yang mungkin juga badut pada PAS ini tidak pula merasa pelik di saat para ulama dan ahli-ahli agama PAS beretorik gigih mengajak umat Islam kembali kepada ajaran Islam.

Ust bertaraf Ulama PAS sendiri pula…selaku MB PAS Kedah menolak Hukum Allah Ta’ala.

Dan Hamba Allah dari Terengganu tidak merasa bertambah pelik pula…bila Segelintir Pemimpin-pemimpin mereka termasuk Pressidennya Hadi Awang masih KEKAL sebagai orang Islam…sepatutnya sudah menjadi “kapiaq”hari ini…laknatullah? Kerana Presidennya kini sudah berpelok erat dengan kapiaq harbi DAP.

Dan kini mengkianati pula amanat gila babinya sendiri,yang boleh merosak bangsa sendiri.
Pelik ! cukup pelik ! Hadi Awang masih Islam lagi hari ini,begitu juga MB PAS dikedah yang menolak hukum Allah ta’ala.

Allahuakbar !

Celiklah mata kita…

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.