Sunday, March 28, 2010

SULTAN KEDAH BERTITAH !


Elak negara dijajah kuasa asing- Sultan Kedah
Oleh SAFINA RAMLI
pengarang@utusan.com.my



KUBANG PASU 27 Mac - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah meminta rakyat menolak pemimpin yang ditaja pihak luar bagi mengelak negara daripada dijajah pihak asing. Baginda bertitah, pihak luar itu termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempunyai agenda mereka yang tersendiri dan keadaan tersebut juga mendedahkan negara terhadap risiko penjajahan oleh pihak luar.

"Jika kita menjadi pemimpin atau mahu memilih pemimpin negara, lebih baik memilih mereka yang tidak dicucuk hidung oleh kuasa lain.

"Banyak negara telah menjadi boneka yang digerakkan oleh kuasa lain dan ini berlaku apabila pemimpinnya berjaya dibeli atau boleh diperas ugut," titah baginda pada Majlis Konvokesyen ke-23 Universiti Utara Malysia (UUM) di sini hari ini.

Titah baginda yang juga Canselor UUM, pemimpin yang ditaja oleh dana luar negara juga cenderung untuk membuat polisi yang dikehendaki oleh 'tuannya'.

"Polisi yang dibuat tidak melihat kehendak rakyat kerana polisi yang dibuat hanya akan menyenangkan kuasa di belakang pemimpin berkenaan.

"Pemimpin yang baik akan membebaskan rakyat dan meletakkan rakyat dengan pelbagai pilihan manakala seorang pemimpin yang buruk meletakkan rakyat dalam keadaan tiada pilihan," titah baginda.

Sultan Kedah bertitah, baginda masih ingat keadaan negara ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong pada era 1970-an di mana negara baru melepasi Tragedi 13 Mei 1969 dan Perdana Menteri ketika itu ialah Allahyarham Tun Abdul Razak.
"Tun Abdul Razak ketika itu melaksanakan pelbagai program berpayungkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan pelbagai pendekatan digunakan supaya setiap etnik menjadi lebih luas ruang kebebasannya.

"Beliau menyediakan peluang pendidikan secara menyeluruh dan berjaya meramaikan bilangan kelas menengah di dalam semua kaum," titah baginda.

Baginda juga yakin Model Ekonomi Baru (MEB) cetusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengikut jejak langkah bapanya apabila ia diperkenalkan tidak lama lagi untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi di antara kaum.

Komentar :

ada 2 comments ke “SULTAN KEDAH BERTITAH !”
cia said...
pada hari 

sultn pun macam sial je........mampos nnt masuk neraka.....sbb tak nak pd islam memerintah secara menyeluruh......

cia said...
pada hari 

lu pun takut jugak ke, hingga tak sanggup nak maki sultan kedah ni...selaluny penulisan lu mcm cilaka je mengutuk org lain........sultan dgn umno tu sama2 babi .....

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.