Monday, March 22, 2010
ANTARA HARAM MENYENTUH ANJING DAN KAPIAQ
“Menurut pandangan mazhab Shafie, sentuhan biasa ketika sama-sama kering tidak perlu dibasuh tujuh kali termasuk sekali dengan tanah. Ini kerana menurut Sayyid Sabiq, walaupun anjing itu najis, bulunya tidaklah sabit sebagai najis (Sabiq, 2000: I:19)”
“Daripada hadis ada menjelakan bahawa sikap kita terhadap haiwan memiliki kedudukan yang penting di dalam agama sehingga melibatkan antara syurga dan neraka…”
“Kena bezakan yang haram dimakan tapi boleh dipegang - umpamanya anjing,... tapi orang melayu sungguh sensitif tentang anjing..adakalanya orang melayu /jawa mengangap anjing haiwan yang cukup keji lagi hina…
“Setiauasaha agung PKR Saifuddin Nasution (bawah) hari ini melabelkan empat ahli PKR yang lompat sebagai 'anjing penyerang' Barisan Nasional.”
Tapi sedarkah kita sehina-hina anjing dapat melupuskan dosa zina..siapa yang lebih hina antara Anjing berbanding manusia ?
“Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu.
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad):
“Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?” Baginda menjawab “Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya. [al-Maidah 5:04]
Berdasarkan gabungan dalil-dalil ayat di atas dan hadis-hadis yang membenarkan penggunaan anjing terlatih untuk memburu, mazhab Maliki berpendapat bahawa mulut, lidah dan air liur anjing bukanlah najis”
Sesiapa mengambil anjing (sebagai peliharaan) kecuali anjing menjaga tanaman atau anjing menjaga ternakan atau anjing berburu maka setiap hari pahalanya berkurang satu qiraat.[12] [Shahih Muslim – no: 1574
Bagaimana pula dengan barang siapa yang mengambil orang-orang kafir…. Berkongsi kuasa seperti yang di jelaskan oleh Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.
"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram"
Sejauhmana haramnya menyentuh anjing yang mampu di bersihkan berbanding Haram berkongsi kuasa dengan kapiaq harbi yang tidak mampu dibersihkan selagi masih berpeluk dan berdakap?
Dalam sebuah hadisnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Apabila seekor anjing minum dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka basuhlah ia tujuh kali.[4]
“Sebenar nya ada yang haram dipegang tapi tetap juga nak pegang contohnya memegang perempuan ajnabi yang belum dinikahi ... tapi perkara ni org kita tak sensitif la pulak?
Begitu juga dengan haram berkongsi kuasa dengan kapiaq harbi seperti yang di lakukan oleh PAS hari ini para penyokong,pemimpin dan ulama politik tidak sensitive pulak walaupun hukum sudah menjelaskan Haram dan kapiaq!
Kesimpulannya apa bezanya haram menyentuh anjing dan babi hari ini pada ulama politik PAS dan haram berkongsi kuasa dengan kapiaq harbi berbanding gambar-gambar dibawah ini…dimana najisnya dan rasa jijiknya orang melayu berbanding haram yang mampu dibersihkan dan haram yang membawa kepada kapiaq.
Hari ini kita lebih jijik dan merasa hina bila jika ada orang islam sanggup berpeluk dan berdakap dengan anjing dan babi yang mampu dibersihkan mengikut hokum..dan tidak merasa jijik dan keji haram yang membawa kepada kapiaq !
Hari ini orang melayu lebih-lebih lagi yang mempolitik Agama dan hukum di Malaysia digalak kan untuk baling batu pada anjing, tuang air panas dan dera anjing, alasan? Anjing nie Najis mughalazzah dan melabelkan manusia sebagai 'anjing penyerang' Barisan Nasional.”
Kesimpulannya dari penjelasan diatas siapa yang lebih hina manusia yang melabelkan manusia lain itu anjing atau ajing itu lebih mulia dari mereka yang melabelkannya…atau lebih hina haram yang mampu dibersihkan dengan 7 kali ulangan atau haram yang menjadi kapiaq tidak mampu dibersihkan lagi?
Jadi tidak hairanlah jika ada yang menghalalkan yang haram berdasarkan pada alasan ini…
"Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999
Jika PAS bersyukur dengan pendirian DAP yang berubah sikap…lantas menghalalkan hukum?
Bagaimana pula dengan mereka yang menyentuh anjing dan babi hari ini haram atau halal?
Mana yang mampu dibersih dan mana pula yang tidak mampu dibersih kecuali meninggalkan atau menjauhinya sama sekali……
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Komentar :
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.