Saturday, March 27, 2010

SULTAN KEDAH BERTITAH MALAM INI…!! APAKAH SATU PETANDA ??


Mendegar saja berita sebentar tadi bahawa Duli Yang Teramat Mulia Sultan Kedah akan bertitah pada malam ini..denyutan jantung GMC kian pantas dan cepat seolah-olah GMC baru menamatkan 7 pusingan berjoging mengelilingi Tasik Taman Titiwangsa yang bukan kecik saiznya..


Segala ayat dan perkatan yang nak disusun bagai sudah tidak ada dikepala..dimana permulaan ayat yang harus didulukan dan yang sepatut nya menjadi kesimpulan juga turut menjadi tengelam punca..

Allahuakbar !! lalu menarik nafas lega agar dapat meredakan berita yang teramat teruju bahawa Duli Yang Teramat Mulia Sultan Kedah yang menjadi kebangaan dan sanjungan serta kesayangan pada seluruh Rakyat Kedah akan bertitah pada mala mini..

“CARI PEMIMPIN YANG TIDAK MUDAH DICUCUK HIDUNG”

Moga-moga titah Duli Yang Teramat Mulia Sultan pada malam ini akan membawa Nur dan cahaya dari Allah swt kepada rakyat terutama kepada mereka yang teraniaya oleh segelintir pemimpin yang rakus dengan kuasa yang ada..sanggup memfitah dan membohongi rakyat jelata….gara-gara lidah bercang dua.


Dalam saat-saat menghadapi rebut dan taufan yang sememangnya tidak ada….cuma sekadar teruja dengan berita yang diterima bahawa Duli Yang Teramat Mulia Sultan Kedah akan bertitah pada malam ini…


Lalu mengingatkan GMC pada Ganjaran yang mungkin bakal diterima oleh Zul4 dari Dato’ Sri Najib iaitu ratusan ribu pampers untuk rakyat Kedah Belanda bagi menghadapi bencara tsunami yang diramalkan menimpa rakyat Kedah tiba bila-bila masa..!!

Walaupun ianya sekadar firasat GMC semata-mata yang tidak boleh dipercaya..kerana GMC bukan anak didik Ulama Slipar yang mampu meramal segala-galanya…Cuma sekadar mengutip berita dari Blog Sanggul Melayu yang GMC terbaca kisah didalamnya….yang mungkin juga boleh dipercaya…sekadar berkarya..

Kerana pada GMC Sanggul Melayu juga bukan pewaris ulama Slipar yang mampu mengatasi kuasa Allah swt…tetapi mungkin itu hanya bunga-bunga untuk berkarya…

Dari Sangul Melayu:
Penulis CCZ.

“Angin ribut kencang sangat tetapi pokok telah diikat kemas dan talinya dipaku sekejap mungkin bagi mengelak ianya bergoyang.


Takkan tak tahu walaupun pokok tak goyang tapi daun luruh jugak. Paling-paling kurang ranting-ranting kecil pun patah dan jatuh.

Apa yang CCZ merepek ni? Bukan merepeklah!!

Ni cerita sensasi ni.

Kawan CCZ kutip daun-daun yang jatuh tu.

Daun-daun tu tulis

"Aku dah tak larat tahan dengan tekanan dah!!

Aku nak 'surrender jadi MB!!

Aku tak larat nak bertahan lagi jadi MB!

Sesiapa nak, boleh ganti!!"- [Sanggul Melayu].

Kebetulan pula malam ini bila terdengar saja berita Duli yang Teramat Mulia Sultan Kedah akan bertitah ." agar mencari pemimpin yang tidak mudah dicucuk hidung !!

Allahuakbar ! Apakah Duli yang Teramat Mulia Sultan Kedah sudah terdengar ada dikalangan pemimpin di Kedah hari ini mudah dicucuk hidungnya..

Atau apakah Doa solat Hajat Ust Mat Awang untuk Mohsin nur dar Allah swt terpancar pada pengetahuan Duli Yang Teramat Mulia Sultan Kedah.

Siapa yang maksud oleh Duli yang Teramat Mulia Sultan “pemimpin yang mudah dicucuk hidung”

Apakah pemimpin yang mudah dicucuk hdung tersebut sudah tidak layak lagi menerajui Negeri dan rakyat kedah.

Lebih-lebih lagi bila ada segelintir yang mudah dicucuk hidung ini pula sanggup menipu rakyat jelata.


Apapun kita tunggu apakah titah dari Duli Yang Teramat Mulia Sultan Kedah yang disayangi Rakyat Kedah pada malam ini mudah-mudahan membawa petanda baik untuk seluruh rakyat Kedah !

Allahuakbar !!

Daulat Tuanku !!

Wassallam.apbs.

Komentar :

ada 0 comments ke “SULTAN KEDAH BERTITAH MALAM INI…!! APAKAH SATU PETANDA ??”

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.