Thursday, March 18, 2010
ANA BUKAN AHLI NUJUM tapi…..!!
Nostalgia……
Sejak anta melangkah kaki menghampakan harapan seluruh pemimpin dan penyokong PAS terutama diseberang Prai untuk menyambut paluan gendang dan kompang Tun Mahathir Mohammad dulu..para sahabat sudah dapat menjangka…lebih-lebih lagi bila anta beraksi melebihi sudu daripada kuah,melebihi UMNO dari UMNO itu sendiri…..
Para sahabat hanya mampu berdoa dari jauh agar anta tidak terkena penyakit “hubbul dunia’ wa karahiyatul maut” terutama mereka yang masih liar untuk memeriahkan program tarbiyyah Islam dan sudah melupai tarikh masa dan waktu selepas Isyak atau sebelumnya kerana terlalu sibuk dengan program agenda anta dan politik Thoghut kepimpinan anta.
Peristiwa seterusnya di Padang Dataran Merdeka anta terkinja-kinja bersama-sama beberapa badut-badut yang sudah blue black fahaman assobiyyahnya dan hari ini masih kekal …ada menjadi musuh dan ada yang menjadi kawan dan jauh sekali dapat menjadi sahabat yang setaraf Allahyarham Ust Fadzil sewaktu anta dipenjara !! sanggup menerima fitnah kerana menjaga keluarga …
Dan tidak kurang pula yang turut mengampu dan menjunjung anta yang beraksi didepan Perdana Menteri sewaktu itu kononnya anta dan beberapa badut-badut yang terpilih …..dan sudah ditapis ini telah pun bersedia menjadi benteng kepada Perdana Menteri mempertahankan agenda Negara kononnya!!!
Apa yang masih mampu ana ingat lagi…..janji anta dan unta-unta yang terpilih oleh anta dulu … Seluruh unta-unta sanggup menjadi galang ganti pada Perdana Menteri…
Wah !! wah !! wahhh........... inilah pengakuan satria pengampu yang masih ana ingat lagi.. yang setia menjadi pengikut,pengampu dan penjilat anta pada pesta dimalam itu…
Ketika itu bukan sekadar terlebih sudu…tetapi Anta sudah terlebih senduk dari sudu !!aksi anta bersama-sama badut-badut yang sudah lupa daratan dan lautan…
Besok harinya..tersembur berita kondom bertabur di dataran merdeka..!! Hebat sungguh Islam perjuangan anda dulu dan kini mungkin tidak mampu disambung lagi selepas ini.Insyaallah!!
Dan hari ini ada diantaranya badut-badut dan unta peliharaan anta sudah bertukar menjadi musuh nombor satu anta…dan ada yang masih kekal bersama anta menjadi pemburu bangkai yang setia dan tidak kurang yang terus menjadi tukang canang untuk meraih undi menumpang popularity anta yang masih ada saki baki mampu menyokong politik mereka …..
Inilah sebenarnya musuh utama anta…bukan saja mereka gagal menasihati anta tetapi terus membantu menyediakan bahtera yang bocor untuk anta..sekali gus membunuh career politik anta.
Hari ini bila-bila masa mereka mampu berpatah balik turun dari bahtera yang telah bocor meninggalkan anta dan angan-angan ke Putra Jaya..dan yang masih kekal pula… belum pasti dapat menangis besama anta…yang pasti menanti untuk bertepuk tanda suka..kerana mereka lebih bijak dari anta mencipta dana untuk diri mereka sewaktu permintaan masih ada..bukan kerana wang dan harta..tapi kuasa yang anta tunjukkan pada mereka…dapat mencipta segala-galanya dalam satu masa…….
TV sewaktu itu hanya menjadi sasaran ludah kami…!!setiap kali berita dari anta yang beraksi senduk yang melebihi sudu bergaya depan lansa camera…
Hari ini ludah tidak pernah berhenti lebih-lebih bilamana perjuangan anta bersama ulama trompah yang di cop anta dulu kini berdakap dengan kapiaq harbi… dan tidak ada lagi pemisahan antara taurat,Injil dan Zabur seperti yang dijelaskan oleh al-quran ….hari ini setitik nila telah menghasil satu warna..bukan colorless .lagi…anta bijak mengubah warna colorless…tidak lagi sama dengan air hentakan -kaki nabi Ibrahim a.s ….
Begitulah bijaknya anta hari ini…..mengubah air yang colourless menjadi air berbagai warna…..mencemar perjuangan suci mereka walaupun mereka dungu berbanding dengan anta !!
Ana bukan ahli nujum …..tapi ending hari ini sudah lama dijangka mungkin hanya satu kebetulan saja… yang sudah tersurat dari allah swt..dan bukan pula mukjizat dari ulama slipar !
Wassallam apbs.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Komentar :
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.