Saturday, March 20, 2010
ANUAR SHAARI GESA PIHAK BERKUASA SIASAT AASIL KAZI AHMAD.
“Sehingga kini,saya masih menanti penjelasan dari Aasil Kazi Ahmad,seorang yang saya dedahkan boleh membantu siasatan merungkai misteri Raja Petra Kamarudin.
Saya juga menggesa pihak berkuasa khursusnya PDRM dan Jabatan Imigresen Malaysia memaklumkan status terkini berkaitan Aasil Kazi Ahmad.Saya ada bukti menunjukkan nama Aasil berada di senarai nombor satu dalam ‘chatting box’ Raja Petra Kamarudin.
Saya juga menggesa Datuk Nazri memujuk Aasil agar segera tampil memberi penjelasan.Ini penting kerana masyarakat Malaysia perlu tahu siapakah ‘driving force’di belakang sebuah portal berita internet iaitu Malaysia Today" Anuar Shaari
Anuar mahu pihak berkuasa siasat Aasil sepenuhnya
“KUALA LUMPUR 19 Mac – Pihak berkuasa diminta menyiasat sepenuhnya pembabitan rakyat Pakistan, Aasil Kazi Ahmad dalam kes kehilangan Raja Petra Raja Kamaruddin ekoran pendedahan terbaru individu terbabit oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim di Parlimen semalam.
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, dalam sesi perbahasan tersebut Zahrain telah mendedahkan Aasil yang kini bekerja sebagai Pegawai Khas kepada Anwar disifatkan sebagai seorang yang amat berkuasa” http://www.utusan.com.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Komentar :
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.