Monday, March 22, 2010

KEDAH BELANDA RETAK MENANTI BELAH PULA..


Retak menanti belah,atau lebih tepat lagi yang mengantuk di sorong bantal begitulah agaknya situasi yang akan melanda Kedah Belanda rekaan Azizan Razak berikutan gugur dan ganti Exco yang lebih muda dari usianya.Kemelut dari gugurnya salah seorang EXCO PKR dengan alasan memberi peluang pada muka baru,rupanya tidak habis disitu saja.


Tetapi bersambung pula dengan babak cabar mencabar yang akhirnya mungkin akan menambahkan bilangan DUN Bebas di Kedah yang akan membawa tertiarapnya pakatan Kapiaq harbi yang banyak bersandiwara…

“ Wei Shu sebelum ini menyatakan sudah tidak ‘sebulu’ dengan kepimpinan PKR negeri selain turut mengakui hubungannya dengan Ahmad sememangnya bermasalah kerana beranggapan Ahli Parlimen Kuala Kedah itu bersikap berat sebelah dan mengamalkan sikap ‘pilih kasih’ apabila hanya mendengar kata-kata segelintir pemimpin tertentu sahaja.

Ini dipercayai berkaitan dengan tuduhan beliau ‘tidak buat kerja’ yang dikatakan menjadi punca digugurkan daripada barisan baru Exco Kerajaan Negeri”.

"Hari ini adalah hari terakhir daripada tempoh lima hari yang diberikan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Bakar Arang, Tan Wei Shu kepada Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Ahmad Kassim dan Ketua Cabang PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul untuk mengemukakan permohonan maaf secara terbuka terhadapnya"


Dalam kenyataannya sebelum ini, Wei Shu berkata, jika mereka tidak berbuat demikian, beliau akan menimbang untuk keluar parti.Disini.

Benarkah dakwaan Azizan Razak rombakkan EXCO untuk memberi laluan pada muka baru yang lebih muda berganding dengan yang sebaya dengan yang sedia ada…dan memberi peluang pada muka baru untuk membukti kebolihan mereka?

Atau Wei Shu sudah tidak dapat bertahan dengan Tai Chi Azizan Razak selama ini berbanding Chow Kang yang lebih muda dan bertanaga dapat berentap dengan Azizan Razak dengan sekali kelipaq saja ….atau Azizan Razak cuba mencungkil bakat yang ada pada Chow Kang untuk faedah Rakyat Kedah Belanda.

Adakah EXCO-EXCOnya yang tidak digugurkan kerana mereka memiliki bakat menipu semula jadi dan memilik kelebihan lidahnya yang bercabang dua dapat terus menipu bangsa?

Apa pun kesimpulannya Pakatan Kapiaq harbi di Kedah juga hanya retak menanti belah ! Insyaallah kerana solat hajat untuk Mohsin juga sudah menampakan hasilnya….

Komentar :

ada 0 comments ke “KEDAH BELANDA RETAK MENANTI BELAH PULA..”

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.