Friday, January 28, 2011

PENULIS BUKU AIR MATA MEMALI DI UGUT ??? Kahh..kahh..kahh


Penulis Buku Mat Sabu Air Mata Memali yang bimbang dengan ugutan pihak tertentu telah membuat laporan Polis di Balai Polis Baling selepas solat Jumaat petang tadi..!!



Penulis berjalan masuk menuju Balai Polis untuk membuat lapuran.



KENYATAAN MEDIA.

[PENULIS BUKU AIR MATA MEMALI]

Saya Zainal bin Ismail atau nama pena C.N Al-Afghani terasa amat kesal sekali dengan tindakan lujnah Keselamatan PAS Negeri Kedah yang telah memberi taklimat mengizinkan anggotanya mengambil tindakan kekerasan pada saya.

Langkah yang diambil ini saya anggap sebagai satu usaha menakutkan saya dalam mendedahkan penyelewengan yang belaku dalam Tabung Memali dan juga beberapa isu penipuan yang melibatkan ibu tunggal serta anak yatim Memali.

Hasan bin Abd.Razak yang bertanggung jawab dengan arahan tersebut,sepatutnya bersikap lebih professional.iaitu secara serius menubuhkan jawatan kuasa menyiasat segala pendedahan saya dalam buku Mohd Sabu Air Mata Memali itu samada benar atau fitnah.

Sekiranya saya membuat fitnah,sila ambil tindakkan makamah terhadap saya.Jika fakta itu benar,individu yang terlibat menipu ibu tunggal dan anak yatim harus diambil tindakan.Kenapa pula kesalahan itu diletakkan pada saya dan cuba bertindak ala samseng.

Kalau Hasan bin Razak tidak berpuas hati dengan saya,beliau boleh bersemuka dengan saya bagi mendapatkan penjelasan.Isu yang saya timbulkan ini serius kerana melibatkan parti PAS.

Apakah beliau fikir,dengan arahan itu dapat menyelesaikan masalah berbangkit.Kalau beliau mengangap pendedahan buku itu sebagai fitnah dan beliau tidak mahu membuat laporan polis,saya mencabar beliau untuk membahaskan isu pendedahan buku ini di pentas terbuka.

Jika beliau enggan,ertinya beliau setuju dengan pendedahan dalam buku itu dan beliau harus menarik balik arahannya untuk mengambil tindakkan kekerasan pada saya.Apakah motif sebenar beliau membuat arahan tersebut dengan membelakangkan undang-undang.

Saya juga hairan kenapa Hasan bin Razak nampak begitu serius mempertahankan isu penyelewengan dan kezaliman terhadap ibu tunggal dan anak yatim.Dimanakah perjuangan sebenar beliau untuk menegak keadilan untuk ummah.



Komentar :

ada 9 comments ke “PENULIS BUKU AIR MATA MEMALI DI UGUT ??? Kahh..kahh..kahh”
Anonymous said...
pada hari 

ada udang di sebalik batu, berani kerana benar, takut kerana salah, syaitan bertopengkan manusia, menjual agama, demi politik semua jadi halal,ITULAH KATA2 YG SESUAI UTK PUAK2 PAS PIS PUS.

Anonymous said...
pada hari 

betoi2 la umno kedah ni bangang.Guna la peluang macam ni untuk celikkan rakyat.ini la peluang baik untuk celikkan mata rakyat.alahai begong sungguh umno kedah.

Anonymous said...
pada hari 

Anon 10.05 pm,
Ghosak ghosak.... jawab cam tu jeee...?. Hang niii..dalam kepala hang menjadi wajib sokong PASngok. Jenis hang niiii... celik mata dah ada dalam kepala hang, tak sokong PAS tak masok syurga, betoi tak?. Hati peghut hang, macam batu. Bila hang tengok mangsa di Memali yang hampa tinggal, yang hampa samun duit tabung depa, hang pikiaq depa tu macam sampah, betoi tak?.

Mana pi Hassan Razak? Bagi dia jawab... Jika dia dok diam, memang dia tu manusia penyangak dan Iblis yang dirasuk parti hampa bernama PAS.

Hang pulak, sedap-sedap tuduh UMNO Kedah ambil peluang celikkan mata rakyat Kedah. Memang patut, jika UMNO yang dianggap PAS sebagai musuh, memang UMNO Kedah layak membuka dan mencelikkan mata rakyat Kedah atas busuknya hati perut pimpinan PAS Negeri kerana membiarkan penduduk Memali dihina, ditinggal malah menelan habis hingga lincin wang tabung Memali, sahingga kini anak-anak mangsa hilang pencarian dan sukar mendapat pelajaran.

Perlu difahami, nasib penduduk Memali sekarang yang tertekan juga berhati perut dan berfikiran matang untuk bangun sendiri bersuara menyatakan situasi sebenar, kenapa mereka jadi demikian?. Betahun-tahun mereka menuntut kapada kepimpinan PAS khususnya PAS Negeri supaya mereka di bela dan tentukan kedudukan sabenarnya tabung mereka. Kerana itu adalah HAK MEREKA. Tetapi kepimpinan PAS menutup telingan, malah memaki mereka. Apa, tak patut mereka bangun?.

Jika benar UMNO mengambil peluang mencelikkan mata rakyat saperti kata anon 10.05 pm, UMNO harus diberi terima kasih. Kerana itu adalah keperitinan kepimpinan UMNO Negeri Kedah.

Apa yang amat menarik perhatian rakya Kedah, nampak jelas, usaha manusia berjanggut putih berjalan ka Balai Polis Baling membuat aduan, dia adalah manusia yang amat-amat bertanggung jawab keatas penduduk Memali. Dalam sifatnya yang bertanggung jawab itu, dia pulak yang di ugut?. Kenapa demikian kejam mereka yang busuk hati yang terdiri dari mereka yang tidak suka manusia berjanggut putih membongkar, mendedah serta menelanjang kan perbuatan kotor dan busuknya kepimpinan PAS khususnya Kedah ini.

Sekarang, jawab lah dan perdebatkan lah isu yang didedahkan Gunung Mat Cincang ini. Jika tidak, hampalah manusia yang teloq hampa diikat oleh Ostaz Azizan, Mat Sabu, Mahfuz dan banyak lagi kepimpinan PAS sekarang yang buta sejarah Memali/Ibrahim Libya.

...Cucu Ibrahim Libya/rakyat Kedah

Anonymous said...
pada hari 

Pada yg tak tau apa tu jgn dok pandai nak komen2 lebih. Huma tak rasa lagu mana kami rasa di Memali ni. Gi beli buku tu baca dan nilai sendiri.

Bukan kata umno tak ambik peduli (aku tak kisah) PAS yg tadbir negeri ni langsung tak ambik peduli. Yg depa tau kaut untung setiap tahun anjur program memperingati Memali.

Cuma aku nak BERTERIMAKASIH SANGAT kat satu badan NGO sanggup tampil depan bagi membantu sosioekonomi mangsa Memali dan penduduk setempat. Depa sanggup mai dari jauh semata2 memohon restu dari CN utk membela nasib MELAYU MEMALI.

Kalau la apa yg dok bincang tu jln cantik, rasanya Insyallah kehidupan mangsa2 Memali ni akan lebih terjamin. Terimakasih Abg Botak.

Meli Charok Putih.

Anonymous said...
pada hari 

ni mesti kerja orang ummmno punya. berapa guni kandaq balik?

Anonymous said...
pada hari 

inilah hasil perjuangan politik melayu baik umno maupun PAS.Yang jadi mangsa rakyat jelata pemimpin samada PAS atau UMNO hidup anak pinak mereka selesa.

Anonymous said...
pada hari 

simpati aku kpd keluarga mangsa..dah jatuh ditimpa tangga! pa pis pussss!!gerammmnya aku!!

Anonymous said...
pada hari 

Apa pun aku rasa penulis ini merupakan satu dalam seribu pemimpin PAS yang berani tampil membongkar penyelewengan PAS berbanding dengan lain2 lembu yang sanggup tidur diatas jalan raya!!

Teruskan perjuangan mu.

Walinong Sari said...
pada hari 

Di mana saya boleh order buku ini, COD atau melalui bank. Saya OKU physical susah nak bergerak 0196216662

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.