Monday, January 3, 2011

PC GOBALA..!!


Press statement 2 JAN 2011.



Saya aalah ahli Parlimen Keadilan semenjak Blck 14[tahun 1999] selepas meninggalkan MIC apabila DSAI dilebamkan mata dan dipenjarakan.Saya bersama rakan-rakan seperjuangan membina Parti Keadilan dengan Penuh dedikasi dan komitmen.


Jawatankuasa pemilihan parti yang ditubuhkan tidak menguruskan pemilihan 2010 dengan sempurna dan ini telah meujudkan ketidakpuasan dalam kalangan ramai angota-anggota dan pimpinan akar umbi sehingga mereka merungut dibelakang dan tidak berani tampil kehadapan untuk menyatakan kebenaram.

Pelbagai masalah yang belaku dalam parti kerana kecenderungan YB Azmin Ali dan kumpulannya yang bertindak diluar dari perlembagaan serta budaya baru yang ingin dibina oleh parti.

Saya kekal bersama perjuangan Parti Keadilan kerana parti ini merupakan parti saya serta rakan-rakan seperjuangan telah bersama sama membina sejak tahun 1999 yang lalu.

Mana-mana pihak tidak boleh memihak milikan Parti Keadilan Rakyat.Pemimpin parti mesti memberi ruang untuk pemimpin bersuara supaya ada “Check and balance”.

Saya juga melihat ada kecenderungan dalam kalangan pemimpin tertentu untuk menyingkirkan saya dari Parti Keadilan.Adakah bersuara demi keadilan salah dalam Parti Keadilan???

Saudara Hj Mustafa Kamil juga menjadi sasaran pada pemilihan Pengurusi Perhubungan Negeri Perak,Pengundi dikalangan ketua-ketua cabang diadakan,Hj Mustafa Kamil mendapat 13 undi berbanding 10 undi untuk pihak lawannya.

Yb Azmin dan kumpulannya sekali lagi ingin mengadakan pengundian semula dengan harapan Hj Mustafa boleh dikalahkan.


Selain itu kuil Kulim Hi-Tech adalah diantara kuil berpengaru di kawasan Kulim dan juga merupakan kuil induk besar Maha Mariaman Butterworth.Pada tahun 2000 RM41,500.00 telah dibayar oleh ahli jawatan kuasa kuil pada KHTPC untuk tanah sebanyak 41500 kaki persegi.

Saya harap kerajaan kedah akan ambil langkah-langkah yang wajar untuk segerakan member geran kepada kuil atau mengambil alih dan memberikan 2 atau 3 lot rumah yang belum dibina di Taman KTC dibelakang Kuil tersebut.Kuil ini telah ujud berpuluh-puluh tahun sebelum Kulim Hi-Tech dibangunkan.

Saya sebagai ahli Parlimen sanggup berbincang dengan mana-mana pihak untuk menyelesaikankan masalah ini dimana saya terlibat semenjak saya dipilih sebagai Ahli Parlimen.Saya harap kerajaan Negeri akan segerakan pemberian hak milik tersebut kerana memang tidak mempunyai apa-apa masalah.

Kerajaan Selangor juga dengan segera harus membuka Kuil Sivan di Bukit Gasing,Petaling Jaya untuk masyarakat Hindu kerana tanggungjawab penganut tidak sepatut dipinggirkan.Tidak ada kul di Negara ini yang ditutup apabila kerja ubah suai dilakukan dan kerajaan Selangor telah melakukan”precedent” dengan menutup kuil itu.

Alasan- alasan YB Xavier tidak boleh diterima kerana kuil tidak boleh ditutup dan sekiranya ada masalah upacara sembahyang perlu dialihkan ke tempat lain yang sesuai dan berdekatan.

Satu program penerangan akan diadakan pada tarikh 3 januari 2011 didewan soma,Wisma Tun Sambatan,Jalan Kampung Atab,Kuala Lumpur pada jam 7pm.Objektif program ini adalah untuk menerangkan kepada kerajaan Selangor supaya membuka kembali kuil tersebut.

Keadilan menjadi sebahagian dari hidup saya dan saya tidak menyesal walaupun berkali-kali ditahan semasa demontrasi demi menegak keadilan seperti Demontrasi BERSIH serta juga ditahan dalam akta Isa.Kini selepas bebarapa kali mengadakan perbincangan tidak ada penyelesaian kepada masalah-masalah yang saya telah bersuara demi ke ADILan yang dituntut didalam dan diluar parti oleh masyarakat.

YB N. Gobalakrisnan.
Ahli Parlimen Padang Serai.


Komentar :

ada 0 comments ke “PC GOBALA..!!”

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.