Thursday, January 27, 2011

MAI TENGOK SAT KTPC DULU DAN LA NEI.!!! kah..kahh..kahhh


ANALISIS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KULIM HI-TECH PARK (KHTP) DAHULU DAN SEKARANG.

Walau pun PAS menyatakan kerajaan dan pengurusan terdahulu[BN] mengamalkan rasuah, tetapi pada masa inilah rekod pelaburan tertinggi di KHTP telah dicapai.

Malah masalah infrastruktur seperti elektrik dan air juga adalah minimal.

KHTP juga menyandang berbagai anugerah dan pengiktirafan dari dalam dan luar negara, seperti status ‘MSC Cybercity’, anugerah ‘FIABCI’ dan lain-lain.

Sebenarnya semua cerita rasuah ini digembar-gemburkan dalam ceramah PAS sahaja dan kemudiannya mereka sendiri terpengaruh dengan dongeng mereka sendiri.


Sila tanya kepada MIDA Kedah di Alor Setar untuk maklumat lanjut.

Pelaburan Yang Di Terima di KHTP (1996 – 2010)

Tahun Jumlah Pelaburan..

(Biru=BN; Hijau=PAS)

Apa yang ingin ditekankan disini ialah ‘give credit where it is due’, dan kerajaan PAS sekarang perlu memberi ‘credit’ kepada kerajaan BN yang mentadbir KHTP melalui KTPC secara yang betul dan mengikut teori pengurusan yang betul, dan hasilnya ialah pencapaian FDI yang memberangsangkan seperti di atas.

Malah untuk mencapai FDI di atas ini, hanya sejumlah RM2 billion telah dibelanjakan untuk membangunkan infrastruktur di KHTP oleh Kerajaan Persekutuan.

Janganlah menuduh secara melulu dan berusaha mengeluarkan beberapa individu secara paksa dan ‘cold storage’ dari KTPC, sedangkan Kerajaan Negeri sekarang mengamalkan pengurusan ‘nepotisme’ iaitu Presiden KTPC ada pertalian saudara dengan Menteri Besar Kedah melalui isteri beliau.

Sebagai penutup saya mendapat khabar yang menggembirakan di mana pihak Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) syarikat yang menguruskan Northern Corridor (Koridor Utara) yang juga merupakan agensi Kerajaan Persekutuan sudah pun diberikan mandat untuk menjalankan kajian kesesuaian (feasibility study) untuk mengambil alih KTPC dari Kerajaan Negeri Kedah.

Ironinya disini ialah Hj Sobri, Presiden KTPC menjadi teramat marah kepada mantan CEO KTPC dan kuncu-kuncunya apabila bila mengetahui bahawa satu cadangan seperti yang sama iaitu Kerajaan Persekutuan mengambil alih pengurusan KTPC dicadangkan oleh Dato Shukri kepada Kabinet Malaysia pada tahun 2008

Malah dilaporkan kini Hj Sobri juga berada dalam Jawatankuasa kajian tersebut.

Punca utama cadangan untuk NCIA mengambil alih pengurusan KHTP adalah disebabkan oleh ketidakcekapan Presiden KTPC sekarang dalam menangani krisis ketiadaan air di KHTP yang menyebabkan penutupan beberapa kilang di KHTP (yang belum pernah terjadi dalam sejarah penubuhan KHTP).

Walau apa krisis pun di KHTP, Hj Sobri telah dihadiahkan dengan penyambungan kontrak dan kemungkinan pula mendapat anugerah Dato’ tapi belum tercapai!![Tunggu pendedahan GMC selepas ini]

Maka ternyatalah bahawa pengurusan KTPC di bawah Kerajaan BN amat professional dan mempunyai pendirian, manakala pengurusan di bawah Kerajaan PAS adalah pengurusan yang mengikut emosi sahaja.


Malah VP Kewangan, Hj Awang juga dilaporkan selalu tidak berada di pejabat. Inilah padahnya menukar pasukan pengurusan kepada ‘political appointment’.

Di harap pihak Kerajaan Negeri Kedah mendapat manfaat juga apabila membaca artikel analisis yang menyingkap dari segi ‘management’ ini.

Sebagai nota kaki saya ingin menyatakan bahawa perkataan kerajaan adalah asas dari perkataan RAJA, membawa maksud negara/negeri kita adalah diperintah secara sistem beraja dan jika di Indonesia pula mereka akan menggunakan ‘pemerintah’ dak bukan kerajaan. Oleh itu saya syorkan agar perkataan kerajaan ini tidak di eja sebagai KERAjaan kerana ianya adalah sesuatu yang saya kira kurang bersopan.

Di akhir kata, saya amat berharap agar orang yang betul berada pada pucuk pimpinan KTPC, bukannya setakat mengharap gelaran Tuan Haji sahaja. Manatau tahun depan dapat pulak Dato dari Sultan Kedah atas rekomen kuat dari MB Kedah (sebab mereka beradik-beradik bertitle cucu menantu).

Tuan-tuan dan puan-puan (PAS dan juga BN) buatlah kesimpulan sendiri dan bertanya adakah Hj Sobri, Hj Awang dan kuncu-kuncunya (Hj Anuar, Hj Fitri, Hj Shahiran, Hj Patrick, Hj Zaidi dan Hajah Laili) masih sesuai untuk berada di KTPC untuk mengurus KHTP secara professional atau mereka ini perlu diganti dengan mereka yang lebih mantap dan dari kalangan anti bodek?.

Mungkinkah Dato Redza Rafiq, Ketua Eksekutif NCIA ada jawapannya. Kita sama-sama tunggu dan lihat.

Semoga padah melantik orang politik ke jawatan tinggi di KTPC tidak berulang lagi di masa hadapan (secara logik pun, orang politik ni tiada masa untuk mentadbir urus KTPC) dan tinggi harapan saya agar KTPC menjadi agensi persekutuan dan tidak berada di peringkat negeri kerana KHTP adalah projek nasional dan telah dibangunkan sepenuhnya dan jayanya oleh Kerajaan Persekutuan.

Hasil Nukilan Pena:
(Bahang Dari Utara)


APBS.

Komentar :

ada 0 comments ke “MAI TENGOK SAT KTPC DULU DAN LA NEI.!!! kah..kahh..kahhh”

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.