Sunday, January 2, 2011

RAKYAT TAK KENAI PEMIMPIN UMNO KEDAH..!!!! kah..kah..kahhhhhh


….” Ane…itu Bashah sapa aaa ? kita india punya orang tarak biasa dengar dia punya nama..?? itu number satu UMNO punya orang ka? Dia apa kerja? Mana orang?

Itu Mukriz kita orang ada kenal …itu Mahadir punya anak tapi ini Bashah kita india punya orang langsungggg tarak kenal….!!!

“….Apa dia number satu UMNO punya dalam ka?? Menteri ka dia? Kita ini malam juga baru biasa tengok ini orang…..”

Dia kulim punya orang ka..???

Kah..kahh..kahhHHHHHHH

Rakyat tak kenal pemimpin.....!!!

…” Dato’ Bashah kena turun selalu jumpa rakyat ramai orang melayu pun masih tak kenai sapa Dato’ Bashah…! Dato Bashah dia tak mesra rakyat…kalau UMNO nak menang Dato Bashah kena kerap turun jumpa rakyat dan pengundi…kita bukan mau duit depa…tapi turunlah sesekali jumpa rakyat…ni..hangpa tengok lah..bila pula dia nak turun…” kata seorang tetamu yang hadzir..

..Aku malam ni baru dapat tengok Dato Bashah dari dekat…tu pun tak sempat nak salam langau2 dah sambaq pi…yang langau2 tu pun ..satu !! hangpa tak payah lah dok hurung dia…bagi lah peluang rakyat serupa kita ni berjumpa …bekenai…yang puak2 UMNO tu tak payah lah dok kalut nak hurung…habih Program hangpa pi la hurung tempat lain..ini program pemimpin jumpa Rakyat …bukan Program pemimpin dengan langau2…kalau nak buat program untuk langau2 tak payah jemput rakyat mai…jemput saja langau2 UMNO biaq depa hurung2 puas2…

Sepatutnya biarlah Bashah tu duduk dengan rakyat…bukan duduk dihurungi oleh langau2 UMNO ..itu yang buat rakyat benci pada UMNO…tengok perangai tukang2 sate…

Apa salah nya setiap table seorang pemimpin duduk makan bersama rakyat…bukan satu table tu dihurung oleh puak2 depa saja….sedangkan rakyat jauh ketingalan dari pemimpin…
…aku rasa UMNO belum berubah lagi….kalau berubah pemimpin UMNO perlu sedar..majlis pemimpin bersama rakyat macam MIC buat malam ini pemimpin2 UMNO,MIC dan MCA pi la duduk makan bersama rakyat atau hinggap lah dimeja2 makan rakyat bersalam bertanya kabar….apa salahnya…rakyat tentu merasa depa di sanjung oleh pemimpin…tapi puak2 BN nei masih ikut Style penjajah,style kasta…selagi depa masih dok amai cara lama…UMNO tertiarap lagi…

Cuba hangpa pikiaq dimana yang kata pemimpin bersama rakyat…dimana Tranfomasi yang UMNO kata depa sedang buat…???

Cara pemimpin BN masih nak tunjuk depa BOSS pada rakyat…bukan rakyat Boss depa…sepatutnya hangpa pi la jumpa rakyat dari meja ke meja bersalam bertanya khabar tunjuklah mesra rakyat…apa salahnya..kalau tak boleh pi semua meja pun sekurangnya dua tiga meja pi la bersalam dengan rakyat yang datang bersusah payah menyambut hangpa…ni….tak dak!!! Pi duduk bersama puak2 langau2 berborak sesame depa….ni ka kata mesra rakyat…???

Aku rasa pemimpin UMNO susah nak berubah dah !! depa dok rasa DEPA lah BOSS pada rakyat…!!!


…cuba hang bayang… depa ada berapa orang…lebih dari 10 orang pemimpin yang dok ada UMNO,MIC dan MCA ya…PPP pun ada…kalau seorang pemimpin dapat bersalam dengan rakyat 5 meja…kalau 10 pemimpin dah 50 meja…berapa ramai yang depa dapat berjumpa rakyat dan berapa ramai pula rakyat dapat berpeluang bersalam dengan depa….apa rugi…ka..nak salam dengan rakyat???

Kalau dimusim pilihan raya seribu,dua ribu orang pun depa sanggup pi turun bersalam dan pi turun berjalan untuk berjumpa rakyat….tapi dalam majlis macam nei…pasai apa depa tak boleh berjumpa dan bersalam dengan rakyat…awat..??? jatuh ka martabat depa kalau berjalan dari satu meja ke satu meja bersalam dan berjumpa dengan rakyat untuk bertanya khabar……???

Kalau macam nei pun pemimpin UMNO tak boleh buat….jangan cerita la..pasai tranfomasi…ka…UMNO dah berubah…ka…!!!

….hangpa dengar apa hindu tu cakap tadi…sapa itu bashah? Itu UMNO punya orang ka?...

Bermakna rakyat masih tak kenai pemimpin yang kononnya menjadi Ibu dan bapak pada depa…macam ni ka pemimpin UMNO yang dok kata depa sudah berubah???

Kah..kahh..kahhhHHHHHHHH…

Itulah sedikit sebanyak yang GMC sempat dengar dan merakam keluhan dari beberapa orang rakyat marhaen samada dari golongan India maupun melayu…tentang Majlis Makan Malam Pemimpin bersama Rakyat anjuran MIC…yang dihadiri oleh Komponan BN pada malam ini…di Serdang Kedah .

Persoalannya rata-rata mereka bertanya....Majlis malam ini majlis Pemimpin BN bersama rakyat??…atau pemimpin BN bersama langau2 yang mengiringi mereka….ada yang kata,…kehadiran mereka bukan kerana untuk makan dan untuk mendapat 5 kilo beras pecuma…tapi mereka berhasrat dapat berjumpa dengan pemimpin mereka dari dekat baik cina india maupun pemimpin Melayu….!!!

Tapi sedarkah pemimpin BN…baik UMNO,MIC ataupun MCA..apa yang sepatutnya mereka tunju dan lakukan pada rakyat….pada rakyat dapat bersalam dan bertaya khabar dari pemimpin pada mereka lebih nilainya dari 5 kilo beras pecuma….baik cina,india,melayu kadazan dusun maupun sakai…mereka lebih perlu sentuhan seorang pemimpin…..!!!


Hari ini berapa ekor pemimpin UMNO,MIC maupun MCA mampu bertemu rakyat dalam majlis2 terbuka??? Mereka lebih mesra sesame mereka…rakyat bagai kera melihat gelagat mereka bergelak bercerita sesame langau2 mereka…..

Kesimpulannya…..UMNO atau BN masih tidak berubah…rakyat masih belum disentuh…mereka jijik untuk bertemu dan bertanya khabar pada rakyat……


Moga2 pemimpin2 Melayu khususnya UMNO sedar bahawa mereka masih belum berubah dan masih jijik untuk bertemu , bersalam dan bertanya khabar pada rakyat....!!!

Seandainya rakyat tidak dapat merasa sentuhan dari seorang pemimpin kasih sayang mereka pada pemimpin akan hilang dan pudar begitu saja…..

Kah..kah..kahhHHHHHH



Pemimpin BN masih kuat berpegang pada budaya KASTA !!!!!


Moga2 Pemimpin UMNO lebih mersa rakyat dari mesra sesama mereka !!!!

Kah...kah...kahHHHHHH

Komentar :

ada 3 comments ke “RAKYAT TAK KENAI PEMIMPIN UMNO KEDAH..!!!! kah..kah..kahhhhhh”
KL BOYZ said...
pada hari 

Salam Perjuangan.....Jalan masih jauh berliku Harap dapat di link blog KL BOYZ disini..Terima Kasih..
http://klboyzwangsa.blogspot.com

Aku,Pasbuih Dan Siamang said...
pada hari 

salam. Insyaallah.Wasallam.

Anonymous said...
pada hari 

dari zaman Mahadhir belum dapat TUN.masa Tun mahadhir belum jadi menteri pelajaran aku dah do dengar nama dia.aku tak pernah tengok wajah dia masa tu.maklum pada sekitaran tahun 1975 gitu.aku dengar ja nama dia.lagi pun masa tu tok wan aku selalu pi ka klinik dia dia di alor stak.jadi tup..tup..dia jadi menteri pelajaran..tup..tup..dia jadi PM.aku bangga lah .pasal dia anak jati kedah..tak harap apa apapun.dapat tumpang bangga pun jadilah.
aku memang teringat betul masa tu..masa Tun mahadhir buat lawatan di baling.kalau tak salah aku di satu kawasan risda berhampiran kuala pegang.satu daerah,satu negeri mai tgk dia.kena jalan kaki dan makan nasi bungkus je.jalan tanah merah.maklum lah pecah tanah dalam hutan.Tun masa tu naik helicopter.kami masa tu pun jarang dapat tgk helicopter secara dekat dan dapatlah tengok.tu pun syok dah.masa tu MB(OSMAN AROFF)orang melayu memang suka jadi lagau.suka jadi lalat.tambah puakpuak umno ni.kalau ada pemimpin mula lah nak tunjuk dia tera.untung nanti angkat jadi apa apa jawatan.ni peragai orang melayu.suka hurung taik.
lagi satu.sapa ni ahmad basah.ini herohindustan.sungguh pun kat kedah ni.ketandusan pemimpin.ada anak muda depa tanak bagi.sampai nak jadi imam kat masjid pun .orang tuan tuan takmau bagi.pasal apa ni.macam dimasjid teloikanan.sampai calon pi temuduga dah.imam pun dah dilantik.tapi anak masjid tak mau.alasan bakal iman ni tak pi jemaah di masjid.bakal imam ni.sebelum di lantik pun dan sampai la pun.tiap tiapmalam dok ajak budak budakmengaji.lagi pun pasal dia ni ketua pas.alah apa pula.lani pun kerajaan kedah di ketui oleh pas.orang orang umno kena lah sedar diri.apalah bodoh orang umno.kejadian ni berlaku di masjid felda teloi kanan.kuala ketilkedah.apalah orang umno.bodoh tak habis.ni lah perangai orang orang umno.dah kalah pun masih tak mengaku.

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.