Tuesday, December 25, 2012

Bila "Ulama"2 dan lebai2 “Politik” bertelagah…. melayu semakin jahil !! kah..kah..kahhh


"Bila Ismail Mina berkata, Umno tidak pernah menolak pelaksanaan hudud,bermakna UMNO bukan tolak,cuma tidak buat [laksana]"

Samalah seperti mana PAS yang tidak pernah menolak hukum malah mempertahan hukum,tapi tak laksanakan apa yang diperjuangkan selama ini tentang “hukum” tapi sekadar beretorik dan berdalih, berhelah dari satu perjuangan ke satu perjuangan,dari satu hukum ke satu hukum…dari haram dan kapiaq kepada harus menjadi halal…itu saja bezanya perjuangan UMNO dan PAS..2 x 5. 5 x 2,akhirnya 2 – 2 = 0,Melayu terus kekal  berada dalam kejahilan, teraba-raba mencari jalan kebenaran dengan membuat tafsiran mengikut "agama politik" masing2.

Manakala ulama “politik” pula mengambil kesempatan membuat tafsiran mengikut hawa nafsu  mengikut Iklim Politik dan pengaruh masing-masing.

Sewaktu-waktu melayu dalam keadaan “buta” teraba-raba mencari kebenaran, bangsa lain sudah jauh meninggalkan kita manakala yang meng"gelar" diri mereka *ulama* dan diberi "gelaran"*ulama* pula sibuk memperdagangkan syurga dan neraka sewaktu pengikut masing2 masih  teraba-raba mencari erti pahala dan dosa mengenal haram dan halal,akhirnya kita terperangkap dengan fatwa dan amanat dajal mereka.

Begitulah mudahnya di Malaysia ini orang ‘bergelar ulama’ atau ‘digelar ulama’ - baik dari kalangan muda mahupun tua sepertimana kata Abdul Syukur Harun dalam harakah daily.



“Dalam sebuah hadis menyatakan Rasulullah S.A.W menolak permintaan seorang sahabat bernama Abu Dzar untuk menjadi pemimpin walaupun mengetahui Abu Dzar seorang yang soleh serta taat kepada agama kerana merasakan Abu Dzar tidak sesuai untuk menjadi seorang pemimpin,"

Hakikatnya hari ini benarkah pemimpin2 PAS itu ulama?apa kah mereka dikalangan yang menggelar diri mereka ‘ulama’ atau ‘digelar ulama’ atau mereka dikalangan orang2 yang “soleh’ serta taat kepada agama?

Bermakna orang yang menggelar diri mereka ‘ulama’ atau ‘digelar ulama’ oleh pengikut masing –masing mempunyai agenda yang tersirat sebenarnya mereka bukanlah dikalangan orang yang “soleh” serta taat kepada agama sebaliknya mereka mempunyai agenda yang tersendiri.

Ahkirnya kita mengklasifikasi 2 kumpulan ulama tadi samada ulama yang “digelar” atau ulama yang “menggelar” diri mereka ulama sebagai “ulama upahan” samada upah dalam bentuk pangkat! atau darjat sebenarnya mereka bukanlah dikalangan orang yang “soleh” tidak sesuai atau sepatut nya menjadi seorang pemimpin dan bukan nya “ulama” dalam ertikata yang sebenar.

Hakikatnya hari ini “melayu” tersesat dalam agamanya sendiri kerana kita dipimpin oleh si “buta” yang “digelar” ulama dan yang “mengelar” diri mereka ulama.

Sebenarnya “melayu” tidak pernah berada dibawah kepimpinan seorang yang “soleh” [ulama] yang taat kepada agama ,melayu hanya dipimpin oleh mereka yang menggelar diri mereka ulama dan yang di beri gelaran ulama!!

Akhirnya kita tersesat  lalu mengkafir sesama sendiri dalam agama yang suci kerana kita masih teraba-raba mencari dimana kebenarannya yang sebenar kerana kita dibimbing oleh Si”buta” yang meng”gelar” dan di “gelar” ulama,.

Sebenarnya hari ini   "orang melayu "bukan dibimbing oleh mereka yang “soleh” atau “ulama” dalam erti kata yang sebenar!!sebagaimana yang ditakrifkan oleh al-Quran dalam surah Fathir ayat 28, yang bermaksud: Sesungguhnya yang takut (bercampur kagum) kepada Allah daripada hamba-Nya ialah ulama.” tetapi kita sebenarnya sedang dibimbing oleh Si-buta yang ber"gelar"  dan di beri "gelaran" ulama.





Komentar :

ada 1
Anonymous said...
pada hari 

Salam.Yang hebat datang dari Allah yang buruk itu datang dari diri kita sendiri.Insyaallah.T/K kerana sudi singgah ke Blog GMC>

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.