Friday, September 18, 2009
TOLERANSI AGAMA MALAYSIA Vs AMERIKA.
Toleransi Agama: Selangor Malaysia vs Illinois USA
Nasreel Khalib,Illinois.
Mon | Sep 07, 09 | 3:31:20 pm MYT
“Tindakan yang sangat menyedihkan oleh segelintir masyarakat Melayu Islam dalam protes mereka terhadap cadangan pembinaan kuil di syeksyen 23 Shah Alam”
“Kekecohan yang berlaku semasa sesi dialog diantara kerajaan negeri dan penduduk setempat.
Kebetulan pada ketika ini saya berada di bumi Amerika atas urusan kerja.
Sudah hampir tiga bulan saya disini bersama keluarga.”
“Saya dapat melihat sesuatu yang amat 'ganjil' disini, di tengah-tengah bumi Amerika yang penduduk Islamnya tidak sampai 1%, tersergam masjid yang indah dan selesa.”
Masjid ini juga hanyalah beberapa ratus meter jaraknya dari sebuah gereja Katholik.
Tidak pula kelihatan masyarakat Kristian disini berdemo dan membantah kewujudan Masjid disitu.
“Keliru saya memikirkan situasi di sini apabila dibandingkan dengan situasi kuil di Shah Alam.
Malu dengan perbuatan dan sikap segelintir umat Islam di Malaysia.
Apakah mungkin masyarakat Kristian di Amerika ini lebih baik dari Umat Islam di Malaysia?"
Toleransi agama, dalam Islam sudah sangat jelas.
Salah satu ayat yang paling tegas dan jelas adalah Surat Al-Kafirun, yang artinya:
Katakanlah: “Hai orang-orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku”. (QS. Al-Kafirun).
Apa yang menghairankan GMC pula, mengapa penulis tersebut tidak merasa ganjil di tengah-tengah bumi disyeksyen 23 shah Alam yang majoritinya umat islam disuruh bertolak ansur.
Bukan jumlah yang minority menduduki kawasan terserbut yang patut bertolak ansur
ia itu kaum Hindu .
Dan tidak sedarkah penulis tersebut batu Cave di Malaysia tersergam kuil yang lebih indah dan selesa dikawasan yang majoritinya orang Islam.”
Tidak pula,masyarakat Islam diMalaysia berdemo dan membantah kewujudan Kuil disitu.
Manakala di Kedah pula Arak dan judi gagal diharamkan semata mata kerana untuk kepentingan sosio budaya orang cina dan india…
Apakah tidak cukup lagi toleransi Islam di Malaysia pada mereka? Hingga kita Sanggup mengenepikan Hukum Allah swt?
Masih tidak kelirukah penulis tersebut keunikan politik masyarakat Melayu islam dinegara kita berbanding dengan masyarakat kristian dibumi lllinois Amerika?
Apakah penulis yang baru tiga bulan tiba dibumi Illinois tidak merasa masyarakat Islam di Malaysia ini terlebih baik dari Umat Kristian di Amerika?
Janganlah kita lupa hujan emas di negeri orang tuan… hujan batu di negeri sendiri.
Hari ini sedarkah penulis tersebut orang melayu sudah terlalu lebih bertolak ansur,Sejarah kemerdekaan salah satu bukti bertapa melayu sudah banyak berkorban dan bertolak ansur untuk bangsa mereka.
Siapa dikalangan bangsa mereka yang setaraf tok Bahaman,tok janggut,mat kilau dan bersepak-sepak lagi bangsa melayu yang dicop sebagai penderhaka oleh british ditanah melayu?
Siapa pula dikalangan bangsa mereka yang dibakar,disalai dibunuh dengan kejam demi mempertahankan Negara selama ini.
Selain komunis yang menzalimi bangsa melayu sendiri?
Siapa pula menjadi talibarut bangsa ketika itu, berbanding bangsa melayu yang mempertahankan tanah iar mereka.
Tidak cukupkah melayu berkorban untuk mereka selama ini.
Hari ini mereka merupakan orang yang senang dibumi ini dan hidup tanpa diganggu gugat bangsa tidak pernah menghalang mereka ber'ibadat.
Apakah tidak menyedihkan penulis yang baru tiga bulan di bumi llinois tentang nasib bangsa sendiri yang terpaksa merempat dibumi sendiri.
Tidak cukupkah Toleransi bangsa selama ini pada mereka.Dan hari ini bangsa terpaksa bertoleransi pula penempatan ibadat mereka ditengah-tengah majority umat kita?
Allhuakbar !
Renung-renunglah apa yang tersirat disebalik rencana dari penulis tiga bulan dibumi lllinois Amerika ini?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ia lah
kalau paham bisai...
ya allah Selamatkan MALAYsia dari ancaman durjana
Semoga Allah sentiasa mneyelamatkan Malaysia dari mende2 alah oleh mangkuk x sedar diri nih!!!
Btw, selamat hari raya GMC!
HuG
Salam sahabat,
SELAMAT HARI RAYA ‘IDIL FITRI
Maafkanlah kat kawan kalau ada terlajak tulis, terpanjang tajuk, terumpat keji dari ujung rambut sampai ke kaki………….