Monday, September 14, 2009

UMNO JANGAN JADIKAN RAKYAT SEKADAR RAJA KERA SAJA.



Saya tidak mahu hanya menjaga kepentingan 2,500 perwakilan ini kerana saya mahu menjaga kepentingan 27 juta rakyat Malaysia,” –DATO’ NAJIB.

Andainya...lah UMNO mengambil pendekatan Dato’Najib lebih awal sudah tentu UMNO tidak menerima padah seperti hari ini.

Dan seperkara lagi benarkah rakyat adalah raja menentu hayat sesebuah Parti? Atau rakyat hanya sekadar raja kera memanjat pokok memasang poster pilihan raya.
Atau rakyat… hanya raja pakau yang dapat menjana kekayaan dan kedudukkan pada pemenangnya?

Janganlah umno menjadikan rakyat sebagai model raya kera atau raja pakau saja untuk meraih undi pilihan raya….PRU12 sudah cukup mengajar pemimpin umno yang ada.

Apakah hari ini UMNO baru menyedari rakyat adalah raja…atau sekadar untuk meraih suara ?

Kerana hari ini masih ada segelintir pemimpin baik dari pusat maupun di peringkat cawangan masih menganggap diri mereka ada lah raja…dan rakyat pula adalah kerbau mereka?

“Dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini, rakyat adalah ‘raja’ yang berkuasa menentukan hayat sesebuah parti politik.”

Pilihan raya umum ke-12 Mac 2008, rakyat telah memberikan isyarat yang jelas kuasa yang ada pada mereka mampu menghilang kuasa BN dua pertiga majoriti di Dewan Rakyat.

Hari ini masih ramai lagi dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO tidak merasa kehilangan dua pertiga majority didewan rakyat kerana mereka merasa diri mereka masih raja ditakta.

Dan rakyat masih kerbau mereka yang boleh disogok dengan roti kering dan gula di musim pilihan raya.Bila dah memiliki kuasa wajah bagai gurka gembala buaya.

Hari ini rakyat tidak sebangang zaman dahulu kala.Sedarlah pemimpin-pemimpin umno yang ada.
Bisa dan taring anda ada ditangan rakyat jelata.

Sudah ramai menjadi kupang tembaga bila rakyat menolak mereka.

Tanpa rakyat siapalah anda? Kerana kalian tidak mampu hidup seperti rakyat biasa kerana segelintir anda adalah talibarut bangsa yang lebih mementingkan diri dari bangsa.

Komentar :

ada 2 comments ke “UMNO JANGAN JADIKAN RAKYAT SEKADAR RAJA KERA SAJA.”
YANG GAMBI said...
pada hari 

Salam, kepimpinan UMNO setempat yang harus bertanggungjawab kalau rakyat benci dan muak kepada UMNO.

Ketika menghadapi pemilihan Bahagian, mengapa mereka ini berhabisan harta memberi duit kepada perwakilan, mengapa semasa pilihanraya mereka ini terus mendiam diri, malah ada yang menjadi duri dalam daging...... dimanakah pengorbanan mereka ?

Anonymous said...
pada hari 

salam.
Tk Yang Gambi diatas Komen BRO.
Tapi inilah masalahnya....

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.