Saturday, September 5, 2009
MAHKAMAH MALAYSIA...BERTEMU BUKU DENGAN RUAS?
Tangguh lagi…Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari Rabu menetapkan 3 November depan bagi sebutan semula kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada tarikh tersebut juga Hakim Datuk Mohamad Zabidin Diah menetapkan untuk mendengar rayuan Anwar bagi mendapatkan dokumen serta barang bukti termasuk sample DNA pengadu setelah ia ditolak oleh mahkamah sebelum ini.
Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuh unit di Kondominium Bukit Damansara paa 26 Jun tahun lalu.
Kes ini yang mula dibawa ke mahkamah sejak Julai 2008 telah ditangguh beberapa kali ekoran beberapa permohonan Anwar dalam soal teknikal perbicaraan hingga ada yang melihat ia seolah-olah satu usaha untuk melengah-lengahkan perbicaraan sebenar.
Apakah sistem perundangan di Malaysia juga turut lumpuh dengan kekebalan Anwar,seperti lumpunnya UMNO hari ini?
Dan apakah fungsi ulama jika segala nasihat dan teguran dari pehak PAS mau pun mana-mana ulama tidak dapat diterima pakai oleh Anwar..?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Komentar :
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.