Friday, September 11, 2009

ULANG TAHUN KE-2 PELAWAK SARKAS.






'PAS For All' genap dua tahun esok
Nazri Abdullah
Thu | Sep 10, 09 | 5:15:46 pm MYT
“KHAS- KUALA LUMPUR, 10 Sept: HARI 11 September 2009, genap dua tahun slogan PAS Untuk Semua (PAS For All) dilancarkan.”

Dan 11 september 2009 .Hari ini juga Genaplah 23 tahun AMANAT ANWAR pada PAS di Kampung seberang Marang Terengganu pada 14 mach 1986.

Jelas 23 tahun sudah berlalu PAS masih ditakuk lama kerana PAS tidak mempunyai kemampuan,pengalaman dan tidak ada ketokohan melainkan berangan-angan kosong.

Malah hari ini PAS terpaksa menyambung nyawa politiknya melalui DAP.

Sudah dua tahun apakah rancangan yang telah dikemukakan bersama-sama kuncu-kuncu mereka pada Rakyat?….

Melainkan PAS hanya mampu menabur janji melalui ceramah-ceramah di malam hari..habis ceramah mereka akan balik tidur dan kemudian berceramah lagi..menabur janji lagi dimalam-malam berikutnya hinggalah ke hari ini…

Inilah amanat dan pesanan Anwar pada bangsa Melayu, yang patut bangsa melayu sedar dan tidak lupa tentang Politik pemimpin-pemimpin PAS hari ini.

Begitu juga dengan Amanat Asy-Syahid Ust Ibrahim Libya yang telah menegaskan bahawa PAS hanya memiliki nafsu memerintah yang tidak selaras dengan ilmu pemerintahan tentang Islam yang mereka miliki.

Apakah hari ini kita sanggup mengakui kehebatan NAFSU yang mengatasi ilmu mereka?

Pas hari ini tidak ada bezanya dengan PAS 23 tahun yang lampau..

Malah PAS hari ini lebih paria lagi tarafnya berbanding perjuangan PAS sebelum ini.

Kerana hari ini kahak dan muntah yang diluah pada 23 tahun yang lampau kini PAS dan Anwar berebut menjilatnya serta dihidangkannya kembali pada bangsa hari ini…sebagai juadah yang sudah berulat dan cabok.

Hari ini masih percayakah kita pada manusia yang lidahnya bercabang sepsis reptilia tersebut?

Sudah 23 tahun mereka berdusta,berbohong,menipu seluruh bangsa dengan agenda politik mereka.

Hari ini janganlah dibiarkan talibarut bangsa ini terus menipu anak cucu kita.

Cukuplah tipu daya PAS dan Anwar selama ini pada kita.

Apakah masih tidak cukup lagi segala bukti serta putar belit mereka pada kita hari ini.

Peristiwa Berdarah Lubuk merbau,Peristiwa memali dan Peristiwa Anwar menjilat UMNO ,menjadi lebih sudu dari kuah,semuanya kita sudah melaluinya….

Kini sudah cukuplah tipu muslihat PAS yang terserlah hari ini bersama Anwar menjadi talibarut bangsa merosak perpaduan serta membuang masa kita dan anak-anak bangsa.

Sampai bila kita dan setrusnya anak cucu kita harus menjadi “BARUA” pada agenda politik mereka yang keji itu.

Benar kata Anwar cara pemimpin-pemimpin PAS berpakaian lansung tidak mencerminkan tawaduk mereka.

Hari ini dengan mudah mereka berpeluk erat dengan musuh mereka tanpa malu..dan terasa keji dengan tingkah laku mereka...

Hari sudah terbukti,kata-kata Anwar…PAS hanyut dalam tepukan kebodohan pemimpin-pemimpin mereka sendiri.

Dan PAS lebih bersedia diperalatkan dan diperlembukan..oleh sesiapa saja yang dapat membantu mereka.

Hari ini 11 september 2009 terbukti kata-kata Anwar menjadi reality, PAS di Perlembukan oleh DAP..dan PAS bertaraf “BARUA” pada Pakatan rakyat.

“Datuk Mustafa Ali nampaknya tak selesa dengan kenyataan Lim Kit Siang yang bimbang dengan masa depan pakatan pembangkang berikutan beberapa perkembangan mutakhir ini”

Dari kenyataan Mustafa Ali ini sudah jelas menunjukkan bahawa dimana taraf dan kedudukan PAS hari ini diantara dua Parti ? Barua atau talibarut bangsa.

Dan di sejauhmana kebenaran kata-kata Anwar yang PAS sanggup diperalatkan.

Apakah Politik bertaraf “alat” atau talibarut ini mampu memperjuangkan kedaulatan Agama dan bangsa?


Renung-renunglah.

Komentar :

ada 0 comments ke “ULANG TAHUN KE-2 PELAWAK SARKAS.”

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.