Friday, September 25, 2009

PAS TERBELIT DENGAN AMANAT "DAJAL".






Setelah pemimpin-pemimpin PAS mengkianati Amanat “DAJAL” Hadi Awang setelah berkerjasama dengan kapiaq harbi [DAP] hari ini .

PAS cuba menyeleweng dan mengguna tipu muslihat dengan tidak lagi berhujah berdasarkan surah al-baqarah setelah mereka terbelit dengan amanat “DAJAL” ciptaan sendiri.

“PAS pernah mengkafirkan UMNO kerana kerjasama dengan MCA/MIC”.
Tetapi bukanlah kerana UMNO kerjasama dengan orang-orang kafir ia itu cina dan india MCA atau MIC.

Tetapi [KESAN] dari kerjasama tersebut [ UMNO/MIC dan MCA] telah mengakibatkan “Melayu hilang haknya.” – PAS.

Inilah alasan dan hujah pemimpin PAS untuk mengantikan alasan kufur dan kafir sebelum ini yang dilemparkan pada UMNO berdasarkan pada surah al-baqarah tersebut kerana berkerjasama dengan orang-orang bukan Islam.

Hari ini ntuk melindungi PAS dari dituduh kafir atau kufur setelah berkerjasama dengan DAP.

Pemimpin-pemimpin PAS memberi alasan mereka menentang UMNO bukan kerana Pemimpin UMNO berkerjasama dengan MCA dan MIC [orang kapiaq] tetapi kerana pemimpin UMNO telah melakukan penyelengan kesan dari kerjasama yang diberikan oleh MCA dan MIC dengan alasan dan putar belit pemimpin merekat.

[“Berapa banyak tanah orang-orang Melayu tergadai ke tangan orang asing hasil dasar UMNO yang bertuhankan projek.”]

Lihat bertapa bijak ,biadap dan kurang hajarnya segelintir pemimpin-pemimpin PAS yang cuba menangguk diair kroh dalam isu mengkafirkan UMNO menggunakan ayat-ayat allah swt untuk membunuh politik bangsa sendiri.

Benar kata Mursyidul Am nya…

“Politik sama seperti sebuah peperangan yang penuh dengan tipu muslihat. Jadi, Pas terpaksa menipu untuk memenang”-Nik Aziz Nik Mat.

Inilah tipu daya serta putar belit yang telah di halalkan oleh Mursyidul Am nya untuk[MEMBUTAKAN ]bangsa dan melindungi kemungkaran mereka yang memperalatkan Agama dan dan Ayat-ayat Allah semata-mata untuk tujuan politik mereka.

“Menentang UMNO bukanlah atas alasan UMNO kufur serta dituduh menolak Islam dan mengambil kebangsaan atau assobbiyyah tetapi semata-mata PAS ingin berkuasa dan ingin merosak Politik bangsa kononya umno mengekal dasar kebangsaan dan menolak Islam”-apbs

“Hari ini apakah PAS bersama-sama DAP berkerjasama berjuang untuk menghalang Umat Melayu kufur dan menjadi kafir demi untuk menegak Hukum Allah swt?

Atau untuk menegak amar maaruf dan mencegah mungkar? Atau PAS ingin menlaksanakan dasar Islam yang sebenar tidak lagi Islam suku,politik suku?

Ternyata hari ini segelintir pemimpin PAS lebih kufur dan lebih kafir dari UMNO kerana sanggup rosakkan Aikdah dengan menyertai adat meyembah bangkai Teoh Beng Hock.

Perbuatan menyertai perayaan mereka membawa kepada menyerupai mereka.
Menyerupa orang kafir adalah dicela berdasarkan hadis yang dirawayatkan oleh Abu Daud bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
من تشبه بقوم فهو منهم
Ertinya: Sesiapa yang menyerupai satu kaum, maka dia adalah daripada kaum tersebut.

Apakah PAS merasai mereka belum mencapai tahap kufurkah lagi melalui perbuatan meyembah bangkai dan lilin ?

Allhuakbar kebalnya ilmu Agama mereka?

Komentar :

ada 0 comments ke “PAS TERBELIT DENGAN AMANAT "DAJAL".”

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.