Saturday, September 26, 2009

Pemandu tidak takut hukuman mati. SETARAF TAKSUP PENYOKONG-PENYOKONG PARTI POLITIK MEMBUNUH POLITIK BANGSA SENDIRI -JANJI PUAS HATI !





Salam Aidilfitri untuk semua umat Islam..

Dan Al-fatihah pada semua sahabat-sahabat kita yang telah menemui illahi.

Moga-moga roh mereka dicucuri rahmat di ambang aidilfitri maupun syawal.

Tidak kira UMNO,PAS,PKR maupun DAP!

Dan salam takziah GMC pada seluruh keluarga-keluarga mangsa yang ditingalkan mereka .
Al-fatihah…

Pada sahabat-sahabat dan rakan taulan yang masih belum pulang berhari raya bersama kaum keluarga di Kampung berhatilah dijalan Raya.

Oleh UMAVATHI RAMAYAH
uma.ramayah@utusan.com.my

“DI Malaysia, walaupun hukuman mati sekalipun (dikenakan), pengguna jalan raya akan tetap melanggar undang-undang.” Begitu antara luahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang kecewa dengan peningkatan kes kemalangan maut khususnya pada musim perayaan di negara ini.

KUALA LUMPUR 25 Sept. – “Di Malaysia, walaupun hukuman mati sekalipun (dikenakan), pengguna jalan raya akan tetap melanggar undang-undang.”

Walaupun kita mendengar angka korban Jalan Raya meningkat setiap masa lebih-lebih lagi di musim perayaan ini.

Walaupun alasan kita mudah saja…”sudah sampai masanya”.
Istilah “sudah sampai masa” menjadi satu titik noktah menutup keingkaran,keegoaan,teruja dan berbagai-bagai lagi sikap buruk untuk melindungi kebiadapan dan kesantunan kita bila dijalan Raya.

Sikap ambil mudah ia itu “sudah sampai masa” tuhan lebih menyanginya dia” .

Sikap begini tidak sepatutnya disemai…Kerana Allah swt telah menjelaskan pada kita sifat api itu membakar…setiap yang terbakar akan hanyus setiap yang hanyus akan menjadi abu…itu sifat azali api yang sudah pasti.

Akal pula untuk membezakan diantara manusia dan haiwan.Dengan akal jugalah kita dapat membuat satu kesimpulan….akibat dan musibah yang akan kita hadapi.

Bukan meletakkan takdir dan pada masa sebagai ketentuan Allah semata-mata tanpa mengambil kira sikap kita pada hukum karmanya.

Lalu kita meletakkan pada takdir…benarkah kita menerima takdir…?

Jika kita benar menerima takdir mengapa rata-rata kita masih bergantung pada” Nasib” tanpa kita sedari bila sesuatu musibah yang belaku tidak medatangkan musibah pada kita…

Lalu kita letakkan ,,,nasib baik begitu, dan nasib baik begini…atau mujurlah itu dan ini,tidak begitu…dan jika tidak begini…dan berbagai-bagai tafsiran…yang kita buat.

Tanpa pun kita menyebut Allah Maha besar!yang menyelamatkan kita.

Mengapa kita jarang menunding kearah diri kita sendiri bila musibah terjadi..?

Tetapi ada saja alasan kita menunding jari untuk melindungi kebiadap yang datang dari diri sendiri?

Hakikatnya memang benar kata-kata Musa Hassan.

“pemandu tidak takut hukuman pada mati”…

Cuma GMC ingin tambah sikit pada kenyataan beliau “Pemandu tidak takut pada hukuman mati…

“JANJI PUAS HATI !”.

Dengan Sikap Teruja sesetengah dari kita menunjuk jaguh dijalan raya sekali sekala.

Lebih-lebih lagi apa yang kita pandu melebihi model yang ada didepan kita…

Itulah sikap segelintir pemandu Melayu dijalan Raya bila turuja nak balik raya.

Selain ajal dan maut bukan ketentuan kita.

Wassallam apbs.

Komentar :

ada 3 comments ke “Pemandu tidak takut hukuman mati. SETARAF TAKSUP PENYOKONG-PENYOKONG PARTI POLITIK MEMBUNUH POLITIK BANGSA SENDIRI -JANJI PUAS HATI !”
xan said...
pada hari 

soalnya .. pemandu pemandu di Msia mmg tidak berhemah, dan tidak takut mati.. pada depa tu semua, mati tetap mati, cuma cara saja berbeza, pasai depa dok berpegang pada ayat Quran .. kullu nabsin zaa iqatul maut. Tu pasai bila depa pegang stereng mcm depa dah berniat nak pi perang jihad. sorri laa agak kasaq sikit komen..tapi tu laa hakikat yg kita kena teghima

Aku,Pasbuih Dan Siamang said...
pada hari 

salam:

Setuju...apa pun cara penyampaiannya.. sebab kita sayang pada bangsa kita.itu saja!

Sedih dan sebak juga kita bila terdengar dan teserempak dengan mangsa2 terlintas dalam fikiran kita siapa?....@....? itu persoalan pertama yang kita aju...tdk pula kita bertanya siapa?....@....Pas @ Umno ? tidak ! Tidak ! kita tak pernah persoalkan itu...Yang pertama siapa?......@ ......

Renung-renunglah bangsa...

Anonymous said...
pada hari 

PUAK LORI

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.