Sunday, September 27, 2009

SALAM MUMMY ROKIAH-SYABAS MB PAS KEDAH.






Salam. Mummy Rokiah.

“Kekotoran yang amat dasyat di Alor Setar dengan sampah-sampah yang bertimbun sehingga MB Kedah Dato Seri Ustaz Azizan mengakui beliau merasa malu dan memohon maaf kepada orang-orang Kedah yang pulang berhari raya.” Azizan Razak.



Apbs @ GMC amat tertarik dengan pendedahan Mummy Rokiah dalam blognya melalui kenyataan Azizan Razak merasa malu dan memohon maaf pada orang-orang Kedah, yang pulang berhari raya dengan keadaan sampah sarap yang bertimbun.



Manakala bagi Azizan Razak pula cara berdalih macam biasa.. Menafikan ini [BUKAN] kegagalan kerajaan negeri tetapi masaalah tertangguh berhubung pengambil-alihan pengswastaan pengangkutan sampah dari Majlis Bandaraya Alor Setar oleh sebuah syarikat….



Itu biasalah perangai Azizan Razak…yang aku kenai..! sejak kes bekas YB Arumugam lagi..!


Pada apbs @GMC kenyataan Azizan Razak tersebut adalah kenyataan yang biasa atau sudah “mangli” kata orang kedah…jika kenyataan tersebut datangnya dari orang yang bernama Azizan Razak…


Selain dari kenyataannya… “saya tak tau apa..apa..pa !” “ ada bukti bawa mai “…” saya belum dimaklumkan..!! “ ..dan mcam-macam lagilah putaq belitnya….


Dan banyak lagi kenyataan-kenyataan yang membuat kita meloya dan terasa nak temuntah mendengar alasan pandir darinya.

Isu sampah..! bukan lagi isu yang brandnew tetapi sudah recond yang telah belarutan dari dulu-dulu sampai hari ini,hampir satu tahun ,tiga bulan PAS memerintah…

Dibawah ini terbukti kebenaran komen PAS Jerlun dulu yang menunjukkan tuduhan penyokong-penyokong PAS sendiri bukan satu fitnah atau tuduhan berniat jahat terhadap kepimpinan ulama yang bernama Azizan Razak.


Tetapi betapa bijak pula si Azizan Razak berdalih dan berhelah pada Rakyat…dengan alasan yang berbelit-belit menyalahkan pihak itu dan ini seperti yang dimaklumkan lebih awai lagi oleh penyokong PAS sendiri yang mungkin lebih kenai sangat dengan tabiat putaq belinya MB mereka selama ini….ini komen depa awai-awai dulu…

“BILAKAH ISU LONGGOKAN SAMPAH YANG TIDAK DIKUTIB DALAM KAWASAN MBAS HENDAK DISELESAI?[ Nota: Rakyat tidak mahu mendengar alasan yang berbelit-belit menyalahkan pihak itu dan ini tetapi rakyat mahu melihat sampah dikutip dengan segera dan kerap!)

-[ Komen PAS Kawaan Alor Setar]”

Hari ini …masalah sampah masih macam 7 bulan awai PAS perintah juga..gagal diatasi walaupun hari ini sudah mencapai dua tahun.

Alasan Azizan Razak macam tu lah juga… macam slogan UMNO dulu kini sampai mapuih dok macam tu…

Tapi Azizan Razak mampu lagi memutar belit dan menipu rakyat kedah dengan penuh berhemah kononnya….

“Beliau merasa malu dan memohon maaf kepada orang-orang Kedah yang pulang berhari raya.”

- Azizan Razak.


Sepatutnya Azizan Razak malu pada penyokong-penyokong PAS kerana ..masalah sampah ini bukan masalah baru seperti yang beliau berdalih dan berbohong….kononnya

“masaalah tertangguh berhubung pengambil-alihan pengswastaan pengangkutan sampah dari Majlis Bandaraya Alor Setar oleh sebuah syarikat”

- Azizan Razak.

Inilah putaq belit Azizan Razak bukan saja pada rakyat tapi pada penyokong PAS sendiri yang sudah belarutan sejak sekian lama….

Itu masalah sampah !!…belum lagi masalah putaq belit hukum Allah ta’ala…

Begitu juga dengan masalah hukum…jika dengan Allah swt…Azizan Razak tidak malu…masakan dia malu dengan makluk seperti dia juga… ?

Apakah ini bukan satu pembohongan dan putaq belit yang menyerupai ciri-ciri orang-orang munafik? Atau belum lagi boleh dikataka munafi sebab dia bertitle Ustaz atau Ulama? Lebih-lebih lagi membimbing manusia ke Syurga..kononnya.

“SEBELUM MEMERINTAH KITA SELALU CANANG KITA AKAN LAKSANAKAN ISLAM DALAM SEGENAP BIDANG.KITA BAGI CONTOH MADINAH YANG RAKYATNYA MAJMUK BERJAYA MELAKSAN ISLAM. KITA TEGAS KITA [MISTI] MENEGAKKAN MAARUF DAN MENGHAPUS MUNGKAR.
[ Komen PAS Kawasan Jerlun]

Sepatutnya Azizan Razak malulah dengan Allah swt kerana menolak Hukum dengan menepikan desakan penyokong penyokong PAS sendiri dengan alasan “UNDI” cina dan India memenangkan PAS dalam PRU12.

Sebagai rakyat kedah apbs @GMC amat teruja bila PAS dapat memerintah Kedah..dan dapat pula PAS melaksana hukum yang selama ini kita laung-laungkan untuk mencegah mungkar…disetiap kali ada saja ceramah PAS kita balun UMNO habis-habisan kerana tolak Hukum…Lupakah Azizan Razak sewaktu kita berceramah dan mendengar sahabat kita membalun dan hentam UMNO dengan ceramah-ceramah pedas..lagi panas !!

Hari ini setidak-tidaknya PAS dapat menutup satu atau dua buah pusat perjudian secara berperingkat peringkat…itu pun sudah cukup membanggakan kita sebagai orang islam.

Atau dapat mengurangkan percambahan premis judi haram[ judi nombor ekor] yang gagal kononnya dilakukan oleh kerajaan thoghut UMNO sebelum ini dibumi Kedah..cukuplah sekitar Alor Setar saja…jangan sampai telajak ke kawasan YB Radzi @ YB Lim Soo ne yang pernah Azizan Razak lepak untuk berkempen dulu…mungkin kws tersebut jauh sangat dari celah kangkang dia.

Tetapi amat malang dan mengecewakan sekali bila PAS mengambil alih pemerintahan UMNO di Kedah melalui pemimpin orang bertaraf Ustaz.

Masalah judi haram…tidak termasuk judi halal PAS TIDAK mampu membentasnya..Azizan Razak pula bagi alasan “UNDI” kapiaq kena ambik kira.

Masyaallah ! apa nei Ustaz azizan?

Sepatutnya ini yang patut Azizan Razak malu…bukan saja pada Rakyat Kedah tapi pada Allah swt..

Tetapi hari ini Azizan Razak seolah-olah menyambung kesinambungan pemerintahan thonghut UMNO.

Pada apbs apa bezanya pemerintahan kerajaan thoghut UMNO dan PAS dibawah Azizan Razak hari ini… Cuma berbeza hanya status MBnya saja.

Jika dulu MBnya bukan bertaraf Ustaz atau Ulama…Tapi kini Kedah dibawah kepimpinan seorang Ustaz atau bertaraf Ulama pulak tu..

Jika dulu Quota perumahan 30/70…telah disama ratakan 50/50 yang menimbulkan kemarahan kaum cina…akhirnya berpinda kembali pada 30/70 baru-baru ini..yang penyokong-penyokong PAS menganggap Azizan Razak terburu-buru membuat keputusan dalam hal quota perumahan tersebut…ini menunjukkan Azizan Razak merasa teruja nak tunjukkan PAS telah membuat sesuatu pada Orang Melayu yang tak pernah dibuat oleh UMNO selama ini….

Masalah baru atau lama mentadbir itu bukan soal pokok..atau itu bukan masalah Rakyat Kedah perlu dengar alasan bodohnya…dan jangan perbodoh rakyat nak bandingkan pula dengan UMNO.

Yang penting rakyat Kedah ingin melihat satu perubahan yang dapat menggantikan pentadbiran yang selama ini PAS mencanangkan UMNO mengamal Islam suku…politik suku…yang boleh membawa kepada kekufuran !

Tapi andainya…Azizan Razak masih menyambung kesinambungan politik suku…Islam..suku,bermakna Kedah hari ini juga masih berada dalam gebar atau sentong “thoghut” UMNO macam dulu juga..

Cuma bezanya mungkin UMNO masuk neraka ikut pintu Gerbang ,
Azizan Razak ikut pintu belakang pasai dia Ustaz @ ulama.

Ini yang sepatutnya Azizan Razak perlu malu dan takut pada Allah ta’ala dan malu pada seluruh umat Islam dibumi Kedah kerana “cakap kita tak serupa bikin”berbanding malu pada Isu Sampah yang sudah belarutan sekian lama.

Isu sampah tersebut seolah-olah memberi gambaran simbolik yang PAS hari ini lebih terok dari kepimpinan thoghut UMNO.

Allah swt Maha Kaya Ust Azizan… La ni…..tohan bayaq cash tak tangguh tangguh macam dulu lagi…

Selain dari segelintir EXCO-Exconya yang bijak menipu dan memutar belit..jadi tidak ada bezanya lah PAS hari ini dengan UMNO yang di tuduh Thoghut termasuk anak buahnya YB Suraya…yang gagal Ust Azizan Razak mentarbiyahkannya supaya meninggalkan UMNO yang dituduh kapiaq tu?

Kesian YB Suraya..yang gagal dikembalikan ke pangkuan Islam sejati PAS oleh Azizan Razak..sia-sialah matinya nanti sebagai kapiaq harbi…

Pada Azizan Razak renung-renunglah…kerana kita bukan terus nak menungkat langit.

Jangan sampai satu masa nanti segala perbuatan kita boleh memalu dan mendatang aib pada anak cucu bangsa kita….lebih-lebih lagi disana nanti..!!!

Cukup ka.. bila sampai masa nafas kita ter stop!…

Datang ratusan ribu menyembahyangkan Jenazah kita.. ia dapat menutup dan menghalalkan kemungkaran yang kita buat semasa kita berkuasa seperti hari ini.

Lepas itu…..seluruh rakyat Kedah merasa bangga…

“ hoooooooooo…!!!! Orang macam semut gatai mai sembahyang jenazah Azizan Razak !” tak cukup masjid dan surau…sampai dalam bendang depa sembahyang…hooooo!!! Hebat !!“

Cukupkah dengan pujian macam tu…lebih-lebih lagi zaman sekarang..bila “kepak” saja…ada duit dalam Envelope kononnya sedekah…!!!!

Jangan kita tertipu…..hari ini..Bila cina mampuih… ” pun dah cukup ramai orang pi ziarah siap sembah sekali… siap masuk TV lagi..!!

Tapi dia pi tang mana..?? sama ka distinasi dengan kita?

Dan kita pula…tentu ka pi tang lain…entah..entah..tang..TU juga mana kita tau…

Waallahualam..!! tu kerja tohan melainkan Nik Aziz saja yang tau PAS masuk Syurga atau pi tang mana!

Lebih-lebih lagi hari ni bila kita melakukan penganiayaan pada rakyat….

Cukup..ka. Dengan seluruh manusia menyendatkan seluruh masid-masjid dan surau diKedah menyembahyangkan Jenazah kita satu hari nanti… dapat melupuskan penganiayaan dan putaq belit yang kita lakukan hari ini pada rakyat bila kita berkuasa dan mohong pula dengan Hukum Allah Ta’ala?

Fikir-fikirlah Ustaz Azizan Razak …sebelum kita disembahyangkan oleh depa nanti.


Walaupun sebelum ini kita pernah membabikan orang yang terlewat bersolat subuh!

Atau Cukup ka bila keranda kita diselimut dengan lambang PAS..??

Kita akan terlepas soal kuboq?

Renung-renunglah Ustaz Azizan..Islam itu tabliq ingat mengingati satu sama lain…

Teringat aku Kuliah subuh di perkampungan Derang dulu waktu PAS dianggap Parti tok lebai pondok….


Waallahua’lam.

Wassallam apbs.

Komentar :

ada 2 comments ke “SALAM MUMMY ROKIAH-SYABAS MB PAS KEDAH.”
semanggigunung said...
pada hari 

SELAMAT HARI RAYA.
Asyik sangat aku mengikuti hujjah-hujjah dari APDS. Dari kisah sampah di MBAS oleh Mummy Rokiah berjangkit-jangkit pula ke cerita politik seorang Menteri Besar.

Tujuan aku nak tumpang sekaki semata-mata nak respon kepada persoalan sampah. Tak betullah kalau hanya bincangkan mengenai sampah di Bandaraya Alor Setar saja, sampai Menteri Besar berasa malu kepada anak-anak Kedah yang pulang dari perantauan lalu berhadapan dengan masalah sampah.

Aku rasa taklah keterlaluan kalau dapat dirumuskan bahawa semua Bandar kecil atau besar dalam negeri Kedah, menghadapi masalah sampah yang sangat mendesak.

Sebagai warga dan anak watan negeri Kedah, aku juga cukup kecewa dengan keadaan sampah yang kurang terurus akhir-akhir ini. Longgokan-longokan sampah terdapat di sana sini. Kadang-kadang keadaan semakin menjijikkan bila sampah yang dimasukkan ke dalam beg plastic diganggu oleh anjing dan kucing. Ada juga manusia buat perangai yang sama. Sampah yang tadi berada dalam beg plastic, bersepah-sepah dan mulalah bau busuk kalau disiram air hujan.

Rakyat dah main peranan. Tak kan nak suruh rakyat mengangkut sampah dan letakkan di hadapan pejabat pihak berkuasa…..

Selain dari sampah bahu-bahu jalan dan padang-padang permainan pun nampaknya tak ada petugas nak menolong memotong rumput. Nak kata harimau pun boleh bersembunyi di sana agak keterlaluan. Tetapi di tempat aku ni kalau rumput dan lalang yang setinggi empat atau lima kaki, senang-senanglah orang yang lalu lalang, berbasikal atau berjalan kaki, di serang tudung senduk atau tudung selar. Dalam kes-kes yang agak terpencil, babi hutan pun boleh jadikan jerumun.

Aku ingin mencadangkan supaya pihak yang berkenaan buat “system angkat” di mana kawasan-kawasan Taman Perumahan atau kampung diselenggara sendiri oleh penduduk yang terlibat. Jadi kuranglah sikit tanggungjawab pihak berkuasa tempatan, berhubung dengan sampah dan bahu-bahu jalan yang terbiar. Pihak yang berkenaan macamanapun kenalah bayar atas persetujuan bersama – bukan percuma.


Gua bantu lu, lu bantu gua.

keris panjang said...
pada hari 

Baru masaalah sampah tak boleh nk settle. Dua th dah! Masaalah yg lebih rumit bagaimana agaknya ye! Lu pike lar sendiri !!

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.